Anda di halaman 1dari 17

LAPORAN MALAM ANUGERAH PERDANA (JFU 2011) JABATAN FIQH DAN USUL, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA

______________________________________________________________________________ 1.0 PENGENALAN Malam Anugerah Perdana ini merupakan salah satu program tahunan yang diadakan oleh Jabatan Fiqh dan Usul. Pada tahun ini, kami barisan para pelajar Fiqh dan Usul serta pelajar Falak Syarie tahun akhir melakukan sedikit perubahan di dalam program ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

2.0 NAMA DAN BADAN PELAJAR Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

3.0 NAMA KEGIATAN Malam Anugerah Perdana JFU 2011

4.0 OBJEKTIF KEGIATAN 4.1 Memupuk hubungan yang erat dikalangan Pensyarah dan mahasiswa JFU. 4.2 Melatih mahasiswa supaya bijak dalam menguruskan sesuatu organisasi. 4.3 Melahirkan mahasiswa yang mampu ke hadapan dan berketerampilan dalam pelbagai aspek kemasyarakatan.

5.0 TARIKH DAN MASA 13 MEI 2011 (8.00 PM 11.30 PM)

6.0 TEMPAT Dataran Kafetaria Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

7.0 PERASMI Dr. Saadan bin Man (Ketua Jabatan Fiqh dan Usul)

8.0 BILANGAN PESERTA 120 Orang.

9.0 ATURCARA PROGRAM

MASA

AKTIVITI

8.00 PM

Sesi Pendaftaran

8.15 PM

Ketibaan semua Pelajar dan Pensyarah

8.20 PM

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.25 PM

Bacaan Al-Quran

Ucapan Pengarah Program : Muhammad Farhan Bin Abdul Aziz 8.35 PM Ucapan Ketua Jabatan : Dr Saadan Bin Man

9.00 PM

Gimik Perasmian

Hadirin Menjamu Selera 9.05 PM Persembahan Nasyid

9.25 PM

Persembahan 2

9.45 PM

Penyampaian Anugerah 1) Pelajar Terbaik Bahasa Arab 2) Pelajar Terbaik Bahasa Inggeris

9.55 PM

Cabutan Bertuah

10.00 PM

Penyampaian Anugerah 1) Pelajar Terbaik Akademik 2) Pelajar Terbaik Kokurikulum

10.10 PM

Cabutan Bertuah

10.20 PM

Penyampaian Anugerah 1) Khidmat Cemerlang 2) Pelajar Mithali 3) Anugerah Khas Ketua Jabatan

10.30 PM

Doa Penutup

10.45 PM

Majlis Bersurai dan Sesi Fotografi

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA OPKIM PMAPIUM 10

MAJLIS TERTINGGI PENGARAH : MUHAMMAD FARHAN BIN ABD AZIZ

TIMBALAN PENGARAH : NURMIYATI BINTI ABDUL HAMID

SETIAUSAHA : 1) AHMAD MUJAHID BIN MOHD ASRI 2) ATIQAH BINTI HAMZAH 3) ILYANA BINTI ZAMADI

BENDAHARI : 1) MUHAMAD KHAIRUL ANWAR BIN MISRI 2) NAJIBAH KHAIRIYAH BT SHAHABUDIN

PENGISIAN DAN PROROKOL : 1) MOHAMAD IZZUDDIN HILMI B MOHD ZAINI 2) NURSHAFAWATI BINTI RUSDAM 3) MUSFIRAH SYAHIDA BINTI MOHAMAD

UNIT TAJAAN : 1) RUGAYAH BINTI HARON 2) HAFIZAH BINTI ALAIDIN

AJK MAKANAN: 1) ABD. RAOF BIN SHAHRANI 2) ROSYIDATUN HUSNA BT CHE MAKHTAR 3) NOOR HANA BINTI YUNUS 4) NIK AZIZAH BT ZAMAKHSHARI

AJK PENDAFTARAN & CENDERAMATA: 1) AHMAD FATAH BIN OTHMAN 2) NOOR HANA BINTI YUNUS 3) LATIFAHTULNOR BTE KASMON

AJK PERSEMBAHAN: 1) SYAMSUL AZIZUL BIN MARINSAH 2) RUGAYAH BTE HARON

AJK PUBLISITI: 1) WAN FAIZAL BIN WAN RAZALI 2) SITI FARIHAH BT MOHD SAMKI 3) SALWANI BINTI ATIQULLAH

AJK TEKNIKAL & LOGISTIK: 1) SITI KHADIJAH BINTI REKAN 2) SAUDAH BINTI ABU HASSAN 3) RUSIA BINTI ABD RAUP

4) NUR ZAHANIM BINTI DAUD 5) NOOR FADZILAH BINTI MOHAMAD NOOR 6) MOHAMAD HAMIDI B SAARI

PENGERUSI MAJLIS: MOHD SYAHRUL DEEN B AHMAD ROSLI

11.0

LAPORAN SETIAP UNIT

11.1

UNIT PENGISIAN DAN PROTOKOL Majlis perasmian Malam Anugerah Perdana JFU 11 berjalan dengan baik walau berlaku sedikit kelewatan waktu dari peserta. Majlis dirasmikan oleh Dr Saadan Bin Man selaku Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Seramai 12 orang pensyarah, 7 orang kakitangan JFU dan seramai 80 pelajar terlibat dengan program ini.

FASA 1 : SEBELUM MALAM ANUGERAH PERDANA 1. Merancang perjalanan program dengan tersusun dan spesifik dan menyiapkan tentatif serta Master Plan program. 2. Menyediakan guideline dan protokol bagi menjamin prgram berjalan dengan lancar. 3. Selalu berhubung dengan setiap unit bagi menyelaraskan gerak kerja. 4. Menentukan pengerusi Majlis, Penyampai hadiah, berhubung dengan pihak-pihak yang terlibat dengan persembahan pada Malam Anugerah Perdana. 5. Menyediakan diskripsi anugerah sebagai panduan bagi para pensyarah memilih para pelajar yang layak untuk menerima anugerah pada program ini. Diskripsi yang telah digariskan oleh Unit pengisian ialah :

1. Khidmat Cemerlang: Pelajar ini telah banyak memberi khidmat kepada jabatan dengan ikhlas di samping akademik yang bagus. 2. Terbaik bahasa Arab Mempunyai kebolehan dalam membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Arab sama ada di dalam dan luar bilik kuliah. 3. Terbaik bahasa Inggeris Pelajar ini ada keupayaan dalam membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris. 4. Pelajar Mithali Pelajar contoh yang boleh dijadikan role model pada kawan-kawan melalui sahsiah dan akademiknya. 5. Terbaik Kokurikulum Aktif dalam program-program anjuran jfu, Universiti Malaya.

FASA 2 : SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG 1. Memastikan program berjalan mengikut jadual yang telah dirancang. 2. Memastikan para pelajar mengikut protokol yang telah digariskan.

FASA 3 : SELEPAS MALAM ANUGERAH PERDANA Membuat laporan akhir bagi segala gerak kerja yang telah dijalankan oleh Unit Pengisian dan Protokol.

KEKUATAN Mendapat kerjasama yang amat memberangsangkan dari semua ahli jawatankuasa terutamanya dari pengarah bagi melicinkan gerak kerja.

KELEMAHAN Sikap ahli yang agak kurang memberikan kerjasama yang jitu dan melakukan kerja dan perancangan pada saat-saat akhir.

CADANGAN 1. Menyiapkan segala perancangan dan rangka kerja serta persediaan dengan lebih awal. 2. Menyediakan plan back-up supaya program berjalan dengan lebih lancar.

11.2

UNIT MAKANAN Tempahan makanan diambil daripada :

YAPAF CATERING & RESTAURANT SDN BHD. WISMA KULAAN, NO. 24, JALAN 22, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

Menu yang dihidangkan pada Malam Anugerah Perdana JFU 11 adalah : 1. Nasi Putih 2. Ikan Siakap Sweet Sour 3. Ayam Goreng Kicap Bercili 4. Sotong Goreng Rangup Bertepung 5. Burung Puyuh Goreng 3 Rasa

6. Sayur Baby Kailan + Cendawan 7. Sup Sayuran Campur 8. Puding Jagung

9. Buah-Buahan 10. Minuman Kordial 11. Teh / Kopi

BELANJAWAN UNIT MAKANAN

PERKARA

RM x BILANGAN

JUMLAH (RM)

1. HIDANG DOME 3 Unit

RM 30.00 x 24pax

RM 720.00

2. BUFFET STYLE + 15 HELAI ALAS MEJA DAMAS

RM 20.00 x 96pax

RM 2640

3. CAJ PENGANGKUTAN

RM 100

JUMLAH KESELURUHAN

RM 2740

11.3

UNIT PENDAFTARAN DAN CENDERAMATA Laporan Belanjawan bagi Unit Cenderamata :

HADIAH/CENDERAMATA MALAM ANUGERAH PERDANA JFU 2011 Trophy Hadiah Hadiah cabutan bertuah Plastic bag RM 20 x 7 RM 2 x 120 RM 7.50 x 7 RM 6 x 20 RM 140.00 RM 240.00 RM 52.50 RM 120.00

Pembalut hadiah Flower rozek JUMLAH KESELURUHAN . 11.4 UNIT PERSEMBAHAN

RM 0.50 x

RM 3.50 RM 14.40 RM 570.40

Dari Unit persembahan, kami menjemput salah satu kumpulan nasyid yang agak terkenal di Akademi Pengajian Islam iaitu daripada Kumpulan El-Hamz yang anggotanya terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Pendidikan Islam. Persembahan seterusnya kami tampilkan rakaman dikir barat dari Muslimin tahun akhir Jabatan Fiqh dan Usul. Persembahan-persembahan ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari kalangan pelajar. Walaubagaimana pun, kekangan masa merupakan suatu cabaran bagi AJK unit persembahan untuk menghabiskan persembahan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Unit pengisian dan protokol.

11.5

UNIT PUBLISITI FASA 1 : SEBELUM MALAM ANUGERAH 1. Meyiapkan banner, pamplet dan tentatif sebelum program berlangsung. 2. Melakukan hebahan mengenai maklumat program melalui laman Facebook. 3. Merakam salah satu persembahan yang akan ditayangkan pada Malam Anugerah dan menyediakan video sebagai montaj serta gimik program. 4. Menyiapkan kad jemputan dan mengedarkannya kepada semua pensyarah dan kakitangan JFU.

FASA 2 : SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG 1. Mengawal perjalanan program dengan bekerja di belakang tabir. 2. Memastikan segala persiapan Unit publisiti dapat disiarkan kepada semua hadirin.

FASA 3 : SELEPAS PROGRAM BERLANGSUNG 1. Menyiapkan laporan bagi segala gerak kerja dari Unit Publisiti.

KEKUATAN 1. Mempunyai ahli yang saling bekerjasama dan bertungkus lumus menyiapkan persembahan multimedia khusus untuk para hadirin. 2. Mempunyai kemahiran dalam membuat video, banner dan lai-lain keperluan di dalam unit Publisiti.

KELEMAHAN 1. Mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan. 2. Hebahan tidak dilakukan secara menyeluruh dan sistematik. Segala maklumat terbaru program tidak dapat disampaikan kepada semua pelajar.

CADANGAN 1. Sediakan plan back-up sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal semasa program berlangsung. 2. Hebahan tidak hanya dilakukan melalui laman Facebook sahaja tetapi perlu mencari alternatif lain agar segala maklumat sampai kepada semua orang.

11.6

UNIT TEKNIKAL DAN LOGISTIK Tugas yang perlu dilakukan oleh Unit teknikal dan logistik adalah mencari tempat yang

sesuai bagi program Malam Anugerah Perdana ini. Menjadi masalah terbesar apabila kewangan tidak mencukupi dan bilangan pelajar yang agak ramai menyukarkan pihak kami mencari tempat yang bersesuaian dan berdekatan. Selain itu, pihak kami juga perlu menyediakan pelbagai

keperluan dari setiap unit. Walaubagaimana pun, segala masalah dapat diatasi dengan kerjasama dari semua unit dan pihak yang terlibat.

11.7 UNIT TAJAAN FASA 1 : SEBELUM MALAM ANUGERAH Antara tugas yang telah dijalankan oleh unit tajaan ialah : 1) Menyiapkan kertas kerja pemasaran 2) Mencari peniaga sempena jualan JFU yang diadakan pada minggu ke 14 kuliah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 3) Menguruskan jualan dan urusan-urusan yang berkaitan dengan pihak Pembangunan dan Penyelidikan APIUM serta JPPHB. 4) Mencari dana dan tajaan dengan membuat panggilan, menghantar surat dan faks kepada syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu. 5) Sentiasa menghubungi Pengarah dan Timbalan Pengarah Program untuk melaporkan gerak kerja ekoran kekangan masa untuk mengadakan mesyuarat.

FASA 2 : SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG Banyak membantu unit-unit lain yang memerlukan bantuan, antaranya unit pendaftaran dan cenderahati.

FASA 3 : SELEPAS PROGRAM Membuat laporan akhir bagi segala gerak kerja yang dijalankan oleh Unit Dana dan Tajaan.

UNIT DANA DAN TAJAAN

1. Menerima bantuan dan kerjasama yang padu daripada pihak

KEKUATAN

pengurusan Jabatan Fiqh dan Usul 2. Mendapat sokongan yang mantap daripada pihak Majlis tertinggi program terutama Pengarah dan Timbalan Pengarah bagi melancarkan segala perancangan Unit Dana dan Tajaan serta sumbangan terutama semasa minggu jualan JFU.

KELEMAHAN

1. Kurang kerjasama daripada ahli Unit Tajaan bagi mencari dana tajaan. 2. Kekurangan tenaga kerja semasa proses pencaran dana. 3. Sikap ahli yang lebih mementingkan urusan peribadi dan tidak mengambil berat tentang program yang ingin dijalankan.

PELUANG

1. Dapat mengenali dengan lebih dekat pihak Pengurusan JFU. 2. Dapat berinteraksi dengan pelbagai karektor insan sepanjang menguruskan Unit tajaan dan memberikan pengalaman yang amat berguna. 3. Berpeluang mengenali hati budi insan di samping mengeratkan hubungan di antara senior dan junior. 4. Belajar mengurus program dalam tekanan.

ANCAMAN

1. Kekangan masa untuk mendapatkan peniaga bagi minggu Jualan JFU. 2. Menghadapi sedikit masalah teknikal pada awal hari jualan. Namun perbincangan di antara AJK Pelaksana dan pihak Pengurusan APIUM, jualan dapat dijalankan dengan jayanya.

CADANGAN 1. Memperbanyakkan ahli bagi Unit Dana dan Tajaan. 2. Menyegerakan kelulusan kertas kerja dasar agar gerak kerja bergerak dengan lancar.

LAPORAN KEWANGAN DARI BENDAHARI MALAM ANUGERAH PERDANA JFU 11

BELANJAWAN

1. 2. 3. 4.

Pendapatan Peruntukan Jabatan Fiqh dan Usul Yuran Pendaftaran (RM30x80ahli) Dana dan sumbangan Luar Sumbangan Pensyarah JUMLAH

RM 300.00 2400.00 1040.00 80.00 3820.00

Perbelanjaan 1. Publisiti Banner Pamplet 2. Makanan Menu Pelajar dan Pensyarah Kos Penghantaran Satey 3. Hadiah Hadiah Pemenang Anugerah 140.00 Hadiah Pensyarah dan Pelajar Cabutan Bertuah

RM

60.00 20.00

2640.00 100.00 300.00

(RM20 X 7) (RM4 X 120) (RM10 X 7) 480.00 70.00

4. Lain- lain Topup (unit tajaan) 30.00 Kain alas meja dan red carpet 60.00 _____________________________________________________________________ JUMLAH 3900.00

12.0 LAPORAN PENILAIAN PROGRAM

12.1Kebaikan

1. Dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang sangat bermakna kepada mahasiswa-mahasiswi Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya tentang cara-cara berorganisasi dalam menguruskan sesuatu program. 2. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan Pensyarah dan Kakitangan JFU seterusnya berpeluang bersama-sama buat kali terakhir dengan sahabatsahabat tahun akhir untuk menjayakan program ini. 3. Dapat merapatkan hubungan sesama mahasiswa mahasiswi Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

12.2 Kelemahan

1. Kekurangan kepakaran dalam gerak kerja termasuk juga kekurangan ahli jawatankuasa muslimin. 2. Pelajar menarik diri di saat-saat akhir kerana berlakunya pertembungan tarikh dengan program lain, terpaksa pulang ke kampung lebih awal dan pelbagai perkara lagi. 3. Link yang agak kurang di antara ajk-ajk setiap biro. 4. Kurang menepati masa untuk aktiviti-aktiviti yang disediakan.

12.3 Langkah- langkah Mengatasi Kelemahan Pada Masa Hadapan

1. Menjalankan gerak kerja dengan lebih awal ( penyediaan dan pengesahan kkd, pencaran dana dan sumbangan ) 2. Menjalankan hebahan dengan lebih awal.

3. Menambahkan bilangan ajk. 4. Gerak kerja ajk perlu sentiasa dipantau oleh payungan masing-masing.

13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, program Malam Anugerah Perdana JFU 2011 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Dengan harapan semoga objektif-objektif pelaksanaan program dapat dicapai dengan sebaiknya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Juga memohon kemaafan di atas segala khilaf di sepanjang gerak kerja program ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

. ( ATIQAH BINTI HAMZAH ) Setiausaha. Malam Anugerah Perdana JFU 11 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

..... ( MOHD FARHAN BIN ABDUL AZIZ ) Pengarah, Malam Anugerah Perdana JFU 11 Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.