Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang berusaha, En Irwan Bin Isdup, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Yang Diraikan, EN Mohd Foazi bin Md Nor, Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan En Salehudin Bin Ibrahim, juga pensyarah dari jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Cik Sefiah Binti Kahar, ________________________________________

Puan. Chai, _________________________________________________ __________________________________________________________ Para pensyarah dan seterusnya rakan-rakan sekalian. Selamat datang ke __________________________________________

Hadirin Sekalian, Bagi memberkati majlis, majlis mempersilakan Saudara ____________________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakam ribuan terima kasih atas pimpinan doa itu tadi.

Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis kalau tanpa ucapannya.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan _____________________________________________

Untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sudah biasa kita dengari Patah tumbuh hilang berganti Namun tak sama pensyarah yang ini Tak mungkin ada galang ganti.

Seterusnya majlis mempersilakan _______________________________ ___________________________________________________________ Untuk memberikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas ucapan sebentar tadi.

Malam hari berlagu unggas Memecah kesunyian di dalam hutan Walaupun terpisah tempat dan tugas Budi mu tuan dalam ingatan

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan ___________________________________________________________ __________________________________________________________ Untuk menyampaikan ucapan. Mempersilakan.

Terima kasih kepada ___________ atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin hadirat sekalian, sekarang kita akan menyaksikan tayangan video yang bertajuk _______________________________ yang disediakan oleh pelajar PISMP PJ 2012. Sama-sama kita saksikan.

Begitulah tadi tayangan video tentang ___________________________

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan _________________________________________________________ Dengan diiringi oleh _________________________________________ Untuk menyampaikan cenderahati.

Dijemput : _________________________ _________________________ _________________________ __________________________ Untuk menerima cenderahati yang ikhlas daripada pihak jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _________________ Di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Terbang bebas si rama-rama Teratai mekar di tengah lembah Jamuan malam diiringi irama Persembahan nyanyian turut dipersembah

Hadirin yang dihormati sekalian, sambil menikmati hidangan, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan dari pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan yang mempunyai bakat terpendam.

Seterusnya