Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Alhamdulillah syukur saya ke hadrat yang Esa kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan

ini walaupun dibatasi dengan masa yang terhad lantaran kesibukan kerja dan tugas seharian. Pada mulanya apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, saya agak keliru dengan kehendak soalan. Namun demikian saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan ianya tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik. Bermula dengan membaca modul, buku dan seterusnya membuat pencarian di internet banyak maklumat-maklumat yang saya dapat kumpulkan dan saya semakin faham dengan kehendak soalan apatah lagi apabila saya turut serta berkumpul dengan rakan-rakan seperjuangan berbincang mengenai tugasan ini. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan yang saya dapat kumpulkan dan ilmu ini dapat saya terapkan di sekolah kepada murid-murid saya. Melalui tugasan ini juga tercetusnya semangat baru untuk saya menambah kualiti cara pengajaran saya di sekolah dengan mengaplikasikan teori huraian dan pemerolehan bahasa yang merupakan subjek untuk tugasan saya. Secara ringkasnya tugasan saya untuk kali ini boleh saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Mohd Razak b. Mohd Nordin yang telah memberi tunjuk ajar dan ilmu untuk saya menyiapkan tugasan ini. Begitu juga kepada rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Anda mungkin juga menyukai