Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN B MENGGAMBAR a) Kenalpasti/huraikan/nyatakan EMPAT hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam kegiatan menggambar? i.

Menggambar ii. Asas menggambar iii. Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. iv. Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid. v. Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantu komputer. vi. Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berpandukan komputer. b) Bincangkan bagaimana proses komunikasi, luahan perasaan, penilaian dan penghargaan dilakukan guru sebagai strategi p&p apresiasi kegiatan menggambar murid? i. Perbincangan antara guru dan murid mengenai pengetahuan dan konsep asas senireka dalam menggambar. ii. Perkongsian idea dengan rakan dan guru yang menunjukkan kreativiti dari apa yang dihasilkan. iii. Pertunjukan slaid dan berinteraksi dengannya dari aspek asas senireka. iv. Demonstrasi pembelajaran oleh murid dan rakan mereka di kelas melalui aktiviti menggambar. v. Pameran memerhati dan membezakan alatan, media, bahan, teknik dan kegiatan. vi. Lawatan ke muzium dan galeri menghayati hasil kerja orang lain. vii. Komen hasil kerja murid guru menggunakan peneguhan positif dengan memberi pujian terhadap hasil kerja murid yang boleh menjadi motivasi positif. c) Huraikan kepentingan memberi komen dan pujian kepada hasil kerja murid? i. Membentuk komunikasi antara guru dan murid. ii. Memberi kesan motivasi yang positif. iii. Menggalakkan murid untuk berkomunikasi tentang hasil kerja seni mereka. iv. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

WARNA a) Huraikan TIGA jenis warna berikut : i) Warna sekunder hasil campuran 2 warna asas. Contoh : Biru + Kuning = Hijau Biru + Merah = Ungu Merah + Kuning = Jingga ii) Monokrom hasil campuran warna asal dengan warna hitam (untuk dapatkan ton warna gelap) atau putih ( untuk dapatkan ton warna terang ). Cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi sesuatu objek yang diwarnakan. Warna harmoni ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman, tenteram, harmoni dan sebagainya. Contoh : Biru ungu merah, Biru ungu hijau, Biru hijau kuning, Jingga merah kuning, Jingga merah - ungu b) Pemilihan warna oleh artis dapat diterjemahkan dalam persembahan sesebuah hasil karya. Jelaskan DUA /Nyatakan EMPAT tujuan pemilihan warna dalam sesebuah karya oleh artis. Tujuan pemilihan warna dalam sesebuah karya oleh artis adalah untuk : Ekspresi Diri menggunakan pelbagai warna bagi sesuatu tujuan seperti untuk keagamaan, untuk menggambarkan perasaan dan menunjukkan budaya masyarakat Pengertian warna dari segi psikologi contoh warna hijau menjadi lambing keislaman, bersih dan suci bagi masyarakat Melayu. Warna merah menjadi lambang keberanian dan membawa keuntungan bagi masyarakat Cina. Pengertian warna dalam situasi tertentu warna panas sesuai digunakan untuk situasi kebakaran, peperangan dan kecemasan. Warna sejuk pula sesuai digunakan untuk suasana keindahan air terjun, tasik dan hutan. Pengertian warna dalam symbol, lambang dan corak warna yang sesuai digunakan ialah warna kontra, warna penggenap, warna asas dan warna sekunder. Warna ini boleh digunakan untuk menghasilkan warna corak pada baju, kain, simbol lalu lintas jalanraya dan perhiasan dinding. Pengertian warna dalam aspek asas seni reka warna yang dapat menimbulkan ruang perspektif samada kelihatan dekat atau jauh. Dengan menggunakan warna pekat, cerah dan terang akan kelihatan dekat manakala penggunaan warna pudar, lembut dan cair akan kelihatan ruang yang jauh.

iii)

i. ii.

iii.

iv.

v.

MOZEK a) Tafsirkan TIGA jenis teknik menghasilkan mozek. Direct method proses menggambar bahan di atas permukaan kertas, pasu, lantai dan sebagainya. Indirect method berlaku semasa proses menghasilkan sesuatu kerja. Double indirect method dibuat mengikut bahagian demi bahagian sesuatu gambar terlebih dahulu sebelum dihantar ke destinasi untuk ditampal. Amat sesuai untuk projek besar seperti projek mural. Mozek kertas,Mozek potongan kertas,Mozek cebisan kertas,Mozek koyakan kertas,Mozek fabrik b) Kelolakan SATU aktiviti menghasilkan mozek dengan mengaplikasikan alatan, bahan, media dan teknik bersesuaian dengan 3 tahap murid-murid yang berbeza-beza berada di sekolah rendah. Jenis Mozek : Mozek dari kertas Tema : Haiwan/figura Alat dan Bahan : pensel, kertas latar,gunting, gam, kertas berwarna dari berbagai sumber, pencungkil gigi untuk mengangkat cebisan kertas. Cara-cara: 1. Buat satu lakaran pensil di atas permukaan kertas tentang tema yang hendak dibuat. 2. Potong kertas warna dalam rupa bentuk yang sama. 3. Asingkan potongan kertas yang berlainan warna supaya mudah diperolehi dan menjimatkan masa semasa proses menampal. 4. Letak gam pada potongan kertas berwarna dan pada permukaan kertas yang telah di lakar. 5. Lekatkan potongan kertas berwarna tersebut pada kawasan lakaran. Tinggalkan ruang di antara potongan-potongan kertas supaya tidak bertindih. 6. Potongan kertas boleh diangkat dengan menggunakan pencungkil gigi yang diletak sedikit gam. 7. Teruskan proses kerja menghasilkan mozek sehingga habis. Tips: Berbagai-bagai teknik pemotongan kertas berwarna boleh digunakan seperti carikan, koyakan, potongan tiga segi, potongan empat segi, dan sebagainya. Pemilihan warna juga perlu bersesuaian dengan tema dan objek yang di hasilkan.

Anda mungkin juga menyukai