Anda di halaman 1dari 51

1

1.0

Pengenalan

Menurut Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-kanak Malaysia (2001) mentakrifkan kanak-kanak adalah sesiapa di bawah usia 18 tahun. CRC menegaskan bahawa kanak-kanak di mana jua mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Semua hak ini saling berkait dan sama penting kerana setiap hak ini adalah hak sejati terhadap maruah dan

perkembangan harmoni setiap kanak-kanak tanpa mengira usia, jantina atau agama. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa. Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Mereka juga perlu diberi perhatian kerana tahap pemikiran mereka masih ditahap untuk mempelajari dan belum dapat berfikir secara rasional dalam sesuatu perkara yang rumit. Oleh itu mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara. Peranan kerajaan yang amat penting dalam hal ini kerana kerajaan yang boleh memberi ruang dan mandat untuk menjadikan kanak -kanak ini diberi perlindungan yang sewajarnya. Semua lapisan masyarakat di Malaysia haruslah sedar dan peka kepada kehadiran dan kepentingan kanak-kanak ini dalam pembangunan masyarakat kita. Setiap negara di dunia ini mempunyai peratusan kanak-kanak yang besar dan ramai. Di Malaysia sahaja pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Angka ini jelas menunjukkan terdapat ramai kanak-kanak di Malaysia yang perlu diberi perlindungan dan hak yang sewajarnya oleh semua lapisan masyarakat. Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran

yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Suasana ini akan membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan. Perubahan dalam minda perlu berlaku di kalangan pembuat dasar dan anggota masyarakat sivil. Kanak-kanak bukanlah objek kebimbangan tetapi mereka adalah manusia yang perlu diberi hak-hak mereka. Walaupun terdapat pengecualian yang ketara, masih belum menjadi satu anjakan yang serius daripada polisi dan program yang berasaskan keperluan kepada polisi dan program yang berasaskan hak untuk kanak-kanak di Malaysia. Pendekatan kepada kanak-kanak secara umumnya adalah paternalistik dan pandangan mereka secara amnya tidak diminta atau dipandang berat dalam keputusan yang memberi kesan kepada mereka. Justeru itu, kita harus memberi perhatian kepada mereka dan mendengar suara dan pendapat mereka tentang apa-apa perkara waima perkara itu remeh temeh dan tidak memberi makna apa-apa.

2.0

Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) merupakan satu dokumen yang memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, eksploitasi dan menjamin kanak-kanak mendapat haknya. Konvensyen ini dibentang dalam

Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan telah diterimapakai di seluruh dunia. Pada bulan Februari 1995, Malaysia telah menerima Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dengan beberapa reservasi. Konvensyen ini telah ditandatangani oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Muhamad pada 28 Disember 1994. Ia bertunggakkan kepada empat prinsip asas mengenai hak kanak-kanak iaitu kanak-kanak tanpa diskriminasi, kepentingan terbaik kanak-kanak, hak kanak-kanak untuk hidup dan berkembang dan menghormati pandangan kanak-kanak. CRC merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang banyak memperluaskan hak kanak-kanak Malaysia dengan ketara di Malaysia pada tahun 1995. CRC telah memperkenalkan Akta Kanak-kanak pada tahun 2001. CRC telah

membekalkan pelbagai maklumat sebagai salah satu inisiatif untuk menyedari dan menegakkan hak-hak

kanak-kanak kepada kerajaan serta masyarakat. Hal ini dibuktikan dengan kemajuan dengan jaminan bidang pendidikan. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak atau CRC mempunyai 54 perkara dan dapat dibahagikan kepada bahagian iaitu Bahagian 1 (Perkara 1-41), Bahagian II ( Perkara 42-45) dan Bahagian III (Perkara 46-54). Bahagian I Konvensyen ini mengandungi hakhak yang perlu diberi kepada seseorang kanak kanak, manakala bahagian II dan III lebih kepada tanggungjawab Negara dalam mempromosi serta perancangan masa depan mengenai hak tersebut. Malaysia telah meratifikasi konvensyen ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.

2.1

Prinsip-prinsip CRC

Prinsip am CRC ialah hendaklah menhormati dan menjamin hak-hak kanak-kanak dari apa-apa jenis diskriminasi tanpa mengira warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal-usul kebangsaan, kaum atau sosial, hartabenda, kecatatan, kelahiran atau lain-lain status kanak- kanak itu atau ibu bapa atau penjaga sahnya. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat mereka. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan.

Prinsipprinsp CRC

Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.

Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberikan keutamaan.

Peta Minda 1: Prinsip-prinsip Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

telah menggariskan prinsip-prinsp utama iaitu

kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan. Kanak-kanak haruslah diberi peluang mendapatkan pendidikan, kesihatan dan sebagainya dengan sempurna. Kanak-kanak perlulah dilayan sama rata tidak mengira umur, jantina, bangsa serta status ekonomi. Selain itu, kanak-kanak juga mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan. Kanak-kanak perlu diberi peluang membuat keputusan dalam kehidupan dengan bimbingan ibu bapa serta guru. Mereka perlu menjalani kehidupan secara berperingkat. Sebagai contoh, kanak-kanak perlulah diberi peluang mengambil peperiksaan awam mengikut umur masing-masing. Tambahan pula, perkara-perkara yang penting dan boleh mendatangkan kesan yang positif kepada kanak-kanak haruslah diberi keutamaan. Ibu bapa, guru, masyarakat serta pemimpin perlulah membuat pertimbangan tentang sesuatu keputusan sebelum menjalankan sesuatu aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan. Di samping itu, kanak-kanak harus diberikan peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat mereka. Ibu bapa dan guru perlu menggalakkan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti seperti gotong-royong, pertandingan, kursus motivasi dan lain-lain. Dengan aktiviti sebegini, kanak-kanak dapat membina keyakinan diri dan berani menyuarakan pendapat masing-masing.

2.2

Kepentingan Kewujudan CRC Kepentingan CRC

Banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanakkanak.

Perkembanga n sihat kanakkanak amat penting

Kanak-kanak lemah jika dibandingkan dengan orang lain.

Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan.

Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi.

Peta Minda 2: Kepentingan-kepentingan kewujudan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

CRC diwujudkan untuk memperjuangkan hak kanak-kanak di seluruh dunia. Kewujudan CRC disebabkan banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanak-kanak. Dengan kewujudan CRC, hak kanak-kanak lebih terjamin dan kanak-kanak dapat hidup dalam keadaan selamat, selesa dan sebagainya. CRC ini juga diwujudkan untuk memastikan perkembangan sihat kanak-kanak yang baik. Kanak-kanak yang sihat dapat menjamin kemajuan negara yang maju. Ini adalah kerana kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Kewujudan CRC ini adalah kerana kanak-kanak merupakan manusia yang lemah jika dibandingkan dengan orang lain. Kanak-kanak memerlukan pihak yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan mereka bertujuan pihak-pihak yang berniat jahat dapat dibendung. Kanak-kanak mudah juga terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan. CRC dapat membantu kanak-kanak mengecapi impian mereka dan dapat menjamin kesejahteraan kanak-kanak dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan keburukan. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi. Pengeksploitasian kanak-kanak dalam bidang politik haruslah dibanteras. CRC dapat mempertahankan hak-kanak daripada dieksploitasi dari mana-mana pihak.

2.3

Hak Kanak-kanak

Hak Utama Kanak-Kanak

Kehidupan

Perlindungan

Penyertaan

Perkembangan

Peta Minda 3: Hak Utama Kanak-kanak Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina, agama, bangsa, kefahaman atau

perbezaan. Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini terletak kepada kerajaan negara-negara Pihak dan juga masyarakat. Dalam konvensyen ini juga telah menggariskan empat elemen hak yang perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat Malaysia iaitu kehidupan, perlindungan, penyertaan dan perkembangan. Kanak-kanak juga mempunyai hak-hak lain seperti yang ditunjukkan pada peta minda di bawah.

Tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai Mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat

Dilahirkan, mempunyai nama dan kewarganegaraan

Mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi

Mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi Hak setiap kanakkanak

Mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan bahaya

Diberi peluang untuk bermain dan beriadah

Dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan

Berupaya mengekspresi pandangan sendiri

Peta Minda 4: Hak setiap kanak-kanak

2.3.1 Kehidupan Hak kehidupan didefinisikan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukan CRC ini merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Ini merangkumi hak untuk hidup dan hak untuk mendapat standard kesihatan dan perubatan yang tinggi (Perkara 6 dan 12). Kehidupan adalah hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluankeperluan asas seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Dalam hal ini, ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak-kanak mengikut kemampuan mereka. Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Ini sekaligus dapat memberikan kelangsungan hidup yang lebih positif dan cerah dalam hidup mereka. Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Dengan adanya elemen tersebut, secara tidak langsung kanak-kanak akan wujud motivasi dalam diri mereka untuk hidup lebih semangat dan aktif. Tambahan pula, ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak-kanak. Ibu bapa harus mengajar kanak-kanak untuk memilih makanan yang berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Hal ini dapat memastikan perkembangan dan pertumbuhan luaran dan dalaman mereka akan berlaku dengan seimbang dan terus.

2.3.2 Perlindungan Perkara ini termasuk perlindungan dari diskriminasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan untuk kanak tanpa keluarga dan perlindungan kepada kanak-kanak pelarian (Perkara 16, 19, 20, 22, 32, 34, 35 dan 36). Hak perlindungan kepada kanak-kanak meliputi kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-

kanak

adalah

satu

komuniti

yang

harus

diberi

perlindungan yang maksimum dan diberi hak untuk menikmati zaman kanak-kanaknya. Kita acapkali

mendengar dan terbaca berita tentang kanak-kanak didera, dibuli, dicabul, diseludup, dijadikan buruh kasar dan sebagai dalam media. Masalah ini jika berlarutan boleh menjadi satu virus dan bencana dalam

pembangunan dan kemajuan negara. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun. Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka. Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang-undang yang telah diperuntukkan. Tindakan undang-undang yang ketat dan telus haruslah diambil oleh pihak berwajib untuk menyedarkan mereka yang sengaja mengeksploitasikan hak kanakkanak. Golongan intelektual haruslah menyedarkan semua dan membuka mentality mereka bahawa hak kanak-kanak haruslah dipelihara dan diambil serius untuk mewujudkan kanak-kanak Malaysia yang bijak, berketrampilan dan menjadi peneraju negara pada masa hadapan.

2.3.3 Penyertaan Ini merangkumi hak kanak-kanak kepada maklumat, mengemukakan pandangan dalam semua hal yang melibatkan / memberi kesan kepada mereka, bertemu dengan kawan-kawan dan menyertai atau menubuhkan pertubuhan (Perkara 12, 13, 15, 17 dan 18). Kanak-kanak mempunyai hak kepada

penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan

kehidupan sosial masyarakat setempat. Mereka perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka. Keingingan mereka haruslah dipenuhi oleh ibu bapa dan melihat kepada kemampuan dan kesesuaian. Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut. Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktiviti kemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak seperti aktiviti perkhemahan, forum, bengkel, gotong-royong dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Ini akan menjadi pendedahan kepada mereka untuk menempuh alam dewasa yang mencabar pada masa hadapan. Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak. Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang baik. Ini bermakna ibu bapa haruslah menyediakan keperluan yang secukupnya kepada anak mereka. Perkara ini harus menjadi kepentingan kepada ibu bapa kerana jika mereka gagal untuk menyediakan keperluan kepada anak mereka, anak-anak ini akan timbul satu perasaaan negatif dalam diri mereka iaitu perasaan memberontak. Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri. Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakantindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.

2.3.4 Perkembangan Ini termasuk semua jenis pendidikan (formal dan non-formal) dan hak kepada standard of living yang mana meliputi fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial melalui pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang baik, peluang untuk turut serta (opportunity to participate) keagamaan dalam dan aktiviti politik sosial, dan ekonomi, dari

bebas

diskriminasi (Perkara 6, 7, 12, 13, 14, 17, 24, 28 dan 29).

10

Hak kanak-kanak juga merangkumi kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanakkanak. Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan. Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian. Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Aktiviti bermain ini juga akan membentuk nilai murni dalam diri kanak-kanak dan mereka akan mengaplikasikan dalam kehidpan mereka. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain dan sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan. Suara kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh ibu bapa akan membuatkan mereka berasa dihargai.Ibu bapa haruslah memainkan peranan yang besar di sini untuk mendengar dan memberi respon kepada apa yang hendak disampaikan oleh anak mereka. Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk anak mereka. Dengan ini mereka bersedia untuk meluahkan perasaan atau masalah kepada ibu bapa. Terdapat banyak kes yang menunjukkan kanak-kanak atau remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa sendiri dalam berkongsi masalah. Ini disebabkan oleh kurangnya komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak ini tidak berminat untuk menceritakan masalah mereka kepada ibu bapa dan keluarga. Masalah ini boleh menjadi serius dan memberi impak yang tidak sihat kepada perhubungan antara anak dan ibu bapa. Anak akan beralih kepercayaan dan hanya memerlukan rakan sebaya disaat susah dan mengalami masalah. Jadi, ibu bapa haruslah peka dan sedar apakah peranan mereka dalam perkembangan anak mereka.

11

2.3.5 Hak Kanak-kanak Mengikut Pandangan Islam

Rajah 1: Hadis Nabi S.A.W Kanak-kanak dilahirkan seperti kain putih. Ibu bapa merupakan pemangkin dan pembentuk utama seseorang kanak-kanak tersebut. Pada peringkat umur 2 hingga 6 tahun merupakan kesuburan akal fikiran yang pantas serta perkembangan paru-paru dengan pesat. Kanak-kanak pada ketika ini dapat menerima dan memahami arahan dengan baik. kanak-kanak juga cepat terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Jika ibu bapa memberikan contoh budi pekerti yang baik, maka baiklah perlakuan anak-anak tersebut dan sebaliknya. Pada peringkat ini, naluri ingin tahu kanak-kanak semakin berkembang dan sekiranya kanak-kanak tersebut tidak menemui sesuatu yang boleh memuaskannya, maka naluri ini akan pudar dan padam yang akhirnya menjadi punca kepada sikap liar.

Rajah 2: Hadis Nabi S.A.W Mengikut hadis Nabi S.A.W yang menegaskan betapa pentingnya kewajipan menunaikan solat walaupun kanak-kanak tersebut hanyalah berumur tujuh tahun. Malahan hadis ini juga menegaskan supaya kanak-kanak diasingkan tempat tidur pada usia sepuluh tahun. Ini menunjukkan betapa agama Islam merupakan agama yang

12

syumul kerana Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui lebih mengetahui apa yang akan terjadi jika seseorang kanak-kanak tidak diajar solat dan diasingkan tempat tidurnya. Ini terbukti dengan terjadinya kes-kes sumbang mahram yang amat berleluasa kini. Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi kanak-kanak seperti kata pepatah kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak perlulah diberi kefahaman yang jelas dan mempercayai dengan setulusnya apa yang terkandung di dalam Al-Quran kerana Al-Quran merupakan panduan umat Islam. Ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak mengkaji Al-Quran dengan lebih mendalam dengan membaca tafsiran-tafsiran. Selain itu, ibu bapa juga boleh menjadikan segala kewajipan dan amalan-amalan sunat sebagai satu perbuatan yang menyeronokkan untuk menimbulkan minat dan kecenderungan di dalam diri kanak-kanak. Mereka juga perlu dilatih dan membiasakan diri sejak dari kandungan lagi. Sejak dari kandungan lagi, kanak-kanak berhak mendapatkan penerapan Islam dari ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka hendaklah memperbaiki diri sendiri dar segi amalan-amalan wajib, sunat serta perwatakan mereka. Ibu bapa memperdengarkan bacaan Al-Quran kepada kandungan mereka. Setelah lahir, kanak-kanak berhak disampaikan suara azan. Kanak-kanak perlulah dikhatankan dan ibu bapa perlulah menjalankan aqiqah untuk kanak-kanak pada hari ketujuh kanak-kanak dilahirkan. Nama yang baik perlulah diberi kepada kanak-kanak tersebut kerana nama melambangkan sifatnya. Selain itu, penyusuan amat penting kerana ia mampu mengubah perangai kanak-kanak tersebut. Di dalam Islam, ibu disarankan menyusukan anak mereka hinggalah dua tahun. Susu ibu mengandungi segala sumber vitamin yang cukup untuk tumbesaran bayi. Kanak-kanak juga hendaklah diberi didikan akhlak dan adat kebiasaan yang baik supaya kanak-kanak dapat mengambil contoh perlakuan ibu bapa yang baik. Pada ketika ini, ibu bapa merupakan role model yang paling dekat dengan kanak-kanak. Ibu juga tidak patut membebankan kanak-kanak dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olenya seperti penderaan dari segi emosi dan fizikal. Tambahan pula, ibu bapa perlu berlaku adil dengan anak-anak supaya tidak timbul

13

perasaan iri hati dan tidak puas hati di dalam diri mereka. Pada usia kecil, kanak-kanak perlu dilatih dengan kebersihan dan kesihatan tubuh badan supaya mereka hidup sihat. Di samping itu, ibu bapa perlulah berbelanja dengan murah hati terhadap mereka. Perbuatan ini dapat menunjukkan pada kanak-kanak bahawa mereka dihargai. Ibu bapa juga harus memilih guru-guru dari kalangan orang yang baik-baik supaya guru tersebut dapat mendidik kanak-kanak dengan baik tanpa pengaruh yang negatif. Kanak-kanak perlu diberi kepercayaan dan pendapat mereka perlu dihormati dan didengari. Selain itu, ibu bapa perlu menyediakn keperluan hidup mengikut kemampuan mereka dan memberi pelajaran yang benar kepada kanak-kanak. Ibu bapa juga harus memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak dan merawat mereka. Di dalam Islam, ibu bapa tidak perlu bersedih dengan kelahiran anak perempuan malahan perlu bergembira dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini adalah kerana anak perempuan merupakan jalan ke syurga bagi ibu bapa. Ibu bapa perlu membenarkan anak-anak bermain dan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka dan mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan. Kanak-kanak perlu supaya bercakap benar dan menjalankan perkara yang boleh mendatangkan faedah untuknya.

2.4

Pelaksanaan CRC

Melalui Konvensyen ini, buat kali pertamanya kanak-kanak di akui sebagai individu dengan hak membesar secara fizikal, mental dan sosial dengan potensi yang ada pada mereka dan mengeluarkan pandangan mereka secara bebas. Kerajaan-kerajaan negara, setelah menyokong Konvensyen, bertanggungjawab memastikan hak-hak asasi kanak-kanak direalisasikan. Perkembangan akan dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi khusus, seperti UNICEF telah diundang untuk

mengemukakan pemerhatian dan pandangan mereka. Konvensyen ini mengandungi mukadimah dan 54 perkara, 41 perkara merangkumi hal yang berkaitan dengan

hak kanak-kanak, 4 perkara merangkumi hal penguatkuasaan dan 9 perkara meliputi pengesahan dan penguatkuasaan. Mukadimah CRC ialah:

14

i.

Memperakui setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status;

ii.

Memberi penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan mengesyorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan yang perlu untuk mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka;

iii.

Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya. Ianya handaklah berlaku dalam persekitaran yang gembira, kasih sayang dan persefahaman; kekeluargaan

iv.

Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan pelindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya;

v.

Mengiktiraf

bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal

dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas; vi. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak dan vii. Mengiktiraf pentingnya kerjasama antarabangsa bagi memperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara, khususnya negara membangun.

3.0

Isu-isu yang Timbul

Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak terutama dalam bidang pendidikan yang secukupnya beserta wawasan demi agama, bangsa dan negara. Malangnya, dalam memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran kanak-kanak di negara ini, masih terdapat lagi kes-kes kanak-kanak. Kematian kanak-kanak lelaki berusia 26 bulan, B. Balasundram, pada tahun 1990 membuka mata pihak terlibat dan juga masyarakat sehingga kes itu dijadikan rujukan kes-kes yang berlaku di Malaysia. Balasundram ditemui ditinggalkan bersendirian di lantai simen di hadapan tandas Hospital Kuala Lumpur dengan kecederaan teruk, dipenuhi kesan lebam dan calar, kesan cucuhan api rokok, kesan

15

pukulan dengan benda keras dan mengalami kecederaan di bahagian otak serta kerosakan buah pinggang dan akhirnya meninggal dunia. (Berita Harian, 19 Jun, 2004). Pada realitinya, isu-isu berkaitan kanak-kanak boleh berlaku dalam semua masyarakat tidak mengira latar belakang keturunan, pegangan agama dan amalan hidup. Terdapat empat isu yang timbul berkaitan kanak-kanak iaitu penderaan, pengabaian, eksploitasi dan diskriminasi seperti dalam Peta Minda 5 di bawah.

Penderaan

Diskriminasi

Isu-isu Kanakkanak

Pengabaian

Eksploitasi

Peta Minda 5: Isu-isu kanak-kanak. 3.1 Penderaan Kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis penderaan kanak-kanak yang saling berkait rapat. Jenis penderaan yang menjadi fokus adalah penderaan fizikal, seksual dan emosional kanak-kanak. 3.1.1 Penderaan Fizikal Penderaan fizikal sebagai satu fenomena sosial ditakrifkan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja yang bertanggung jawab melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana berbagai faktor yang terlibat di dalam perlakuan seseorang kanak-kanak. Ammerman dan Hersen (1990) berpendapat bahawa:

16

Additional factors that may play a role in defining physical abuse include parental approaches to discipline, intent to injure, the effect of an act in the child and the vulnerability of the child. A key variable that must be examined is whether the intent was to cause pain in which case on abused or to physically injure, combined with other family circumstances makes the definition of physical abuse complex. Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 pula mentakrifkan bahawa seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak itu dengan antara lain, laserasi, konstusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, diskloasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi seperti gugur rambut atau patah gigi. Salah satu contoh kes penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dilaporkan pada media massa iaitu surat khabar seperti berikut: Bapa saudara saya tinggal di Selama, Perak yang pukul saya. Kadangkala sepupu saya yang tinggal di rumah kami juga memukul saya kerana tidak mengikut arahannya pada setiap kali hendak menghisap dadah. Tapi, semua luka-luka di badan saya ini adalah akibat dipukul oleh bapa saudara saya yang berada di Selama. (Punatharan, 7 tahun) Secara amnya, ibu bapa dari golongan status sosio-ekonomi rendah didapati kurang memberi perhatian terhadap keadaan rumah tangga dan cara penjagaan kanakkanak misalnya, anak-anak dipaksa bekerja menambahkan pendapatan keluarga. Gejala ini menyebabkan tingkat pencapaian pendidikan mereka lemah. Kanak-kanak yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi rendah meningkatkan risiko dalam pencapaian pendidikan yang rendah, berikutnya mempunyai pengaruh terhadap status pekerjaan dan sumber ekonomi apabila mereka dewasa kelak. Amalan ibu bapa yang bercorak tidak menentu dan terlalu menghukum ternyata mempunyai pengaruh yang besar dalam menggalakkan pembentukan kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak.

17

3.1.2 Penderaan Seksual Penderaan seksual merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-kanak dicabul kehormatannya, dirogol dan dipaksa melacur. Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat di dalam penderaan seksual kanak-kanak ialah jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang besifat seks bagi maksud apa-apa bahan, fotografi, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi, lucah atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Dalam sesetengah hal, kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual dalam kalangan keluarga (sumbang muhrim) atau untuk upacara ritual tertentu. Beberapa ahli psikologi berpendapat bahawa bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosional seseorang kanak-kanak mangsa penderaan. Oleh yang demikian, penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional. Salah satu contoh kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan pada media massa iaitu surat khabar seperti berikut: Pada suatu tengahari, bapa memanggil saya masuk ke rumah ketika saya sedang bermain dengan abang dan kawan-kawan di luar rumah. Di ruang tamu, di atas kusyen bapa melakukannya. Saya merasa sakit setiap kali bapa saya melakukannya. Sebelum itu, bapa akan membaca sesuatu supaya kami tidak melawan. Kakak telah membawa saya ke hospital setelah saya mengadu kepadanya. (Eliyana, 8 tahun) Implikasi penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah mereka mempunyai masalah sakit perut hingga enuresia (membuang air kecil pada waktu malam atau kencing malam). Tingkah laku yang ditampilkan sangat pasif, suka berpura-pura, tidak

18

minat terhadap pelajaran, ponteng dari sekolah dan bertindak liar. Kanak-kanak ini lebih matang dari umur mereka, malah mudah tersinggung dan sering menyalahkan diri sendiri kerana merasakan merekalah punca keretakan hubungan perkahwinan di antara ibu bapa. Beban yang paling besar ialah merahsiakan pengalaman penderaan seksual yang pernah dihadapi di dalam hidup mereka. Sekaligus, menyebabkan mereka mengasingkan diri daripada kawan-kawan dan menjejaskan emosi mereka.

3.1.3 Penderaan Emosional Penderaan emosional merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental dan emosional, sama ada didera dan dianiayai oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi adalah rasa dalaman yang dapat dilihat sebagai sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya. Penderaan emosional merangkumi tidak memberi kasih sayang yang cukup atau membenci kanak-kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan kerenahnya, pergaulan mereka disekat mislnya tidak dibenarkan berkawan ataupun bermain sesama mereka, mereka sering dimarah, ditengking, ditakut-takutkan dan ahli keluarga bermusuhan dengan kanak-kanak. Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 mentakrifkan bahawa seseorang kanakkanak dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada fungsi mental dan emosi kanak-kanak itu yang didalilkan dengan antara lain, kecelaruan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, langsangan atau tumbesaran yang lambat. Salah satu contoh kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan pada media massa seperti berikut: Saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Dua perempuan adik bongsu dan seorang adik bongsu lelaki. Saya adalah anak kedua, yang dianggap membawa sial sejak dilahirkan. Bapa saya sering bertengkar dengan ibu kerana saya. Saya pernah baling pisau ke kaki bapa saya sehingga luka kerana bapa sering berleter dan ibu pula suka memukul kerana katanya saya cerewat makan. Saya pernah melarikan diri sebanyak dua kali dari rumah kerana tidak tahan didera. (Wei Lee, 12 tahun)

19

Penderaan emosional amat sukar dikenal pasti kerana setiap penderaan mempunyai hubung kait. Perkembangan kanak-kanak seperti ponteng sekolah, tidak berminat terhadap pelajaran, suka mencuri, berbohong, kelihatan murung, sering mengasingkan diri dan melarikan diri merupakan tanda-tanda berlakunya penderaan emosi. Kesemua tingkah laku yang ditunjukkan berlaku secara bertahap mengikut perkembangan umur kanak-kanak tersebut. Faktor-faktor personaliti, latar belakang budaya, hubungan perkahwinan ibu bapa atau pelaku penderaan, umur dan jantina kanak-kanak berhubung kait berlakunya penderaan emosional.

3.2

Pengabaian Kanak-kanak

Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanakkanak dari segi keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal. Salah satu contoh ialah kanak-kanak yang dipaksa bekerja. Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia memberi definisi pengabaian seperti berikut: Pengabaian ialah kegagalan yang berterusan dan serius dalam menyediakan keperluan fizikal, emosi dan perkembangan yang asas dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, makanan, tempat tinggal dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai jenis bahaya, termasuklah ancaman terhadap nyawanya. Dari aspek psikologi, keadaan seumpama itu akan menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mangsa penganiayaan. Kanak-kanak yang teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun ke atas selalunya akan mengalami gangguan emosi dan personaliti. Kebanyakkan pendera adalah ibu bapa kandung atau penjaga rapat kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk. Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja mengganggu psikologi kanak-kanak, malah boleh mengganggu perkembangan tumbesaran mereka. Menurut Skuse (1999), kanak-kanak didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran; dikenali sebagai disorder of biological rhythms contohnya kanak-kanak

20

menjadi pendek dan kurus. Konsep penderaan dan pengabaian yang saling berkait ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Pengabaian kanak-kanak boleh dikategorikan ke dalam tiga bentuk pengabaian secara ringkas iaitu: i. Pengabaian fizikal dan perubatan. Bentuk ini adalah pengabaian yang paling biasa berlaku. Pengabaian termasuk keengganan untuk mendapatkan

penjagaan perubatan yang sewajarnya dan segera untuk anak, meninggalkan anak, membiarkan anak kecil sendirian tanpa pengawasan dan kegagalan untuk memberi perlindungan serta pemakanan yang secukupnya. ii. Pengabaian pendidikan. Pengabaian berlaku apabila anak dibenarkan tidak pergi ke sekolah tanpa sebab yang munasabah untuk jangka waktu yang lama, tidak didaftarkan di sekolah walaupun sudah mencapai umur untuk bersekolah atau tidak diberi pendidikan khas sedangkan si anak ternyata memerlukannya. iii. Pengabaian psikologi atau emosi. Pengabaian jenis ini sukar disedari. Ibu bapa mungkin enggan memberi kasih sayang sebagai satu bentuk disiplin tetapi pengabaian ini boleh membawa akibat apabila sikap tidak ambil peduli menjadi norma dan ibu bapa tidak menyedari keperluan psikologi anak-anak mereka. Keengganan membelai anak, mencemuh dan memencilkan anak daripada kawan-kawannya dan anggota keluarga boleh menyebabkan kerosakan emosi dan psikologi yang serius kepada jiwanya. Ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengambil dadah dan alkohol juga bersalah kerana melakukan pengabaian psikologi.

Salah satu contoh kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan pada media massa seperti berikut: Ibu bapa saya selalu sibuk bekerja. Mereka sering meninggalkan saya di rumah bersama-sama adik. Kadang-kala, kami terpaksa berlapar sehingga ibu bapa saya balik daripada kerja. Ada suatu hari, kami langsung tidak makan seharian dan adik sakit perut kerana tidak makan. (Suhaime, 11 tahun)

21

Pengabaian kanak-kanak sehingga membiarkan seseorang kanak-kanak tanpa pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak tersebut,

termasuklah tidak menyediakan makanan dengan secukupnya, memberi pakaian, rawatan kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna adalah salah di sisi undangundang. Oleh itu, kanak-kanak berkenaan mempunyai perasaan ketakutan apabila berhadapan dengan orang dan mereka akan berkelakuan ganjil. Sekaligus, menjadikan mereka takut menjalani kehidupan dan sentiasa mengasingkan diri. 3.3 Eksploitasi Kanak-kanak

Kes kanak-kanak dieksploitasi bagi mendapatkan wang dipercayai bukannya satu fenomena baru, sebaliknya keadaan ini masih berterusan untuk meraih pendapatan. Walaupun diketahui bahawa Malaysia adalah satu destinasi, transit dan sebahagian kecilnya, negara sumber untuk pemerdagangan kanak-kanak, terdapat keperluan untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai sifat dan magnitud pemerdagangan kanak-kanak di Malaysia. Pada bulan Mac 2012, kerajaan mengesahkan bahawa dari tahun 2008 hingga tahun 2012, sejumlah 977 mangsa pemerdagangan manusia telah diselamatkan dan diletakkan di bawah Perintah Perlindungan (PO). Daripada jumlah ini, 122 orang adalah kanak-kanak dan 23 orang adalah berkemungkinan bahawa bilangan sebenar kanakkanak yang diperdagangkan di Malaysia adalah jauh lebih tinggi. Selain itu, kebanyakan kes penyeludupan kanak-kanak tidak dapat dikesan atau tidak disiasat dengan sewajarnya, memandangkan kekurangan latihan khususnya dalam mengenal pasti petunjuk pemerdagangan kanak-kanak dan teknik sensitif untuk menemu duga dan melindungi kanak-kanak pemerdagangan yang diselamatkan. Isu utama eksploitasi adalah kekurangan tatacara pengesahan umur yang betul untuk kanak-kanak yang diperdagangkan. Adalah dipercayai bahawa sebilangan besar kanak-kanak yang diperdagangkan di Malaysia terdiri daripada gadis-gadis yang diperdagangkan ke dalam pekerjaan domestik. Organisasi bukan kerajaan telah mendokumentasikan beberapa kes gadis-gadis, segelintir yang hanya berumur 13 tahun telah diambil dari Kemboja untuk menjadi pekerja domestik di Malaysia. Satu komplikasi yang ketara adalah bahawa umur kanak-kanak kadang-kadang dipalsukan.

22

Dalam kes-kes ini, pihak berkuasa dilaporkan mengambil umur yang dinyatakan dalam dokumen pengenalan seseorang pada nilai muka dan tidak menjalankan tatacara pengesahan umur yang betul. Hasilnya adalah bahawa kanak-kanak itu dilucutkan hak dan langkah-langkah perlindungan khasnya di bawah CRC. Malaysia telah menjadi pihak kepada Protokol PBB mengenai Pemerdagangan Manusia 2000 dan kerajaan juga telah meluluskan Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007. Akta ini memberikan syarat penalti terhadap pemerdagangan dan menetapkan langkah-langkah untuk melindungi mangsa-mangsa pemerdagangan.

3.4

Diskriminasi Kanak-kanak

Kanak-kanak perlu faham bahawa mereka juga perlu menghormati kanak-kanak lain. Memberi gelaran, mengajuk menggunakan mimik muka dan menyisihkan kanak-kanak lain kerana terdapat sesuatu perbezaan, dilihat akan memberi refleksi dalam proses pembesaran kanak-kanak terbabit. Sikap tidak menghormati kanak-kanak lain berkemungkinan besar akan berakhir dengan diskriminasi atau sifat prejudis terhadap orang lain pada masa akan datang. Tambahan pula, sikap prejudis juga boleh berlaku kerana pengaruh kehidupan dan melalui golongan prejudis sedia ada. Pandangan kanak-kanak dipengaruhi oleh pemikiran, tindakan dan percakapan orang sekeliling mereka. Dalam hal ini, walaupun ibu bapa mereka menjadi contoh yang baik, anak-anak mereka masih terdedah dengan golongan yang tidak tahu menghormati orang lain. Terdapat banyak situasi yang berlaku dalam masyarakat hari ini yang menggambarkan diskriminasi dan tiadanya sikap hormat-menghormati. Enggan bergaul dengan golongan yang menghidap Human Immunodeficiency Virus (HIV), pendatang asing dan pelarian misalnya sudah menjadi salah satu senario biasa yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Kanak-kanak mungkin terdengar individu atau sekumpulan orang dewasa mempersendakan orang miskin atau komuniti orang Asli, lalu mereka melakukan perkara yang sama kepada orang lain. Hal ini kerana mereka melihat perbuatan seperti itu popular dalam kalangan orang dewasa dan berlaku di mana-mana. Akhirnya mereka menganggap perbuatan itu tidak salah. Terdapat pelbagai bentuk diskriminasi melibatkan kanak-kanak. Bentuk diskriminasi tersebut termasuklah perbezaan jantina,

23

bangsa,

keupayaan,

latar

keluarga

dan

pendapatan,

kedudukan

geografi,

kewarganegaraan dan status HIV. Jelasnya, diskriminasi dalam kalangan kanak-kanak biasanya bermula dengan mempersendakan kanak-kanak lain dan tidak mengajak mereka bermain atau menyertai aktiviti bersama-sama dan lama-kelamaan membawa kepada tindakan yang lebih ganas seperti buli, penderaaan dan sebagainya. Kanak-kanak tidak memahami tentang diskriminasi dan disebabkan itu adalah sangat sukar untuk kanak-kanak memahami tentang diskriminasi, prejudis dan hormat-menghormati jika tidak

diterangkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk faham tentang keperluan mempertahankan hak seorang manusia dengan mengaplikasikannya terhadap kanak-kanak lain atau rakan sebaya. Orang dewasa termasuklah ibu bapa, guru dan masyarakat perlulah memupuk kesedaran kanak-kanak dalam hal ini. Sebagai orang dewasa, penting untuk mereka mendidik kanak-kanak supaya lebih peka dan sensitif terhadap perasaan orang lain, bukan sahaja perasaan orang yang lebih tua daripada mereka tetapi juga kepada golongan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak juga perlu diberitahu bahawa sebarang bentuk prejudis dan diskriminasi adalah tidak adil. Beri mereka contoh bagaimana untuk bertindak balas jika mereka menjadi mangsa diskriminasi atau melihatnya berlaku di depan mata. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mempunyai imej tidak baik lebih terdedah untuk mempunyai prasangka tidak baik terhadap kanak-kanak lain. Kelompok kanak-kanak ini mungkin akan cuba memperkukuhkan nilai diri mereka dengan mencari kumpulan kanak-kanak lain yang boleh dipersenda atau dijatuhkan. Bagi sesetengah kanak-kanak pula, dengan bertindak sebegitu mereka akan berasa diri mereka lebih penting dan berkuasa, berbeza dengan kanak-kanak lain. Jika sikap dan tanggapan seperti ini dipandang remeh, kanak-kanak akan berterusan menganggap perbuatan menghina atau merendah-rendahkan kanak-kanak lain merupakan lumrah kehidupan. Mereka juga akan merasakan bahawa kanak-kanak yang didiskriminasi berhak mendapat layan sedemikian kerana taraf mereka yang rendah dan mempunyai kelemahan.

24

Oleh itu, adalah amat pentingnya kita membangkitkan isu ini kerana ketidaksamaan berlaku di mana-mana selain mahu memberitahu kanak-kanak terdapat idea dan tindakan yang tidak boleh diterima dalam sesebuah negara atau masyarakat. 4.0 Usaha-usaha Kerajaan

Hak-hak perlindungan dan hak kanak-kanak telah dibentuk di dalam Deklarsasi Geneva pada tahun 1959. Kanak-kanak berhak menikmati kasih sayang, pemakanan yang seimbang, perumahan yang sempurna, rawatan dan rekreasi pendidikan asas yang mencukupi, mempunyai nama dan kewarganegaraan, menerima rawatan dan bantuan khas untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, tumbesaran secara fizikal, mental dan moral. Mereka seharusnya berpeluang untuk menikmati hak-hak ini tanpa mengira jantina, agama, bangsa dan fahaman politik. Dalam merealisasikan hasrat ini, agenda mensejahterakan kanak-kanak turut menjadi fokus di mana kerajaan sentiasa berusaha memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanaknya, kerajaan telah mengesahkan dan menandatangani konvensyen-konvensyen berikut:

i. ii. iii. iv. v.

Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (19 Mac 1995) Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (4 Ogos 1995) Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (Umur minimum untuk diambil bekerja): 1997 Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (Bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk): 10 November 2000 Konvensyen Menentang Jenayah Terancang Transnasional (26 September 2002) Konvensyen-konvensyen ini dilihat sebagai agenda utama kerajaan dalam

membantu memberikan perlindungan dan penjagaan kepada kanak-kanak. Dalam menjaga hak kanak-kanak pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi mengelakkan

25

berlakunya diskriminasi.

jenayah-jenayah

seperti

penderaan,

pengabaian,

eksploitasi

dan

Justeru itu, bebarapa usaha dari segi perundangan mahupun pusat bantuan telah ditubuhkan di Malaysia dengan bantuan sebagai institusi lain untuk memantapkan lagi peranan pasukan perlindungan dalam mencegah penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Badan ini juga berfungsi untuk mendidik dan mengubah sikap ibu bapa yang tidak bertanggung jawab terhadap anak-anak mereka. Perlindungan kanak-kanak yang berkaitan adalah seperti dalam Peta Minda 6 di bawah.

Akta Kanak-kanak 2001 Pasukan SCAN

Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984

Pasukan Polis Di Raja Malaysia

Usahausaha Kerajaan Malaysia

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984

Peta Minda 6: Usaha-usaha kerajaan Malaysia.

26

4.1

Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2002)

Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira Prinsip Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak. Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Berikutan itu, kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan, menunjukkan peningkatan daripada 1,036 pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun 2005. Akta tersebut juga memberi penekanan kepada tanggung jawab dan penglibatan ibu bapa dalam pemulihan kanak-kanak dan menangani ketidakharmonian dalam keluarga melalui penyediaan bengkel interaktif. Mahkamah khas dikenali sebagai Mahkamah Kanak-Kanak yang diketuai oleh seorang majistret dengan dua penasihat daripada kalangan orang awam ditubuhkan pada tahun 2002 untuk mendengar kes berkaitan kanak-kanak. Pelbagai usaha diambil untuk menangani isu keganasan terhadap kanakkanak termasuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam melaksanakan program pencegahan dan pemulihan. Keganasan terhadap kanak-kanak, misalnya, merencat kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. Akta Kanak-Kanak 2001 diwujudkan untuk seluruh kanak-kanak di Malaysia dan digubal untuk mempertahankan hak mereka. Selain itu, bukan hanya untuk menghukum mereka yang bersalah, tetapi mendidik masyarakat mencegah kejadian tidak diingini berlaku terhadap kanak-kanak. Sebagai ibu bapa sudah tentu mahu yang terbaik untuk anak masing-masing, tetapi kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga yang dilihat sebagai pengabaian atau kelalaian pada pihak ibu bapa sendiri. Akta ini turut menyatakan beberapa hak anakanak yang menjadi tanggung jawab ibu bapa seperti dalam Jadual 1. Seksyen Seksyen Keterangan Memperuntukkan mahkamah boleh memerintahkan ibu bapa

27

30(1)(a)

menyempurnakan suatu bon pemeliharaan dan penjagaan yang betul untuk anak mereka dalam tempoh ditetapkan.

Seksyen 31(1)

Menyentuh tanggung jawab ibu bapa menjaga kanak-kanak. Ibu bapa boleh dihukum jika gagal menunaikan tanggung jawab mereka terhadap anak yang berada dalam jagaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau keduaduanya sekali. Ibu bapa dianggap cuai jika tidak menyediakan makanan, pakaian, perubatan, perubatan pergigian, tempat tinggal dan jagaan anak yang mencukupi serta menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi anak.

Seksyen 46

Apabila ibu bapa berusaha mengawal anak mereka, ibu bapa boleh memohon kepada mahkamah secara bertulis untuk mahkamah menahan anaknya di suatu tempat perlindungan, asrama atau pusat di atas alasan mereka tidak mampu mengawal anak itu.

Seksyen 30(8) dan 40(3)

Mahkamah membuat perintah untuk ibu bapa menyempurnakan bon mahkamah dengan atau tanpa suriti dan boleh meletakkan syarat tambahan untuk memastikan keselamatan anak terjamin dengan cara ibu bapa mengiringi anak hendaklah menghadiri bengkel interaktif di pusat tertentu. Jika anak diletakkan di tempat selamat, ibu bapa hendaklah melawatnya seperti ditentukan mahkamah dan jika anak diletakkan di tempat tertentu, maka ibu bapa hendaklah berjumpa dengan guru atau guru besar sekolah untuk berbincang mengenai perkembangan anak mereka

sebulan sekali. Seksyen 88 Menyatakan ibu bapa atau penjaga bertanggung jawab hadir ke mahkamah sebelum kes didengar atau ketika prosiding kes

28

membabitkan anak mereka. Kegagalan berbuat demikian jika diperintahkan mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali. Seksyen 90(11) Memberi ruang kepada ibu bapa membuat permohonan

pengurangan denda (mitigasi) atas hukuman yang dikenakan mahkamah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga boleh merayu kepada mahkamah bagi hukuman yang bakal dijatuhkan itu ringan dan setimpal dengan kesalahan kanak-kanak itu. Seksyen 91(1)(g) Jika mahkamah menjatuhkan hukuman rotan ke atas anak mereka, maka menyatakan ibu bapa bertanggung jawab hadir ketika anak dirotan dan menyaksikannya. Seksyen 94 Jika seorang kanak-kanak didakwa atas kesalahan yang boleh dihukum dengan denda dan membayar pampasan, kos atau keduanya, memperuntukkan mahkamah hendaklah

memerintahkan ibu bapa atau penjaga membayar denda, pampasan atau kos atau semuanya, kecuali mahkamah berpuas hati bahawa ibu bapa atau penjaga tidak ada atau tidak ditemui pada masa munasabah dan mereka tidak menyumbang kepada perlakuan kesalahan jenayah itu kerana cuai menjaga anak dengan sempurna. Jadual 1: Hak kanak-kanak Secara kesimpulannya, akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan jagaan dan perlindungan serta pemulihan, kanak-kanak yang dilarikan atau dijual, kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah, kanak-kanak yang tidak dapat dikawal dan kanak-kanak yang mengemis.

29

4.2

Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984

Kecederaan kanak-kanak turut menjadi punca utama kematian dan hilang upaya kanakkanak, meletakkan beban berat kepada keluarga dan masyarakat. Saban tahun ratusan kanak-kanak maut akibat kecederaan, manakala yang cedera parah juga tidak terhitung jumlahnya. Kebanyakan kecederaan ini, yang paling kerap berlaku disebabkan oleh jatuh, terbakar, lemas dan kemalangan jalan raya menyebabkan hilang upaya kekal dan kerosakan otak. Malangnya, kebanyakan kecederaan ini berlaku di dalam atau berhampiran dengan rumah dan hampir semuanya boleh dielakkan. Pengubalan Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 dilihat bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat penjagaan dikaji semula pada tahun 2005 bagi menetapkan langkah penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Di samping itu, sektor awam dan swasta digalak untuk menubuhkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui penyediaan pelbagai insentif seperti pemberian bantuan secara langsung dan rebat cukai. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-8, sebanyak 86 pusat penjagaan kanakkanak berdaftar telah ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai 3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak. Kerajaan juga terus menyediakan institusi penjagaan untuk anak yatim serta anak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan. Berdasarkan tempoh tersebut, tiga Rumah Kanak-kanak yang baru dibina untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada 320 kanak-kanak. Selain itu, tujuh Rumah Tunas Harapan ditubuhkan bagi membolehkan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan tinggal dalam suasana kekeluargaan. Rumah tersebut disediakan melalui perkongsian dan kerjasama dengan badan korporat, kerajaan negeri serta agensi lain yang berkaitan seperti Yayasan Kebajikan Kebangsaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan masyarakat yang memberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.

30

4.3

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 (Akta 468)

Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 merupakan satu akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, serta mengenai perkara-perkara yang bersamping dengannya atau yang berkaitan

dengannya. Dalam Seksyen 2 Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, dikatakan kanakkanak memerlukan perlindungan jika: i. Kanak-kanak itu telah atau besar kemungkinan akan dicederakan atau dianiaya oleh penjaganya dari segi fizikal, emosi atau seks. ii. Penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan atau tidak berupaya menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanakkanak tersebut. iii. Penjaga kanak-kanak telah mengabai atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak. iv. Kanak-kanak itu tidak mempunyai penjaga atau telah ditinggalkan oleh penjaganya dan selepas siasatan, penjaga itu tidak dijumpai dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memlihara kanak-kanak itu. v. Kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan dan memelihara kesihatannya dan penjaganya telah mengabaikan atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian. vi. Kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara atau yang mungkin memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan penjaganya tidak berupaya atau keberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh penjaga itu gagal. vii. Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan penjaganya atau penjaga-penjaganya sehingga hubungan kekeluargaan

terganggu dengan serius. viii. Kanak-kanak itu terlibat dengan mana-mana kesalahan yang tersebut dalam Bab XVI Kanun Keseksaan atau mana-mana kesalahan daripada jenis yang diperihalkan dalam bahagian VI telah atau dipercayai telah dilakukan dan

31

penjaganya ialah orang yang melakukan kesalahan sedemikian atau telah tidak melindunginya atau tidak mungkin akan melindunginya daripada sedemikian.

4.4

Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman Asuhan Kanak-kanak bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Akta ini telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen. Akta ini bertujuan memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Akta ini juga memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Dr. Maria Montessori percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan

pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Beliau percaya bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak khususnya apabila kanak-kanak diberi peluang menyentuh, mencuba dan menggunakan peralatan khas disediakan secara tersusun. Perkembangan atau potensi intelek seseorang kanak-kanak kurang upaya (segi mental) dapat dirangsang dengan penggunaan pelbagai flash card. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat didedahkan kepada perkataan dan idea sebelum mencapai tahap mengenal, memahami atau menerap makna sesuatu konsep. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menggalakkan amalan asuhan kanak-kanak yang memberi tumpuan kepada perkembangan menyeluruh seseorang kanak-kanak yang

merangkumi perkembangan fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa. Sekaligus, memberi tumpuan kepada tahap kebolehan dan kesediaan seseorang kanak-kanak melalui persekitaran dan aktiviti yang dirancang.

32

4.5

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JPMM) ditubuhkan pada tahun 1946 bagi menangani golongan yang menghadapi masalah sosio-ekonomi di negara ini. Sehubungan itu, kerajaan telah menggubal Akta Kanak-kanak dan Orang Muda Tahun 1947 bagi melindungi kanak-kanak. Seiring dengan pertumbuhan pesat ekonomi pada tahun 1970-an dan 1980-an telah meningkatkan masalah sosial iaitu kes perlindungan kanak-kanak. Dengan itu, kerajaan telah menggubal satu Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak 1985. Rang Undang-undang itu telahpun menjadi Akta pada bulan Julai 1991 setelah dilulusakn oleh Parlimen. Penguatkuasaannya telah dibuat oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1 Mac 1991. Akta Kanakkanak 2001 (Akta 611) digubal untuk mencapai suatu akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan JPPM telah menubuhkan 13 buah pusat kegiatan kanak-kanak di kawasan penduduk berisiko tinggi dari segi kes penderaan kanak-kanak di Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung dengan penderaan dan pengabaian kanak-kanak ialah seperti berikut: i. ii. iii. Pengawasan susulan. Menyediakan tempat untuk mesyuarat bagi kumpulan sukarelawan. Pusat krisis atau memberi perlindungan di institusi-institusi yang diwartakan sebagai tempat yang selamat. iv. Menyediakan tempat tinggal untuk kanak-kanak sama ada sementara atau tetap, termasuk mencari keluarga ganti. v. Merujuk kepada agensi lain perkhidmatan seperti rawatan perubatan dan kaunseling kepada ibu bapa dan kanak-kanak. vi. Pemulihan di dalam komuniti misalnya mendidik kanak-kanak kurang upaya berdikari dan memberi latihan pergerakan fisioterapi kepada kanak-kanak tersebut.

33

vii.

Perkhidmatan telefon bebas tol 800-30-40 untuk memudahkan masyarakat, media massa, hospital kerajaan, swasta atau klinik swasta dan lain-lain agensi kerajaan atau swasta memberi maklumat kepada jabatan.

viii.

Pusat aktiviti yang menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, tuisyen, kelas komputer, pusat sumber, rekreasi di dalam dan di luar pusat aktiviti, kelas motivasi bagi ibu bapa dan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan dan bantuan jika perlu. Tugas pegawai kebajikan masyarakat ialah memastikan jagaan dan

perlindungan diberi kepada kanak-kanak yang terlibat itu sepenuhnya demi kebajikan kanak-kanak. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947, memberi kuasa kepada seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk bertindak sebagai perlindung kanakkanak. Sekiranya pegawai menerima aduan sama ada dari orang ramai, guru, jiran, polis atau pihak hospital, langkah pertama yang diambil ialah membuat lawatan siasatan ke rumah mangsa berkenaan untuk memastikan keadaan sebenarnya. Dalam pada itu, bagi kes kanak-kanak yang tidak serius Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengarahkan ibu bapa atau penjaga membawa kanak-kanak mendapatkan pemeriksaan perubatan. Ibu bapa atau penjaga akan diberikan khidmat nasihat dan kaunseling untuk merapatkan hubungan ibu bapa atau penjaga, seliaan dari semasa ke semasa dan merekodkan setiap tindakan ke dalam fail kes. Sekiranya penganiayaan tidak serius, adalah menjadi tanggung jawab perlindung juga untuk membantu memulihkan keluarga mengikut masalah yang dihadapi. (JKKMM, 2000). Manakala, bagi kes penganiayaan yang serius, kanak-kanak ditempatkan dalam penjagaan yang selamat, mangsa akan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor yang merupakan anggota pasukan perlindungan di hospital tersebut. Laporan polis dibuat dan kanak-kanak dibawa ke Makhamah Juvana dalam tempoh 24 jam. Sekiranya tidak dapat dibawa ke Makhamah Juvana, dapatkan Perintah Perlindungan Sementara daripada Majistret untuk ke suatu tempat selamat atau ke dalam pemeliharaan orang yang layak. Di bawah seksyen 26 (1) Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, jika seseorang disabitkan kesalahan boleh didenda sehinggan RM 10,000.00 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Jika perlu pendera tidak dimasukkan ke dalam

34

penjara, mereka harus berkelakuan baik atau membayar denda sebanyak yang ditetapkan oleh makhamah. Seksyen 26 (2) Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991 menyatakan bahawa: Jika perlu tidak masuk penjara mengikut bon dengan atau tanpa penjamin, untuk berkelakuan baik selama tempoh bulan/tahun dengan jumlah seringgit sebanyak dan menjalani kaunseling dan psikoterapi di klinik atau hospital tertentu.

Kanak-kanak pula yang menjalani mangsa penderaan yang serius biasanya di tempatkan di institusi kanak-kanak. Tindakan ini adalah sah dari segi undang-undang, seperti yang termaktub di bawah seksyen (5)1 Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947. Tujuan kanak-kanak ini ditempatkan di institusi ini adalah untuk memberi peluang dan masa untuk ibu bapa atau penjaga menyedari tindakan mereka dan menerima kanak-kanak itu semula. Pada masa ini juga, pasukan perlindungan akan melawat keluarga tersebut dan memberi kaunseling dari semasa ke semasa. Keputusan juga diambil dalam menentukan kedudukan mangsa, sama ada perlu diberi perlindungan dan jagaan di institusi kanak-kanak ataupun penempatannya dengan keluarga ganti sama ada secara kekal atau sementara. Sekiranya kanak-kanak itu didapati perlu ditempatkan dengan keluarga ganti, maka adalah menjadi tugas Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk membawa kanak-kanak dan keluarga ganti ke mahkamah untuk mendapatkan perintah. Pada kebiasaannya, dua perintah akan dikeluarkan iaitu perintah untuk penempatan dan perintah untuk penyeliaan Pegawai Kebajikan Masyarakat. Jika keputusan dibuat untuk menyerahkan semula kanak-kanak kepada ibu bapanya, maka pegawai mengawasi kanak-kanak dari semasa ke semasa sehinggalah pegawai tersebut berpuas hati akan kedudukan kanak-kanak tersebut dan mendapati ibu bapa telah berubah sikap dan lebih bertanggung jawab terhadap kanak-kanak berkenaan. Langkah-langkah tindakan JPMM dapat dirumuskan dalam Peta Minda 7 di bawah secara ringkas.

35

Keputusan Tindakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah

Tiada tanda penganiayaan

Kes benar

Rasa syak munasabah

Laporan palsu

Hospital Laporan pada polis

Seliaan sukarela

Mahkamah

Rumah Kanak-kanak

Orang yang layak Perintan tetap

Keluarga sendiri

Keluarga sendiri

Orang yang layak

Keluarga sendiri

Penilaian Batal Perintah

Peta Minda 7: Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat.

4.6

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

Pasukan Perlindunagn Kanak-kanak (Child Abuse Team) terulung di Malaysia pula ditubuhkan pada 1978 Julai di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pasukan ini terdiri daripada Pegawai Kebajikan Perubatan, Pakar Pediatrik, Pakar Psikiatri, Jururawat, pakar dari Unit Perbidanan dan Sakit Puan dan seorang wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anggota jawatankuasa perlindungan kanak-kanak pula diwakili

36

oleh beberapa jabatan di dalam Hospital Universiti seperti Jabatan Pediatrik, Perubatan, Psikologi Perubatan, Kebidanan dan Sakit Puan, Kemalangan dan Kecemasan, Kebajikan Perubatan, Pentadbiran Jururawat, Rekod Perubatan dan Pentadbiran. Mereka juga dibantu oleh Polis Diraja Malaysia Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dan Profesor Woon dari Jabatan Psikologi Universiti Malaya. Peranan Pegawai Kebajikan Perubatan lebih bersifat crisis intervention di mana mereka akan memberikan sokongan dan bantuan kepada keluarga, terutamanya ibu bapa ataau ahli keluarga yang terlibat. Bantuan yang diberikan ialah seperti memberikan kaunseling, bantuan kewangan, bantuan persekolahan kembali mangsa dera, membuat permohonan surat beranak dan bantuan dalam mendapatkan keluarga angkat dengan kerjasama badan-badan lain seperti rumah perlindungan kanak-kanak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Pegawai Kebajikan Masyarakat Perubatan juga akan mengadakan lawatan ke rumah mangsa penderaan sebelum dan selepas mesyuarat khas diadakan. Sebelum mesyuarat khas, pegawai tersebut akan mendapatkan maklumat mengenai peristiwa penderaan, mengamati keadaan atau persekitaran rumah mangsa dan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak. Selain itu, tugas sampingan yang lain adalah menghubungi wakil dari Jabatan Pediatrik, Perubatan, Psikologi Perubatan, Kebidanan dan Sakit Puan, Kemalangan dan Kecemasan, Kebajikan Perubatan, Pentadbiran Jururawat, Rekod Perubatan dan Pentadbiran untuk menghadiri mesyuarat khas yang akan diadakan, supaya semua pihak dapat memberikan pandangan dalam perlindungan yang sewajarnya kepada mangsa penderaan. Proses pengurusan kes penganiayaan dan pengabaian kanakkanak dapat dirumuskan dalam Peta Minda 8 di bawah secara ringkas.

37

Kes ke poliklinik Umur bawah 13 tahun Umur lebih 13 tahun

Wad kanak-kanak

Wad kanak-kanak

Diperiksa oleh pegawai perubatan

Diperiksa oleh pegawai perubatan

Rujukan kepada

Pegawai Pegawai Pengerusi Pasukan Pegawai Pediatrik Kebajikan Perubatan dan Polis Perubatan O&G bagi Kes Penderaan Seksual

Mesyuarat bersama-sama ibu bapa dan kanak-kanak serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan peguam (jika perlu)

Rumah Kebajikan Keluar wad Masyarakat Keluarga ganti

Peta Minda 8: Proses pengurusan kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Selain itu, anggota pasukan perlindungan akan mengadakan kes konferens setelah mereka mendapat laporan. Kes konferens ialah perbincangan mengenai

38

strategi perlindungan yang diperlukan oleh mangsa yang diadakan antara anggota pasukan perlindungan dengan keluarga mangsa. Terdapat enam tahap pengendalian kes konferens yang selalunya mengikuti agenda seperti dalam Jadual 2. Tahap-tahap Konferens Tahap Pertama Pengendalian Kes Pegawai Kebajikan Perubatan akan melakukan lawatan peringkat pertama ke rumah mangsa dan menemu bual ibu bapa. Maklumat mengenai latar belakang mangsa, pelaku dan peristiwa yang berlaku akan diperjelaskan. Tahap Kedua Pegawai Perubatan menjejaskan bentuk penderaan dari aspek perubatan dan pakar psikiatri pula menjelaskan keadaan psikologi kanak-kanak tersebut. Tahap Ketiga Pediatrik akan menemu bual ibu bapa dan kanak-kanak mangsa penderaan untuk penjelasan lebih terperinci. Tahap Keempat Keseluruhan anggota kumpulan kes konferens membuat keputusan bersama-sama mengenai bentuk rawatan dan bantuan yang diperlukan oleh kanak-kanak. Tahap Kelima Pengkaji ikut serta dalam perbincangan cara rawatan pakar psikiatri terhadap kanak-kanak tersebut. Lazimnya mangsa akan mendapatkan rawatan ini sebulan selepas dikeluarkan dari wad. Tahap Keenam Pegawai Kebajikan Perubatan pula akan melakukan lawatan antara 3 hingga 6 bulan mengikut keseriusan ke rumah pesakit untuk memastikan kanak-kanak selamat dan mendapat penjagaan yang sempurna. Jadual 2: Tahap pengendalian kes konferens.

39

4.7

Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRMM)

Pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas yang terdiri daripada kakitangan terlatih kursus untuk mengendalikan kes-kes penganiayaan kanak-kanak. Unit Perlindungan Kanak-kanak bermula pada 26 Februari 2001 apabila Pengarah Pengurusan, Dato Seri Bakri Hj. Omar mengadakan perbincangan untuk

memperkenalkan kepolisan Mesra Kanak-kanak (Child Friendly Policing) di Malaysia. Pada 25 Novembber 2002, pemasangan alat perakam video dan seramai 10 orang pegawai dilatih dalam Kursus Kepakaran Rakaman Keterangan Kanak-kanak. Pegawai perakam bertugas untuk menemu bual mangsa atau saksi yang terlibat. Manakala, Pegawai Teknikal pula berperanan untuk mengendalikan peralatan untuk tujuan rakaman berjalan dengan lancar. Kaedah rakaman dilihat dapat membantu mangsa atau saksi jenayah yang takut dan sukar memberi keterangan di mahkamah tanpa perlu mangsa memberikan keterangan lisan. Secara tidak langsung, bukti realiti dapat dikemukan dan mengelakkan pesalah terlepas dari hukuman jenayah. Kaedah ini juga dapat membantu mengingatkan mangsa atau saksi terhadap fakta kejadian dan mengatasi masalah terlupa yang mungkin dialami mangsa, selain daripada perasaan takut. Selepas

kaedah ini dilaksanakan sepenuhnya, kebarangkalian dapat mensabitkan pertuduhan terhadap pesalah jenayah lebih besar kerana kaedah ini membantu polis menangani masalah keterangan mangsa dan saksi berbeza-beza, was-was dan ketakutan. Penggunaan alat perakam video untuk merakamkan kenyataan kanak-kanak yang diperkosa sebagai satu bahan bukti di mahkamah perlu diperluaskan lagi. Kepentingan alat perakam video sebagai satu bukti yang dapat dijadikan bahan pendakwaan di mahkamah dapat dibuat berasaskan kepentingannya. Antara kepentingannya ialah rakaman dibuat secara rahsia dan dapat menghilangkan rasa takut kanak-kanak apabila berdepan dengan psikiatri berbanding dipaksa memberi keterangan di mahkamah. Sekaligus, membolehkan prosedur dan tindakan dibawa ke mahkamah dengan seberapa cepat yang mungkin. Namun begitu, kes penderaan yang ingin dibawa ke mahkamah dalam tempoh masa yang singkat adalah satu hal agak mustahil. Maka, adalah penting keterangan kanak-kanak itu dirakamkan supaya ingatan terhadap kejadian tersebut tidak pudar.

40

Alat perakam video harus digunakan juga kerana bahasa yang digunakan di mahkamah sukar difahami oleh kanak-kanak dan menimbulkan salah tafsiran oleh mereka yang mahu memberi keterangan. Seterusnya, jawapan yang diberikan bukan sahaja mengelirukan, malah tidak menjawab soalan yang dikemukan. Tambahan pula, soalan yang dikemukan itu memberikan kesan yang buruk kepada emosi kanak-kanak. Dengan kebijaksanaan peguam, soalan itu boleh diputarbelitkan dan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sememangnya bercakap bohong. Kanak-kanak apabila dikatakan menipu akan menangis dan mereka seolaholah dihadapkan dengan tekanan yang kuat. Kesannya, kanak-kanak ini akan tertekan dan sukar untuk mengingati dan berfikir secara waras. Terdapat juga soalan-soalan yang ditanya bukan bertujuan untuk mencari kebenaran dan maklumat yang sahih, sebaliknya soalan itu ditanya dengan harapan kanak-kanak memberikan jawapan yang bertentangan dengan keterangannya sebelum ini. Dengan kata lain, soalan-soalan yang dikemukakan di mahkamah sering mencabar keupayaan kanak-kanak dan di luar daripada batas kemampuan mereka. Polisi Mesra Kanak-kanak dilihat sebagai salah satu langkah PDRMM dalam membangkitkan kesedaran dan sikap prihatin orang ramai terhadap permasalahan penganiayaan kanak-kanak. Prosedur dan peringkat-peringkat pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh si mangsa boleh menyebabkan gangguan emosi dan mental yang serius. Seandainya ini berlaku, akan menjejaskan kesediaan mangsa untuk memberikan keterangan dan maklumat yang sahih. Oleh itu, usaha PDRMM iaitu mengadakan Kursus Kepakaran Rakaman Keterangan Kanak-kanak dilihat berjaya mengurangkan perasaan takut dan mudah lupa yang timbul dalam diri kanak-kanak. Sekaligus, bukti-bukti penderaan dapat direkodkan dan menjadi bukti utama dalam sesuatu perbicaraan di mahkamah.

4.8

Pasukan SCAN

Badan kerajaan yang turut penting dalam menangani kes perlindungan adalah di Hospital Kerajaan. Terdapat sebuah hospital yang bekerjasama dalam menangani kes penderaan secara elektif iaitu Pasukan Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN) Hospital Kuala Lumpur, yang telah ditubuhkan pada awal Jun 1985 bersama-sama

41

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Pasukan ini terdiri dari beberapa orang doktor pakar kanak-kanak, ahli psikologi, ahli sosiologi dan pegawai kebajikan masyarakat. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. Justeru itu, sejumlah 14 pasukan SCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan. Tujuan badan ini ditubuhkan adalah untuk menyemak kes-kes penderaan dan menyelaraskan rawatan, memberi khidmat runding cara kepada yang terlibat dan juga membantu pihak polis dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku penderaan. Badan ini juga bertanggung jawab dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penderaan kanak-kanak. Setiap laporan yang dibuat oleh anggota masyarakat melalui telefon atau surat akan dirahsiakan dan setiap laporan akan disiasat sepenuhnya selepas disahkan sebagai kes penderaan dan langkah selanjutnya akan diambil. Kini, badan ini bergerak aktif dalam menangani segala kes penderaan kanak-kanak dan menjadi pusat sumber bagi kajian penderaan dan pengabaian kanak-kanak di Malaysia. Di samping menyiasat kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, pelbagai seminar, kongres, persidangan, bengkel, forum dan sebagainya telah diadakan dari semasa ke semasa untuk membincangkan pencegahan. kes penderaan kanak-kanak dan mengenal pasti program

5.0

Kesimpulan

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children). Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 merupakan satu dokumen yang

memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi pengabaian, penderaan, eksploitasi dan diskriminasi. Konvensyen dilihat sebagai agenda utama dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada mengalami keganasan dan

42

penderaan. Konvensyen ini menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak dianggap lemah berbanding orang dewasa dan kanakkanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan. Terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam memberikan hak dan perlindungan kepada kanak-kanak. Sebagai contohnya, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah. Manakala, Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984 juga digubal bertujuan memastikan standard minimum penjagaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak telah dikaji semula untuk menetapkan penguatkuasaan yang lebih ketat dan meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak. Selaras dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak, usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Malaysia adalah untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam penggubalan dan proses membuat keputusan. Oleh itu, penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti atau program pencegahan dan pemulihan, perlulah ditingkatkan bagi memberi kesedaran tentang hak kehidupan kanak-kanak. Segala program yang dianjurkan adalah bagi melahirkan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

43

Refleksi Guru Pelatih Nur Masturah binti Ghafar Berdasarkan tugasan Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109), pensyarah saya telah meminta saya dan rakan-rakan membuat tugasan tentang isu semasa yang dihadapi oleh guru. Dalam tugasan ini, saya dan rakan sepasukan mendapat tajuk Sejauhmanakah usaha kerajaan Malaysia dalam memberikan perlindungan kepada kanak-kanak seperti terkandung dalam Konvesyen Hak Kanak-kanak 1989. Banyak pengetahuan baru yang dapat saya pelajari dalam tugasan ini. Walaupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini, namun begitu dapat juga saya hasilkan projek ini dengan jayanya. Dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat dua kekangan yang saya hadapi sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa. Pertamanya, kekangan dari segi masa dalam menyiapkan tugasan ini. Lebih-lebih lagi, pada waktu yang sama juga, saya perlu menyiapkan dua tugasan yang berbeza-beza. Namun begitu, dalam mengelakkan kecelaruan menyiapkan tugasan, saya telah membuat jadual tugas bagi memudahkan saya membahagikan masa mengikut tugasan diberikan. Hasil

pembahagian masa ini, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Kekangan kedua yang saya hadapi ialah tidak memahami tugasan yang perlu dilakukan secara jelas. Pada mulanya, saya sukar untuk membuat tugasan ini kerana kurang jelas tentang kehendak tugasan. Namun begitu, penjelasan dan penerangan terutamanya daripada pensyarah saya, Tuan Hj. Mohd Suberi bin Salleh memudahkan saya menyiapkan tugasan ini. Dalam perbincangan bersama-sama dengan pensyarah saya dan rakan sepasukan, beliau menekankan cara penulisan ilmiah yang akan dihasilkan dalam membentangkan isu tersebut dengan diserta bukti-bukti daripada buku rujukan ataupun laman sesawang. Oleh itu, sejurus kolaboratif dijalankan, saya dan rakan sepasukan telah mencari rujukan di pusat sumber. Selain kekangan yang dihadapi, saya juga dapat menimba pengetahuan tentang tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya dapat melihat betapa pentingnya Konvenseyen Hak Kanak-kanak 1989 ditubuhkan. Konvesyen ini dilihat memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi pengabaian, penderaan, eksploitasi dan diskriminasi

44

kanak-kanak. Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara serta di pusat tahanan. Keganasan tersebut akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul serta melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi kelak. Kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha bagi mengatasi kanak-kanak daripada diabaikan oleh ibu bapa mahupun penjaga. Secara kesimpulannya, kerajaan telah mewujudkan pendaftaran bagi penjenayah seks kanakkanak untuk memastikan pendera-pendera kanak-kanak dapat dipantau dan dicegah daripada melancong ke luar negara untuk mendera golongan muda di negara-negara lain. Selain itu, penubuhan undang-undang seperti memperkenalkan Mahkamah Kanakkanak untuk menyelaraskan pemindahan penjenayah kanak-kanak balik ke negara mereka untuk menghadapi tuduhan, sekiranya perlu. Kerajaan juga turut

memperkenalkan undang-undang khas untuk menjadikan semua bentuk pornografi kanak-kanak, termasuklah penerbitannya, pengedarannya dan pemilikannya sebagai jenayah dan memastikan pembekal perkhidmatan internet memperkenalkan

perkhidmatan halangan dan saringan yang berkesan untuk mencegah imej-imej tersebut daripada dipaparkan online. Dalam pada masa yang sama, kanak-kanak yang menjadi mangsa situasi penderaan mendapat latihan kemahiran pekerjaan dan juga menubuhkan perkhidmatan pakar untuk membolehkan mereka kembali semula ke dalam masyarakat agar mereka tidak lagi terdedah kepada eksploitasi. Memberikan pendidikan kepada mereka yang sering berurusan atau berhubungan dengan kanak-kanak yang terdedah kepada penderaan serta pada masa yang sama mengenal pasti bahawa kanak-kanak lelaki juga terdedah kepada ekploitasi dan keperluan mereka juga tidak patut dilupakan. Namun begitu, usaha kerajaan juga tidak akan berjaya sekiranya semua pihak tidak mempunyai kesedaran tentang hak kanak-kanak. Oleh itu, semua pihak boleh berusaha untuk mengeluarkan semua stigma atau tindak-tanduk dan amalan

45

berdiskriminasi terhadap kumpulan kanak-kanak berikut: pelarian dan kanak-kanak pencari rezeki, kanak-kanak migran tanpa dokumentasi, kanak-kanak tanpa

dokumentasi dan kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan mental dengan berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut dan bekerja secara sukarela di organisasi bukan kerajaan yang bekerjasama. Haruslah diingat bahawa kanak-kanak adalah seperti kain putih yang suci sebelum dibentuk menjadi negatif. Selain itu, semua pihak perlu melaporkan mana-mana kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak yang disyaki dengan memanggil Talian 15999 atau memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan. Mengkaji sistem kepercayaan peribadi berkenaan, melaporkan kes-kes penderaan dan memastikan bahawa keselamatan dan kepentingan kanak-kanak tersebut selalunya dipentingkan. Sekaligus, berusaha untuk mengeluarkan semua stigma dan rasa malu terhadap penderaan kanak-kanak di dalam komuniti. Tuntasnya, sebagai ibu bapa dan guru-guru, memastikan bahawa kanak-kanak atau pelajar-pelajar mempunyai akses kepada maklumat kesihatan seksual dan reproduktif yang betul dan yang menekankan isu-isu seperti peningkatan HIV, penyakit kelamin, penghamilan remaja dan pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Dengan itu, kanak-kanak dapat berkembang dengan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahukan kanak-kanak berkembang dengan baik.

Disediakan oleh, . Nur Masturah Binti Ghafar

46

Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109) merupakan tugasan yang banyak memberi manfaat kepada saya yang merupakan bakal seorang guru. Tugasan ini banyak mendedahkan saya kepada isu-isu semasa yang berlaku kepada kanak-kanak dan apakah hak-hak yang boleh mereka tuntut. Kanak-kanak diklasifikasikan sebagai seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah. Kanak-kanak perlu diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup. Selain itu, ibu bapa hendaklah menyediakan keperluan asas kanak-kanak seperti makanan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain mengikut

kemampuan ibu bapa. Pelbagai usaha dari pelbagai pihak telah dilaksanakan untuk memastikan kanak-kanak mendapat hak-hak mereka dengan secukupnya. Disebabkan itu, Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 telah dipersetujui di seluruh dunia malahan telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 1995 lagi. Pada masa kini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai ancaman dari pelbagai pihak. Kanak-kanak dijadikan mangsa penderaan dari segi fizikal, emosi dan seksual. Kes-kes yang seringkali berlaku di Malaysia adalah penderaan oleh ahli-ahli keluarga yang terdekat. Kanak-kanak yang kekurangan kasih sayang selalunya akan mengalami trauma yang teruk dan menyebabkan mereka memberontak seterusnya mempunyai sikap yang negatif kepada masyarakat. Kanak-kanak juga akan cuba mencari tempat untuk mereka melepaskan tekanan perkara inilah yang menyebabkan terjadinya masalah gejala sosial. Kanak-kanak yang dikenali sebagai individu yang selalu ingin mencuba perkara-perkara yang baru akan bergaul dengan rakan-rakan yang liar. Selain itu, kanak-kanak di Malaysia juga dieksploitasi oleh sesetengah pihak. Terdapat agensi-agensi yang tidak berdaftar yang bertopengkan memelihara hak kanak-kanak akan mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak demi kepentingan mereka. Kanak-kanak akan disuruh meminta sedekah, ada yang dijual menjadi pelacur, malahan ada yang dijual kepada keluarga yang tidak mempunyai anak. Tambahan pula, organ kanak-kanak juga dijual kepada pihak-pihak yang memerlukannya. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengambil tahu malahan mahir dalam hak kanak-kanak supaya saya boleh membantu anak-anak murid saya di sekolah nanti.

47

Semasa saya menjalankan praktikum di sekolah, saya turut mengesan kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Dengan maklumat yang saya dapat melalui tugasan ini, saya dapat mengenalpasti prosuder-prosuder yang perlu dilakukan untuk membantu mereka. Saya amat senang hati melakukan tugasan ini kerana pelbagai maklumat yang saya dapati amat berguna untuk saya pada masa hadapan. Perkara-perkara yang saya belajar melalui tugasan ini adalah menjadi pengajaran bagi saya supaya mengasihi semua kanak-kanak tanpa ada dikriminasi dan tidak berlaku zalim kepada mereka. Walaupun begitu, terdapat beberapa kekangan yang perlu saya hadapi untuk melaksanakan tugasan ini. Saya menghadapai masalah kesuntukan masa pada mulanya kerana saya perlu menyempurnakan tugasan ini dan tugasan-tugasan lain pada waktu yang sama sehingga saya tidak cukup tidur. Akibat dari hal itu, saya seringkali tertidur di dalam kelas EDU 3109. Saya amat berterima kasih dengan pensyarah pembimbing kerana member peluang dan masa yang cukup kerana beliau baik hati menundakan tarikh serahan yang tugasan. diberikan Hal oleh ini memudahkan dan saya dapat

melaksanakan

tugasan-tugasan

pensyarah

menyempurnakan tugasan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, saya juga menghadapi kekangan lain kerana pada mulanya saya tidak memahami kehendak tugasan ini. Pada mulanya saya langsung tidak mengetahui tentang kewujudan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. Setelah berusaha mencari maklumat di perpustakaan serta di laman sesawang, saya mendapati terdapat pelbagai maklumat yang boleh saya dapati. Saya memahami perkara-perkara yang terkandung di dalam dokumen Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. Konvensyen ini dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain dari penderaan dan eksploitasi kanak-kanak, kanak-kanak turut mengalami masalah pengabaian dan diskriminasi. Kanak-kanak seringkali diabaikan perasaan dan pendapat mereka. Ibu bapa acapkali beranggapan yang mereka berhak melakukan apa sahaja kepada anak-anak mereka sedangkan mereka tidak sedar bahawa kanak-kanak mempunyai hak-hak mereka sendiri. Ibu bapa juga selalu mengabaikan pendapat anak-anak mereka kerana beranggapan mereka masih kecil

48

dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Disebabkan itu, kes kanak-kanak lari rumah sering dilaporkan pada masa kini kerana kanak-kanak akan memberontak jika kemahuan mereka tidak dituruti. Diskriminasi kanak-kanak pula seringkali berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Terdapat sesetengah budaya yang tidak begitu menyenangi kelahiran anak-anak perempuan. Disebabkan itu, kanak-kanak perempuan sering dinafikan hak mereka. Saya berharap tugasan ini akan dilaksanakan untuk para pelatih guru yang akan datang. Tugasan ini amat membantu bakal guru mendapatkan maklumat tentang hakhak kanak-kanak. Kita mestilah menghargai kanak-kanak kerana merakalah pengganti pemimpin pada masa hadapan. Kanak-kanak perlulah dididik dengan betul acuannya supaya mereka dapat menjadi insan yang berguna untuk agama dan negara.

Disediakan oleh, .. Nurfarhanah binti Ahmad Tarmizi

49

Senarai Rujukan

Abdul Ghani Abdullah dan Abd. Rahman Abd. Aziz (2007). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: Pendidikan.

Abu Bakar Nordin (2001). Reformasi Pendidikan dalam Menghadapi Cabaran 2020. Selangor: Utusan.
\

Ahmad Jeffni Hassan, Faridah Karim, Rohaty Mohd. Majzub dan T. Subahan Mohd. Meerah (1990). Disiplin dalam Pendidikan. Selangor: Saujana Sdn. Bhd.

Amin Senin (2003). Pembangunan Profesion Guru. Kuala Lumpur: Pendidikan.

Ishak Saat (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Selangor: Pendidikan. Lorraine Waterhouse dan Olive Stevenson (1994). Child Abuse and Child Abusers: Protection and Prevention. U S A: Jessica Kingsley Publishers Ltd Khadijah Alavi dan Mohamed Fadzil Che Din (2007). Penderaan Kanak-kanak: Cabaran, Cegahan dan Membantu. Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia Ann Weng Seng dan Khadijah Alavi (1997). Penderaan Kanak-kanak di Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Khadijah Alavi dan Ann Weng Seng (2003). Memahami Latar Belakang Penderaan Kanak-kanak. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

50

BORANG KOLABORATIF

Nama

: Nur Masturah Ghafar : Nurfarhanah Ahmad Tarmizi

Kelas NamaPensyarah Mata Pelajaran Tarikh

: Pemulihan (BM) / MT Semester 8 Ambilan Jan 2010 : Tuan Hj. Mohd Suberi bin Salleh : Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109) Perbincangan Tandatangan

51