Anda di halaman 1dari 28

Penghargaan Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Pertama sekali,bersyukur ke hadirat ilahi kerana dengan limpah kurnianya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan.Bak kata pepatah,dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada guru pebimbing kami,Cikgu Khairul kerana telah banyak membantu dan membimbing kami dalam melaksanakan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau sudah tentu kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini. Beliau sentiasa memastikan perkembangan kerja kursus ini berjalan dengan lancar. Hasilnya,tugasan ini siapkan dengan lebih bersemangat. Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan untuk ibu bapa kami yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain daripada sokongan moral, mereka juga telah membantu dalam segi kewangan agar berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menyahut cabaran mereka menjadi seorang guru yang berdedikasi. Buat rakan-rakan seperjuangan PPISMP PKMP2, terima kasih diucapkan kerana telah banyak membantu dan bekerjasama semasa mencari maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Penghargaan juga kepada sesiapa saja yang membantu kami secara langsung atau tidak dalam menjayakan kerja kursus ini. Sekian terima kasih.

Sejarah Hoki Dunia Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari nama perkataan hoki . Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang , pada zaman kuno dulu.Menurut catatan itu,ia dimainkan oleh orang-orang Greek,parsi dan rom sejak zaman S.M lagi.Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus senyap .Pada tahun 1365,ia pertama kali diperkenalkan di England.Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Oleh kerana tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus,pelbagai cara dan teknik permainan digunakan.Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain,cara permainan yang tidak teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemain.Akhirnya pihak atasan Britain terus

mengharamkannya.Dalam pada itu,sebagai permainan,hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak negara dunia.Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan masa yang lama,namun ia mendatangkan manfaat kepada kepada permainan ini kemudiannya. Dahulunya,permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau

panggilan.Contohnya,di Ireland,hoki dikenali dengan nama huvley atau huvling,di Scotland,ia disebut shinty atau shinny dan Wales ia dikenali dengan sebutan banty atau bandy,perkataan hockey pula diambil dari perkataan perancis,iaitu hoquet.Adalah difahamkan,iaitu nama ini telah diinggeriskan menjadi hockey (hoki).Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain,maka bermulalah era baru kepada permainan in . Pasukan hoki pertama ditubuhkan di negara tersebut pada tahun 1840 dan Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia.Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.Lapan tahun kemudiannya, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia.

Permainan Antarabangsa Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain.Akan tetapi detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa bremula apabila ia diterima sebagai salah satu acara dalam sukan Olimpik pada tahun 1924,ia diterima kembali dalam sukan Olimpik.Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini seperti permainanpermainan lain,hoki juga memerlukan sebuah badan khusus di peringkat dunai bagi menyelaraskan serta menganjurkan pertandingan pada peringkat ini.Maka pada tahun 1924,tertubuhlah persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atas usaha negara-negara Eropah,iaitu Austria,Belgium,Czecchoslovakia,Hungary,perancis,Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki ini mempunyai badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunia.Antara usaha terpenting badan dunia ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik.Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia,Sukan Olimpik,Sukan Asia,Kejohanan AntaraBenua,Kejohanan Antara,Juara-juara,Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia,antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India ,Pakistan dan negara kita dari asia,jerman barat,Sepanyol dan England dari Eropah serta Australia dan New Zealand.Dalam pertandingan-pertandingan utama dunia,sering perebutan kejuaraan adalah di antara pasukan-pasukan ini.Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara terawal diperkenalkan dengan permainan ini, namun kini persembahannya di peringkat dunia masih belum dibanggakan.

Sejarah Hoki Malaysia Perkembangan hoki turut tersebar di rantau Asia pada abad ke 19. Askar British telah memperkenalkan permainan hoki ke Malaysia pada abad ke 19. Pada peringkat awal permainan ini tidak mampu untuk menarik minat penduduk negara ini. Minat hanya ditunjukkan oleh orang Inggeris dan Eropah. Lama kelamaan permainan hoki ini mula dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor yang kini menjadi Dataran Merdeka. Pada tahun 1904 telah diadakan satu pertandingan hoki di antara negeri Selangor dan Singapura. Pertandingan ini telah membuka mata penduduk dari kedua-dua negeri mengenai sukan hoki walaupun hampir keseluruhan pemain adalah terdiri daripada rakyat Inggeris atau Eropah. Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah mula mendapat sambutan dinegara ini dan pada tahun 1926. Satu perlawanan yang melibatkan penduduk tempatan telah diadakan diantara Negeri-negeri Melayu Bersekutu menentang Negerinegeri Selat. Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah pada tahun 1932. Perlawanan pertama pasukan hoki tersebut adalah dengan perlawanan persahabatan dengan negara India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik pada masa itu. Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan negara India 7-1. Walaupun kalah teruk tetapi ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi membentuk sebuah pasukan hoki bertaraf dunia yang kita miliki sekarang ini.

Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki negara kita telah mengadakan pertandingan di Hong Kong dan Macao. Pasukan negara kita telah memenangi kesemua perlawanan yang didakan. Selepas itu pasukan Macao mengadakan lawatan balas dan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan negara kita dan negara kita menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja, negara kita telah mula menguasai permainan tersebut dan mempunyai harapan yang cerah di peringkat antarabangsa.Seterusnya permainan hoki dipergiatkan dengan pertandingan-pertandingan atau liga hoki yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan hoki peringkat daerah dan negeri. Liga Hoki pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping, diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang.

Bagi melicinkan pentadbiran sukan dan pertandingan hoki ini. terutama dalam usaha untuk melibatkan diri pada peringkat antarabangsa, maka penubuhan satu organisasi pasukan kebangsaan adalah perlu. Hasrat ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1948 tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF). Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan FIH untuk membolehkan negara kita mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi acara tetep MHF. Allahyarham Tun Abdul Razak, Ketika itu menjadi Timbilan Perdana Menteri telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi rebutan bagi pertandingan antara negeri itu. Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala Razak dimulakan. Malaysia adalah sebuah negara yang terkemuka dalam sukan ini di Asia Tenggara. Ianya juga semakin diperkembangkan ke peringkat sekolah-sekolah. Diperingkat sekolah pula, terdapat beberapa kejohanan yang dianjurkan dari peringkat daerah, zon, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun. Ini menunjukan bahawa hoki kini adalah satu permainan yang semakin diminiti masakini.

Kini,permainan hoki di atas padang tiruan (permukaan sintetik) semakin popular. Perlawanan peringkat antarabangsa tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur adalah antara padang yang menggunakan rumput tiruan tersebut.

Padang Hoki: Pic Segiempat Bujur(Rectangular Pitch) Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.

Rajah 1.0:Ukuran padang hoki Padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang. Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang. Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudutsudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Padang Hoki: Bulatan Jaringan Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela. Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.

Rajah 1.1:Bulatan jaringan

Padang Hoki: Pintu Gol Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.

Rajah 1.2:Pintu gol 1. Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih. 2. Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci-1.5 inci dicadangkan. 3. Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

Peralatan Hoki Bola hoki Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah diantara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.

Rajah 1.3:Bola hoki

Kayu Hoki 1. Permukaan rata di belah kiri sahaja. Bahagian untuk bermain ialah seluruh permukaan rata kayu dan sepanjng bahagian pemegang di atas dan sepanjang bahagian pemegang di atas permukaan rata tersebut. 2. Belakang kayu ialah baki keseluruhan kayu 3. Hulu kayu, iaitu bahagian lebih bawah daripada tempat penyambung (splice), mesti berbentuk melengkung, dibuat daripada kayu, tumpul (rounded edges) dan tidak berlubang, berlekuk atau sebarang tambahan. Bahagian hulu yang melengkung boleh mempunyai panjang maksimum 100mm bila diukur secara tegak dari bahagian bawah permukaan rata kayu dan selari kepada pemegang. 4. Baki bahagian kayu tidak boleh mengandungi logam atau sebarang bahan logam. 5. Kecuali ulu kayu yang melengkung, lain-lain bahagian hendaklah lurus. Bila diletak mendatar di atas permukaan yang rata, lengkungan kayu itudengan permukaan yang berkenaan tidak boleh berjarak melebihi 20mm. 6. Berat maksimum 737 gram.

7. Pita (tape) dan damar boleh disapu pada kayu untuk mencegah kehausan dengan syarat permukannya tetap licin. 8. Saiz kayu, termasuk sebarang bulatan, mesti bleh menembusialat gelang yang mempunyai garis pusat dalaman 51mm. Kayu hoki telah mempunyai bentuk tradisional dan bentuk ini dikekalkan. Kayu hoki yang melengkung sehingga 2 sentimeter sama ada dari hujung permukaan kayu ataupun hulunya diluluskan. Walaubagaimanapun, pengenalan bentuk-bentuk baru yang ekstrem tidak dibenarkan. Lembaga Peraturan-Peraturan Hoki akan sentiasa memantau prestasi kayu-kayu yang dibuat daripada bahan-bahan tradisonal dan bukan tradisional dan akan menghadkan atau mengharamkan penggunaan kayu-kayu jenis tersebut sekiranya penggunaan kayu-kayu itu menyebabkan perubahan kepada ciri-ciri permainan atau meningkatkan paras bahaya kepada para pemain. 9. Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagianbulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

Rajah 1.4:Kayu hoki

10

Penjaga Gol Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kakidari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola . Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjagagol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di ataspermukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

Rajah 1.5:Pakaian penjaga gol

11

10 Asas Undang-Undang Pengadilan Hoki Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yang penting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilan yang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankan dengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalam permainan hoki:

12

Rajah 1.6:Isyarat pengadil ketika perlawanan

Pengetahuan mengenai peraturan-peraturan asas hoki adalah penting kepada para pemain hoki untuk mendapat kepuasan dan keseronokan daripadanya. Pengetahuan ini menjadi lebih penting untuk guru dan jurulatih. Penjelasan seterusnya akan menerangkan secara mudah peraturan -peraturan asas tersebut. Cara bermain Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah penting bukan sahaja kepada pengadil kepuasan dan tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supaya mendapat ini dimainkan oleh dua

keseronokan

dalam

permainan.Permainan

pasukan yang mengandungi 11 orang pemain termasuk seorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol dengan menggunakan kayu hoki untuk

mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan.Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua 13

separuh masa iaitu 35 minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit.Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap gol yang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dan semua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa Lembaga Peraturan Hoki (HRB). Pengadil Satu-satu perlawanan hoki diadili oleh dua orang pengadil.Pengadil mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap perlawanan.Walaupun terdapat dua orang pengadil mereka saling bekerjasama di antara satu sama lain.Di samping masing-masing membuat keputusan dalam kawasan yang ditentukan.Pemain diingatkan agar bermain mengikut arahan pengadil.Jika pemain didapati melakukan kesalahan mereka boleh dihukum oleh pengadil. Pengadil yang baik , cekap dan jujur boleh menjamin permainan yang baik dan bermutu.Walaupun pengadil mempunyai kuasa mutlak dan keputusan mereka adalah muktamad, namun bantahan boleh dibuat ke atas keputusan yang dianggap tidak wajar atau salah.Caranya ialah dengan mengemukakan bantahan secara bertulis dan hendaklah diberikan kepada jawatankuasa atau orang yang bertangungjawab dalam satu-satu perlawanan atau kejohanan. Selain dari itu dalam perlawanan hoki disediakan juga penjaga waktu.Penjaga waktu akan menentukan masa permainan dimainkan dalam jangka waktu yang ditetapkan,iaitu 35 minit bagi satu tempoh permainan, tidak termasuk rehat dan masa kecederaan.Pada setiap perlawanan hoki , pihak penganjur juga menyediakan peralatan dan kemudahan perubatan dan pertolongan cemas.Ini penting kerana untuk memberikan rawatan segera kepada manamana pemain yang tercedera dalam permainan. Seorang pemain dilarang untuk : - Mengangkat stick di atas pundaknya bilamana dapat membahayakan. - Melakukan permainan yang dapat membahayakan - Memukul bola ke udara, mengangkatnya - Menendang atau menahan bola dengan kaki (kecuali penjaga gawang sesuai peraturan) - Memukul, menggigit atau menahan stick lawan - Menghalangi lawan dengan badan atau stick, mendorong, menahan atau menjatuhkan lawannya.

14

Seorang pemain diperbolehkan untuk : - Menahan bola dengan tangan (sesuai peraturan yang berlaku), sepanjang bola tersebut jatuh dengan segera, jadi bukan menangkap bola melainkan menahan bola dengan telapan tangan yang terbuka. Di dalam D (Striking circle) hanya penjaga gawang diperbolehkan bermain dengan kakinya, menendang dan menahan bola dengan bahagian tubuh badan yang mana saja, tetapi ia tidak bolah berbaring di atas atau di depan bola. Hukuman yang dapat diberikan adalah : (1) Free hit/pukulan bebas Pukulan bebas dilakukan pada tempat dimana pelanggaran terjadi (2) Penalty corner short corner Penalty corner dapat dilakukan di atas garis pinggi gawang regu yang mendapat hukuman di sebelah mana saja, namun sekurang-kurangnya 2,75 m dari tiang gawang yang terdekat Penalty corner ini diberikan bilamana seorang diketahui dengan jelas menyentuh bola disebelah daerah gawangnya atau disebabkan sesuatu hal yang dilakukannya di dalam D atau striking circle. (3) Penalty Stroke Penalty stroke diberikan disebabkan kesalahan yang dilakukan dalam D atau striking circle bila seorang pemain yang bertahan dengan jelas menghalangi sebuah bola yang akan masuk dengan cara yang tidak dibenarkan. Penalty stroke dilakukan dari jarak 7,31 m dari depan gawang. Pemain-pemain lainnya harus berada di belakang garis 25 yard. Bilamana penjaga gawang dapat menahan bola maka regu yang bertahan diberikan pukulan bebas (free hit) dari suatu titik 14,63 m dari gawang. (4) Corner hit long corner Corner hit diberikan bilamana seorang pemain dengan tidak sengaja memukul atau memainkan bola ke belakang garis gawangnya dari jarak kurang dari garis 25 yard.

15

Corner hit tersebut dilakukan dari jarak 9,14 m dari tiang gawang terdekat. Untuk hit ini pemain-pemain dari regu yang menyerang harus berada di belakang garis D atau striking circle. (5) Offside Offiside adalah bilamana seorang pemain melampaui 2 pemain lawan di depannya apabila berada di daerah lapangan lawan. (6) Hit in pukulan ke dalam Bilamana seorang memukul atau menyentuh bola dengan sticknya melampaui garis pinggi, hit ini dilakukan di atas garis oleh seorang pemain lawan dari tempat dimana bola itu keluar lapangan. Pemain-pemain lain dengan sticknya harus berada sekurang-kurangnya dalam jarak 4,55 m dari yang memukul bola. Apabila bola yang dipukul oleh seorang penyerang melampaui garis gawang maka hitnya atau free hit dilakukan dari suatu titik 14,63 pada arah dimana bola tersebut meninggalkan atau keluar lapangan. Kemahiran asas Kemahiran hoki amat kompleks kerana adanya penggunaan kayu untuk memukul bola yang mana pergerakan pemain-pemainnya dikawal oleh beberapa undang-undang tertentu. Untuk membolehkan seseorang itu bermain hoki, ia perlu memperoleh beberapa kemahiran asas,terutama sekali dalam aspek kawalan.Dalam kemahiran asas pengawalan, terdapat beberapa pergerakan yang sering juga disebut kemahiran-kemahiran secara khusus atau berasingan.Kemahiran asas itu adalah seperti berikut: 1. Mengawal bola 2. Mengelecek 3. Menyerkap 4. Membuat elakan 5. Menjaga gol.

16

Tokoh Hoki Dunia

Rajah 1.7:Stephen Batchelor Nama: Stephen Batchelor Tarikh Lahir: 22 Jun 1961 Asal: Beare Green, Surrey Beliau merupakan bekas pemain hoki, yang merupakan ahli skuad British yang memenangi emas di Olimpik 1988 di Seoul. Empat tahun sebelumnya, pada Olimpik 1984 di Los Angeles, beliau berjaya memenangi pingat gangsa dengan pasukannya. ada tahun 1980, sejurus selepas meninggalkan Millfield Sekolah, Batchelor telah membuat debut antarabangsa England berusia 19 tahun. Beliau telah bermain 48 kali untuk England memenangi pingat perak dalam World Cup 1986 dan Piala Eropah 1987.Batchelor,yang bermain untuk Southgate, mewakili Great Britain 66 kali. Pada Sukan Olimpik di Seoul,beliau menjadi pemain pengganti dalam semua tujuh perlawanan tetapi walaupun reputasi beliau sebagai penyerang,beliau gagal menjaringkan gol dalam kejohanan itu.Pada tahun 1988 beliau menubuhkan Sean Kerly pada perlawanan akhir menentang West-Jerman. Batchelor bermain hoki antarabangsa selama dua belas tahun. Beliau mengakhiri kerjayanya selepas Sukan Olimpik 1992 musim panas.

17

Rajah 1.8:Fergus Kavanagh Nama: Fergus Kavanagh Asal:Australia Fergus Kavanagh merupakan pemain hoki kelahiran Australia.Beliau merupakan pemain hoki pasukan Australia men's national field hockey,dan memenangi pingat gangsa bersama pasukannya dalam 2008 Summer Olympics yang pada ketika itu menentang Kanada dengan perlawanan 6-1 . Beliau juga memenangi pingat emas dalam 2010 Commonwealth Games. Pada tahun 2009, beliau adalah seorang ahli pasukan kebangsaan sepanjang siri ujian lima perlawanan di Kuala Lumpur, menentang Malaysia. Pada Disember 2011, beliau telah dinamakan sebagai salah satu daripada 28 pemain untuk menjadi latihan skuad kebangsaan Olimpik 2012 Australia lelaki. Pada bulan Oktober 2010, Kavanagh menubuhkan klinik hoki di Hobart, Tasmania.

18

Rajah 1.9:Tobias Hauke Nama: Tobias Constantin Hauke Tarikh Lahir: 11 September 1987 Asal:Jerman Tobias Hauke hanya berusia dua puluh tahun apabila dia menjadi bintang hoki dan menyertai Sukan Olimpik 2008. Beliau datang dari keluarga pemain hoki, dimana beliau mula bermain pada usia 16 untuk THC Harvestehuder di Hamburg.Beliau menyertai pasukan Jerman dimana beliau adalah salah seorang pemain tengah terbaik

pasukan.Antara kejayaan beliau ialah memenangi pingat emas dalam Olympic Games di Beijing pada tahun 2008, European Championship di Gladbach pada 2011, Indoor Field Hockey World Cup di Vienna pada 2007 dan Champions Trophy di Kuala Lumpur pada tahun 2007.

19

Rajah 2.0:Ramn Alegre Nama: Ramn Alegre Biosca Tarikh Lahir:14 Mei 1981 Asal:Barcelona Ramn Alegre ialah pemain hoki pertahanan dari Sepanyol. Beliau merupakan salah satu daripada pemain hoki terbaik dan membuat penampilan sulungnya pada tahun 2000. Dia adalah salah seorang kapten bagi pasukan mereka dan memenangi pada 2004 Trofi Juara-Juara dan Kejohanan 2005 Eropah. Beliau juga menyertai dalam dua Sukan Olimpik,serta memenangi pingat perak pada tahun 2008.Antara kejayaan beliau adalah memenangi pingat emas dalam European Championship di Leipzig tahun 2008, Champions Trophy di Lahore tahun 2004.

20

Rajah 2.1:Kiel Brown Nama: Kiel Brown Tarikh lahir:Mei 1984 Asal:Toowoomba, Queensland Kiel Brown berasal dari bahagian barat Australia. Pada tahun 2007, dia menjadi salah satu pemain terbaik hoki antarabangsa apabila beliau bermain untuk Australia menentang pasukan Belanda. Beliau telah memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 dan pingat emas dalam Men's Hockey Champions Trophy.Antara kejayaan beliau ialah memenangi pingat emas dalam Champions Trophy Hockey di Rotterdam pada tahun 2008 dan di Auckland pada tahun 2011.

21

Tokoh Hoki Malaysia

Rajah 2.2:Faizal Saari Nama : Faizal Saari Tarikh Lahir : 13.01.1991 Tinggi : 168 cm

Faizal Saari ni merupakan antara pemain hoki negara yang telah berjaya bermain di kelab luar negara.Dalam umur 20 tahun beliau telah bermain di kelab Forestville di dalam Liga Hoki Australia (AHL). Kehebatan beliau terserlah dimana kepantasan larian dan kawalan baik merupakan senjata utama beliau sebagai penyerang. Selain itu beliau mampu melakukan pukulan yang tepat dan jitu. Ditambah pula dengan kemampuan beliau untuk menjaringkan gol melalui pukulan sudut penalti menjadikan beliau sebagai penjaring gol yang digeruni. Dalam kejohanan hoki kebangsaan beliau telah berjaya menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut.Dalam kejohanan Cabaran di Afrika Selatan baru-baru ini beliau menunjukkan skill individu ketika membantu pasukan Malaysia membenam pasukan Jepun.

22

Rajah 2.3:M. Jiwa Mohan Nama:M. Jiwa Mohan Tahun lahir:1981 Asal:Pulau Pinang Jiwa Mohan merupakan pemain hoki yang berjaya dalam peringkat

antarabangsa.Beliau telah meletakkan pasukan hoki kebangsaan Malaysia ranking ke 11 dalam ranking dunia pada tahun 1998. Selain itu,beliau bertanding dalam sukan Olimpik di Sidney pada tahun 2000.Beliau juga pernah bermain bersama Curtin Trinity Pirates Club dalam perlawanan Perth Hockey League di Australia pada tahun 2008.Berikut merupakan kata-kata beliau semasa wawancara, Our players must learn the European and Australian styles of play and not depend solely on the Asian style of play. They must learn to mix and match ... take the good from the other leagues and incorporate it into their game.

23

Rajah 2.4:Baljit Singh Charun Singh Nama: Baljit Singh Charun Singh Tahun lahir:1986 Baljit Singh Charun Singh merupakan pemain hoki kebangsaan yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam XVI. Asian Games pada tahun 2010 di Guangzhou,China.Dalam pertandingan tersebut Malaysia telah mendapat pingat perak.

24

Rajah 2.5:Peter van Huizen Nama:Peter van Huizen Tarikh lahir:3 September 1932 Asal:Seremban Beliau telah memasuki Institusi St. Paul, Seremban di mana beliau kemudian akan membimbing bersama abangnya Lawrence van Huizen. Beliau adalah antara 18 orang anak muda yang mewakili Malaysia dalam sukan hoki di Olimpik tahun 1956 di Melbourne dan 1958 Sukan Asia di Tokyo. Peter telah diundi sebagai Penjaga gol hoki terbaik di dunia pada tahun 1956.Beliau juga bermain bola sepak untuk kelab-kelab seperti India Persatuan Negeri Sembilan (NSIA) dan Seremban Rangers, dan juga untuk Negeri Sembilan FA pada tahun 1952 dan mewakili Malaysia pada tahun 1959 Sukan SEAP di Bangkok.Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2011.

25

Rajah 2.6:Kumar Subramaniam Nama: Kumar Subramaniam Tarikh lahir:26 Disember 1979 Asal:Tampin Beliau merupakan penjaga gol hoki kebangsaan Malaysia yang bermain secara aktif sejak tahun 2006. Beliau memainkan peranan penting dan memenangi perak di Sukan Asia 2010.Beliau memakai baju versi 16 di Tenaga Nasional Berhad HC dalam Malaysia Hockey League.Beliau telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam Asian All Stars hockey team 2010 bersama-sama dengan Salman Akbar dari Pakistan.Beliau juga dinamakan sebagai penjaga gol hoki terbaik Lelaki Piala Asia pada tahun 2009.

26

Rujukan 1. http://www.fih.ch/en/sport/rules 2. http://irpj1609.blogspot.com/2009/07/sejarah-perkembangan-hoki.html 3. http://myhokiband.blogspot.com/2009/02/sejarah-hoki.html 4. http://myhokiband.blogspot.com/2009/02/padang-hoki.html 5. http://myhokiband.blogspot.com/2009/02/padang-hoki-pintu-gol.html 6. http://www.scribd.com/doc/62578217/42/PENGADILAN 7. http://ligakampung.com/blog/faizal-saari-penyerang-hoki-kebangsaan/ 8. http://malaysianhockey.blogspot.com/2011/09/rip-peter-van-huizen.html

27

28