Anda di halaman 1dari 21

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

BAHASA

SEMESTER MEI/ 2013

OUMM3203 PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

710108085074001 710108085074 0177691257 rohana_badri @yahoo.com OUM Shah Alam

OUMM3203 Professional Ethics

ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 1.1 1.2 Definisi Etika Definisi Professional

MUKA SURAT

2 2

2. SALAH LAKU DAN PENYALAHGUNAAN KUASA 2.1 2.2 Statistik tangkapan tahun 2012 Rasuah dan Akta Pencegahan Rasuah 1997 6 7

3. PUNCA BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA 4. KEBURUKAN DAN KESAN RASUAH 4.1 4.2 4.3 Kesan terhadap individu Kesan Terhadap Ekonomi Kesan ekonomi dengan hubungan luar 9 9-10 11-12 7-8

5. PERANAN ETIKA DALAM PDP BAGI MEMBENDUNG PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA 6. TEORI ETIKA DAN HUBUNGANNYA DENGAN RASUAH 6.1 6.2 6.3 6.4 Teori Etika Teologikal Klasik (Ulitalitism) Teori Etika Deontologi (Universalism) Teori Kebebasan Diri (Personal Liberty Theory) Distributive Justive Theory (Teori Pengagihan Keadilan) 15-16 16-17 17 17-18 19 12-15

7. KESIMPULAN

OUMM3203 Professional Ethics

1.0 PENGENALAN Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula diambil daripada bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. 1.1 Definisi Etika Etika boleh didefinisikan sebagai suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Etika juga boleh diterjemahkan sebagai satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan dan prindip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut Sarjana perhubungan awam barat, Hazel Barnes mendefinisikan etika sebagai Satu cabang ilmu falsafah yang membantu menentukan apa tingkah laku yang betulFungsi etika adalah untuk memberikan kepada pengamal-pengamal perhubungan awam beberapa prinsip atau ukuran asas bagi menentukan apakah tingkah laku yang bertanggungjawab dan apa yang tidak. (Hamdan Adnan, 1998). Menurut A.R Licey dan W.L. Reese pula mereka mendefinisikan etika sebagai kegiatan aktiviti yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti.

OUMM3203 Professional Ethics

Kamus Elektronik Brainy pula mendefinisikan ethics sebagai,morals, treating of the moral feelings or duties; containing percepts of morality dan definisi ini membawa maksud yang sama dengan definisi yang diberi oleh Professor Francis Ng, FRICS, FHKIS, JP President of Hong Kong Institute of Surveyors (2000), iaitu ` the studies of human duties, moral principles and rules of conduct. Menurut perspektif Islam pula, etika dikenali sebagai akhlak yakni khuluq atau dalam bahasa Arabnya bermaksud tabiat atau adat maruah. Secara formalnya akhlak adalah sikap peribadi yang melahirkan tingkah laku manusia terhadap Tuhan dan manusia, terhadap diri sendiri dan mahkluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk daripada Al-Quran dan Hadis. 1.2 Definisi Profesional Definisi Etika profesional pula merujuk kepada etika dalam sesuatu profesion dan bidang profesional. Profesional boleh ditakrifkan dengan keupayaan dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada ilmu dan latihan serta kepakaran. Etika profesional pula ditafsirkan sebagai satu panduan dan tatacara yang menentukan kualiti moral, profesional dan nilai. Kesimpulannya etika profesional ialah garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu dalam masyarakat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu menjadi seorang yang beretika tinggi.

OUMM3203 Professional Ethics

2.0

Salah Laku Dan Penyalahgunaan Kuasa Kuasa ialah hak untuk mengatur, membuat, tanpa campur tangan atau intimidasi

ke atas orang lain. (House, 1984) atau potensi mempengaruhi yang lain (Bass, 1990). Penyalahgunaan kuasa ditafsirkan sebagai seseorang individu awam

menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan, membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana individu itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Perbuatan menggunakan kedudukan, kuasa atau jawatan untuk kepentingan sendiri dan keluarga adalah menjadi kesalahan rasuah. Kesalahan di bawah Seksyen 15 ini ialah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini,terdapat anggapan (presumption) di bawah seksyen15 (2) bahawa, sesiapa pegawai awam yang membuat keputusan berhubungan dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempun yai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukan untuk mendapat suapan. Jika dilihat dari segi agama, ia dianggap berdosa dan amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksisaksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut. Kegiatan seperti ini memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal. Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. 5

OUMM3203 Professional Ethics

Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli ataupun projeknya diluluskan. Menurut akhbar Berita Harian yang bertarikh 28 April 2010, berdasarkan rekod SPRM, tangkapan terhadap kakitangan sektor awam kerana menerima rasuah semakin menurun iaitu 303 pada 2007, berkurangan kepada 282 (2008) dan 194 pada tahun 2009. Bagaimanapun, jumlah tangkapan dalam kalangan sektor swasta, yang sebahagian besarnya membabitkan pemberi rasuah menunjukkan jumlah yang agak signifikan iaitu 288 pada 2007; 317 (2008) dan 283 (2009). Kes pendakwaan terhadap penjawat awam juga menurun bagi tiga tahun berturut-turut iaitu 133 (2007) berkurangan kepada 104 (2008) dan 90 (2009). Bagaimanapun, dalam tempoh sama, kes pendakwaan terhadap sector swasta ialah 89 (2007); 99 (2008) dan 75 pada tahun 2009. Pola penurunan kes membabitkan penjawat awam juga dapat dikesan dari segi pembukaan kertas siasatan iaitu 978 pada 2007, berkurangan kepada 933 (2008) dan 592 pada tahun lalu. Manakala kadar yang agak setara bagi sector swasta iaitu 381 (2007); 337 (2008) dan 295 (2009). Di bawah ini ialah statistik yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai gejala rasuah pada tahun 2012

OUMM3203 Professional Ethics

Statistik Tangkapan 2012


Sektor Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis Kumpulan Kumpulan Penjawat Pengurusan Kumpulan Pengurusan Awam dan Sokongan Tertinggi Profesional 35 0 7 28 30.0% 15 0 4 11 28.0% 18 0 5 13 35.0% 28 0 5 23 45.0% 30 0 9 21 60.0% 22 0 3 19 36.0% 34 0 19 15 42.0% 15 0 4 11 51.7% 28 0 4 24 46.0% 20 0 6 14 37.7% 11 0 1 10 34.4% 32 0 1 31 58.0% Awam 78 70.0% 38 72.0% 32 65.0% 35 55.0% 20 40.0% 39 64.0% 47 58.0% 14 48.3% 33 54.0% 33 62.3% 21 65.6% 23 42.0% Swasta 18 14 12 5 5 8 11 1 10 6 8 7 Orang Awam 60 22 19 29 15 31 36 13 23 27 13 16 Ahli Majlis 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 Politik 0 2 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Jumlah 113 53 50 63 50 61 81 29 61 53 32 55 701

Jumlah Keseluruhan =

Kemaskini Terakhir : 15 Januari 2013 Hits : 3044

OUMM3203 Professional Ethics

2.1

Rasuah dan Akta Pencegahan Rasuah 1997 Rasuah atau lazim juga dikenali sebagai suapan adalah satu jenayah mengikut

undang-undang jenayah Malaysia. Satu akta telah digubal khusus bagi jenayah ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 (APR 1997). Tujuan akta ini ialah bagi menyediakan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan pencegahan rasuah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan berkaitan dengannya. Selain daripada APR 1997, terdapat akta-akta lain yang turut menyediakan peruntukan berhubung kesalahan jenayah rasuah seperti Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989, Akta Pertaruhan 1953, Akta Rumah Perjudian Terbuka, Akta Hakcipta 1987, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Bahan Letupan 1957. Penalti bagi kesalahan rasuah ialah hukuman bagi perbuatan menerima atau memberi suapan iaitu jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan untuk tempoh yang paling minima 14 hari sehingga maksima 20 tahun dan denda dengan jumlah lima kali suapan atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) (Seksyen 16)

3.0 Punca-punca Berlakunya Penyelewengan/Penyalahgunaan Kuasa 3.1 Kurangnya Penghayatan Nilai-nilai Murni Kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang Menurut Manakala etika morals and conduct and W. Lewis: The Ethics ditambah dengan nafsu yang yang baik dan buruk, hingga menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. seorang penulis, nilai ialah beliefs about right and wrong. pula ditakrifkan sebagai thinking systematically about making juggments about right and wrong (Carol Challenge in Public Service). Kerendahan moral tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama 8

OUMM3203 Professional Ethics

mendorong seseorang itu jenayah. Justeru, individu seperti ini akan nafsu yang mengongkong kehidupannya.

melakukan pelbagai kemaksiatan dan memperhambakan dirinya kepada

3.2 Kurangnya Penyeliaan oleh Pegawai Atasan Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan penyalahgunaan kuasa untuk mengenalpasti ruang-ruang rasuah, dan ditambah pula tidak popular, menyebabkan penurunan kuasa tanpa atasannya akan juga membuka banyak rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 3.3 Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja Longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah jabatan atau agensi kakitangannya. serta perasaan ketelusan tatacata penting. 3.4 Sosial Dan Budaya Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda. Sempena menyambut hari-hari kebesaran atau hari perayaan, majlis hari jadi, perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik itu sentiasa terdedah dengan perlakuan-perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap pertanggungjawaban semua kakitangan bagi memastikan kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat daripada keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak pengawasan yang bijak oleh pegawai ruang berlakunya perbuatan

OUMM3203 Professional Ethics

ini rasuah

memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

4.0 Keburukan Dan Kesan Rasuah 4.1 Kesan Terhadap Individu Rasuah boleh merosakkan sistem dalam sesuatu masayarakat itu. Akhlak masyarakat akan rosak. Mereka akan melakukan kerja yang tidak beretika dan salah dari segi undang-undang. Akan berlakunya penindasan antara golongan cerdik pandai dan golongan miskin juga akan ditindas. Individu itu juga akan bersikap lalai dalam menjalankan tugas mereka. Tugasan yang dihasilkan tidak akan sempurna, tetapi hanya sekadar siapkan kerja tersebut tanpa menghiraukan kualitinya. Ini yang sering berlaku dan menyebabkan kesan yang teruk kepada orang-orang tertentu. Contohnya berlakunya runtuhan banglo-banglo akibat tanah runtuh yang sering kita dengar. Individu juga akan bersikap meterialistik dalam kehidupan mereka tanpa menghiraukan betul atau salah tindakan yang mereka ambil. Mereka mementingkan kesenangan dunia sahaja. Apabila mereka mendapat duit dengan banyak dengan usaha yang sedikit, akan wujudnya sikap suka membazir wang dengan sesuatu yang tidak berfaedah. Gejala ini akan melahirkan individu yang tidak amanah dalam menjalankan tugas mereka. Mereka akan menyalahguna kuasa yang ada untuk menerima rasuah bagi kepentingan diri mereka sendiri.

4.2

Kesan Terhadap Ekonomi Negara Terhakisnya konsep keadilan dan undang-undang tidak lagi menjadi telus. Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh sekelompok pihak yang mampu memberikan `sogokan yang paling lumayan tetapi tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik 10

OUMM3203 Professional Ethics

dalam melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah, disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut. Contoh bagi kes-kes seumpama ini boleh dilihat sendiri dengan mata kasar dan terjadi secara berulang-ulang. Baru-baru ini Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya melaporkan bahawa 85.37% projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputra mengalir kepada kaum lain. Isu ketirisan projek ini mendapat reaksi yang hangat, khususnya bagi mereka yang sering tertindas. Rasuah yang dilakukan melalui `kabel politik dan `orang dalam di jabatan-jabatan berkaitan yang berkuasa membuat keputusan adalah perkara biasa. Di samping itu, ada syarikat-syarikat tertentu meletakkan nama `orangorang besar dan berpengaruh dalam syarikat mereka agar kehendak mereka dapat tercapai dengan mudah. Telah sering kedengaran keluhan syarikat-syarikat kontraktor tulen yang benar-benar mampu melaksanakan kerja tanpa perlu disubkan kepada syarikat yang lain, menceritakan nasib mereka yang seringkali gagal mendapat projek kerana ketiadaan kabel atau pengaruh kuat melobi sama ada melalui kuasa politik atau kuasa wang ringgit. Seterusnya berlaku peninmgkatan kos. Kos bertambah kerana biasanya harga yang ditawarkan telah di `markup bagi mengimbangi atau mendapat balik keuntungan (hasil daripada projek) setelah ditolak dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Justeru, kita dapati pada hari ini, pengguna dibebankan dengan harga atau kos yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya. Dengan ini menggalakkan kualiti kerja yang tidak sempurna disebabkan kos tersebut. Contohnya dalam pembinaan makmal-makmal komputer yang dibina di beberapa buah sekolah beberapa tahun yang lepas. Sehingga sekarang, makmal tersebut masih ragu-ragu untuk digunakan. Masalah ini berkaitan dengan masalah rasuah yang sedikit sebanyak telah mempengaruhi projek tersebut. Masyarakat akan kepercayaan dan hormat kepada individu atau institusi-institusi yang 11

OUMM3203 Professional Ethics

terlibat mahupun Wujudnya pengurusan 4.3

dengan rasuah. Hal ini amat berbahaya kerana kebanyakan individu institusi yang terlibat dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa. salahguna kuasa dalam kalangan pihak tersebut dalam menjalankan dalam sesuatu hal itu.

Kesan Ekonomi Dengan Hubungan Luar Gejala rasuah akan menjejaskan imej negara kita. Negara luar akan berpandangan buruk terhadap masyarakat dan pemimpin negara kita. Mereka tidak berkeyakinan untuk mengadakan hubungan baik dengan negara kita . Dengan itu persaingan pelabur asing untuk melabur di negara kita juga akan berkurangan. Mereka bimbang gejalka ini akan merugikan pelaburan mereka. Sekiranya kurang pelabur asing di negara kita, maka ekonomi kita tidak akan meningkat malah pihak kerajaan akan kerugian dalam bidang-bidang tertentu seperti sektor perkilangan. Tanpa pelabur asing, maka hubungan perdagangan tidak wujud. Hasil ekonomi kita tidak dapat dipasarkan ke luar negara. Dengan itu, mata wang asing tidak masuk ke negara kita dan urus niaga pun berkurang. Negara luar tidak akan bersaing dengan kita untuk meningkatkan daya dalam bidang perniagaan dengan kita kerana mereka tahu gejala rasuah yang tinggi di negara kita dan mereka tidak mahu melibatkan diri. Di bawah adalah sebahagian daripada laporan yang telah dimuatkan di dada akhbar-akhbar di Malaysia. Pengarah syarikat lanskap didakwa atas 6 tuduhan rasuah Shah Alam 21 Julai Seorang pengarah sebuah syarikat lanskap mengaku tidak bersalah di dua mahkamah sesyen Shah Alam atas enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM63,000 daripada seorang pengarah sebuah syarikat lain .... (Utusan Online 21 Julai 2008) Laporan di atas menggambarkan bahawa senario rasuah bukanlah perkara luar biasa dalam kalangan masyarakat kita. Senario ini amatlah membimbangkan 12

OUMM3203 Professional Ethics

kerana kesan daripada perbuatan ini bukan hanya meruntuhkan nilai ahlak dan moral individu dalam masyarakat, malah mampu menggoyahkan kedudukan ekonomi sebuah negara.

Banyak bukti menunjukkan bahawa negara yang dibebani masalah rasuah mempunyai pasaran saham yang tidak menentu, pengawasan sistem perbankan yang tidak cekap dan pasaran modal yang kecil. Dengan kata lain negara yang mengamalkan rasuah membayar pada harga yang mahal untuk program pembangunannya terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Berdasarkan kepada laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2006, Malaysia menduduki tangga ke-44 dunia berbanding tangga ke-39 untuk tahun 2005 dan 2004; serta tangga ke37 untuk 2003. Begitu juga daripada segi peratusan mata yang dicatatkan iaitu 4.9 peratus, merosot jika dibandingkan 5.1 peratus untuk (2004) atau 5.2 peratus (2003). 2005; 5.0 peratus

5.0

Peranan Etika dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Membendung Penyelewengan / Penyalahgunaan Kuasa 5.1 Program Kesedaran di Peringkat Awal Persekolahan hingga ke Universiti Penyelewengan/Penyalahgunaan kuasa merupakan aktiviti cukup tidak beretika yang dilakukan bukan sahaja oleh golongan rendah tetapi juga mereka yang berada di kedudukan tinggi seperti kata Mantan Perdana Menteri melalui laporan akhbar; Tun Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian rasuah dan salah guna kuasa yang menular di kalangan golongan berilmu dan kedudukan tinggi dalam kerajaan

dan swasta.

13

OUMM3203 Professional Ethics

(Sumber : Utusan Malaysia, 22 Ogos 2005) Melentur buluh biarlah daripada rebungnya adalah pepatah yang boleh dijadikan pendekatan untuk melahirkan generasi muda berpegang teguh kepada integriti dan membenci rasuah.

Kempen pendidikan pencegahan salah guna kuasa dan rasuah di peringkat sekolah ini diteruskan pada tahun 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Anti rasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Masyarakat BPR dan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran. Seramai 382 orang guru yang terdiri daripada jemaah nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan guru pakar Pendidikan Moral sudah merangka beberapa langkah penting untuk menggerakkan pengamalan nilai murni dan pendidikan kepada generasi muda, khususnya pelajar. Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah

memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Malaysia dan Pendidikan Islam. Golongan pelajar merupakan kumpulan sasaran yang dianggap penting untuk dibimbing sepanjang tahun 2005. Ini kerana golongan ini merupakan pewaris atau pelapis kepada kepimpinan negara di masa hadapan. Dalam mendidik pelajar terutama IPTA/IPTS ke arah membenci penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta rasuah, kementerian akan berusaha memperkenalkan subjek etika dan integriti sebagai subjek wajib ke arah merealisasikan strategi pelan tindakan terhadap golongan pelajar. Harapan kerajaan peluasan dan peningkatan jangkaan di sektor-sektor pelajar akan mewujudkan environment perbelanjaan dan pendidikan yang lebih berkesan dan menyeluruh mencakupi aspek pemikiran (cognitive dan sikap caffective).

14

OUMM3203 Professional Ethics

Sektor NGOs dan Parti Politik pula, sokongan padu dan kerjasama jentera politik dan NGOs kepada pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran pencegahan rasuah oleh BPR. Penglibatan aktif pemimpin-pemimpin NGOs dan parti politik selaku `Key Communicator dapat memantapkan lagi usaha-usaha

pencegahan rasuah oleh BPR khususnya dan kerajaan amnya. Golongan `Key Communicator yang dianggap penting ialah terdiri daripada: i) ii) iii) Pemimpin Persatuan NGOs dan barisan jawatankuasa pembuat dasar dan keputusan. Ketua Bahagian Kewangan Parti-parti Politik Pemimpin Parti Politik

Peratusan penumpuan aktiviti mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini ialah sektor awam 30%, sektor swasta 30%, sektor pelajar 20% dan sektor NGOs dan parti politik 20%. 5.2 Integriti Agensi Penguatkuasaan Usaha menangani salah guna kuasa perlu dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan sekalian lapisan rakyat jelata. Penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah memusnahkan negara. Rakyat jelata tentunya kasihkan negara. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan memastikan cabaran untuk melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan nilai kerohanian dan etika yang tinggi. Seramai 900 pegawai dari pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan telah menyertai Konvesyen integriti Nasional 2012 yang bertemakan `Menangani Persepsi Rakyat Terhadap Integriti Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 November 2012. Acara tersebut yang diadakan sempena Hari Integriti Kebangsaan yang dianjurkan oleh Institut 15

OUMM3203 Professional Ethics

Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Integriti Agensi Pernguatkuasaan (EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku penganjur bersama. Lima sasaran Integriti ialah: i) ii) iii) iv) v) 6.0 Mengurangkan gejala rasuah , penyelewengan dan salah guna secara berkesan; Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi; Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. kuasa

Hubungan Antara Pengajaran Dan Latihan Etika Dengan Masalah Rasuah

Pengajaran dan latihan etika akan sedikit sebanyak menyedarkan setiap individu tentang peranan dan tanggungjawab mereka. Walau bagaimanapun keberkesanan ataupun pelanggaran perbuatan yang tidak beretika seperti rasuah tetap akan berlaku berdasarkan keadaan-keadaan tertentu. Etika kerja yang diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. 6.1 Teori Etika teologikal Klasik (Utilitarianism) Teologikal adalah terma yang wujud dalam bahasa Greek yang bermaksud hasil keputusan atau kesan. Sistem teologi etika ini memberi fokus kepada kesan sekarang berbanding niat seseorang individu. Terma inilah yang dikatakan Utilitarianism. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika tindakan seseorang atau sebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika tidak ia membawa kepada keburukan kepada ramai orang. Pengagihan kesaksamaan dalam teori ini menggunakan suara majoriti. Namun teori ini masih kurang sempurna kerana ia hanya mengutamakan suara majoriti, 16

OUMM3203 Professional Ethics

dan mengabaikan

serta mengekploitasi suara minoriti. Tidak ada

keseimbangan faedah yang diterima oleh minoriti berbanding majoriti Contoh teori ini boleh kita lihat dalam situasi ini. Seorang pegawai dari Unit Pemilihan kemasukan ke universiti tidak seharusnya mengambil saudara maranya menjadi calon yang layak mendapat tempat di universiti, kerana ia tidak membawa faedah kepada masyarakat tetapi faedah hanya pada dirinya sendiri. Jika saudara maranya dipilih, pegawai itu akan disenangi oleh kaum keluarganya sahaja, dan dia telah menyekat peluang orang lain untuk menimba ilmu. Tetapi jika pegawai itu memberi peluang kepada orang lain, dia telah membantu masyarakat dengan menaikkan taraf sosio ekonomi keluarga orang lain dengan peluangnya memberikan pelajar itu tempat dalam universiti. Dengan penggunaan teori ini, jelas keputusan yang patut diambil ialah memberikan tempat dalam universiti kepada orang yang memang berkelayakan tanpa mengira status perhubungan yang terjalin dengan pegawai pemilihan tersebut. 6.2 Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil daripada tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil daripada tindakan itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam-kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan diberi layanan yang sama rata. Berdasarkan kepada teori ini, pegawai pemilihan tersebut tidak patut mengambil calon-calon pilihannya kerana masih lagi terdapat calon yang layak untuk mendapatkan tempat di universiti ini. Ini kerana menurut teori ini semua manusia harus menarima layanan yang sama. Jadi semua 17

OUMM3203 Professional Ethics

pelajar yang merayu akan mendapat pertimbangan yang sama dan ini akan menyebabkan calon persendirian yang dipilih tersingkir daripada senarai pengambilan pelajar rayuan.

6.3

Teori Kebebasan Diri ( Personal Liberty Theory) Menurut teori yang dicadangkan oleh Robert Norzink ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick, undang-undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut ditolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak un tuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang dimiliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang disukainya. Seseorang individu dibenarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut diberi hak untuk memilih calon yang dikehendaki, yang mana cara yang dilakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. Walaupun impak negatifnya sangat besar, iaitu dengan memperdagangkan masa depan orang lain.

6.4

Distributive Justice Theory (Teori Pengagihan Keadilan) Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat. Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseoranng individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak 18

OUMM3203 Professional Ethics

menyumbang untuk sesuatu perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat dilakukan.

7.0

KESIMPULAN Penyelewengan dan salah guna kuasa telah menimbulkan kecelaruan dalam

sistem kehidupan manusia. Sistem dibuat semata-mata untuk mewujudkan perjalanan hidup yang teratur tetapi apabila ada pihak menceroboh sistem tersebut akhirnya berlakulah masalah melebihi daripada kecelaruan seperti hilang tanggungjawab pada majikan dan tidak jujur dalam melaksanakan tugas. Dalam perbincangan ini, saya amat bersetuju bahawa hubungan etika profesional di dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal hingga bekerja dapat diamalkan dalam kehidupan manusia untuk mengawal tingkah laku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkah lakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Usaha pihak kerajaan untuk membanteras perkara ini perlu disokong kerana ianya mengembalikan semula kredibiliti sesuatu organisasi. Sekiranya cadangan-cadangan mengatasi setiap masalah itu diterima dan diimplementasi, aktiviti tidak beretika tentunya dapat diatasi. 19

OUMM3203 Professional Ethics

Bibliografi 1. Mohamad Md. Yusoff, (2002) Media dan Masyarakat, Satu Kumpulan Esei, dewan Bahasa dan Pustaka, kementerian Pendidikan. 2. Mohd Tap bin Salleh, Zakaria bin Ahmad, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur: Intan, 1991. Seminar

3. Saadduddin Al-Sayyid salih (1996) Strategi Musuh Menentang Islam, Motivasi Kesedaran Minda Ummah, Kuala Lumpur, Darul Numan 4. Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu (2005, Ogos, 22), Utusan Malaysia (P.1)

5. Mohd. Janib Johari, Etika Profesional, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2001 6. Koleksi Kertas Kerja, Etika Pengurusan: Amalan masa Kini dan Arah Masa Depan, bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-14 Mac, 1990

20

OUMM3203 Professional Ethics

7. Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications. 2001 8. http://www.bpr.gov.my/bm2/punca.htm 9. http://www.spr.gov.com 10. http://www.islam.gov.my/portal/etikakerja

21