Anda di halaman 1dari 2

Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah, Sekarang ini kita sudah memasuki pertengahan yang kedua iaitu

PELUANG BESAR-BESARAN UNTUK PENG AMPUNAN DOSA Bagi yang berkesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan, kita disarankan untuk beribadah dengan penuh keimanan dan sunguh-sungguh dalam mengharapkan pahala dari ALLAH Taala. Ganjaran besar berupa pengampunan dosa yang telah lalu menanti bagi mereka yang beribadah sungguh-sungguh di dalam bulan yang mulia ini.
( di pertengahannya keampunan ). Jadi sama-samalah kita mengambil peluang ini untuk memohon keampunan kepada Allah dengan taubat nasuha semoga dosadosa kita sebelum ini diampunkan oleh Allah.

TIPS MEMBURU LAILATULQADAR 1. Jangan biar sedikit pun waktu Ramadhan tanpa adanya ibadah, baik di siang mahupun malam 2. Sebanyak mungkin habiskan waktu malam di masjid atau surau sehingga jiwa kita mudah mengingati Allah, solat, zikir,tilawah dan lain-lain. Sesungguhnya kita sukar lakukan di rumah. 3. Tidak terlalu berat bekerja di siang hari sehingga keletihan untuk berjaga di malam hari. 4. Berqailullah( tidur seketika sebelum zohor untuk kekuatan bangun malam) 5. Hindari hal sia-sia termasuk menonton televisyen. 6. Berdoa sebelum tidur, dikuatkan bangun malam 7. Tidur awal dan elak tempat tidur yang selesa 8. Tidak tidur dalam berjunub, pastikan berwuduk. 9. Sebelum tidur bersihkan hati, beristighfar dan maafkan semua orang. RAMADHAN: PERBANYAKKAN MOHON KEAMPUNAN & KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Taala disebabkan oleh kelemahan ini. Walaupun begitu, ALLAH taala sentiasa tahu kelemahan kita. DIA tahu kita selalu lupa. DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa. Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA. Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita. Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hambahambaNYA yang ingin bertaubat. Firman ALLAH taala yang bermaksud: Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah az-Zumar 39:53) Malah, ALLAH taala sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA. Dalam sebuah hadith, ada Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian

yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun. (HR Bukhari & Muslim)

Anda mungkin juga menyukai