Anda di halaman 1dari 3

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 4 Pendidikan Muzik Pada 19-23 August 2013, saya telah menjalani

i Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Pui Gin yang bertempat di daerah Sandakan. Dalam PBS kali ini, kami dikehendaki mengumpul maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Muzik di sekolah tersebut. Pada hari pertama, saya telah meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk memerhati kelas Pendidikan Muzik demi menyiapkan tugasan yang diberikan dalam PBS kali ini. Setelah diatur pihak pentadbirran sekolah, saya diberi peluang untuk memasuki kelas Cikgu Mo Bui Yee. Sebelum saya memasuki kelas guru tersebut, saya telah berbincang dengan guru tersebut berkaitan tujuan serta tugasan yang perlu saya laksanakan dalam kelas tersebut. Selepas perbincangan, saya diberitahu bahawa guru tersebut diberikan tugas yang lain oleh guru besar, maka dia tidak dapat menghadiri kelas tersebut. Walaubagaimanapun, Cikgu Mo tetap mengaturkan satu masa untuk saya menjalani temu ramah dengan dia dan membaca RPH kelas Muzik dia pada munggu tersebut supaya dia dapat berkongsi cara pengajaran dan pembelajaran kelas Pendidikan Muzik dia. Cikgu Mo turut membawa saya melawat Bilik Muzik Sekolah Pui Gin supaya saya dapat memahami keadaan pelaksanaan kelas Muzik di Sekolah Pui Gin. Berikut merupakan hasil dapatan saya dalam tugasan PBS fasa 4. Menurut Cikgu Mo, kelas Muzik dia dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi membaca dan sesi latihan. Dalam sesi belajar, Cikgu Mo akan mengajar murid lirik lagu atau irama lagu yang akan murid belajar di dalam kelas dengan menggunakan papan hitam. Setelah murid mengetahui lirik dan irama lagu baru yang diajar, barulah Cikgu Mo membawa murid ke Bilik Muzik untuk memainkan alat muzik yang bersesuaian dengan lagu yang diajar. Menurut Cikgu Mo, walaupun Bilik Muzik juga dilengkapi dengan alatan mengajar seperti papan hitam, LCD projektor dan juga alat muzik perkusi seperti kastanet, kerincing, rekorder dan drum, namun Cikgu Mo hanya akan membawa murid ke Bilik Muzik semasa sesi latihan kerana terdapat murid yang nakal dan akan memainkan alat muzik semasa sesi belajar. Demi mengelakkan masalah ini berlaku, maka Cikgu Mo mengambil keputusan untuk mengajar murid di kelas sebelum membawa mereka ke Bilik Muzik untuk sesi latihan. Dalam bilik muzik, terdapat pelbagai jenis alat muzik seperti rekorder, keyboard, alat perkusi dan sebagainya. Alatan muzik ini digunakan semasa sesi latihan setelah sesebuah lagu baru telah diajar. Selain itu, Cikgu Mo juga pernah membuat aktiviti yang dapat merangsang minat murid terhadap Pendidikan Muzik, iaitu menghasilkan alat muzik dengan menggunakan bahan buangan. Alat-alat muzik ini telah dipamerkan di dalam almari di bilik muzik. Disamping itu, Bilik Muzik juga dilengkapi dengan alat elektronik seperti LCD projektor, komputer, pembesar suara dan radio. Akan tetapi, tidak ada sebarang bahan bantu mengajar yang berkaitan seperti gambar penjarian rekorder, gambar isyarat tangan solfa, gambar dan nama simbol muzik seperti treble klef, minim, dan sebagainya. Pada pendapat saya, bilik muzik sekolah Pui Gin dilengkapi dengan bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang asas, dan dapat ditambah baik lagi.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran kelas muzik, Cikgu Mo akan memberi peluang kepada murid untuk memainkan lagu yang dipelajari dengan menggunakan alat muzik. Menurutnya, ia adalah bertujuan mengukuhkan pembelajaran murid dan memberikan keseronokan kepada mereka supaya dapat melepaskan tekanan dalam pembelajaran mereka di sekolah melalui permainan alat muzik. Antara alatan yang paling kerap digunakan ialah rekorder. Ini kerana ia mudah didapati dan senang dipelajari oleh murid. Selain itu, kadang kala guru juga akan menggunakan kastanet, kerincing dan tamborin dalam kelas muzik. Menurut Cikgu Mo, penggunaan rekorder dapat membantu murid menguasai irama sesebuah lagu dan seupaya murid dapat menyanyikan lagu dengan lebih merdu dan tepat dengan iramanya. Penggunaan tamborin, kerincing dan kastanet pula dapat meningkatkan penguasaan detik sesebuah lagu dan agar murid tidak akan menyanyi dengan terlalu cepat atau perlahan. Menurut Cikgu Mo juga, tujuan setiap kali kelas muziknya, dia mesti memberikan peluang kepada murid memainkan alat muzik kerana dia ingin melatih koordinasi mata dan tangan murid. Melalui sesi temu ramah dan rancangan pengajaran harian Cikgu Mo, saya mendapati Cikgu Mo menggunakan alat muzik yang sesuai dengan pengajarannya. ini kerana melalui rancangan pengajaran dan pembelajarannya, saya mendapati penggunaan alat muzik dalam kelasnya mempunyai tujuan tertentu, iaitu membantu murid menguasai kemahiran muzikal dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika Cikgu Mo mahu murid menguasai irama sebuah lagu yang baru belajar, pertama sekali, dia akan menggunakan radio untuk memainkan lagu untuk mengiringi murid menyanyi. Melalui ini, dia dapat mendedahkan murid kepada irama lagu tersebut dan membantu mereka menguasai irama lagu tersebut secara menyeluruh. Selepas itu, barulah Cikgu Mo membawa murid ke bilik muzik untuk mereka memainkan lagu tersebut dengan menggunakan rekorder. Semasa permainan rekorder, murid dapat menguasai setiap bahagian irama lagu yang dipelajari dengan teliti. Dengan pengamalan langkah seperti ini, Cikgu Mo berasa dia dapat membimbing murid belajar menyanyi atau memainkan lagu yang baru dipelajari dengan lebih berkesan dan efektif. Disamping itu, dalam sesi temu ramah, saya turut mendapati Cikgu Mo tidak ada sebarang kelulusan dalam pendidikan muzik. Atas minatnya yang mendalam terhadap muzik, maka dia belajar cara memainkan piano di gereja. Walaupun dia tahu bermain piano, tetapi dia tidak pernah mengambil sebarang ujian piano. Selain belajar bermain piano di gereja, dia turut menyertai kumpulan koir gerejanya. Melalui kumpulan koir, dia telah mempelajari serba sedikit mengenai pengetahuan asas muzik dan pendidikan muzik seperti not muzik, cara menyanyi yang betul, nyanyian solfa semerta berdasarkan skor dan membaca skor muzik. Adakah agihan masa dalam rancangan pengajaran guru sesuai dengan aktiviti muzikal yang dijalankan.?

Seminggu 1 jam kelas muzik, 1 kelas 30 min, kelas pertama belajari lirik lagu dan irama lagu. Kelas kedua bermain alat muzik di bilik muzik, Adakah murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan muzik yang diajar oleh guru? Ya. Kelas menarik. Guru mengajar dengan teliti, dan beramah mesra. Menggunakan arahan yang senang difahami. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran muzik. Test outside song, Guna solfa nyanyi irama lagu, Used keyboard to guide Used some folks song, Translate to mother tongue Langkah pembelajaran yang membosankan Try to analyse song.

Anda mungkin juga menyukai