Anda di halaman 1dari 8

BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

OLEH : AMAN SAH BIN MOHD SOM

Cita-cita saya

Huraikan tentang maksud cita-cita

Kesimpulan /huraian keseluruhan tajuk

Bomba

* Sejak bila minat? * Bagaimana boleh minat?

* Kenapa minat? * Hendak tolong siapa?

Setiap murid mempunyai cita-cita. Cita cita ialah kerjaya yang hendak _______1______ oleh setiap orang apabila _______2______. Setiap murid perlu _____3___ untuk mencapai _____4____ yang diimpikan. Cita cita saya ingin menjadi seoang ahli bomba. saya meminati kerjaya ini sejak __________5_________. Selain itu, sebab utama saya memilih cita-cita ini kerana ayah ________6_________. Saya sangat suka dengan pekaian seragam dan disiplin yang ditunjukkan oleh ____7____. saya juga suka membantu ______8_____ dan suka melakukan aktiviti yang mencabar. Oleh itu, _________9_______ amat sesuai dengan minat saya. Tugas ahli bomba bukan sahaja memadam kebakaran tetapi juga _______________10_____________________. Akhir sekali, untuk mencapai cita-cita saya ini saya perlu ___________11___________. Selain itu, saya perlu belajar cara-cara untuk menjadi seorang ahli bomba yang ____________12________________.

Setiap murid mempunyai cita-cita. Cita cita ialah kerjaya yang hendak dicapai oleh setiap orang apabila dewasa nanti. Setiap murid perlu belajar dan berusaha gigih untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Cita cita saya ingin menjadi seoang ahli bomba.

Saya meminati kerjaya ini sejak kecil lagi. Selain itu, sebab utama saya memilih cita-cita ini kerana ayah saya juga merupakan seorang ahli bomba. Saya sangat suka dengan pakaian seragam dan disiplin yang ditunjukkan oleh ayah saya.
Saya juga suka membantu orang yang dalam kesusahan dan suka melakukan aktiviti yang mencabar. Oleh itu, cita-cita untuk menjadi seorang ahli bomba amat sesuai dengan minat saya. Tugas ahli bomba bukan sahaja memadam kebakaran tetapi juga menyelamatkan orang yang terlibat dalam kemalangan, menangkap binatang liar seperti ular, membantu ketika banjir dan banyak lagi tugas seorang ahli bomba. Akhir sekali, untuk mencapai cita-cita saya ini saya perlu belajar bersungguh-sungguh dan rajin berusaha. Selain itu, saya perlu belajar cara-cara untuk menjadi seorang ahli bomba yang