Anda di halaman 1dari 3

PENDAHULUAN Sepertimana yang kita ketahui, agama islam merupakan agama yang mudah difahami oleh setiap individu

dan juga merupakan agama yang tidak memberi paksaan kepada pengikutnya. Sehubungan itu, masalah berkaitan akidah seharusnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat yang beragama islam kerana banyak sumber yang boleh kita perolehi untuk dijadikan panduan dan menjelaskan permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat. Antara sumber-sumber yang boleh kita jadikan sebagai panduan ialah Al-Quran,Al-hadith dan kitab-kitab agama. Namun, panyelewengan akidah yang berlaku pada masa kini menyebabkan penjelasan tentang ilmu akidah menjadi sedikit rumit dan memerlukan masa untuk difahami. Dalam agama islam, akidah itu merupakan satu perkara yang telah ditetapkan malah wajib kita berpegang terhadapnya disertakan dengan kepercayaan dan kayakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya syak merupakan satu keraguan dan itu bukanlah satu akidah. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitabkitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan Selain itu, cara kita berpegang kepada sumber-sumber agama yang asli menjamin ketulenan agama dipelihara dari segi prinsipnya dan disamping itu membenarkan cabang agama berkembang untuk menangani cabaran semasa kerana asas perlaksanaan agama adalah bermula dari ijtihad dan diikuti dengan ittiba(ikutan) dan diakhiri dengan taqlid. Selain itu juga, akidah tidaklah hanya kepada Islam sahaja namun setiap kumpulan agama turut mempunyai akidah mereka tersendiri. Akidah tersebut menjadi asas kahidupan mereka

KONSEP AKIDAH ISLAM Definisi: Akidah pada umumnya merupakan perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa dan seharusnya jiwa menjadi tenteram terhadapnya sehingga lahirnya satu keyakinan yang kukuh tanpa digoncang atau dicampuri oleh sebarang syak atau keraguan. Dalam pengertian agama, akidah terkandung di dalam rukun iman iaitu: 1. Beriman kepada Allah

2. Beriman kepada para malaikat 3. Berimankepada kitab 4. Beriman kepada para Rasul 5. Beriman hari akhirat 6. Beriman kepada qada dan qadar

Kedudukan Akidah yang sebenar:

Akidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterimanya amalan. Hal ini sebagaimana ditetapkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya dalam surah Al-Khafi( ayat110): Maksudnya: Maka barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya hendaklah dia beramal shalih dan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya dalam beribadah kepadaNya. Allah taala juga berfirman dalam surah Az-zumar (ayat 65 ): Sungguh telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelummu, apabila kamu berbuat syirik pasti akan terhapus seluruh amalmu dan kamu benar-benar akan termasuk golongan orang-orang yang merugi. KONSEP AKIDAH ISLAM Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Akidah terdiri dari dua jenis iaitu akidah suci dan akidah fasad. Bagi umat islam, kita wajib untuk meyakini akidah suci kerana ianya benar-benar turun dari Allah s.w.t. Akidah fasad adalah akidah batil yang tidak terkira bilangan yang wujud akibat penyelewengan terhadap akidah suci. Akidah yang suci hanya wujud dalam agama islam sahaja kerana ia adalah merupakan satu agama yang dijamin dipelihara oleh Allah s.sw.t. Firman Allah dala surah Al-hijr (ayat 9 ) Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan peringatan ( Al quran ) dan kamilah yang memeliharanya. Selain itu juga, diiktikadkan bahawa agama yang dipelihara ini juga telah diturunkan dengan

Anda mungkin juga menyukai