P. 1
Sistem Otot

Sistem Otot

4.67

|Views: 24,967|Likes:
Dipublikasikan oleh bitt
nota berkaitan sistem otot iaitu definisi, komponen otot, jenis-jenis otot dan otot-otot rangka utama.
Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.
nota berkaitan sistem otot iaitu definisi, komponen otot, jenis-jenis otot dan otot-otot rangka utama.
Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.

More info:

Published by: bitt on Jul 29, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

3.

0

SISTEM OTOT

Manusia direka untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil daripada gabungan sistem rangka dan otot. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.

3.1

Komponen Sistem Rangka i. Fiber otot • Merupakan sel-sel otot • • • • Sel-sel otot berbentuk panjang, silinder dan banyak nuklues. Berjalur dan bersaiz besar. Diameter diantara 10-100 µm Panjang sehingga 40cm.

Rajah 1: Fiber Otot

ii. Tisu penghubung • Endomisium Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium

Perimisium Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel

Epimisium Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium

Rajah 2: Tisu-tisu Penghubung

2

iii. Tendon • • •

Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang Tendon tidak begitu kenyal Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi Tendon yang lebar di panggil aponeurosis Ligamen Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. • Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

iv. •

v. Kartilej • Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujung-hujung tulang yang membentuk sendi. • Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Rajah 3: Tendon, Ligamen dan Kartilej 3

3.2 i.

Fungsi Otot Menghasilkan pergerakan Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

ii.

Mengekalkan postur Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

iii.

Menstabilkan sendi Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

iv.

Menghasilkan haba Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.

3.3

Jenis-Jenis Otot

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

4

Rajah 4: Jenis-jenis Otot

i.

Otot Rangka

Rajah 5: Sel otot rangka

5

Rajah 6: Sel otot Rangka

Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi ii. Otot Kardiak

Huraian Melekat pada tulang atau kulit Tunggal, panjang dan berjalur Terkawal dan dikawal oleh sistem saraf Dari perlahan ke cepat Tiada

Rajah 7: Sel otot kardiak

6

Rajah 8: Otot Kardiak

Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi iii. Otot Licin Dinding jantung

Huraian Berangkai dan berjalur Luar kawal dan diikawal oleh perentak jantung. Perlahan Ada

Rajah 9: Sel otot Licin

7

Rajah 10

Rajah 11

Ciri-ciri Lokasi Bentuk Sel Kekerapan Kontraksi Kelajuan Kontraksi Rentak Kontraksi 3.4 Ciri-ciri Otot i. Kebolehujaan •

Huraian Dinding organ viseral seperti perut, pundi kencing dan saluran jantung Tunggal dan tidak berjalur Luar kawal dan dikawal oleh sistem saraf, hormon, bahan kimis dan regangan. Sangat perlahan Ada pada otot-otot tertentu sahaja

kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima.

ii.

Kebolehkucupan • keupayaan otot menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan.

iii.

Kebolehpanjangan • keupayaan otot untuk meregang atau memanjang melebihi asal.

8

iv.

Kebolehanjalan • keupayaan otot untuk kembali semula ke keadaan asal selepas meregang atau menguncup.

3.5

Jenis-jenis otot rangka

Otot rangka terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i.

Otot aksial •

Otot aksial terletak dan melekat pada paksi tulang rangka seperti tulang vertebra, tulang tusuk dan sternum. Contoh- frontalis, rectus abdominis, pactoralis major.

ii.

Otot apendikular
9

• •

Otot apendikular terletak dan melekat pada tulang apendikular seperti radius, ulna, femur, humerus, patella. Contoh- scapula, deltoid, biseps, grastrocnemius.

Otot-otot rangka yang utama

Rajah 12: Pandangan hadapan dan belakang badan

Bahagian Kepala

10

Rajah 13: Otot muka

Rajah 14: Otot leher

Bahagian Badan

11

Rajah 15: Otot tengah badan

Rajah 16: Otot belakang badan •

Bahagian Lengan

12

Rajah 17: Otot lengan

Bahagian Kaki

13

Rajah 18: Otot kaki

\

14

3.6

Lekatan otot

Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain. Terdapat dua tempat lekatan otot iaitu proksimal dan distal. i. Proksimal • Bermaksud lekatan otot pada tulang yang hampir dengan tubuh badan. •

Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak. Dikenali sebagai origin.

ii.

Distal • • • Bermaksud lekatan otot pada tulang yang jauh dari tubuh badan. Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Dikenali sebagai insertion.

Rajah 19

Rajah 20

Nama Otot Sternocleidomastoid Latissimus dorsi Deltoid Bisep brakii Pektoralis major

Proksimal Sternum, klavikel Bahagian bawah vertebra, iliak Klavikel, skapula Skapula Klavikel, sternum, tulang rusuk
15

Distal Mastoid Hujung proksimal Bahagian tengah humerus Proksimal radius Proksimal humerus

Gluteal maksimus Kuadriseps Gastroknemius 3.7

Sakrum, ilium Proksimal femur Bahagian atas pelvik Patella Distal femur dan fibula Kalkanus Jadual 1 : Contoh Perlekatan Otot

Interaksi otot-otot dalam pergerakan rangka Saling tindakan otot-otot

Bermaksud bekerjasama

otot-otot dalam

dalam

tubuh

badan

saling

bertindak Otot-otot

atau akan

melakukan suatu pergerakan.

bertindak secara berkumpulan iaitu melibatkan: i.   Agonis Otot-otot penggerak utama (prime movers) Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus   Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus Contoh: biseps brakii dan brakialis

ii. 

Antagonis Menghasilkan pergerakan yang berlawanan dengan otot penggerak utama.

Apabila agonis menguncup, antagonis akan mengendur atau relaks. Megawal kelajuan pergerakan dan melicinkan pergerakan yang dilakukan oleh agonis. Contoh: triseps brakii Sinergis

 iii.   

Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama. Sinergis menambah daya pada pelekatan otot. Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat. Contoh: Otot-otot brakioradialis, biseps brakii dan brakialis bertindak sebagai sinergis untuk membengkok sendi siku.
16

Rajah 21: Perlekatan otot

3.8 i.

Penguncupan otot rangka Jenis-jenis penguncupan otot Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha keduaduanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot. Terdapat tiga jenis penguncupan otot rangka iaitu: •  Penguncupan isometrik (penguncupan statik) Penguncupan ini tidak menghasilkan pergerakan tetapi

menghasilkan daya.  Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada kepanjangan otot.

17

Contoh: Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya

Rajah 22: Menolak dinding

• 

Penguncupan Isotonik Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak.

Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot. Contoh: Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’.

Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.

18

Rajah 23: Biceps curl

• 

Penguncupan Isokinetik Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap sepanjang pergerakan.  Penguncupan ini dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang dapat mengawal halaju pergerakan tersebut.

Contoh: Pengunaan mesin “multi-gym’.

19

Rajah 24: Bench press

ii.

Halaju Penguncupan Fiber otot boleh diklasifikasikan mengikut kelajuan penguncupan otot. Halaju penguncupan otot berbeza mengikut pergerakan yang dilakukan. Terdapat dua jenis fiber otot yang mempengaruhi halaju penguncupan iaitu fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat . Peratusan fiber sentak cepat dan

20

lambat ini dalam otot begantung kepada baka, fungsi dan latihan seseorang individu. • Fiber sentak cepat

  

Dikenali sebagai fiber jenis II. Saiz lebih besar dan berwarna putih. Mempunyai keupayaan anaerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti berintensiti tinggi, pantas dan memakan masa yang pendek. Contoh: lari pecut. Fiber ini menyebabkan atlet mudah menjadi lesu.


Fiber sentak lambat

  

Dikenali sebagai fiber jenis I. Saiz lebih kecil dan berwarna merah. Mempunyai keupayaan aerobik yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti jarak jauh.

 

Contoh: jogathon. Fiber ini tidak cepat lesu dan boleh menghasilkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

3.9

Rujukan

21

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm

Web-Shops (2007). Educational Cybermall: Human-Anatomy.com. Retrieved Jun 15, 2007 from http://www.anatomy-resources.com/

22

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->