Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI Alhamdulilah, tugasan projek kali ini iaitu menganjurkan Seminar dan Pameran Literasi Bahasa sudah dilaksanakan.

Seminar Literasi Bahasa telah diadakan pada 1 Oktober 2013 bertempat di dewan kuliah manakala bagi Pameran Litersi Bahasa telah diadakan pada 2 dan 3 Oktober 2013 di tapak pameran IPG Kampus Pendidikan Teknik bersama dengan Minggu Kokurikulum Akademik. Untuk seminar, kelas saya telah mendapat tajuk iaitu Aktiviti Pengamatan di dalam PdP untuk Kemahiran Membaca dan Menulis. Bagi tugasan ini, kami sekelas telah membuat keputusan untuk memberi tugas ini untuk dilaksanakan oleh Azri dan Syida. Untuk pameran pula, saya ditugaskan untuk menjadi ketua dan membahagikan segala tugasan kepada ahli kelas yang lain. Disebabkan wujud masalah dari segi keluasan tempat pameran, kelas kami dan kelas RBT 2 telah bersetuju untuk bergabung membuat pameran dan permainan interaktif bersama. Kekuatan Sepanjang melaksanakan seminar dan pameran ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat saya lihat. Antaranya ialah topik yang dibentangkan oleh pembentang kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam menyampaikan pembentangan dan menyelitkan unsur kecindan berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain. Wakil seminar kelas kami telah membentangkan seminarnya dengan sangat menarik dimana beliau menggunakan komunikasi dua hala di mana beliau banyak berinteraksi dengan audiens. Hal ini membuatkan audiens tidak bosan. Di samping itu penggunaan perisian

persembahan yang lain daripada 5 pembentang lain membuatkan semua orang berasa kagum. Semasa melaksanakan pameran pula, kelas kami bersama kelas RBT 2 telah berjaya menarik perhatian ramai murid-murid sekolah, para pelajar dan pensyarah untuk berkunjung ke gerai pameran kami. Penyediaan aktiviti yang menarik dan pelbagai seperti permainan balingan dadu, roda kata, memancing ikan, photo booth , terompah kelapa dan tayangan persembahan. Ramai pengunjung datang mencuba permainan kami dan setiap pengunjung diberikan hadiah yang istimewa. Ada pensyarah yang memuji hasil bahan bantu mengajar yang direka oleh kami. Mereka sangat kagum dengan kreativiti kami menghasilkan alat bahan bantu mengajar yang menggunakan barang kitar semula dan jimat kos.

Selain itu, seminar dan pameran ini tidak mungkin berjaya dilaksanakan tanpa kerjasama yang kuat. Semua rakan sekelas memberikan kerjasama yang sangat baik dalam melaksanakan tugasan ini walaupun pada mulanya terdapat beberapa kekangan. Namun kami sama menyelesaikan masalah ini. Pada awalnya, setiap khemah dijanjikan untuk digunakan dua kelas namun ketika petang sebelum pameran itu, telah dimaklumkan bahawa setengah khemah hanya diberikan kepada enam kelas kami untuk berkongsi ruang pameran. Kelas kami bersama RBT 2 telah berbincang dan kami bersetuju untuk bergabung bagi menjimatkan ruang. Selain itu, pada malam itu juga, walaupun khemah masih belum siap dipasang, kami telah mencari insiatif untuk membesarkan lagi ruang pameran kami dengan menambah tiang dan menggunakan lindungan 60. Kelemahan Dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja dilaksanakan dengan jawatankuasa induk iaitu wakil kelas sahaja sehingga menyebabkan kekeliruan maklumat untuk rakan sekelas lain. Saya sebagai ketua pameran tidak dipanggil untuk bermesyuarat sekali dengan jawatankuasa induk menyebabkan saya tidak jelas dengan kehendak pihak atasan. Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJK atasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui laman sosial facebook. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini. Sesunguhnya kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya. Cadangan Penambahbaikan Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan aktiviti kearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan seharusnya memanggil semua pelajar dan bermesyuarat bersama pada pertemuan pertama untuk semua

pelajar faham tugasan yang diberikan. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut serta dalam program ini. Kesimpulan Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata. Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan kearah yang lebih baik.