Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA (DENGAR DAN TUTUR) AKTIVITI (HOTS) Mata Pelajaran dan Bahasa Malaysia,

Tahun 3 Amanah Kelas Tema/Tajuk Masa Standard Pembelajaran Kesenian dan Kebudayaan / Pakaian Tradisional 8.45 9.45 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Pada akhir pengajaran, murid dapat: Objektif Pembelajaran i. Menceritakan mengenai 3 jenis pakaian tradisional yang diketahui menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. ii. Bercerita dengan tepat tentang jenis pakaian tradisional berdasarkan kad gambar.

Aktiviti

1. Guru menayangkan slaid power point tentang pakaian tradisional. Contoh :


sari

baju kurung baju melayu baju kebaya cheongsam

2. Murid bercerita tentang gambar pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia menggunakan frasa yang sesuai.

Contoh:
baju melayu baju kebaya

baju Sari baju cheongsam

3. Guru membentuk kumpulan murid dan setiap kumpulan diberikan satu kad gambar pakaian tradisional rakyat Malaysia. 4. Secara berkumpulan, murid berbincang tentang ciri-ciri pakaian tradisional dengan menggunakan peta minda. Kemudian, mereka membentangkan hasil kerja mereka dengan menggunakan ayat yang sesuai. 5. Murid menjawab 5 soalan pemahanan. EMK EK 1- mengamalkan sikap keusahawanan EK 2 mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang sesuai EK3 mengamalkan cara-cara pengurusan asas jual beli yang mudah EK5 mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan Nilai murni : menjaga kebersihan diri dan pakaian, patriotisme Kosa Kata : Pakaian Tradisional, kebaya, kemeja,sari, baju melayu,baju kurung dan cheongsam. Bahan Bantu Belajar Slaid, kad gambar pakaian tradisional dan kad perkataan.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian 1. Murid bercerita tentang salah satu pakaian tradisional kaum, di Malaysia dan menyatakan kelebihannya menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk yang gramatis secara bertatasusila.

Pengayaan 1. Murid bercerita dengan rakan tentang pakaian tradisional, berdasarkan kad gambar secara berpasangan. 2. Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk tentang pakaian tradisional berdasarkan kad gambar

Refleksi