Anda di halaman 1dari 14

TERAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

Definisi Perisian Hamparan Elektronik

hamparan kerja dan turut dikenali sebagai hamparan rebak merupakan perisian komputer yang meniru helaian kertas kerja. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks, angka abjad atau nilai nombor. perisian yang dibangunkan untuk memaparkan dan memproses nombor. Perisian hamparan elektronik yang digunakan seperti Microsoft Excel, Lotus 1-2-3 dan Quattro Pro.

Pengenalan
Pakej ini direka bagi memudahkan pelajar untuk mempelajari perisian Lotus Smartsuite. Perisian ini mengandungi Lotus Word Pro iaitu perisian untuk memproses perkataan. Lotus 123 pula merupakan perisian hamparan elektronik yang digunakan untuk tujuan perakaunan dan tujuan pengiraan manakala Lotus Approach digunakan untuk membuat pangkalan data, yang mana dapat memudahkan proses pengolahan data dan menjadikan sesuatu pemuka itu lebih menarik. Lotus Freelance Graphic pula digunakan untuk membuat persembahan secara slide dan biasa digunakan untuk membuat persembahan perniagaan.

Fitur-Fitur Dalam Perisian Hamparan Elektronik


komponen asas : sel, baris, lajur dan alamat unit pertemuan lajur dan baris dipanggil sel. Data akan dimasukkan ke dalam sel. jenis data input : nombor, teks, formula dan tarikh. fungsi dan operasi aritmetik yang menyokong pengiraan dan rujukan sel: Nombor boleh dicampur, tolak, darab atau bahagi menggunakan formula. pengubahsuaian hamparan : salin, potong, tampal, selit, saiz lajur dan baris. formatan sel. penvisualan data (carta) dalam pelbagai jenis carta dengan menggunakan nombor pada hamparan elektronik tersebut

Fitur-Fitur Lanjutan Dalam Perisian Hamparan Elektronik


formatan blok dan halaman : header, footer, nombor halaman, font, lebar baris dan lajur, format nombor, lorekan penghasilan dan penggunaan templat objek linking dan embedding mengimport dan mengeksport data dari dan ke perisian lain menyusun dan menapis data fungsi statistik asas : min, max, mod, avg dan median

Ciri-Ciri Perisian Hamparan Elektronik


Menyusun dan menyisih data Menapis data Pembinaan jadual

Pembinaan carta
Membuat pengiraan matematik berdasarkan formula dan fungsi

Menyusun dan Menyisih Data


Perisian hamparan elektronik berfungsi untuk kerjakerja rutin seperti penyusunan data dalam bentuk jadual dan carta untuk persembahan dan cetakan. Dalam microsoft Excel, isian data dapat dilaksanakan dengan menggunakan arahan Sort.

Rajah 1: tetingkap Sort

Menapis Data
Apabila koleksi data menjadi terlalu besar,keupayaan mencapai data menjadi lebih sukar. Excel turut menyediakan kemudahan menapis data bagi memudahkan capaian data yang hendak dipaparkan

Rajah 2: contoh data yang dihasilkan dengan menggunakan Filter

Pembinaan Jadual
Jadual digunakan untuk mempersembahkan data berbentuk teks dan nombor agar dapat difahami dengan lebih jelas oleh pengguna. Dalam Excel, jadual terbentuk hasil kesan formatting ke atas cell yang mengandungi data. Antara kesan format yang biasa dikenakan ke atas cell termasuk memberikan warna untuk table header, mewujudkan border di sekeliling cell dan range, kesan kepada alignment teks dalam cell dan kesan orientation.

Pembinaan Carta
Carta digunakan sebagai representasigrafik untuk data yang dimasukkan ke dalam Excel.

Rajah 3: tetingkap Chart Wizard

Membuat Pengiraan Matematik Berdasarkan Formula dan Fungsi


Formula adalah kemasukan yang merupakan operasi dan fungsi matematik kepada constant yang ada, yang jika diubah akan mengubah keseluruhan pengiraan. Ini juga bermakna, dengan menggunakan formula, jika mana-mana constant diubah, perubahan kepada hasil pengiraan akan dilakukan secara automatik. Constant merupakan: (a) input yang tidak berubah termasuk teks, tarikh, masa atau (b) nombor yang mempunyai nilai numerik seperti integer, decimal, peratus atau pecahan yang mana jika perlu diubah perlu kemasukan yang baru.

Antara fungsi matematik yang biasa digunakan oleh guru ialah :

Rajah 4 : fungsi, tujuan dan contoh formula

Disediakan oleh: Anis Faeeza Binti Ghazali MT/BI/BM 2

Anda mungkin juga menyukai