Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN CATATAN Baru-baru ini kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu.

Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut. AHAD, 4 DISEMBER 2011 6.00 pagi Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga bersiap-siap untuk bertolak ke Taman Medan. Hari ini bakal berlangsung majlis kenduri kahwin sepupu saya 7.15 pagi Kami memulakan perjalanan ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru. 10.30 pagi Kami tiba di Taman Medan, Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami bertukar-tukar perkabaran dengan pak long dan mak long. Kemudian,saya dan ibu ke bilik pengantin untuk member hadiah kepada pengantin, iaitu kakak Farhana 12.00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu mengangkat hidangan untuk pada tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Setiap jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna warni. 2.00 petang Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar. Kemudian, pasangan Raja Sehari menikmati hidangan Makan Beradab bersama-sama keluarga terdekat. Pasangan yang sama cantik, sama padan itu mengenakan pakaian songket berwarna ungu. 5.00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Long Halimah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.

1. Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang. 2. Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan di bawah : Contoh 1 Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu. Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari. Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari. Contoh 2 Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut. Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam. 3. Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat . 4. Tulis catatan mengikut urutan peristiwa . 5. Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami.