Anda di halaman 1dari 3

EDU 3104 ISL Minggu 10: Baca atrikel 2 (santrock, 2006, m. s.

515-523) sebagai pengukuhan pembelajaran dan pelajar membuat rumusan artikel 2 dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio. Penyediaan tugasan KKP.

PENGAJARAN YANG BERKESAN (SANTROCK 2006)

1. Guru haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap mata pelajaran yang diajarnya. 2. Guru haruslah menyediakan masa pembelajaran yang lebih banyak kepada murid-murid. 3. Guru haruslah mempunyai strategi yang berkesan untuk memotivasikan muridmurid supaya bertanggungjawab dalam mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan baru. 4. Guru haruslah memahami perkembangan setiap murid adalah berbeza. 5. Guru haruslah menggunakan cara-cara yang pelbagai dan berkesan dalam mengurus bilik darjah yang berkesan. 6. Guru haruslah bersedia memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid. 7. Guru haruslah menggunakan alat bantu pengajaran yang pelbagai dan menarik untuk menarik minat murid-murid terhadap pengajarannya. 8. Guru haruslah mempunyai kretiviti dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9. Guru haruslah memiliki ciri-ciri guru dan kualiti guru yang baik.

CIRI-CIRI PENGAJARAN GURU YANG BAIK

PENYAYANG - Prihatin terhadap semua pelajarnya. - Mengambil tahu tentang latar belakang pelajar. - Memberi kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menghadapi maslah.

KEPIMPINAN - Membimbing dan mendorong pelajar dalam usaha mencapai matlamat kehidupan mereka. - Dapat mempengaruhi tingkah laku murid agar dapat menjayakan sesuatu aktiviti.

DEDIKASI - Mengambil berat terhadap muridnya tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa dan sebagainya. - Memberi bantuan sekiranya murid memerlukan sebarang bantuan. - Mendidik anak muridnya dengan ikhlas dan penuh bertanggungjawab.

BERTANGGUNGJAWAB - Mendidik anak bangsa negara kita supaya dapat melahirkan K-masyarakat

KERAJINAN - Rajin menimba ilmu


pengetahuan dan selain mendidik anak-anak bangsa negara kita. - Rajin memberi soalan

yang berilmu, peka, kritis, kreatif dan berdaya saing lebih-lebih lagi pada zaman globalisasi ini.

latihan kepada muridmurid.

PENYEDIAAN TUGASAN KKP:

KONSEP GURU PENYAYANG TANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Kementerian Pelajaran merancang membudayakan konsep Guru Penyayang di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin di kalangan pelajar.

Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman berkata, program yang diperkenalkan sejak Februari lalu itu terbukti memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.

"Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah. "Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka,''

Konvensyen itu melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan guru.

Menurut Ab. Rahim, konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.

Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalualukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.

RUJUKAN:

Konsep Guru Penyayang Tangani Masalah Disiplin Pelajar. http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article& id=282%3Akonsep-guru-penyayang-tangani-masalah-disiplinpelajar&lang=en


3