Anda di halaman 1dari 2

KEVIN JOHN JALANI

PISMP SN JAN 2011

BIIG SEM 6

REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 6 LAWATAN PENANDA ARASAN PENGURUSAN Lawatan penanda arasan bagi pengurusan telah berjaya dibuat di Institut Tropikal Biologi dan Pemuliharaan, Universiti Malaysia Sabah pada 7 Oktober 2013 bersamaan hari isnin. Lawatan ini disertai oleh 17 orang guru pelatih PISMP SN JAN 2011 diiringi oleh empat orang pensyarah daripada Jabatan Sains Dan Matematik IPG Kampus Kent. Lawatan penanda arasan ini dilaksanakan bersama dengan bagi subjek SCE 3112, pengurusan makmal. Kami disambut oleh kurator UMS iaitu Pn. Pethrine bersama dengan beberapa orang pembantunya. KEKUATAN Kekuatan yang saya dapat hasil daripada lawatan ini ialah dapat melihat betapa lengkapnya makmal di UMS jika dibandingkan dengan makmal di IPG Kampus Kent. Saya memang berapa puas hati dengan lawatan ini kerana banyak ilmu yang telah saya perolehi lebih lebih lagi ilmu taksodomi iaitu mengenai ilmu pengawetan kering dan basah. Pada awalnya kami dibawa ke satu bilik seminar di Institut Tropikal Biologi dan Pemuliharaan (ITBP) untuk belajar cara cara mengawet haiwan. Haiwan yang telah disediakan oleh ITBP untuk tujuan pengawetan terdiri daripada tikus, kelawar, burung dan juga ikan. Mereka turut mempamerkan beberapa hasil pengawetan yang telah mereka buat. Ilmu pengawetan yang diperolehi ini begitu amat bermakna dan berharga sekali kerana bukan semua orang boleh memperolehi ilmu ini. Oleh itu sebagai seorang guru sains, ilmu ini amat berharga dan penting kepada kami. Setelah belajar mengenai ilmu taksodomi dan sempat membuat latihan amali mengawet haiwan, saya dan rakan rakan lain telah dibawa untuk melihat hasil pengawetan yang telah mereka lakukan. Hasil pengawetan yang telah dibuat telah disimpan didalam beberapa buah bilik spesimen. Bilik bilik spesimen ini dibahagikan kepada pengawetan serangga, haiwan dan juga tumbuhan. Saya berasa teruja sekali

KEVIN JOHN JALANI

PISMP SN JAN 2011

BIIG SEM 6

melihat betapa besarnya bilik spesimen pengawetan ini. Susunan di dalam bilik spesimen juga amat teratur dan kemas sekali. Spesimen spesimen ini juga disimpan didalam kabinet khas yang disumbangkan oleh negara jepun. Satu susunan kabinet ini sahaja berharga RM 1 juta. Selain melihat pengawetan haiwan dan serangga, ITBP turut mengawet beberapa tumbuhan seperti orkid dan tumbuhan yang hampir pupus. Kami di bawa melihat sekitar ITBP dan melihat makmal makmal yang terdapat di dalamnya. Kami sempat melihat satu makmal yang membuat pengekstrakan daripada tumbuhan. Kelengkapan di dalam makmal tersebut begitu lengkap dan peralatannya juga amat canggih. KELEMAHAN Antara kelemahan yang saya dapati daripada lawatan penanda arasan ini ialah pemilihan tarikh untuk melaksanakan bina insan guru ini. Beberapa tarikh terpaksa dipilih memandangkan tarikh sebelum ini tidak begitu sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak UMS. Kami hampir menukar tempat lawatan untuk BIG kami namun setelah berbincang dengan pensyarah dan mentor, kami kekal untuk melaksanakan lawatan ini di UMS. Selain itu ialah keadaan spesimen yang digunakan didalam latihan amali yang kurang baik dan sesuai. Spesimen yang digunakan adalah tikus hutan yang ditangkap sendiri dan kelawar yang ditangkap sendiri oleh pihak ITBP tersebut. ikan yang digunakan juga begitu kecil sekali. Saya melihat bahawa kos yang kami bayar tidak begitu setimpal sekali dengan bahan yang digunakan oleh mereka. Namun saya tetap menghargai usaha mereka dalam menyampaikan ilmu taksodomi kepada kami. KESIMPULAN Hasil daripada lawatan penanda arasan ini, saya berasa gembira dan bersyukur kerana memperolehi ilmu yang begitu sukar untuk dapat. Saya juga dapat melihat betapa jauh bezanya pengurusan makmal antar UMS dengan makmal di IPG Kampus Kent. Kepakaran yang terdapat di makmal IPG haruslah ditambah dan kemudahan juga perlu ditambah agar lebih ke arah sebuah Institusi Pendidikan yang terunggul dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai