Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Tugasan yang kedua untuk Bina Insan Guru Fasa ke-3 ialah etiket dan sosial.

Pada pertengahan bulan Julai kami seramai 3 orang pelajar di IPG Ilmu Khas dan disertai oleh beberapa orang guru lain telah bermesyuarat untuk berbincang tentang tugasan ini.Keputusan mesyuarat yang pertama telah melantik saya sebagai ketua pelaksana program yang akan diadakan nanti.Kami telah sepakat memilih Bengkel Kesantunan berbahasa sebagai tajuk projek. Kami juga telah memilih tarikh 21 Ogos sebagai hari pelaksanaan program tersebut.Kami memilih tarikh tersebut memandangkan terdapat cuti pertengahan penggal kedua selama seminggu.Program ini akan dijalankkan semasa aktiviti kokurikulum.Lokasi yang kami pilih ialah surau sekolah . Saya telah memohon kebenaran daripada guru besar untuk menjalankan program ini.Setelah diberi kebenaran,saya memaklumkan perkara tersebut kepada guru penolong kanan kokurikulum .Guru penolong kanan kokurikulum telah menyokong dan memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan program ini.Seterusnya kami telah berbincang tentang kertas kerja dan aktiviti yang akan dijalankan. Program ini telah dilaksanakan pada 21 Ogos 2013 dari pukul 4.00-5.40 petang.Seramai 7 orang guru dan 40 orang murid terlibat dalam aktiviti ini.Guru-guru kelab yang terlibat diarahkan oleh guru penolong kanan kokurikulum untuk mengiringi murid ke surau.Program dimulakan pada pukul 4.15 petang dengan bacaan Al-Fatihah dan ucapan pengacara majlis. Seterusnya penceramah iaitu Puan Laili mengambilalih slot dengan memberikan ceramah. Setelah itu bengkel diadakan dalam kumpulan kecil.Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Dalam proses kerja dan pelaksanaan tugasan ini saya dapati ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.Saya rasa masa yang kami peruntukkan tidak mencukupi memandangkan ia dilakukan pada waktu kokurikulum dan di sebelah petang.Murid-murid hanya mempunyai lebih kurang 1 jam 20 minit untuk ceramah dan bengkel.Jika masa yang diberikan lebih lama mungkin semua kumpulan dapat mengambil bahagian dalam melakonkan situasi yang diberi.Oleh kerana masa terhad maka penceramah hanya memilh 3 kumpulan sahaja untuk tampil ke hadapan. Semasa program ini dijalankan kami tidak menghadapi sebarang masalah yang besar. Cuma saya berpendapat pemilihan surau sebagai lokasi adalah agak kurang sesuai.Saya terlupa bahawa surau akan digunakan untuk murid-murid solat Asar pada pukul 5.00 petang.Program kami masih berjalan semasa murid-murid mula datang untuk solat.Mereka terpaksa solat di koridor surau.Mujurlah kawasan itu bersih dan bertikar. Namun suara peserta-peserta bengkel masih kedengaran dan agak mengganggu murid-

murid yang sedang solat.Peserta-peserta harus diingatkan berulang kali agar tidak bercakap dengan kuat.Di lain kali saya akan memilih tempat atau masa yang lebih sesuai agar semuanya berjalan lancar. Sepanjang proses kerja dan pelaksanaan program ini saya telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua rakan PPG dan rakan sejawat.Mereka telah memberikan pandangan dan idea untuk merealisasikan program ini.Sesungguhnya setiap program yang ingin dijalankan mestilah mendapat kerjasama daripada semua pihak agar ianya berjalan lancar.Bak kata pepatahBerat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Alhamdulillah program yang kami jalankan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan terkawal. Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Puan Nor Ruzaini kerana sentiasa bersedia menolong apabila saya memerlukan tunjuk ajar.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa menyokong segala usaha kami untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan moral kepada saya. Sekian,terima kasih.