Anda di halaman 1dari 4

TAJUK Kandungan gula dalam minuman yang berbeza.

TUJUAN Untuk mengkaji paras kandungan gula dalam minuman yang berbeza.

LATAR BELAKANG KAJIAN Minuman ringan dan berperisa sering menjadi pilihan ramai penduduk di seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai jenis jenama

minuman ringan dan berperisa yang mudah diperolehi di pasaran. Ia menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang manis, enak, mengurangkan dahaga dan memberikan tenaga segera kepada peminumnya. Walaupun begitu, minuman seperti ini kebiasaannya mengandungi bahan tambah untuk meningkatkan rasa dan kualitinya. Salah satu bahan tambah yang terdapat di dalam minuman seperti ini adalah gula. Umum mengetahui bahawa kandungan gula dalam minuman ringan dan berperisa adalah tinggi berbanding air yang disediakan sendiri di rumah. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa kandungan gula dalam minuman seperti ini sebenarnya sangat tinggi dan amat berbahaya kepada kesihatan manusia jika di ambil dalam satu tempoh masa yang panjang. Menurut Chau (2013), terdapat enam kesan sampingan gula yang berlebihan iaitu pengambilan minuman bergula dapat meningkatkan risiko diabetes, penggunaan diet yang tinggi glisemik akan menyebabkan akne atau jerawat, diet yang kaya dengan gula boleh merosakkan jantung, gula boleh meningkatkan kemurungan (depresi), kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan jangkitan yis dan gula juga boleh meningkatkan risiko kanser kepada manusia.

Oleh hal yang demikian, satu eksperimen perlu dijalankan untuk mengkaji paras kandungan gula dalam minuman yang berbeza untuk memberikan pengetahuan kepada semua tentang paras kandungan yang tinggi dalam minuman kegemaran mereka. Diharapkan, dengan penemuan daripada eksperimen ini akan dapat meningkatkan kesedaran kepada semua untuk berusaha mengurangkan tabiat suka meminum minuman yang manis seterusnya menjalani kehidupan yang lebih sihat.

HIPOTESIS Semakin tinggi keamatan warna larutan, semakin tinggi kandungan gula dalam minuman.

BAHAN Coca Cola Classic, Delite Kranberi Epal, Vitagen perisa asli, 100 Plus, Air Mineral, Larutan Benedict

ALAT RADAS: Silinder penyukat, Bikar , Tabung uji, Penunu Bunsen, Kasa Dawai, Tungku kaki tiga, Rod Kaca, Rak Tabung Uji, Pemegang tabung uji, Penitis

PROSEDUR 1. 100ml air minuman Coca Cola disukat menggunakan silinder penyukat ke dalam tabung uji A. 2. 3-5 titis larutan Benedict dimasukkan ke dalam tabung uji A

3. Larutan dalam tabung uji A digoncang dengan perlahan 4. Tabung uji A dimasukkan ke dalam sebuah bikar yang mengandungi air. 5. Radas tersebut dipanaskan selama 10 minit. 6. Perubahan warna pada larutan tabung uji A diperhatikan dan direkodkan dalam jadual. 7. Langkah 1hingga 6 diulang dengan menggunakan minuman yang berbeza iaitu 100 Plus, Delite Kranberi Epal, Vitagen perisa asli dan Air Mineral. KEPUTUSAN Tabung Uji A (Coca Cola) Pemerhatian

B (100 Plus)

C (Delite Kranberi Epal)

D (Vitagen perisa asli)

E Air Mineral

PERBINCANGAN

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai