Anda di halaman 1dari 1

Pergerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsepkonsep pergerakan.

Anda mungkin juga menyukai