Anda di halaman 1dari 17

TEMA : MENYIASAT ALAM HIDUPAN BIDANG PEMBELAJARAN : INTERAKSI ANTARA HIDUPAN TAJUK : PERSAINGAN ADALAH SATU BENTUK INTERAKSI

Persaingan antara haiwan 1) Hidupan berinteraksi antara satu sama lain melalui kerjasama dan persaingan.Haiwan yang sama spesies dan yang berlainan spesies bersaing antara satu sama lain.Haiwan bersaing untuk: (a) makanan

(B) PASANGAN

(C) AIR

(D) TEMPAT PERLINDUNGAN

(E) WILAYAH/RUANG

Haiwan bersaing: i) kerana sumber makanan yang terhad. ii) kerana sumber air yang terhad. iii) untuk mempertahankan anak. iv) untuk mencari wilayah atau tempat perlindungan. v) kerana memerlukan pasangan untuk membiak.

Tumbuhan memerlukan faktor faktor di atas (keperluan) untuk hidup dan membesar dengan sihat. Jika sumber sumber ini terhad, tumbuhan perlu bersaing sesama mereka untuk mendapatkannya. Di dalam persaingan, tumbuhan yang kuat akan menang. Jika tumbuhan (selalunya yang lemah) tidak mendapat cukup cahaya Matahari, air, nutrien dan ruang, pertumbuhan mereka akan terjejas / terbantut, tumbuhan akan menjadi rendah dan kecil. Sesetengahnya akan mati kerana mereka gagal untuk bersaing dengan tumbuhan lain. Perbandingan antara tumbuhan yang sihat dan tidak sihat (layu) boleh dilihat melalui pemerhatian dari segi

Setiap tumbuhan di dalam hutan akan cuba untuk tumbuh lebih tinggi untuk mendapat lebih cahaya Matahari. Tumbuhan mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan lebih cahaya Matahari walaupun sedikit.

Tumbuhan berbatang kayu meninggi lurus dan tegak untuk mendapatkan cahaya Matahari.

Tumbuhan yang batang yang tidak kuat akan menggunakan penyesuaian khusus / kebolehan untuk mendapatkan cahaya Matahari seperti menggunakan cangkuk, akar mencengkam dan tumbuh pada pokok yang lebih tinggi.

Pokok duit duit akan menggunakan akar cengkaman untuk memanjat, melekatkan dirinya kepada batang sesuatu pokok

RENUNGAN INGATLAH SESUATU YANG DISESALI TIDAK AKAN BERLAKU SETELAH KITA MENYESALINYA. SEBELUM KITA MENYESALI SESUATU KEGAGALAN, KITA SEHARUSNYA MENGATASI KEGAGALAN ITU DENGAN USAHA DAN TAWAKAL. TETAPI ANDAI KITA LALAI DAN TIDAK BERUSAHA, MAKA KITA PEROLEH KEGAGALAN DAN PENYESALAN DI MASA DEPAN.
FIKIR-FIKIRKANLAH