Anda di halaman 1dari 20

SAINS: MATAPELAJARAN YANG SUKAR

Adalah tidak dinafikan bahawa matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana anda perlu mengingati dan menghafal banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar. Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada. Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK


"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images). Satu contoh peta minda yang saya ingin paparkan ialah peta berikut di bawah tajuk "Basic Needs", satu tajuk daripada matapelajaran Sains Tahun 4.

Sila klik peta minda di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat

Perhatikan betapa mudahnya seorang pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting. kata-kunci dan rajah-kunci

Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya. Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut.

Label huruf dan nombor serta gambar

Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.

PETA MINDA UNTUK GURU DAN PELAJAR

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah. Saya telah menggunakan peta minda yang saya hasilkan sendiri sejak 5 tahun lalu dalam bilik darjah saya. Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya mendapati proses pengajaran menjadi sangat mudah dan menjimatkan masa. Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri. Peta minda yang asalnya bersaiz A4 telah dibuat salinannya kepada kertas bersaiz A3 yang lebih besar supaya lebih mudah dibaca. Jika bab yang diajarkan adalah panjang, maka peta yang kedua, ketiga dan seterus akan saya hasilkan. Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Gambarajah yang kecil yang kurang jelas dengan mudah dibesarkan untuk paparan pelajar.

KELEBIHAN PETA MINDA


Dalam Pembelajaran Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran. Dalam Mengingat Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan. Dalam Pandangan Keseluruhan Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas. Dalam Berfikir Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik. Dalam Merancang Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas. Dalam Berkomunikasi Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.

Mengandungi 46 peta minda dari 26 bab mencakupi sukatan Tahun 4 hingga Tahun 6. Ditulis oleh guru yang berpengalaman dalam penggunaan Peta Minda.

Mengikut Sukatan KBSR terkini. Ditulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Dalam bentuk digital. Mudah disimpan. Boleh dicetak dan dijilidkan untuk kemudahan membaca dan menyemak. Perlu untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan amat perlu untuk Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR Dilengkapi dengan gambar berwarna bagi hampir semua fakta untuk memudahkan pemahaman dan ingatan. Berguna untuk guru sebagai Alat Bantu Mengajar dan nota murid. Sangat penting bagi pelajar untuk menyemak dan menghafal.

LIHAT CONTOH Sila lihat beberapa contoh dari "Mind Maps For Science UPSR E-Book" di bawah. Anda boleh lihat dari dekat beberapa contoh peta minda yang terpilih dengan hanya mengkliknya. Pastikan komputer anda terpasang dengan perisian Adobe Acrobat Reader.

Sila tunggu untuk beri masa fail tersebut dimuatturun. Perkataan "Contoh" tidak ada dalam "E-Book" peta minda yang sebenar. Anda dipersilakan untuk mencetaknya untuk melihat peta minda tersebut di atas kertas.

Tahun 4 : Life Processes

Materials

The Earth And The Universe

Tahun 5: Microorganisms

Survival Of The Species

Tahun 6: Interaction Among Living Things

Eclipses

Machines

Anda mungkin juga menyukai