Anda di halaman 1dari 3

5 Strategi Sistem Aktif Berdasarkan kepada sistem mekanikal dan electrical sediada di dalam bangunan, suatu retrofit dan

penambahbaikan kepada sistem akan dijalankan untuk mencapai sasaran BEI 130kWhr/m2/yr. Senarai cadangan retrofit dan penambahbaikan sistem adalah seperti berikut:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Sistem pengendalian/pengurusan bangunan (BMS) Sub-meter untuk kesemua lampu dan dan bekalan kuasa pada ruang awam, penyewa, dan plant room Pembolehubah kapasiti udara (VAV) untuk sistem pengagihan udara termasuk pembolehubah pemacu kelajuan untuk kipas unit pengendalian udara (AHU) Sistem pengesan pergerakan dan Photo Electric Daylight di ruang pejabat Penukaran pengunaan set lampu dari lampu kalimantang T12 kepada lampu kalimantang T5 dengan penstabilan elektronik berfrekuensi tinggi. Pembolehubah pemacu kelajuan untuk pam dan kipas di menara penyejuk Sistem pengudaraan akan dilengkapi dengan pengesan C02 yang akn disambungkan terus pada sistem pengurusan bangunan (BMS) yang utama. Sistem Pemulihan Tenaga menggunakan roda desiccant untuk rawatan pra-penyejuk udara.

5.1 Sistem Pengendalian/Pengurusan Bangunan (BMS) Bangunan ini akan dilengkapi dengan satu Sistem Pengendalian/Pengurusan Bangunan (BMS) yang akan menghubungkan kesemua sistem sediada seperti sistem pengudaraan udara, lampu dan bekalan kuasa. Sistem ini dapat membantu penjimatan tenaga dari jumlah keseluruhan penggunaan tenaga dengan mengendalikan permintaan tenaga (energy demand) dari setiap kelengkapan bangunan. Sistem ini membolehkan pengendalian, pemantauan, pengoptimunan dan laporan dari kesemua kelengkapan bangunan,termasuk kelengkapan mekanikal dan elektrikal yang menyumbang kepada keselesaan, keselamatan dan kecekapan. 5.2 Sub-meter untuk kesemua lampu dan dan bekalan kuasa Sub-meter akan dipasang di setiap tingkat yang mempunyai ruang awam (common area) dan ruang penyewa untuk mengukur jumlah penggunaan kuasa dan tenaga. Sub-meter ini juga akan di pasang pada ruang menara penyejuk, ruang lif, tempat letak kereta dan juga bilik pengudaraan udara (AHU). Penggunaan sub-meter ini akan memudahkan pihak penyelenggaraan dan pengurusan bangunan Yayasan Melaka untuk memahami penggunaan tenaga dan perilaku bangunan dengan lebih terperinci.

5.3 Pembolehubah kapasiti udara (VAV) untuk sistem pengagihan udara termasuk pembolehubah pemacu kelajuan untuk kipas unit pengendalian udara (AHU) Cadangan penukaran Sistem pengendalian udara sediada kepada sistem pembolehubah kapasiti udara (VAV) dengan kotak terminal dan pengawalan VSD pada kipas. Dijangkakan penjimatan tenaga sebanyak 70% dari sistem yang telah dicadangkan ini. 5.4 Sistem Pengesan Pergerakan dan Photo Electric Daylight Sistem ini akan di pasang di ruang pejabat dan ruang eklusif seperti bilik mesyuarat dan ruang perbincangan. Sistem pengesan ini juga akan di pasang di di dalam ruang tandas dan tempat letak kereta. Dijangkakan penjimatan tenaga sebanyak 20% dari jumlah keseluruhan penggunaaan tenaga dari kelengkapan lampu-lampu. 5.5 Penukaran set lampu kalimantang T12 kepada lampu kalimantang T5 Lampu kalimantang sediada dengan kuasa 36 watt akan di tukar kepada lampu kalimantang T5 15 watt dengan penstabilan elektronik berfrekuensi tinggi. Dijangkakan tambahan penjimatan tenaga sebanyak 30% daripada penambaikan ini. 5.6 Pembolehubah pemacu kelajuan untuk pam dan kipas di menara penyejuk Pam dan kipas di menara penyejuk akan di pasang dengan pembolehubah pemacu kelajuan. Dijangkakan penjimatan tenaga sebanyak 70% daripada penambaikan ini. 5.7 Sistem pengudaraan akan dilengkapi dengan pengesan C02 dan Sistem Pemulihan Tenaga Pengesan CO2 adalah salah satu daripada strategi tuntutan pengendalian pengudaraan (Demand-Controlled Ventilation, DCV) yang meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga di dalam bangunan dan memastikan kualiti pengudaraan dalaman yang baik. Pengesan CO2 ini akan mengambil bacaan CO2 dalam ruang tersebut dan akan menyelaraskan bekalan udara kepada paras CO2 yang di kehendaki. Pengesan CO2 ini akan membantu penjimatan tenaga dan wang kerana udara yang di bekalkan adalah mencukupi untuk penggunaan penghuni bangunan. Bangunan Yayasan Melaka ini akan di pasang dengan pengesan CO2 pada setiap tingkat yang berpenghuni yang mempunyai alat penyaman udara dan bilik pengendalian udara. Udara bersih akan masuk melalui bumbung bangunan dan akan disalurkan kepada bilik pengendalian udara di setiap tingkat. Pengesan CO2 ini akan disambungkan kepada return air outlet yang akan memicu isyarat untuk menambah ,mengurangkan atau mengekalkan bekalan udara bersih di dalam bangunan. Paras CO2 di ruang-ruang yang di lengkapi dengan sistem ini akan sentiasa berada di bawah 1000ppm.

Udara bersih di ruang tersebut akan di sejukkan dengan penggunaan roda dessicant daripada Sistem Pemulihan Tenaga. Dijangkakan penjimatan tenaga sebanyak 20% daripada sistem pengesan CO2 dan Sistem Pemulihan Tenaga ini.

Anda mungkin juga menyukai