Anda di halaman 1dari 2

RIFLEKSI EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN NAMA : MUHAMAD SAH BIN DAING NO KAD PENGENALAN : 690808-08-5889

Segala pujian buat Tuhan Perencana segala kehidupan. Anjungan kemuliaan milik nabi akhir zaman. Seluruh pujian khusus untuk para sahabat nabi s.a.w. Banyak perkara dalam dunia ini yang berlaku tanpa diduga. Begitu juga yang berlaku dalam rifleksi ini. Kadang-kadang untuk sampai ke titik akhir bukan perkara mudah . Saya merasakan ia berlaku dengan begitu pantas dan bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini. Mengenali masyarakat Asli amat unik sekali untuk diperkatakan. Kehidupan masyarakat orang Asli amat berbeza sekali kalau dibandingkan dengan masyarakat kaum yang terdapat di bumi Malaysia ini. sebagainya. Masih terdapat ramai lagi di kalangan masyarakat orang Asli yang masih lagi tidak menganuti sebarang agama. Mereka masih lagi berpegang dan mempercayai kepada roh-roh orang yang meninggal dunia. Tidak hairanlah apabila senja menjelang tiba, mereka akan segera pulang ke rumah masing-masing kerana takut terkena sampuk atau lebih terkenal dalam bahasa mereka iaitu sawan. Cara pemakanan orang Asli juga amat berbeza . Kebanyakan makanan mereka dimasak hanya cara memanggang sahaja. Contoh seperti ikan sungai , ubi kayu. Nasi juga mereka akan memasak dengan menggunakan buluh. Setelah selesai memasak segala peralatan ini hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar, membelah atau melubangkan peralatan tersebut supaya tidak ditakungi oleh air. Mengikut kepercayaan mereka , sekiranya air bertakung di dalamnya, boleh menyebabkan mereka sakit perut. Perbezaan yang amat ketara ialah dari segi kepercayaan, pemakanan , kebudayaan , tempat tinggal, ekonomi, bahasa dan

Masyarakat orang Asli mempunyai budaya hidup yang tersendiri. Walaupun mereka jauh ketinggalan dari arus pemodenan tetapi mereka kaya dengan budaya hidup yang tersendiri. Contohnya ketika mereka menyambut dan meraikan tetamu . Tetamu yang datang akan dipersembahkan dengan tarian sewang. Mereka tidak menjamah makanan yang dihidangkan kepada tetamu sehinggalah tetamu mereka selesai menikmatinya. Dari susut ekonomi , kebanyakan masyarakat orang Asli bergantung hidup dengan cara mengeluarkan hasil dari hutan seperti rotan, kayu gaharu, damar, ubatubatan tradisional dari akar kayu, petai, kerdas dan sebagainya. Namun kini kerajaan telah berusaha untuk memajukan masyarakat orang Asli melalui Jabatan Hal Ehwal Kebajikan Orang Asli(JHEKOA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan membuka lading getah dan kelapa sawit untuk menaik taraf ekonomi mereka. Kaum Asli menggunakan bahasa yang agak sama di antara mereka walaupun berlainan suku , cuma dialeknya sahaja yang berbeza . Di antara contoh-contoh perkataan orang Asli ialah kebush yang bermaksud mati, yeek bermaksud saya, haa yang bermaksud kamu, babuk bermaksud orang perempuan, bush yang bermaksud panas, hoin bermaksud tidak ada. Dapat disimpulkan di sini bahawa masyarakat ini boleh maju dan setanding dengan masyarakat yang ada di Malaysia . Persoalannya apakah mereka sanggup berubah dari setiap sudut mengikut arus perkembangan semasa?