Anda di halaman 1dari 55

Cadangan Aktiviti dan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Tahun

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 1 Kemahiran : Mengenali Pengguna Jalan Raya : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 7.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.7.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang ditunjukkan pada poster dengan bahasa yang sesuai. 2) membaca perkataan yang disenaraikan dengan sebutan yang betul. 3) menyebut jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 18 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata pejalan kaki penumpang kereta pembonceng motosikal penunggang motosikal pemandu kereta penumpang pengangkutan awam penunggang basikal pengguna kerusi roda

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati rasional kerjasama KBT KB : menghubung kait TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti : Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya ) Media 1.2 ( Kad imbasan gambar dan perkataan ) : Aktiviti 1 ( Mengenal pasti dan menulis ayat berkaitan pengguna jalan raya ) Aktiviti 2 ( Mengenal pasti pengguna jalan raya yang terlibat dalam satu-satu perjalanan ) Aktiviti 3 ( Mengisi tempat kosong dengan nama pengguna jalan raya yang betul ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Refleksi

17

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mengenali Pengguna Jalan Raya 1. Murid melihat poster jalan raya (Media 1.1) dan menyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam poster tersebut. 2. Murid berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang dilihat dalam poster dan menyebutnya berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. (Contoh : berjalan kaki = pejalan kaki, menunggang basikal = penunggang basikal) 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kad imbasan (Media 1.2). Kemudian murid membaca perkataan mengikut kumpulan. 4. Murid mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dengan melengkapkan aktiviti 1 dan 2. 5. Murid melengkapkan aktiviti 3 sebagai pemulihan dan pengayaan.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 1.1 Poster Pengguna Jalan Raya

Media 1.2 Kad imbasan gambar dan perkataan Buku Aktiviti ( Aktiviti 1 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 2 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 3 )

18

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 2 Kemahiran : Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza : Fokus Utama : 2.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.7.2 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) bercerita tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul. 2) menulis perkataan berkaitan pengguna jalan raya. 3) menjelaskan semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dan keselamatan pejalan kaki adalah penting. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 25 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata pimpin tangan tali pinggang keledar bebendul jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai rasional KBT TKP : interpersonal Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya ) : Aktiviti 4 ( Melengkapkan peta minda untuk perjalanan yang selamat ke sekolah ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

24

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza 1. Murid melihat poster (Media 1.1) yang dipamerkan. Murid bersoal jawab berkaitan dengan pengguna jalan raya yang terdapat dalam poster. 2. Murid bercerita tentang pengalaman mereka menjadi pengguna jalan raya yang berbeza dalam perjalanan mereka ke sekolah. Contohnya, mereka berjalan kaki ke kereta dan menjadi penumpang untuk ke sekolah. Kemudian setelah sampai di sekolah mereka keluar dari kereta dan berjalan ke dalam kawasan sekolah. 3. Murid menjelaskan dalam setiap perjalanan, mereka boleh menjadi tiga pengguna jalan raya yang berbeza dan nyatakan tentang keselamatan diri mereka. 4. Murid bersoal jawab tentang aspek keselamatan yang perlu difikirkan dalam setiap perjalanan berdasarkan peta minda. Apakah aspek keselamatan yang perlu anda fikirkan? Apakah perlakukan yang selamat sebelum, selepas dan antara perjalanan itu?
Pimpin tangan minta bantuan orang dewasa

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 1.1 Poster Pengguna Jalan Raya

Pejalan kaki

Lihat kereta yang mengundur lihat kanan, kiri, kanan dan belakang Perhatikan kenderaan yang lalu-lalang sebelum keluar

Penumpang
Pakai tali pinggang keledar Masuk dari bebendul jalan Jangan ganggu pemandu

Pejalan kaki

Tunggu orang dewasa untuk membantu anda keluar dari kereta ke bebendul jalan

5. Murid diminta melengkapkan aktiviti 4 aktiviti ini boleh dibincangkan dalam kumpulan kecil sebelum dicatatkan ke dalam buku aktiviti.

Buku Aktiviti ( Aktiviti 4 )

25

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 3 Kemahiran : Semua Orang Pejalan Kaki : Fokus Utama : 2.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 7.2.2, 7.2.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan dan frasa yang jelas. 2) menulis perkataan dan ayat tunggal tentang langkah-langkah melintas jalan raya yang betul dengan tulisan yang cantik. 3) menyatakan lima langkah melintas dengan selamat. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 28 ) : Tatabahasa kata kerja Kosa kata berhenti melihat mendengar berfikir berwaspada

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Muzik Nilai kerjasama KBT KB : menyusun maklumat Media Pengajaran Buku Aktiviti : Media 1.3 ( Lirik lagu Melintas Jalan ) : Aktiviti 5 Aktiviti 6 Refleksi ( Menyenaraikan lima langkah melintas dengan penerangan yang betul ) ( Menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi )

: ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

27

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Semua Orang Pejalan Kaki 1. Murid menyanyikan lagu Melintas Jalan (Media 1.3). 2. Murid menyatakan lima langkah melintas dengan selamat berdasarkan lirik lagu. 3. Murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan dengan selamat. Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi orang dewasa dan kanak-kanak yang hendak melintas jalan raya. Murid lain boleh menjadi pemerhati dan menilai sama ada lima langkah melintas dilakukan dengan betul. 4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa? Mengapakah kita berhenti sebelum melintas? Di manakah kita perlu berhenti? Apakah yang perlu kita lihat sebelum melintas? Arah manakah yang perlu kita lihat? Apakah yang perlu kita dengar sebelum melintas? Bagaimanakah bunyi dapat membantu kita melintas dengan selamat? Apakah yang kita fikirkan sebelum melintas? Apakah yang perlu kita fikirkan sebelum mula melintas? Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas? Apakah yang mungkin berlaku? 5. Murid menulis ayat tunggal yang betul dengan tulisan yang cantik (Aktiviti 5 dan Aktiviti 6)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 1.3 Lirik lagu Melintas Jalan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 5 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 6 )

28

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 4 Kemahiran : Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 3 (i) PKJR : 1.7.2 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan topik yang diberi. 2) menulis ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan gambar bersiri. 3) menyatakan perlakuan yang selamat di tempat letak kereta. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 33 34 ) : Tatabahasa ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata mengundur bernyala kaki lima tempat letak kereta

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhemah KBT TKP : visual ruang Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 1.4 ( Poster Tempat Letak Kereta ) : Aktiviti 7 ( Menulis semula ayat yang diberi berdasarkan gambar ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

32

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk 4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta 1. Murid melihat gambar ilustrasi kawasan tempat letak kereta (Media 1.4) dan bersoal jawab dengan rakan berkaitan gambar tersebut dengan bimbingan guru. Siapakah pengguna jalan raya yang berkongsi tempat letak kereta? 4 Hampir semua jenis pengguna jalan raya pemandu, penunggang motosikal, pejalan kaki Apakah bahaya yang boleh dihadapi oleh pejalan kaki di kawasan tempat letak kereta? 4 Kenderaan sentiasa mengundur di tempat letak kereta dan pemandu mempunyai tahap penglihatan yang terhad terhadap pejalan kaki dan kenderaan yang berada di belakangnya. 4 Kebiasaannya tidak terdapat laluan pejalan kaki dan tiada tempat yang selamat untuk menunggu semasa masuk dan keluar dari kereta. Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa sebuah kereta sedang mengundur? 4 Dengar bunyi enjin dan sensor undur. 4 Lampu mengundur bernyala. 4 Kereta mengundur perlahan-lahan. Dari arah manakah kenderaan akan datang di kawasan tempat letak kereta? Bagaimanakah anda boleh mengetahuinya? Adakah semua pemandu melakukan perkara yang sepatutnya semasa berada di kawasan tempat letak kereta? Apakah yang anda boleh jangkakan? Apakah yang anda harus lakukan jika anda melihat ibu bapa anda sedang menunggu di dalam kereta ketika keluar dari sekolah? 2. Jika berkesempatan, bawa murid keluar ke kawasan tempat letak kereta dan lakukan demonstrasi berikut; prosedur masuk dan keluar dari kereta di kawasan tempat letak kereta prosedur selamat ketika melintas di kawasan tempat letak kereta mengenal pasti kereta mengundur di kawasan tempat letak kereta (lampu undur, sensor undur) ( Beri keutamaan kepada aspek keselamatan dan pastikan semua prosedur dilaksanakan sebelum aktiviti di atas dijalankan.)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 1.4 Poster Tempat Letak Kereta

33

Unit 1
Pelbagai Pengguna Jalan Raya
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 3. Jika aktiviti luar kelas tidak dapat dilakukan, bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan murid dikehendaki berbincang cara mereka boleh menjaga keselamatan di tempat letak kereta. Contoh: Tunggu hingga kereta berhenti sepenuhnya sebelum membuka pintu. Lihat sekeliling untuk melihat jika ada kenderaan yang bergerak sebelum membuka pintu. Berhati-hati semasa membuka dan menutup pintu. Tunggu orang dewasa datang dan membantu anda keluar dari kenderaan. Pimpin tangan orang dewasa apabila berjalan di tempat letak kereta. Jika ibu bapa menunggu anda di dalam kereta yang berada dalam keadaan diparkir, berdiri di kaki lima dan tunggu sehingga mereka datang menjemput anda. 4. Murid dibimbing untuk menyusun pernyataan dan menulis (Aktiviti 7) tentang ciri-ciri keselamatan semasa berada di kawasan tempat letak kereta berdasarkan maklumat yang diberikan. 5. Murid membuat rumusan bahawa mereka perlu mengamalkan langkah-langkah keselamatan di kawasan tempat letak kereta, sama seperti ketika berada berdekatan dengan jalan raya. Hal ini kerana kenderaan boleh bergerak dengan laju dari semua arah yang sukar untuk dijangka.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 7 )

34

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 1 Kemahiran : Patuhi Peraturan Jalan Raya : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 4.1 Aras 2 (ii) PKJR : 3.1.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) mengemukakan pendapat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dengan bahasa yang betul. 2) menyusun perkataan menjadi ayat yang betul. 3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 38 ) : Tatabahasa ayat perintah Kosa kata peraturan situasi berbahaya memimpin

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berwaspada KBT KB : membanding beza TKP : interpersonal Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya ) : Aktiviti 8 ( Menyusun perkataan menjadi pernyataan yang betul dan membina ayat ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

37

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Patuhi Peraturan Jalan Raya 1. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan peraturan, contohnya: di sekolah di rumah 2. Murid menyatakan kepentingan mematuhi peraturan dan mengaitkannya dengan peraturan jalan raya; memastikan semua selamat. memastikan kita tidak membahayakan orang lain. 3. Murid menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster (Media 2.1). 4. Murid berbincang tentang kesan yang mungkin berlaku sekiranya peraturan tidak dipatuhi berdasarkan poster. 5. Murid menyenaraikan contoh peraturan jalan raya berkaitan dengan melintas. Contoh: Mengamalkan lima langkah melintas. Melintas dengan orang dewasa. Pimpin tangan orang dewasa sebelum melintas. Menggunakan lintasan pejalan kaki. 6. Murid menyenaraikan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh pembonceng motosikal dan penumpang. 7. Guru meminta murid menyiapkan aktiviti 8. 8. Guru menerangkan dan memberi penekanan tentang peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi supaya lebih selamat semasa di jalan raya.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 2.1 Poster Peraturan Jalan Raya

Buku Aktiviti ( Aktiviti 8 )

38

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 2 Kemahiran : Amalkan Peraturan Jalan Raya : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 3.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster dengan menggunakan ayat yang betul. 2) menulis karangan pendek berdasarkan tajuk. 3) membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang berbeza. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 42 ) : Tatabahasa ayat majmuk Kosa kata pejalan kaki penumpang kereta pembonceng motosikal

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berwaspada KBT KB : membanding beza BCB : perbincangan Media Pengajaran Buku Aktiviti : Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya ) Media 2.2 ( Kad pernyataan ) : Aktiviti 9 ( Memadan peraturan jalan raya dengan pengguna jalan raya yang betul ) Aktiviti 10 ( Menulis karangan tentang pengguna dan peraturan jalan raya )

Refleksi

: ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

41

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Amalkan Peraturan Jalan Raya 1. Guru mempamerkan Media 2.1 dan meminta murid menyenaraikan peraturan jalan raya berdasarkan media tersebut. 2. Beberapa orang murid melakonkan perlakuan yang selamat di jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam poster. 3. Murid lain meneka lakonan tentang peraturan jalan raya yang ditunjukkan dan jenis pengguna yang terlibat. 4. Setiap kumpulan akan memilih set kad pernyataan berdasarkan kumpulan pejalan kaki, penumpang kereta dan pembonceng motosikal. 5. Wakil kumpulan diminta menyatakan maklumat yang diperolehi di hadapan kelas. 6. Murid melengkapkan aktiviti 9. 7. Murid menulis karangan berdasarkan aktiviti 9 ( Pilih satu pengguna jalan raya )

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 2.1 Poster Peraturan Jalan Raya

Media 2.2 Kad Pernyataan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 9 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 10 )

42

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 3 Kemahiran : Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i) PKJR : 3.1.4 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan raya. 2) membaca ayat dan memadankan gambar situasi peraturan jalan raya yang dibincangkan dengan betul. 3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 47 ) : Tatabahasa kata perintah Kosa kata jangan tunggu sila

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berwaspada KBT KB : membanding beza TKP : interpersonal Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 2.3 ( Kad imbasan gambar ) : Aktiviti 11 ( Padankan gambar situasi dengan peraturan yang sesuai ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

46

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu 1. Murid bersoal jawab tentang peraturan jalan raya yang perlu diamalkan berdasarkan kad imbasan gambar (Media 2.3). Tempat letak kereta/ tunggu sehingga pusat beli-belah orang dewasa membuka pintu dan memimpin anda Hentian bas jangan melintas jalan sehingga bas telah meninggalkan hentian bas Kawasan perumahan jangan bermain di laluan kenderaan beri perhatian kepada kenderaan yang mengundur. Perjalanan dari rumah mematuhi peraturan jalan raya ke bandar Ketika membonceng sentiasa memakai topi keledar walaupun jarak perjalanan yang dekat. 2. Murid menyenaraikan jawapan pada papan tulis mengikut kategori yang telah dibincangkan. 3. Murid membaca dan memadankan gambar situasi dengan peraturan yang dibincangkan. (Aktiviti 11)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 2.3 Kad imbasan gambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 11 )

47

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 4 Kemahiran : Patuhi Peraturan Jalan Raya : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan raya dengan ayat yang betul. 2) menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik. 3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 51 ) : Tatabahasa kata nama am, ayat perintah Kosa kata jejantas tali pinggang keledar kereta topi keledar bebendul jalan lintasan pejalan kaki hentian bas

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berwaspada KBT KB : membanding beza TKP : interpersonal Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 2.4 ( Poster Pekarangan Sekolah ) : Aktiviti 12 ( Menulis ayat perintah tentang peraturan sebagai penumpang kenderaan ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

50

Unit 2
Peraturan Jalan Raya
Tajuk 4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Patuhi Peraturan Jalan Raya 1. Murid meneliti poster (Media 2.4) dan bersoal jawab tentang hubung kait peraturan jalan raya yang terdapat dalam poster dengan frasa yang diberi. Contoh perkataan atau frasa adalah seperti: Warden lalu lintas (dengar dan patuhi) Jejantas (guna jika ada) Tali pinggang keledar ( sentiasa pakai apabila berada di dalam kereta ) Masuk dan keluar dari kereta (bebendul jalan) Melintas (gunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat) Orang dewasa (berpimpin tangan dengan orang dewasa untuk melintas) Menghadap lalu lintas (berjalan menghadap lalu lintas jika tidak terdapat laluan pejalan kaki) Topi keledar (pakai dengan betul dan kancingkan) Lima langkah melintas dengan selamat (gunakan lintasan pejalan kaki) Hentian bas (jangan bermain di sekitar hentian bas) 2. Murid berbincang tentang peraturan jalan raya yang diguna pakai semasa turun dan naik dari kenderaan di sekolah. 3. Murid menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik dalam aktiviti 12. Contoh: Ikut arahan warden trafik. Gunakan tempat melintas atau jejantas. Jangan berlari semasa melintas. Amalkan lima langkah melintas.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 2.4 Poster Pekarangan Sekolah

Buku Aktiviti ( Aktiviti 12 )

51

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 1 Kemahiran : Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.8 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ; 1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas. 2) menamakan papan tanda dan mewarnakan dengan betul.

Tahun 2

Objektif

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan. 4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 56 ) : Tatabahasa perkataan dan frasa Kosa kata persimpangan selekoh bonggol jalur derum dibenarkan berpusing balik had laju

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berdisiplin hemah tinggi KBT KB : menjana idea membanding beza mencirikan TKP : verbal linguistik, visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti : Buku Bergambar : Aktiviti 13 ( Mewarna dan menamakan papan tanda jalan ) Aktiviti 14 ( Mengenal pasti sistem jalan raya dan mencari perkataan berkaitan ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Refleksi

55

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan 1. Murid menyatakan pelbagai papan tanda yang terdapat di kawasan sekolah. 2. Bersoal jawab tentang maksud papan tanda yang disebut oleh murid. 3. Murid membaca perkataan dan frasa yang ditunjukkan. (Senarai perkataan atau frasa berdasarkan aktiviti 13) 4. Murid berbincang tentang perbezaan antara: papan tanda isyarat penanda jalan 5. Murid diperkenalkan dengan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang lain seperti: lorong motosikal sahaja lampu isyarat di hadapan jalur derum bonggol had laju dibenarkan berpusing balik selekoh 6. Bersoal jawab tentang maksud dan tujuan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipelajari. Kepada siapa papan tanda, isyarat dan penanda jalan ditujukan? Apakah tindakan yang perlu dilakukan? 7. Murid mewarna dan menulis nama papan tanda jalan pada ruang yang disediakan. (Aktiviti 13 dan 14)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 13 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 14 )

56

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 2 Kemahiran : Kategori Papan Tanda Jalan : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i), (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ; 1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas. 2) menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan tulisan yang kemas dan cantik.

Tahun 2

Objektif

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan. 4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 60 ) : Tatabahasa kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata pematuhan wajib amaran larangan panduan lintasan melintas respons

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berdisiplin hemah tinggi KBT KB : menjana idea membanding beza mencirikan TKP : verbal linguistik Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Buku Bergambar : Aktiviti 15 ( Membina ayat mengunakan frasa dan mewarna ) Aktiviti 16 ( Menulis mesej bagi setiap sistem jalan raya yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

59

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kategori Papan Tanda Jalan 1. Murid membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa pelbagai pengguna jalan raya yang terdapat dalam buku bergambar. 2. Murid mendengar penjelasan guru tentang tanda jalan mengikut kategori pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan. 3. Murid dibahagi kepada kumpulan pengguna jalan raya yang berikut: Pejalan kaki Pemandu Penunggang motosikal Penunggang basikal Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan tanda jalan mengikut tiga kategori tersebut berdasarkan bahan Buku Bergambar. 4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. 5. Murid melakar satu papan tanda jalan bagi kategori pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan. 6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan frasa yang berkaitan papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Murid melengkapkan aktiviti 15 dan 16.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 15 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 16 )

60

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 3 Kemahiran : Ambil Langkah Bijak : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas. 2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan frasa yang diberi. 3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan. 4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 64 ) : Tatabahasa kata majmuk, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata perlakuan bijak langkah tindakan berhemah

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berdisiplin berhemah KBT KB : menjana idea membanding beza mencirikan KMD : meramal TKP : verbal linguistik visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Buku Bergambar : Aktiviti 17 ( Menamakan dan menulis penerangan ringkas fungsi sistem jalan raya yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

63

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Ambil Langkah Bijak 1. Murid menyenaraikan dan membaca nama dan maksud papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang telah dipelajari. 2. Murid melakukan aktiviti permainan kotak beracun menggunakan buku bergambar. Murid memilih sekeping gambar dan mempamerkannya kepada rakan sekelas. Murid lain membaca dan menyatakan maksud papan tanda yang dipamerkan. Murid bersoal jawab tentang tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipamerkan. 3. Beberapa orang murid menjalankan aktiviti simulasi di dalam bilik darjah. Sekumpulan murid akan melakonkan watak sebagai pengguna jalan raya. Beberapa orang murid memegang simbol dan berperanan sebagai papan tanda jalan. Pengguna jalan raya akan bergerak melalui stesen-stesen yang mempunyai papan tanda. 4. Murid lain memerhati tindakan pengguna jalan raya yang melalui beberapa papan tanda dan isyarat serta memberi respons terhadap aksi yang dilihat. 5. Murid melengkapkan aktiviti 17.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 17 )

64

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 4 Kemahiran : Jom, Jalan-Jalan : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.8 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) bersoal jawab tentang papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat dengan menggunakan ayat yang betul. 2) menulis karangan berdasarkan isi-isi yang diberi. 3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan. 4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 67 ) : Tatabahasa kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata penanda jalan garisan kuning jalur derum lawatan perhatikan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berdisiplin hemah tinggi KBT KB : menjana idea mencirikan BCB : perbincangan Buku Aktiviti Refleksi : Aktiviti 18 ( Mengenal pasti sistem jalan raya ) Aktiviti 19 ( Menulis karangan tentang pemerhatian yang telah dilakukan ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

66

Unit 3
Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan
Tajuk 4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jom, Jalan-Jalan 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti luar bilik darjah dan melengkapkan borang grafik yang diberi (Aktiviti 18). 2. Setiap murid diminta memerhati dan mencatat papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat. 3. Murid bersoal jawab tentang penanda jalan yang dilihat semasa aktiviti lawatan dan berbincang secara asas tentang fungsi penanda jalan tersebut. Contoh: Garis putus-putus Garis lurus Garis berkembar Warna garisan putih dan kuning 4. Murid menulis karangan berdasarkan aksi pengguna jalan raya yang dilihat semasa melakukan aktiviti luar kelas dengan bimbingan guru (Aktiviti 19).

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 18 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 19 )

67

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 1 Kemahiran : Boleh Dilihat dan Lebih Selamat : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 2.1.5, 4.3.2 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) berbual tentang tajuk yang dipelajari dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 2) membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi. 3) menyatakan sebab-sebab mereka sukar dilihat di jalan raya. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 72 ) : Tatabahasa ayat tunggal Kosa kata perabot jalan jalur pemantul cahaya pakaian pemantul cahaya ves pemantul cahaya penyelenggara Pendidikan Seni Visual Sains Kemahiran Hidup berhati-hati berdikari rasional KBT KB : menjana idea membuat kesimpulan TKP : intrapersonal

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai

Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi

: Media 4.1 ( Poster Kebolehlihatan ) : Aktiviti 20 ( Membina ayat dari perkataan dan frasa yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

71

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Boleh Dilihat dan Lebih Selamat 1. Seorang murid dipakaikan dengan baju berwarna hijau dan seorang lagi berwarna putih. 2. Kedua-duanya diminta berdiri berhampiran dengan pokok atau di hadapan papan hitam. Murid ditanya dengan soalan: Siapakah yang paling mudah dilihat? Mengapakah dia mudah dilihat? 3. Murid diterangkan tentang konsep penyamaran yang bermaksud berpadu dengan alam sekitar dan menyebabkan sesuatu objek sukar untuk dilihat. 4. Murid berbual tentang faktor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat di persekitaran jalan raya. 5. Murid menyatakan kepentingan bagi pengguna jalan raya mudah dilihat supaya mereka lebih selamat. 6. Murid dipamerkan dengan poster (Media 4.1) dan bersoal jawab tentang kebolehlihatan pemantul cahaya dalam poster yang dilihat. 7. Murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi. (Aktiviti 20)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 4.1 Poster Kebolehlihatan Buku Aktiviti ( Aktiviti 20 )

72

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 2 Kemahiran : Cuaca dan Waktu : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 4.3.2, 4.3.3, 2.1.5 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) mengemukakan pendapat berdasarkan eksperimen yang dilakukan. 2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. 3) menyatakan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza mempengaruhi kebolehlihatan melalui uji kaji. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 76 ) : Tatabahasa kata adjektif, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata cuaca waktu cahaya warna objek plastik lut sinar

Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains Nilai berhati-hati KBT KB

: menganalisis membuat kesimpulan Konstruktivisme : mengembang idea

Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi

: Media 4.2 ( Poster Hari Hujan ) : Aktiviti 21 ( Menulis kesimpulan berdasarkan pemerhatian ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

75

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Cuaca dan Waktu 1. Murid dipamerkan dengan Media 4.2 yang menunjukkan gambar pejalan kaki melintas jalan raya di kawasan yang gelap semasa hujan. 2. Dengan bimbingan guru, murid membincangkan kesan cahaya dan cuaca terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Contoh: cuaca mendung, jerebu dan hujan awal pagi dan lewat petang pakaian berwarna gelap aspek keselamatan semasa hujan pemandu kurang jelas penglihatan pada waktu hujan. 3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan menjalankan uji kaji di bawah:
Kumpulan A Objektif : Untuk menunjukkan kesan hari hujan terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan : 1 gelas berisi air, 1 gelas kosong dan 1 objek seperti pensel atau pemadam. Cara : Letakkan objek di hadapan gelas yang kosong dan lihat melalui gelas dari sudut yang bertentangan. Kemudian, letakkan objek di hadapan gelas yang berisi air dan lihat melalui gelas dari sudut yang bertentangan. Kumpulan B Objektif : Untuk menunjukkan kesan pencahayaan dan waktu terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan : Sehelai plastik lut sinar tidak berwarna, sehelai plastik lut sinar berwarna, 1 objek seperti pensel atau pemadam. Cara : Letakkan objek hadapan plastik lut sinar tidak berwarna dan lihat dari sudut yang bertentangan dengan objek. Letakkan objek di hadapan plastik lut sinar berwarna dan lihat menerusinya dari sudut yang bertentangan dengan objek. Kumpulan C Objektif: Untuk menunjukkan kesan pakaian berwarna gelap terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan: Sehelai baju T putih dan sehelai baju T warna gelap. Cara: Letakkan baju tersebut bersebelahan satu sama lain dan perhatikan kedua-duanya dari jarak yang berbeza. Lakukan pemerhatian dengan menggunakan latar belakang yang berbeza.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 4.2 Poster Hari Hujan

BBM Bahan-bahan untuk uji kaji tidak disediakan. Bahan uji kaji a) Cuaca hujan: 2 biji gelas Objek (pensel/pemadam)

b) Waktu dan cahaya Plastik lut sinar berwarna Plastik lut sinar tidak berwarna Objek (pensel/pemadam)

c) Warna 1 helai baju T putih 1 helai baju T berwarna gelap Sekeping kad putih (saiz manila kad) Sekeping kad warna gelap (saiz manila kad)

4. Setiap kumpulan akan berbincang dan mengemukakan hasil uji kaji kepada kelas. 5. Murid melengkapkan borang uji kaji dalam aktiviti 21. 76 Buku Aktiviti ( Aktiviti 21 )

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 3 Kemahiran : Perabot Jalan : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 1.3.1, 1.3.2, 2.1.5, 4.3.2 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) memerihalkan tentang perabot jalan berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diterima. 2) membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata yang diberi. 3) menyatakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 80 ) : Tatabahasa kata majmuk, ayat tunggal Kosa kata peti surat pasu bunga lampu jalan tong sampah Pendidikan Seni Visual Kemahiran Hidup rasional KB : menjana idea Konstruktivisme : mengembang idea

Pengisian Kurikulum : Ilmu Nilai KBT Media Pengajaran Buku Aktiviti

: Media 4.3 ( Kad imbasan gambar ) : Aktiviti 22 ( Melengkapkan perkataan ) Aktiviti 23 ( Melengkapkan pernyataan dan mencari perkataan ) Aktiviti 24 ( Membina ayat berdasarkan rangkai kata ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Refleksi

79

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Perabot Jalan 1. Murid melihat dan menamakan gambar perabot jalan yang terdapat pada kad imbasan. 2. Murid dan guru bersoal jawab: Apakah perabot jalan? ( Murid menyenaraikan ) Nyatakan kebaikan perabot jalan. Contoh keselesaan, kemudahan, perhiasan Nyatakan keburukan perabot jalan. Contoh: i) Pejalan kaki akan terlindung jika saiznya hampir sama dengan saiz perabot jalan. ii) Warna pakaian pejalan kaki seakan-akan sama dengan perabot jalan. iii) Perabot jalan juga boleh menghalang penglihatan pejalan kaki. 3. Murid dibawa ke persekitaran kawasan sekolah dan menamakan perabot jalan yang ada. 4. Murid mengenal pasti perabot jalan yang mungkin menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain atau sebaliknya. 5. Simulasi: Beberapa orang murid diminta berdiri di belakang mana-mana perabot jalan yang mungkin menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain atau sebaliknya. 6. Murid menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat. 7. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti simulasi. Contoh: Pejalan kaki tidak boleh berada di belakang perabot jalan yang boleh menghalang mereka daripada dilihat. 8. Murid melengkapkan aktiviti 22 dan 23 dengan bimbingan guru. 9. Murid membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata (Aktiviti 24).

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 4.3 Kad imbasan gambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 22 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 23 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 24 )

80

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 4 Kemahiran

Tahun 2
: Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i) PKJR : 4.3.1, 4.3.2, 2.1.5 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ; 1) berbual tentang perkara yang dipertontonkan dalam tayangan video dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 2) membaca kuat ayat-ayat yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3) menyatakan situasi bahaya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan di antara dua buah kereta yang diletakkan.

Objektif

Aktiviti Sistem Bahasa

: ( Rujuk muka surat 86 ) : Tatabahasa kata adjektif Kosa kata cerun bukit berpadu but kereta saiz

Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains Nilai berhati-hati berdikari KBT KB : merumus BCB : bacaan mekanis Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1 Segmen : Kebolehlihatan ( 07.39 08.42 minit ) : Aktiviti 25 ( Menulis kata-kata nasihat ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

85

Unit 4
Kebolehlihatan di Jalan Raya
Tajuk 4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan 1. Murid dipertontonkan dengan tayangan video teknikal serta menyenaraikan bahaya yang dapat dikenal pasti melalui tayangan video tersebut. Contoh : Kanak-kanak melintas jalan di antara kenderaan. Warna pakaian kanak-kanak kelihatan berpadu dengan keadaan sekeliling. Pemandu tidak nampak pejalan kaki melintas di cerun bukit. Kanak-kanak kecil sukar dilihat. 2. Secara berpasangan, murid diminta berbual tentang bahaya yang terdapat dalam video yang dipertontonkan. 3. Murid membaca kuat ayat-ayat yang telah disenaraikan di atas secara kelas dan kumpulan. 4. Murid dibawa ke tempat letak kereta dan mendemonstrasikan situasi berdiri di antara 2 buah kereta yang diletakkan. 5. Murid membuat pemerhatian untuk memahami situasi yang menyebabkan mereka terlindung di antara dua buah kereta yang diletakkan. 6. Dengan bimbingan guru, murid berbincang dan membuat kesimpulan berdasarkan keadaan bahaya berdiri di antara dua buah kereta yang diletakkan. 7. Murid menulis kata-kata nasihat kepada pejalan kaki. (Aktiviti 25)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1 Segmen : Kebolehlihatan ( 07.39 08.42 minit )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 25 )

86

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 1 Kemahiran : Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 2 (i) PKJR : 1.1.1, 1.5.1, 7.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan. 2) membina sekurang-kurangnya dua ayat majmuk berdasarkan kosa kata yang diberikan. 3) menyatakan bahawa jalan raya ialah tempat yang kompleks dan berbahaya. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 90 ) : Tatabahasa ayat majmuk, kata adjektif Kosa kata jalan lurus jalan sempit, lalu lintas sehala lalu lintas dua hala jalan lebar pembahagi jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati rasional kerjasama KBT KB : membanding beza TKP : kinestetik Media Pengajaran : Media 5.1 ( Poster Pantun Nasihat ) Media 5.2 ( Poster Blok Pertengahan ) Media 5.3 ( Kad imbasan gambar dan kad imbasan perkataan ) : Aktiviti 26 ( Membina ayat majmuk berdasarkan situasi melintas ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Buku Aktiviti Refleksi

89

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya 1. Murid membaca serangkap pantun nasihat yang dipamerkan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Murid bersoal jawab tentang mesej pantun yang dibaca. 3. Murid menjawab soalan berkaitan mesej yang terdapat dalam pantun. 4. Murid dipamerkan dengan ilustrasi persimpangan Blok Pertengahan (Media 5.2) yang ada garisan lorong. Murid diminta membayangkan mereka berdiri di X dan hendak melintas ke Y. Murid bersoal jawab dengan guru tentang: Arah datangnya kenderaan? Sebelum dan semasa melintas jalan, arah mana pejalan kaki perlu perhatikan kenderaan? 5. Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis jalan raya berdasarkan gambar dan kad perkataan (Media 5.3) yang ditunjukkan oleh guru seperti: Jalan sempit lalu lintas sehala Jalan sempit, lalu lintas dua hala Jalan lebar, lalu lintas dua hala Jalan lebar, lalu lintas dua hala dengan pembahagi jalan 6. Murid menjalankan aktiviti permainan tag dengan bimbingan guru: Bawa murid ke luar kelas dan cari kawasan lapang untuk mereka berlari. (Jika ruang atau waktu tidak mengizinkan, memadai dengan memanggil 2 atau 3 orang murid untuk mendemonstrasikannya di dalam kelas) Lukis dua garisan selari untuk dijadikan contoh jalan raya. Pilih beberapa orang murid untuk menjadi pasukan pengejar dan pelari. Pasukan pengejar akan berdiri di antara dua garisan dan pasukan pelari pula berdiri secara rawak di tepi garisan. Apabila isyarat diberi, mereka akan cuba menyeberang jalan sambil mengelak pasukan pengejar dari menyentuh mereka. Permainan ini dimainkan dua pusingan, satu dengan jalan yang sempit dan satu lagi dengan jalan yang lebar.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 5.1 Poster Pantun Nasihat

Media 5.2 Poster Blok Pertengahan

Media 5.3 Kad imbasan gambar Kad imbasan perkataan

90

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran a) Jalan sempit:

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

b) Jalan lebar:

pasukan pelari

pasukan pengejar

7. Di dalam kelas, bincangkan kesimpulan permainan dan cabaran yang dilalui untuk menyeberang jalan: Apakah yang perlu dilihat atau diperhatikan oleh setiap murid yang melintas jalan? (pengguna jalan raya yang lain) Arah manakah mereka perlu lihat? (sekeliling, termasuk belakang) Apakah langkah-langkah lain yang perlu diambil semasa melintas? (tidak terjatuh atau berlanggar dengan orang lain) Yang manakah lebih mudah untuk melintas sama ada jalan lebar atau sempit? Mengapa? Adakah lebih mudah untuk melintas jika terdapat lebih atau kurang pengejar (sibuk/lengang) atau pasukan pengejar berlari secara perlahan (laju/perlahan)? 8. Murid membuat rumusan dalam aktiviti 26. Buku Aktiviti ( Aktiviti 26 )

91

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 2 Kemahiran : Mengimbas Lalu Lintas : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i) PKJR : 7.3.1 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan maklumat kenderaan yang ditayangkan menggunakan ayat yang betul. 2) menulis perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan. 3) menyatakan tujuan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan bahaya. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 97 ) : Tatabahasa kata arah Kosa kata video mengimbas memerhati kenderaan melihat

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati rasional KBT KB : mengitlak TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen: Pengenalan ( 00.04-00.15 ) : Aktiviti 27 ( Menjawab soalan berdasarkan video ) Aktiviti 28 ( Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan melengkapkan ayat yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Refleksi

96

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mengimbas Lalu Lintas 1. Murid melihat dan memerhatikan kenderaan yang terdapat dalam Video Teknikal Tahap 1 yang menggambarkan pergerakan lalu lintas. 2. Murid menjawab soalan-soalan yang berikut: Berapa banyakkah kenderaan yang kamu nampak? Apakah jenis kenderaan yang kamu nampak? (contohnya kereta, lori, bas, motosikal) Adakah kenderaan tersebut bergerak laju atau perlahan? Apakah warna kenderaan tersebut? 3. Murid menulis hasil pemerhatian pada borang pengurusan grafik (Aktiviti 27). 4. Tayangkan video yang sama buat kali kedua kerana kebanyakan murid mungkin belum dapat menjawab semua soalan. Tanyakan apa lagi yang mereka lihat (Anda akan dapati tontonan yang berulang kali membantu murid melihat atau memerhati dengan lebih teliti). 5. Jika perlu tayangkan video buat kali ketiga supaya murid dapat melihat dan menjawab semua soalan. 6. Murid berbincang sama ada mereka dapat melihat perkara lain apabila memberi tumpuan dengan memerhatikan kenderaan. 7. Murid diterangkan bahawa perkataan lain untuk melihat kenderaan ialah mengimbas kenderaan. Mengimbas melibatkan bukan hanya melihat kenderaan tetapi mencari petunjuk sama ada kenderaan sedang bergerak laju dan boleh membahayakan pejalan kaki. 8. Bincangkan akibat jika mereka tidak nampak lalu lintas semasa sedang melihat. 9. Murid menyiapkan aktiviti 28.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : Pengenalan ( 00.04 - 00.15 minit ) atau Iklan Televisyen Keselamatan Jalan Raya (boleh didapati di www.panducermat.org.my) Buku Aktiviti ( Aktiviti 27 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 28 )

97

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 3 Kemahiran : Mencari Petunjuk : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i) PKJR : 7.2.6 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan petunjuk untuk mengenal pasti situasi sesebuah kenderaan dengan bahasa yang betul. 2) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. 3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk mengumpul maklumat tentang lalu lintas. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 101 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata pemelahuan laluan deria petunjuk komunikasi

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Nilai berhati-hati rasional kerjasama KBT KB : membuat inferens membanding beza TKP : interpersonal Buku Aktiviti Refleksi : Aktiviti 29 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

100

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mencari Petunjuk 1. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Contoh : Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan sedang bergerak? Deria manakah yang kita gunakan untuk mengesan pergerakan kenderaan? (lihat, dengar, sentuh, rasa, bau) Bagaimanakah kamu tahu sesebuah kenderaan itu berada dalam keadaan melahu (enjinnya hidup tetapi kenderaan tidak bergerak) atau sedang bergerak? Bagaimanakah kamu tahu sama ada kenderaan bergerak ke arah kamu atau menjauhi kamu? Mengapakah pentingnya mengetahui arah pergerakan kenderaan bergerak? 2. Murid melakukan demonstrasi (melihat mata ke mata dengan rakan). Lakukan aktiviti melontar dan menyambut objek secara berpasangan. Pasangan yang pertama melontar tanpa rakannya sempat untuk bersedia (membuat komunikasi mata ke mata). Pasangan yang kedua melontar hanya apabila mereka telah membuat komunikasi mata ke mata. 3. Murid diterangkan bahawa objek tersebut sukar untuk disambut sekiranya tiada komunikasi mata ke mata. Kaitkan aktiviti ini dengan membuat komunikasi mata ke mata sewaktu berada di persekitaran jalan raya. 4. Murid berbincang tentang kepentingan komunikasi mata ke mata yang melibatkan semua pengguna jalan raya. 5. Murid membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan. (Aktiviti 29)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 29 )

101

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 4 Kemahiran : Pemerhatian Lalu Lintas : Fokus Utama : 10.1 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 1.2 Aras 1 (ii) PKJR : 7.2.6 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) membina perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan dengan ayat yang gramatis. 2) menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan dengan menggunakan ayat yang betul. 3) menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera untuk mengumpul maklumat tentang lalu lintas. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 104 ) : Tatabahasa kata adjektif Kosa kata pemerhatian terang gelap sibuk lengang

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati rasional kerjasama KBT KB : membanding beza BCB : perbincangan Buku Aktiviti Refleksi : Aktiviti 30 ( Mencatatkan pemerhatian berdasarkan gambar yang diberi ) Aktiviti 31 ( Memberi penerangan lalu lintas berdasarkan gambar yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

103

Unit 5
Mengimbas Lalu Lintas
Tajuk 4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemerhatian Lalu Lintas 1. Murid dibawa ke luar bilik darjah untuk membolehkan mereka memerhatikan lalu lintas. 2. Murid diminta memilih pasangan dan membuat catatan pemerhatian lalu lintas dan melengkapkan aktiviti 30. 3. Murid pulang ke kelas selepas memerhatikan lalu lintas selama 10 minit dan mengadakan perbincangan berkaitan dengan pemerhatian yang telah dilakukan. 4. Murid merekodkan jawapan berdasarkan soalan yang berikut : a) Di manakah pejalan kaki perlu melihat dan memerhatikan lalu lintas? b) Bilakah jalan raya lebih selamat? c) Bilakah jalan raya paling tidak selamat? apabila lalu lintas datang dari segenap arah apabila awal/lewat hari dan semua orang sedang melakukan perjalanan pergi/balik ke tempat kerja atau sekolah pada waktu yang sama. apabila cuaca buruk apabila awal/lewat hari kerana keadaan pencahayaan (Catatan : Pemerhatian tambahan juga boleh dilakukan pada waktu yang lain untuk membuat perbandingan lalu lintas pada waktu atau hari yang berbeza.) 5. Murid menjelaskan tentang lalu lintas yang ditunjukkan. 6. Murid membina perenggan berdasarkan gambar. (Aktiviti 31)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 30 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 31 )

104

Unit 6
Tajuk 1 Kemahiran : Tali Pinggang Keledar : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i) PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Objektif

1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan memakai tali pinggang keledar. 2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi. 3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 108 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata tali pinggang keledar pita pelekat keselamatan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai kasih sayang KBT KB : menyusun maklumat BCB : mencatat nota TKP : kinestetik Media Pengajaran BBM Buku Aktiviti Refleksi : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit ) : Bahan-bahan untuk uji kaji ( tidak disediakan ) : Aktiviti 32 ( Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

107

Unit 6
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Tali Pinggang Keledar 1. Murid menonton tayangan video segmen tali pinggang keledar. 2. Murid berbincang dengan guru tentang video yang ditonton dan menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar. 3. Murid menjalankan uji kaji untuk mendemonstrasi fungsi tali pinggang keledar. Anda memerlukan kereta mainan, anak patung dan pita pelekat atau tali untuk dijadikan tali pinggang keledar. Letakkan anak patung di atas kereta mainan. Minta murid untuk menyampaikan pendapat tentang kesan kepada anak patung sekiranya kereta mainan mengalami perlanggaran. Bincangkan dengan kelas tentang kesan-kesan kecederaan akibat perlanggaran itu. Bayangkan sekiranya perlanggaran tersebut benar-benar berlaku. Apakah yang akan terjadi kepada anak patung tersebut? (Uji kaji ini boleh diulang dengan kelajuan yang berbeza dan perhatikan kesan yang berlaku kepada anak patung.) Dengan menggunakan pita pelekat, tali atau getah, ikatkan anak patung pada kereta mainan. Minta murid menyampaikan pendapat apabila kereta mainan mengalami perlanggaran. Beri tumpuan kepada kemungkinan yang berlaku kepada anak patung. 4. Murid mengaplikasikan simulasi sebagai penumpang kereta. 5. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi (Aktiviti 32). tali pinggang keselamatan memakai 6. Murid membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk yang ditulis.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit ) BBM Bahan-bahan untuk uji kaji tidak disediakan : kereta mainan, anak patung dan tali/pita pelekat/getah.

Buku Aktiviti ( Aktiviti 32 )

108

Unit 6
Tajuk 2 Kemahiran : Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i) PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Objektif

1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan menjadi penumpang yang bertanggungjawab. 2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi. 3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar dan mengetahui perlakuan sebagai penumpang yang selamat dan bertanggungjawab. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 111 ) : Tatabahasa ayat tunggal, ayat majmuk, imbuhan apitan Kosa kata perlakuan kecederaan pemakaian

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai kasih sayang KBT KB : membanding beza TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit ) : Aktiviti 33 ( Membina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang diberi ) Aktiviti 34 ( Warnakan gambar yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

110

Unit 6
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Menjadi Penumpang yang Bertanggungjawab 1. Tayangkan Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan video berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan oleh penumpang yang bertanggungjawab. Contohnya : sentiasa memakai tali pinggang keledar pakai tali pinggang keledar dengan betul tidak mengganggu pemandu (tidak bermain dan berdiri di dalam kereta, bercakap dan berbual dengan suara yang kuat dan meminta pemandu menguatkan bunyi muzik) 2. Murid mengemukakan pandangan berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh guru. Contohnya: Apakah yang akan berlaku sekiranya penumpang tidak memakai tali pinggang keledar? (Kecederaan boleh berlaku sewaktu perlanggaran atau apabila kereta berhenti secara tiba-tiba. Keadaan ini membahayakan diri sendiri dan orang lain.) 3. Murid membina ayat menggunakan perkataan dan frasa yang diberikan. 4. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah dibincang dalam aktiviti 33. Murid menyemak hasil kerja untuk membuat pembetulan. 5. Murid mewarnakan gambar yang memaparkan penumpang memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta. (Aktiviti 34)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab

Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : Tali pinggang keledar ( 08.44 - 09.13 minit )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 33 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 34 ) Cadangan untuk kerja rumah

111

Unit 7
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
Tajuk 1 Kemahiran : Pengguna Jalan Raya yang Berhemah : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i) PKJR : 1.6.3, 1.6.4 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul. 2) membina satu perenggan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 116 ) : Tatabahasa kata nama am Kosa kata berhemah berebut-rebut kerjasama memberi laluan menghormati berkongsi

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhemah KBT KB : menilai membuat kesimpulan menghubung kait TKP : muzik Media Pengajaran Buku Aktiviti : Iklan Televisyen Upih Media 7.1 ( Lirik lagu Berhemah di Jalan Raya ) : Aktiviti 35 ( Menanda nilai murni yang terdapat dalam rakaman video yang ditonton ) Aktiviti 36 ( Menerangkan nilai murni yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Refleksi

115

Unit 7
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengguna Jalan Raya yang Berhemah 1. Bersoal jawab dengan rakan tentang pengalaman seharian dalam pelbagai situasi sebagai pengguna jalan raya. Contoh: Apakah yang berlaku semasa kamu menaiki bas? Apakah perasaan kamu jika kamu ditolak semasa menaiki bas? 2. Murid menonton rakaman iklan televisyen Upih. Murid menanda nilai murni pada senarai semak berdasarkan rakaman yang dilihat. (Aktiviti 35) 3. Murid menyatakan nilai murni yang telah dikenal pasti berdasarkan rakaman video iklan televisyen Upih. 4. Murid menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah. Murid bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. 5. Murid membina ayat berdasarkan situasi dan nilai yang diberi pada lembaran kerja (Aktiviti 36) dengan bimbingan guru. 6. Murid membaca lirik lagu yang dipaparkan dan menyanyikan lagu Berhemah di Jalan Raya.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 7.1 Lirik lagu Berhemah di Jalan Raya

Iklan Televisyen Upih Buku Aktiviti ( Aktiviti 35 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )

116

Unit 7
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
Tajuk 2 Kemahiran : Berhemah di Jalan Raya : Fokus Utama : 4.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 2 (i) PKJR : 1.6.3, 1.6.4 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan perasaan berdasarkan topik dengan struktur ayat yang betul. 2) membina satu perenggan ayat berdasarkan bahan rangsangan yang diberi dengan ayat yang gramatis. 3) menyatakan ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah dan pentingnya menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 121 ) : Tatabahasa imbuhan awalan, kata adjektif Kosa kata berhemah bersopan santun berdisiplin cermat laluan

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhemah KBT KB : menilai membuat kesimpulan menghubung kait BCB : perbincangan Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Iklan Televisyen Potong Q Media 7.2 ( Poster Berkongsi Laluan ) : Aktiviti 37 ( Menulis karangan berdasarkan gambaran yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

120

Unit 7
Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berhemah
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berhemah di Jalan Raya 1. Bersoal jawab tentang kepentingan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah berdasarkan bahan rangsangan. (Rujuk Aktiviti 36) 2. Murid menonton rakaman iklan televisyen Potong Q. Murid mengenal pasti perlakuan yang dilihat dan menyatakan akibat daripada perlakuan yang ditunjukkan dalam iklan tersebut. 3. Murid dipamerkan dengan Media 7.2 dan bersoal jawab berdasarkan situasi tersebut: Apakah yang berlaku? Di manakah situasi ini berlaku? Siapakah yang perlu memberi laluan dahulu? Mengapa? Apakah yang akan berlaku jika kedua-duanya tidak bertolak ansur? 4. Murid menyatakan perasaan dan cadangan untuk mengelak risiko dan bahaya di laluan pejalan kaki. 5. Murid menulis karangan dalam perenggan pada lembaran kerja yang diberi dengan bimbingan guru. (Aktiviti 37)

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 36 )

Iklan Televisyen Potong Q

Media 7.2 Poster Berkongsi Laluan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 37 )

121

Unit 8
Melintas dengan Selamat
Tajuk 1 Kemahiran : Melintas dengan Selamat : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i) PKJR : 4.2.1, 7.1.1, 7.1.2, 7.1.3, 7.1.5 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyampaikan maklumat menggunakan frasa dan ayat yang sesuai. 2) membaca ayat yang diberikan dengan sebutan yang betul dan jelas. 3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian-bahagian jalan raya yang selamat digunakan untuk melintas. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 126 ) : Tatabahasa kata kerja Kosa kata bebendul jalan orang dewasa langkah berwaspada bunyi

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati KBT KB : menyusun atur BCB : mencatat nota TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 8.1 ( Kad imbasan ) : Aktiviti 38 ( Menulis keputusan yang perlu diambil ) Aktiviti 39 ( Menyusun ayat mengikut turutan yang betul ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

125

Unit 8
Melintas dengan Selamat
Tajuk 1 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Melintas dengan Selamat 1. Murid diterangkan bahawa jalan raya ialah tempat yang berbahaya dan perkara yang tidak dijangka boleh berlaku walaupun di kawasan yang biasa dilalui. 2. Murid bersoal jawab untuk menyatakan arah yang selamat untuk berjalan kaki. Contohnya: berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan kenderaan 3. Murid diberi penerangan dengan jelas oleh guru tentang kepentingan berjalan menghadap lalu lintas. 4. Murid melakukan sumbang saran tentang bahagian-bahagian jalan raya yang boleh meningkatkan keselamatan untuk melintas. Contoh : lintasan pejalan kaki (lintasan belang, lintasan berlampu isyarat dan lintasan undan) jejantas pembahagi jalan bebendul persimpangan yang diselia/dikawal blok pertengahan yang membolehkan keadaan lalu lintas dilihat dengan jelas dari semua arah 5. Murid dipamerkan empat kad imbasan (kad 1 - 4 yang teratas) menggunakan Media 8.1. 6. Murid menyusun atur kad-kad imbasan yang lain untuk melengkapkan langkah-langkah melintas dengan selamat (Media 8.1). 7. Murid membaca langkah-langkah melintas dengan selamat yang telah dilengkapkan. 8. Murid melengkapkan aktiviti 38 dan 39.

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 8.1 Kad imbasan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 38 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 39 )

126

Unit 8
Melintas dengan Selamat
Tajuk 2 Kemahiran : Langkah Cermat, Jiwa Selamat : Fokus Utama : 3.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 7.2.1, 7.2.2, 7.2.3, 7.2.4 : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

Tahun 2

Objektif

1) menyatakan sesuatu maklumat mengikut keutamaan berdasarkan lima langkah melintas jalan raya dengan selamat. 2) menulis karangan berpandukan isi-isi yang diberi. 3) menyatakan arah selamat untuk berjalan dan bahagian bahagian jalan raya yang selamat digunakan untuk melintas. Aktiviti Sistem Bahasa : ( Rujuk muka surat 131 ) : Tatabahasa kata kerja Kosa kata berhenti melihat mendengar berfikir berwaspada

Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai berhati-hati / berwaspada KBT KB : menyusun atur BCB : mencatat nota TKP : visual ruang Media Pengajaran Buku Aktiviti Refleksi : Media 8.2 ( Poster Aliran Melintas dengan Selamat ) : Aktiviti 40 ( Menulis karangan berdasarkan isi yang diberi ) Aktiviti 41 ( Menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberi ) : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran kenderaan.dan pembelajaran dilaksanakan )

130

Unit 8
Melintas dengan Selamat
Tajuk 2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Langkah Cermat, Jiwa Selamat 1. Murid meneliti Media 8.2 Aliran Melintas dengan Selamat dan menyenaraikan lima langkah melintas dengan selamat iaitu: berhenti melihat mendengar berfikir berwaspada 2. Murid membaca maklumat yang terdapat dalam carta aliran (Media 8.2) dengan sebutan yang jelas. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan simulasi cara melintas dengan selamat. 4. Kemudian murid meneliti dan berbincang tentang langkah-langkah dalam dua situasi: sekiranya tiada tempat selamat untuk melintas sekiranya tiada kemudahan untuk melintas 5. Aktiviti di luar kelas: murid dibawa ke bahagian jalan raya untuk mengaplikasi situasi sebenar melintas jalan raya di bawah pengawasan guru dan petugas jalan raya. ( pastikan segala prosedur diurus terlebih dahulu ) 6. Murid melaksanakan prosedur melintas jalan dengan selamat dengan memimpin tangan guru atau petugas jalan raya. 7. Murid diminta menyatakan perkara yang perlu dilakukan sewaktu hendak melintas jalan dan sebab-sebab perlu mengikut prosedur yang betul untuk melintas jalan. 8. Murid diminta mencatat hasil simulasi aktiviti di luar bilik darjah dengan bimbingan guru. (Aktiviti 40) 9. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan gambar (Aktiviti 41).

Tahun 2
Catatan/Media/BBM

Media 8.2 Poster Aliran Melintas dengan Selamat

Buku Aktiviti ( Aktiviti 40 ) Buku Aktiviti ( Aktiviti 41 )

131