Anda di halaman 1dari 3

Tip Akuarium: Seimbang saiz elak kebocoran

PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara. PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.

Bagaimanapun, ada juga akuarium berbentuk berlainan daripada biasa. Tetapi reka bentuknya yang menyerlah atau kelainan yang ditampilkan seperti lonjong atau bulat, mampu menarik peminat hobi ini.

Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam (tinggi).

Sekiranya anda menempatkan anak ikan, lama-kelamaan ikan itu terpaksa dialihkan ke ruang lebih besar apabila saiznya bertambah.

Akuarium boleh dibina dengan pelbagai saiz seperti 25sm x 25sm x 25sm bergantung kepada penjual. Saiz biasa yang sering menjadi pilihan ramai ialah 30sm (tinggi) x 15sm (lebar) x 15sm (kedalaman) hingga 90sm (tinggi) x 30sm (lebar) x 30sm (kedalaman)

Ada juga sesetengah akuarium berkedalaman 38sm untuk memberi lebih kesan terhadap gambar, manakala akuarium bersaiz pada kedalaman ini boleh dihias dengan

lebih baik.

Sebagai permulaannya, beli sebuah akuarium dan letakkan di tempat yang difikirkan sesuai. Buat percubaan dengan mengisi air ke dalamnya.

Perlu diingat, walaupun air kelihatan tidak mempunyai apa-apa kuasa tetapi ia bersifat berat. Contohnya, akuarium bersaiz 60sm x 30sm x 30sm boleh diisi air sejumlah 120 paun.

Cara mudah untuk mengira jumlah air yang bersesuaian dengan saiz akuarium ialah dengan membahagikannya dengan jumlah 277.

Sekiranya akuarium itu berukuran 60sm x 30sm x 30sm, sepatutnya diisi air berjumlah 12.5 gelen (345 dibahagikan dengan 277). Jadi, satu kaki padu air berjumlah 6.5 gelen dan setiap gelen itu berjumlah 10 paun. Pastikan akuarium dan kelengkapan lain boleh menampung berat air yang diisi ke dalamnya.

Kadang-kadang apabila anda membeli akuarium baru, ia akan mengalami sedikit kebocoran seperti air menitis perlahan dari mana-mana bahagian cantuman yang digam. Bagi kes seperti ini, anda patut menghantarnya semula ke kedai.

Jenis-jenis Akuarium :

1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastik 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang

Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) jenis ikan hiasan bilangan ikan hiasan saiz ikan hiasan saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.