Anda di halaman 1dari 8

Skrip pertandingan KAT Idol Kebangsaan (Peringkat awal) 2009. Tempat : Dewan Teknokrat SMTKK Masa : 8.

00 mlm hingga 11.00 mlm Tarikh : 23 Mei 2009.


Bi Segm l en 1
Pembuka an

Skrip
Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam diucapkan kepada Yang arif Barisan hakim pertandingan KAT Idol 2009, Para Pengurus peserta KAT Idol, Para peserta KAT Idol peringkat Kebangsaan 2009, guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian. Selamat datang kepada semua ke negeri menawan Perak Darul Ridzuan. Dan ke sekolah bertuah. SMT Kuala Kangsar. Pada malam ini kita akan menyaksikan pertandingan pusingan awal KAT Idol peringkat Kebangsaan 2009 yang menyaksikan 11 peserta yang mewakili zon masing-masing. Untuk makluman para hadirin antara peserta yang akan berentap pada malam ini ialah wakil daripada zon PERAK A, WAKIL ZON PERAK B,WAKIL ZON PULAU PINANG, WAKIL ZON KEDAH/PERLIS, WAKIL ZON SELANGOR/WP KUALA LUMPUR, WAKIL ZON NEGERI SEMBILAN/MELAKA,WAKIL ZON JOHOR, WAKIL ZON PAHANG, WAKIL ZON KELANTAN/TERENGGANU,WAKIL ZON SABAH/WP LABUAN,DAN WAKIL ZON SARAWAK. Jelaslah bahawa peserta kita pada malam ini didatangkan dari seluruh pelosok tanahair tidak lain tidak bukan untuk merangkul gelaran juara KAT Idol peringkat kebangsaan bagi tahun 2009. Untuk makluman para hadirin, pertandingan malam ini akan diadili oleh barisan hakim profesional yang amat arif dalam bidang muzik dan nyanyian. Antara hakim kita pada malam ini ialah yang kini berada di atas podium ialah: 1 EN HELMI BIN MAT DALI. 2)EN MOHD ASRI BIN WAZIN 3)PN NORAWATIF BINTI MOHD SABRI Untuk makluman para hadirin hakim petandingan malam ini merupakan barisan hakim yang telah lama berkecimpung dalam bidang muzik. Mereka merupakan lulusan Uitm dalam bidang muzik. Malahan mereka juga aktif mengusahakan music center di Pulau Pinang, ereka juga memiliki studio muzik dan aktif sebagai komposer.
1

Catata n

Selain berkhidmatan secara sambilan sebagai pensyarah. 2


Kriteria Pengadil an

Kita berikan tepukan kepada para hakim pada malam ini. Para hadirin sekalian, Pada malam ini para peserta kita akan menyampaikan dua buah lagu yang terdiri daripada lagu wajib dan lagu pilihan. Lagu wajib merupakan lagu-lagu yang berirama asli atau tradisional manakala lagu pilihan merupakan lagu-lagu yang berirama bebas. Para peserta akan menyampaikan lagu wajib pada pusingan pertama dan lagu pilihan pada pusingan kedua. Untuk makluman para hadirin, nyanyian peserta kita akan diadili dari segi : 1)sebutan/kepetahan =20 % 2)vokal= 40 % 3)gaya persembahan= 20 % 4) penghayatan = 10 % 5) Busana= 10 % Untuk pengetahuan hadirin juga, 70 % markah dinilai daripada persembahan lagu wajib manakala 30 % lagi daripada persembahan lagu pilihan.

Pertandin g-an Pusingan Pertama (Lagu Wajib)

Baiklah, para hadirin sekalian, tanpa membuang masa marilah sama-sama kita menyaksikan dan menghayati alunan suara para peserta KAT IDOL 2009. 1) Peserta pertama ialah OLVESOVE JACKSON beliau akan menyampaikan lagu bertajuk SERI MERSING. Dipersilakan. Itulah tadi alunan suara dari peserta pertama kita. Sesuailah dengan alunan muzik dan rentak lagu yang dibawakan oleh beliau sebentar tadi. 2) Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan peserta kedua iaitu MUHAMMAD SYAHIR B DAUD beliau akan menyampaikan lagu bertajuk PERIGI BIRU. Dipersilakan. Begitulah tadi persembahan peserta kedua kita, amat hebat persembahan beliau. Kita serahkan kepada hakim untuk menilai persembahan beliau sebentar tadi. 3) Kini, kita sampai kepada peserta ketiga iaitu MOHD NOOR REDZUAN B MOHAMED KHADRI dengan lagu beliau bertajuk PASIR ROBOH. Dipersilakan.
2

Nampaknya semakin lama semakin hebat peserta kita pada malam ini. Jadi biarkanlah para juri kita memilih peserta terbaik pada malam ini kerana hanya jauhari mengenal manikam. 4) Seterusnya kita akan menjemput peserta keempat iaitu NUR IZZATI AKHMA BT HUSSIN untuk menyampaikan lagu bertajuk PATAH HATI. Dipersilakan. Merdunya suara peserta kita ini. Ternyata memanglah sukar kita untuk meneka peserta yang akan memasuki pusingan akhir pada malam esok. 5) Peserta seterusnya ialah MOHD FIRDAUS B GHAZALI Beliau akan menyampaikan lagu bertajuk SERI MERSING. Dipersilakan. Begitulah tadi persembahan peserta kelima. Diharapkan para hadirin terhibur dengan persembahan beliau sebentar tadi. 6) Kini kita akan diperdengarkan dengan alunan lagu bertajuk LAKSAMANA MATI DIBUNUH yang akan disampaikan oleh IFFAH IZZATI BT BAHARUDIN. Dipersilakan. Itulah tadi persembahan peserta ke enam. Amat merdu suaranya. Manis pula wajahnya. 7) Seterusnya kita sampai ke peserta ke tujuh pertandingan awal KAT IDOL 2009. Peserta tersebut ialah ABDUL HALIM B TAIB. Dipersilakan dengan lagunya bertajuk PERIGI BIRU. Sememangnya para peserta kita memang berbakat dalam nyanyian. 8) Kini kita sampai ke peserta ke lapan. Peserta kita ini akan menyampaikan lagu bertajuk SERI SARAWAK walaupun beliau bukan dari Sarawak. dipersilakan. Itulah tadi peserta kelapan iaitu NURUL ASHIKIN BT MD TAHAR. Persembahan beliau memang mantap.

9) Para hadirin, peserta kita kesembilan ialah ATIRA REMIMURNI BT MOHAMED ALI. Beliau akan menyampaikan lagu bertajuk SERI MERSING. Dipersilakan. Sekali lagi amat mengasyikkan suaranya. Nampaknya kesemua peserta kita pada malam ini amat berbakat dalam bidang nyanyian. 10)Baiklah. Kini, kita sampai ke peserta kesepuluh. Peserta ini akan menyampaikan lagu bertajuk PASIR ROBOH. Dipersilakan. Begitulah tadi lagu bertajuk PASIR ROBOH yang disampaikan oleh MOHD REDZUAN B HAMID ternyata lagu yang dipilih amat sesuai dengan suara beliau. 11)Kini, kita sampai ke peserta terakhir, pertandingan pusingan pertama KAT IDOL 2009. Dipersilakan NUR AFIFAH BT ABDUL HALIM untuk menyampaikan lagu bertajuk PATAH HATI. Dipersilakan. Para hadirin sekalian, begitulah tadi peserta ke sebelas. Dengan berakhirnya lagu beliau sebentar maka tamatlah sudah pusingan pertama KAT Idol 2009 bagi kategori lagu wajib. Untuk makluman hadirin, sebenarnya para peserta kita tadi telah memilih lagu-lagu wajib yang sememangnya telah disenaraikan oleh penganjur pertandingan. Antara lagu-lagu wajib yang ditetapkan oleh penganjur ialah: 1) Mak Inang Kampung 2) Seri Mersing 3) Makan Sirih 4) Nasib Panjang 5) Sempaya 6) Pasir Roboh 7) Laksamana Mati Dibunuh 8) Sri Sarawak 9) Damak 10) Lela Manja 11) Selasih Ku Sayang 12) Inang Pulau Kampai 13) Patah Hati 14) Burung Putih 15) Perigi Biru

Bi Segm Skrip l en 4 Pusingan Hadirin sekalian, kini kita sampai ke pusingan kedua.
kedua (lagu pilihan)

Catata n

Pertandingan KAT IDOL 2009 peringkat kebangsaan. Pada pusingan kedua ini para peserta diberikan kebebasan untuk memilih lagu masing-masing. Bagi lagu pilihan sebanyak 30 markah akan diperuntukkan daripada markah keseluruhan. Hadirin sekalian, tanpa membuang masa kita jemput ke pentas peserta pertama bagi pusingan kedua KAT Idol 2009. 1) Peserta pertama ialah OLVESOVE JACKSON. Beliau akan menyampaikan lagu bertajuk SAMPAIKU MENUTUP MATA. Dipersilakan. Itulah tadi alunan suara mersik dari peserta pertama Jangan tertutup mata terus sudahlah ya. 2) Seterusnya kita akan menyaksikan persembahan peserta kedua iaitu MUHAMMAD SYAHIR B DAUD. Beliau akan menyampaikan lagu bertajuk GADIS MELAYU dipersilakan. Begitulah tadi persembahan peserta dari SMT ARAU, memang hebat persembahan beliau. Kita serahkan kepada juri untuk menilai persembahan beliau sebentar tadi. 3) Kini, kita sampai kepada peserta ketiga iaitu MOHD NOOR REDZUAN B MOHAMED KHADRI dengan lagu beliau bertajuk ROMANTIS dipersilakan Nampaknya semakin lama semakin hebat peserta kita pada malam ini. Jika saya, pastinya tidak dapat menerka yang manakah peserta terbaik kita. Jadi sekali lagi kita biarkan para juri kita memilih peserta terbaik pada malam ini. 4) Seterusnya kita akan menjemput peserta keempat iaitu NUR IZZATI AKHMA BT HUSSIN untuk menyampaikan lagu bertajuk NIRMALA dipersilakan. Merdunya suara peserta keempat ini. Inilah bukti bahawa banyak bakat muda dapat kita saksikan pada malam ini yang didatangkan dari sek-sek teknik seluruh negara.

5) Peserta seterusnya ialah MOHD FIRDAUS B GHAZALI. Beliau akan menyampaikan lagu bertajuk TAKDIR DAN WAKTU. Dipersilakan. Ternyatalah bahawa pelajar sek men teknik sememangnya mempunyai pelbagai kemahiran bukan sahaja ada kemahiran tangan malah berbakat pula dalam seni suara. Begitulah trampilnya pelajar kita. 6) Kini kita akan diperdengarkan dengan alunan lagu bertajuk NIRMALA yang akan disampaikan oleh IFFAH IZZATI BT BAHARUDIN. Dipersilakan. Itulah tadi peserta dari keenam amat merdu suaranya bak puluh perindu. 7) Seterusnya kita sampai ke peserta ke tujuh pertandingan awal KAT IDOL 2009, iaitu ABDUL HALIM B TAIB dipersilakan dengan lagunya bertajuk KETULUSAN HATI. Sememangnya peserta ketujuh ini memang berbakat dalam nyanyian. Harap-harap bakat menyanyi ini seiring dengan pencapaian akademik mereka di sekolah agar kita dapat menjadikan sek men teknik semakin gemilang. 8) Kini kita sampai ke peserta ke lapan. Peserta kita ini akan menyampaikan lagu bertajuk JERAT PERCINTAAN dipersilakan. Itulah tadi peserta kelapan iaitu NURUL ASHIKIN BT MD TAHAR amat merdu suara beliau bak angin menyisir pantai. 9) Para hadirin, peserta kita kesembilan ialah akan menyampaikan lagu bertajuk NAZAM KASIH. Dipersilakan. Sekali lagi amat mengasyikkan suaranya. Itulah tadi persembahan dari ATIRA REMIMURNI BT MOHAMED ALI. Ada yang dah tertidur. Kita tidur tak apa, jangan juri pula yang tertidur. 10)Baiklah. Kini, kita sampai ke peserta kesepuluh. Dengan persembahan lagu bertajuk PERGI TAK
6

KEMBALI. Dipersilakan. Begitulah tadi lagu bertajuk PERGI TAK KEMBALI yang disampaikan oleh MOHD REZUAN B HAMID. Mendayu-dayu suaranya. 11)Kini, kita sampai ke peserta terakhir, pertandingan pusingan pertama KAT IDOL 2009. Dipersilakan NUR AFIFAH BT ABDUL HALM untuk menyampaikan lagu bertajuk KEMELUT DI MUARA KASIH dipersilakan. Itulah tadi peserta terakhir pertandingan KAT Idol Peringkat Awal 2009. Memang mantap persembahan beliau. Berikan tepukan sekali lagi kepada semua peserta KAT IDOL 2009. Dengan berakhirnya persembahan peserta terakhir itu maka tamatlah pertandingan KAT IDOL pusingan awal. Untuk makluman para hadirin, hanya lima orang peserta sahaja pada malam ini yang akan layak memasuki pusingan akhir KAT IDOL peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada malam esok pada waktu dan tempat yang sama. Siapakah lima peserta bertuah itu? Sebentar sahaja lagi kita akan mengetahui keputusannya. Diharapkan para peserta dan hadirin dapat bersabar.

Penutup Dan keputus an

Kini keputusan telah berada di tangan saya. Dengan ini saya mengumumkan lima peserta yang layak memasuki pusingan akhir KAT Idol 2009 peringkat kebangsaan ialah.... 1) ................................................................ 2) ................................................................ 3) ................................................................ 4) ................................................................ 5) ..............................................................

Begitulah tadi lima peserta yang layak ke pusingan akhir KAT Idol 2009 peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada lima peserta tadi. Kepada yang tidak berjaya. Persembahan anda tetap hebat. Mungkin nasib tidak menyebelahi anda. Tahun hadapan cuba lagi. Dengan itu berakhirlah pertandingan pusingan awal KAT Idol 2009. kita jumpa malam esok di pertandingan KAT Idol peringkat akhir pada masa dan tempat yang sama malam esok. Sekian. Selamat Disediakan Oleh : Mahfuza bin Mahmud