Anda di halaman 1dari 2

RIFLEKSI EDU 3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN NAMA : NOORANIS BINTI ABDUL WAHAB NO KAD PENGENALAN : 710311-06-5300

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran sibuk dengan tugas harian. Setelah menerima tugasan subjek EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran ,saya agak sukar untuk melakukannya.Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada tentang masyarakat orang asli amat sedikit. Namun saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik setelah berbincang dengan rakan-rakan dan juga salah seorang guru dari masyarakat orang asli di sekolah saya.

Berdasarkan tugasan ini saya dapat mengenali murid-murid dari masyarakat orang asli dengan cara mengenali sosio budaya hidup mereka dari segi latar belakang,adab resam,kesenian dan pertuturan mereka. Murid-murid ini seolah-olah sukar didekati kerana perbezaan budaya dan cara hidup mereka jika dibandingkan dengan rakan mereka dari bangsa yang lain.Namun begitu , perkara ini sebenarnya boleh diatasi dengan memahami diri merekaberdasarkan latar belakang,pertuturan dan cara hidup.Saya lihat disini mereka agak ketinggalan dari arus pembangunan dan kemajuan kerana tempat tinggal mereka sangat jauh dari kawasan bandar dan institusi pendidikan .Ini merupakan salah satu faktor kenapa murid-murid ini ketinggalan atau keciciran di dalam pelajaran . Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup yang mempunyai 18 suku kaum di Negara ini, pendidikan dan kemahiran dilihat sangat penting kepada mereka..Ini kerana melalui kedua-dua perkara ini mereka boleh bersaing dengan kaum-kaum lain.Saya melihat dalam pendidikan, murid dari kalangan orang asli boleh diberi peluang dengan

membawa mereka ke program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang menarik.Dengan ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman dan dapat membuka minda dengan mengenali dunia luar kerana kita tahu bahawa budaya dan cara hidup mereka jauh tertingggal daripada kaum lain. Selain dari itu saya boleh mendekati mereka dengan melayan semua pelajar dari pelbagai sosiobudaya dengan adil seperti memberi peluang sama rata sama ada dari segi kebebasan bertutur oleh semua murid dan member peluang menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah.Dengan ini mereka boleh merapatkan hubungan dan memiliki ilmu serta kemahiran. Adapun murid-murid di kalangan Orang Asli ini menggunakan bahasa ibunda mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebangsa mereka.Ini menyebabkan muridmurid lain kurang berinteraksi dan bergaul dengan mereka.Untuk mengatasi masalah ini saya perlu memastikan mereka menggunakan bahasa pertuturan yang difahami iaitu bahasa Melayu.Ini adalah untuk mengelakan perasaan sangsi dan perselisihan faham dengan murid-murid lain dan memastikan semua pelajar mendapatkan maklumat yang ingin disampaikan.Cara ini juga merupakan sebagai tanda penghormatan kepada pelajar tersebut. Rumusannya dapat disimpulkan bahawa walaupun murid-murid di kalangan orang asli tercicir dari persekolahan, tetapi tidaklah bermakna mereka mempunyai keupayaan pembelajaran yang rendah.Sebaliknya mereka mempunyai daya ingatan,kreativiti dan keinginan yang tinggi.Namun apa yang menjadi halangan ialah tumpuan,desakan hidup dan world view yang dipegang mereka.Mereka hanya boleh memberi tumpuan yang singkat kepada pembelajaran mereka kerana desakan hidup yang memerlukan mereka berusaha keras untuk memenuhi keperluan hidup.

Anda mungkin juga menyukai