Anda di halaman 1dari 6

Laporan Amali 1

Tajuk Tujuan

: Daya dan Gerakan : Tujuan eksperimen adalah untuk menentukan pemalar daya, k, bagi sesuatu spring.

Teori

: Hukum Hooke menyatakan bahawa jika sesuatu spring tidak diregangkan melebihi had kenyalnya, daya yang bertindak ke atasnya berkadar langsung dengan pemanjangan spring. Pemalar spring, k ditakrifkan sebagai daya yang diperlukan untuk menghasilkan seunit pemanjangan. Nilai pemalar spring boleh ditentukan dengan menentukan kecerunan graf f melawan x. Bahan yang mempunyai pemalar spring yang tinggi adalah lebih keras berbanding dengan bahan yang mempunyai pemalar spring yang rendah. Pemalar spring yang tinggi bermaksud daya yang kurang besar diperlukan untuk meregang atau memampat bahan.

Radas/ Bahan : Kaki retort, pemberat (jisim berslot 200 g), ladung, spring, protraktor, benang, bata dan bongkah kayu.

Prosedur / Langkah : Langkah 1. Aktiviti Ikatkan benang Q pada satu hujung spring supaya hujung bergelung benang Q lebih kurang 3 cm dari hujung spring itu.

2.

Ikatkan benang yang satu lagi pada hujung spring yang bebas seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

3. 4.

Ukur panjang asal,

l0 , spring itu dan rekodkan nilainya.

Apitkan susunan bongkah kayu dan protraktor pada pengapit kaki retort A. Laraskan susunan bongkah kayu dan protraktor ini supaya garis sudut 90 0 pada protraktor itu tegak. Ikatkan hujung benang Q yang bebas pada paku di susunan bongkah kayu dan protraktor supaya panjang benang di antara paku dengan spring itu lebih kurang 20 cm. Ikatkan benang yang satu lagi pada kaki retot B supaya membentuk satu gelung yang boleh digelongsorkan. Sangkutkan pemberat ( jisim berslot sejumlah 200g) pada gelung benang Q

5.

6.

7.

8.

Regangkan spring secara mengufuk dengan menganjakkan kaki retot B supaya benang Q membuat sudut bernilai 300 dengan garis tegak.

9.

Ukur panjang ,

l , spring dan hitungkan pemanjangan spring, e = l l0.

Langkah 10.

Aktiviti Ulangi prosedur di atas (nombor 8 ) untuk mendapatkan nilai nilai sudut seperti berikut : = 350 , 400 , 450 , 500 dan 550

l bagi

11.

Berdasarkan keputusan yang diperolehi, lukis graf yang mewakili pemanjangan spring melawan tan .

12. 13.

Seterusnya tentukan kecerunan, n, bagi graf yang diperolehi. Gambar rajah eksperimen :

Gambar 1

Gambar 2

Keputusan Sudut 300 350 400 450 500 550

: tan 0.58 0.701 0.84 1.00 1.19 1.43

l 1 /cm
14.1 16.5 18.7 20.1 22.7 26.4

l 2 /cm
14.0 16.5 18.8 20.2 22.8 26.5

l min /cm
14.05 16.50 18.75 20.15 22.75 26.45

e=

l l0 /cm
4.05 6.50 8.75 10.15 12.75 16.45

Kecerunan :

= = 10.0 cm

Kecerunan, n = 10.0cm

Pemalar daya k bagi spring itu : K =

= = 19.6

Pemalar daya, k = 19.6Nm-1

Graf

e
18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 0.58 0.7

Graf e melawan tan

0.84

1.19

1.43

tan

Perbincangan

a) Terangkan bagaimana anda menentukan garis sudut 900 pada protraktor berada dalam keadaan tegak. Bagi menentukan garis sudut 900 pada protraktor berada dalam keadaan tegak gantungkan ladung pada kedudukan 900 pada protraktor dengan menggunakan tali. Gunakan pembaris, buku dan sesiku yang bersudut tegak bagi menentukan garis sudut 900.

b) Terangkan bagaimana anda menentukan spring itu mengufuk. Spring itu mengufuk apabila kaki retot B dianjakkan supaya benang Q membuat sudut yang dikehendaki dengan benang pada kaki retot B yang bersudut tegak 900.

Kesimpulan

Eksperimen ini menunjukkan bahan yang mempunyai pemalar spring yang tinggi adalah lebih keras berbanding dengan bahan yang mempunyai pemalar spring yang rendah. Pemalar spring yang tinggi bermaksud daya yang kurang besar diperlukan untuk meregang atau memampat bahan.

Rujukan
LEE CHENG XI, L. B. (2012). WHIZZ THRU FIZIK SPM. SHAH ALAM, SELANGOR: OXFORD FAJAR SDN BHD. YAP ENG KEAT, K. G. (2013). ESSENTIAL PHYSICS FORM 4. SHAH ALAM, SELANGOR: PEARSON MALAYSIA SDN BHD.

Anda mungkin juga menyukai