Anda di halaman 1dari 4

BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN

Komen Untuk Syarikat 1. Kekurangan tenaga pekerja Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah sesuatu perkara yang lazim berlaku. Namun kekurangan ini perlu diatasi dengan segera. Akibat daripada permasaalahan ini menyebabkan sesuatu pekerjaan akan memakan masa yang lama untuk diselesaikan terutamanya di bahagian computer maintenance. 2. Pekerja lain hendaklah mempelajari sedikit sabanyak tentang ilmu ICT Juruteknik sering kali melakukan kerja yang sama untuk membaiki masalah yang amat mudah. Jika pekerja lain dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang ICT mungkin dapat meringankan tugas juruteknik untuk melakukan kerja lain yang lebih penting. 3. Kekurangan tempat bekerja Syarikat tidak mempunyai tempat bekerja untuk menambah tenaga pekerja yang baharu. 4. Memberikan kerja yang berkaitan dengan kos pelatih sahaja Majikan hendakalah memberikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kos pelatih bagi memastikan kerja yang dilakukan lebih mudah untuk dilakukan pelatih. Berbeza dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan kos pelatih.

70

Cadangan Untuk Syarikat 1. Menambahkan lagi tenaga kerja terutamanya dalam bahagian computer maintenance. 2. Memberikan elaun yang berpatutan kepada pelatih. Segelintir pelajar Latihan Industri mengeluh dengan elaun yang diberikan. 3. Lebih memberikan kursus khas dan tunjuk ajar kepada juruteknik terutamanya dalam bidang-bidang tertentu seperti menyelenggara peralatan ICT. 4. Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari Keluarga dan riadah bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara pekerja bawahan dan pekerja atasan. 5. Menawarkan lebih banyak lagi tempat untuk para pelajar agar dapat menjalani latihan industri seterusnya memberi pendedehan kepada dunia pekerjaan.

Komen Untuk Politeknik 1. Tempoh masa latihan yang singkat Tempoh masa latihan selama lima (5) bulan adalah terlalu singkat untuk para pelajar yang mengikuti latihan industri. Dalam tempoh tersebut hanyaa sebahagian sahaja yang dapat dipelajari oleh para pelajar. Sekiranya tempoh latihan dilanjutkan lebih banyak ilmu yang akan dapat diperolehi oleh para pelajar. 2. Tempoh masa berehat selepas menjalani latihan industri Tempoh masa berehat selama 2 minggu tidak cukup untuk menyediakan peralatan serta persediaan diri untuk menyuaikan diri pada alam pembelajaran.

71

3. Tempoh membuat buku laporan akhir hendaklah dilebihkan Tempoh untuk membuat buku laporan akhir tidak mencukupi untuk memantapkan dan mengemaskan lagi buku laporan akhir sebelum dihantar ke Politeknik. 4. Pelatih kurang diselia oleh pensyarah politeknik untuk mendapatkan perkembangan terkini pelatih. 5. Terdapat pelatih yang mendapat tempat yang tidak bersesuaian dengan kos yang diambil.

Cadangan Untuk Politeknik 1. Tempoh latihan industri perlu dilanjutkan dari lima (5) bulan kepada satu (1) tahun kerana masa yang ditetapkan adalah terlalu singkat untuk mempelajari semua. 2. Tempoh masa berehat selepas latihan industri perlu dilanjutkan dari dua (2) minggu kepada satu (1) bulan kerana pelajar perlu berehat selepas penat menjalani latihan industri selama lima (5) bulan. Pelajar latihan industri yang tidak dapat kamsis juga mahu mencari rumah/bilik sewa untuk meneruskan lagi perjuangan pembelajaran semester lima (5) dan enam (6). 3. Pihak Politeknik Kota Kinabalu seharusnya berbincang dengan pihak pengurusan syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak kerja yang dilakukan oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat.

72

4. Pensyarah perlu mengikut pengurusan yang syarikat telah tetapkan untuk datang melawat kerana tidak mengganggu pelajar latihan industri semasa pekerja disebabkan panggilan masuk. 5. Pensyarah hendaklah menyelia setiap pelatih sebulan sekali bagi memastikan dan mengenalpasti pelatih melakukan kerja dangan baik.

73