Anda di halaman 1dari 2

Kesan Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sektor perniagaan pasar malam ini banyak memberi kesan positif

terhadap peningkatan taraf sosioekonomi penduduk setempat. Namun begitu, ia turut menyumbang kepada kesan negatif terhadap penduduk di sekitarnya. Berikut merupakan beberapa kesan negatif yang dapat kami kenal pasti melalui pemerhatian yang telah kami buat. Kesesakan lalu lintas Seperti yang dapat dilihat, aktiviti perniagaan pasar malam itu tidak mempunyai tapak khas untuk mereka berniaga. Para peniaga melakukan aktiviti niaga mereka di tempat letak kereta dan hal ini telah menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung tidak mempunyai tempat letak kereta. Tambahan pula kawasan pasar malam tersebut berdekatan dengan Bank Islam dan kedai makan dan hal ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi lebih teruk pada waktu malam. Selain itu, terdapat juga pengunjung yang suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain. Apabila hal ini terjadi, ia mendatangkan kemarahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Dalam temubual kami bersama pihak Majlis Daerah Kota Samarahan(MDKS), kami ada mengajukan soalan adakah usaha pihak mereka menyediakan tapak pasar malam yang lebih sesuai. Namun jawapan yang kami terima amat mengecewakan kerana setakat ini pihak MDKS belum ada menyediakan tapak khas untuk para peniaga. Oleh itu kami berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian serius terhadap hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan kawasan di Kota Samarahan.

Persaingan dengan kedai runcit tempatan Kesan kedua perniagaan pasar malam ini adalah kepada peniaga kedai runcit tempat. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Persaingan dalam menawarkan harga yang lebih rendah dengan kualiti barangan berlaku. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kurang pemantauan daripada pihak yang berkenaan. Disebabkan kurang kawalan, peniaga

boleh menetapkan harga barangan itu sesukan sesuka hati. Dengan demikian, para penggunalah yang tertipu dalam situasi ini. Oleh itu, kami menasihatkan agar pengguna lebih berhati-hatil membeli barangan sekiranya tidak ingin ditipu penjual. Pencemaran Pencemaran merupakan perkara yang sering berlaku tidak kira di mana pun. Begitu juga dengan keadaan yang berlaku di pasar malam Desa Ilmu di mana kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar malam ini akan dipenuhi dengan sampah sarap seperti sisa-sisa makanan, plastik dan sebagainya. Lebih teruk lagi apabila sampah-sarap tersebut dibuang ke dalam longkang di tepi tapak pasar malam tersebut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran bau dan tidak menyenangkan penduduk serta boleh mengundang pelbagai penyakit. Setiap pengguna pasar malam ini perlu mengamalkan nilai kebersihan persekitaran agar persekitaran pasar malam tersebut sentiasa bersih dan menarik. Oleh itu, kami mencadangkan agar pihak berkuasa menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut. Barangan tidak berkualiti Umum mengetahui bahawa barang yang dijual di pasar malam adalah murah berbanding dengan harga yang ditawarkan di kedai runcit tempatan. Namun begitu, terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak contohnya jam tangan tiruan. Apa yang lebih mengejutkan kami lagi ialah terdapat peniaga yang menjual cakera padat cetak rompak dengan harga yang sangat murah. Perkara seperti ini tidak akan dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara malahan akan mengundang kerugian kepada pihak yang tertentu contohnya Industri perfileman negara. Oleh itu, pihak tertentu perlu sentiasa membuat pemantauan mengenai barang yang dijual dan harga yang dikenakan kepada pembeli serta memastikan setiap peniaga mempunyai permit untuk berniaga di pasar malam tersebut.