Anda di halaman 1dari 31

Folio Novel Hikmah

NAMA KELAS GURU

: Muhamad Afiq Syahmi : 1B4 : En.Abu Hamid

TAJUK : KUPASAN DAN KAJIAN TEKS NOVEL HIKMAH

ISI KANDUNGAN
Tajuk muka surat

1. Penghargaan 2. Objektif Kajian 3. Sinopsis 4. Tema Dan Persoalan 5. Plot

1 2 3-5 6-7 8-9

6. Watak dan Perwatakan 10 -12 7. Latar 8. Nilai Dan Pengajaran 9. Gaya Bahasa 13 - 17 18 - 21 22

PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Allah S.w.t kerana telah memberi saya peluang untuk menyiapkan folio

ini.Seterusnya,saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan folio ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru bahasa melayu saya iaitu En.Abu Hamid yang telah banyak member tunjuk ajar kepada saya selama ini.Tidak lupa juga kepada rakan saya yang telah banyak memberi semangat serta memberi serba sedikit maklumat sepanjang menyiapkan folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengetahui tema bagi novel Hikmah. 2. Mengetahui watak dan perwatakan dalam novel 3. Mengetahui jalan cerita novel. 4. Mengetahui nilai dan pengajaran dalam novel. 5. Mengetahui persoalan dalam novel 6. Mengetahui latar dalam novel

SINOPSIS
Amri ketua pembuli di sekolahnya .Dia dan kawan kawannya selalu meminta wang perlindungan daripada murid-murid yang lebih muda.Tiada sesiapa yang berani mengadukan tindak- tanduk Amri kepada cikgu kerana takut dibuli lebih teruk.Cikgu pun tidak dapat menghukum Amri kerana tiada bukti.Walau bagaimanapun, Sapura seorang pengawas sekolah berani mengadukan hal Amri kepada guru disiplin apabila ternampak salah laku Amri.Sebagai akibatnya,Amri dihukum sebat.Amri berdendam dan merancang untuk mengenakan Sapura.

Pada masa yang sama,Amri berubah sikap apabila di rumah.Dia anak yang baik dan menyayangi ibunya.Amri dan ibunya hidup dalam kesusahan keran abapa Amri tidak bertanggungjawab dan

selalu meminta wang daripada ibuAmri.Sikap ayah Amri yang panas baran dan ganas itu,menyebabkan Amri memberonta.Dia melepaskan kemarahannya dengan membuli murid-murid lain.Bagi Amri,orang lain pun perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggugnya. 3 Amri mengenakan Sapura dengan menyebabkan Sapura terjatuh ke dalam bendang.Sapura dan basikalnya diselaputi lumpur.Apabila pulang ke rumah,Amri mendapati ibunya cedera di dahi akibat perbuatan ayahnya.Ibu Amri juga pitam.Kesusahan yang dialami Amri dan ibunya ini diketahui Sapura apabila Sapura datang ke rumah Amri untuk mengadukan kenakalan Amri kepada ibu Amri.Rasa marah Sappura terhadap Amri bertukar menjadi simpati.Sapura ingin menolong Amri. Petang itu,Amri berbasikal ke pekan yang jauhnya sepuluh kilometer untuk membeli untuk ibunya yang demam dan mengalami luka.Ketika ingin pulang,seorang pemuda meminta pertolongan daripada Amri.Rupa-rupanya Amri diperangkap.Pemuda itu dan kawan-kawannya ingin menyamun Amri.Apabila tidak berjaya mendapat wang,mereka membelasah Amri dan membuang ubat yang dibeli Amri.Amri ke Sapura berkawan baik.Amri pun sudah insaf dan

tidak membuli lagi,malah dia menjadi pembela kepada murid-murid yang pernah dibuli sebelum ini.

4 Ayah Amri pula dipenjarakan keran terlibat dengan perjudian haram dan dadah.Dia inssaf dan memohon diberi peluang olehAmri dan ibunya.Amri dan ibunya sedia memaafkan ayahnya dan mereka setia menanti kepulangan ayahnya.Amri tidak berdendam lagi dan semakin bijak mengawal emosi.

Tema
Tekanan perasaan yang dihadapi oleh seorang remaja menyebabkan mereka menjadi nakal di sekolah.

PERSOALAN

1. Tanggungjawab keluarga,bapa keperluan buat

bapa

terhadap

keluarga.Sebagai

ketua

bertanggungjawab menyediakan segala keluarganya.Namun kegagalan

melaksanakannya akan

menyebabkan keluarga porak-peranda.

Dalam novel ini, bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam sehingga sanggup memukul ibunya.Keadaan itu menyebabkan dan menjadi nakal di sekolah.

Amri berubah sikap dan

6 2. Kasih saying ibu terhadap anaknya. Emak Amri sangat sayang dan mengambil berat terhadap Amri,segala keperluan

Amri,sedaya upaya di penuhinya walaupun dia sendiri berada keadaan agak lemah. 3. Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua orang tuanya. Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap ibunya. Dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer semata-mata untuk membeli ubat ibunya di pekan.

4. Peranan pengawas dalam melaksanakan undang-undang sekolah. Sapura dilambangkan sebagai Pengawas yang amanah dan berani dalam melaksanakan tugasnya. Dia tidak takut akan ugutan dan ancaman. Dia berani melaporkan kegiatan Amri yang memeras ugut Saleh kepada guru disiplin. 5. Prihatin dan simpati terhadap insan yang memerlukan. Sapura dan ayahnyabersimpati akan nasib yang menimpa Amri dan ibunya. Mereka sekeluarga menghantar ibu Amri yang cedera di dahi dan Amri yang cedera dipukul oleh penyamun ke hosipal.

6 6. Saling memaafkan atas kesilapan lampau. Amri sedar dan insaf atas kesalahannya terhadap Sapura. Sapura memaafkan kesalahan Amri. Begitu juga dengan bapa Amri yang sudah dihukum dan insaf atas kesilapannya. Amri dan emaknya sudah memaafkanya dan akan menunggu kepulangannya.

PLOT
1 Dalam bahagian permulaan atau eksposisi, pengarang menceritakan sifat Amri yang keras kepala dan tidak serik walaupun baru sahaja dihukum rotan oleh Cikgu Salman. Amri ketua pembuli di sekolahnya. Pengarang juga menggambarkan perasaan dendam Amri terhadap Sapura yang

melaporkan kegiatan negatifnya kepada guru disiplin. Amri mengenakan Sapura. 2 Pada bahagian perkembangan pembaca mula di dedahkan kepada konflik yang dialami oleh Amri yan tertekan oleh sikp bapanya yang tidak bertanggungjawab. Amri sangat kasihan terhadap emak yang terseksa oleh sikap bapanya. Walaupun Amri nakal di sekolah, Namun sebenarnya anak yang baik dan snagat saying akan emaknya. 3 Pada bahagian pertengahan, konflik berlaku apabila bapa Amri merampas wang simpanan dan gelang pusaka nenek yang dipakai emak Amri. Amri yang mencuba menghalang tindakan bapanya itu telah ditampar oleh bapanya. Amri benar-benar tertekan dan memberontak. Dia mahu melepaskan dendam dan kemarahannya kepad Sapura.

8 4 Pada bahagian klimaks, Amri telah dibelasah oleh dua orang lelaki yang ingin menyamunnya di suatu lorong selepas membeli ubat untuk

emaknya di pekan. Dia dibelasah kerana menyamun itu tidak memperoleh 5 wang daripadanya. Mujurlah Sapura ada untuk membantu. Kejadian itu benar-benar menginsafkan Amri akan tindak-tanduknya selama ini. 6 Pada bahagian peleraian, digambarkan Amri telah berubah menjadi insane yang lebih baik dan tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah, malah dia menjadi pelindung mereka. Amri dam Sapura juga berkawan baik. Bapa Amri telah dihukum penjara. Dia berharap agar isteri dan anaknya dapat memaafkannya dan menerimanya semula. Amri dan ibunya bersedia memaafkan bapa Amri dan menerimanya semula.

TEKNIK PLOT
1. Teknik dialog Contohnya dialog antara Amri dan Siva: Biasalah. Selain membebel, dia menghadiahkan aku roti panjang pada punggung aku, jawab Amri. Tidak sakitkah? Engkau kelihatan seperti biasa saja? tanya Siva. Ala, biasalah. Bukan engkau tidak tahu. Awal-awal lagi aku sudah bersedia, terang amri sedikit tersenyum.

2 Teknik imbas kembali Pengarang turut menggunakan teknik imbas kembali untuk

mengembangkan cerita. Contohnya , Sapura teringat akan peristiwa yang berlaku pada pagi kejadian Saleh diperas ugut oleh Amri. Ketika itu, Sapura sedang dalam perjalanan ke kantin sekolah untuk bersarapan. Dari jauh, Sapura melihat kelibat Amri sedang memarahi Saleh. Peristiwa itu membawa kepada pengaduan tentang perbuatan Amri kepada guru disiplin. Akhirnya Amri dikenakan hukuman sebat.

3 Teknik monolog Teknik ini juga digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan cerita . Contohnya: Lauk ikan gelama goring dengan sayur pucuk ubi lagi keluh Amri.

4 Teknik kejutan Kemunculan sesuatu peristiwa secara mengejut menjadikan cerita berkembang lancar dan menarik perhatian pembaca. Antara peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik tersebut termasuklah

yang disampaikan Amri membrekkan basikalnya secara mengejut. Tindakannya itu menyebabkan Sapura tidak dapat mengawal basikalnya lalu membuatnya terjatuh ke dalam bendang. Rupa-rupanya itulah cara Amri menunaskan dendamnya terhadap Sapura.

5 Teknik suspen Teknik ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Amri setelah Amri ditahan oleh lelaki yang tidak dikenali di suatu lorong di pekan. Pembaca juga ingin tahu apa yang akan terjadi kepada Amri yang dibelasah oleh dua orang lelaki itu.

7 Teknik pemerian Pengarang banyak menggunakan teknik pemerian dalam novel ini. Contohnya pengaran memerihalkan tindak-tanduk Sapura yang

membetulkan tempat duduknya di dalam kelas dan mula pasang telinga untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya.

Contohnya:Sapura tidak mahu pembelajarannya terganggu disebabkan perkara remeh seperti itu. Sapura membetulkan tempat duduknya dan

pasang

telinga

sambil

menumpukan

perhatiannya

terhadap

pembelajaran. Satu per satu ucapan serta ajaran guru itu masuk dan melekat di benaknya.

WATAK DAN PERWATAKAN


1. Watak utama dalam novel ini ialah Amri 2. Watak-watak sampingannya terdiri daripada Sapura, emak Amri, bapa Amri, Cikgu Salman, dan bapa Sapura. AMRI 1. Amri anak tunggal dalam keluarganya.

2. Amri amat menyayangi ibunya hingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometer semata-mata untuk membeli ubat ibunya. 3. Amri anak yang baik, taat,dan bertanggungjawab terhadap ibunya. 4. Amri berubah menjadi insan yang degil, keras kepala, suka memberontak, dan pendendam apabila berada di sekolah. 5. Amri memendamkan perasaan marah dan geramnya terhadap bapanya yang tidak bertanggungjawab. 6. Amri ditakuti oleh murid-murid yang lain oleh sebab kenakalannya. 7. Amri memeras ugut murid yang lemah agar membayar wang perlindungan kepadanya. Jika enggan, pelajar terbabit akan dibelasah. 8. Amri sering dihukum oleh guru disiplin. Namun, dia tidak serik dan bersikap selamba. 10 9. Amri akhirnya sedar dan insaf apabila melalui kejadian ngeri dalam hidupnya. Dia dibelasah dan disamun dua orang lelaki. Pada ketika itulah Amri dapat menggambarkan perasaan orang yang pernah dibulinya selama ini. SAPURA

1. Sapura pengawas di sekolah Amri. 2. Sapura tegas dalam melaksanakan undang-undang sekolah. 3. Sapura berani dan tidak takut akan sebarang ugutan dan ancaman, walaupun ancaman itu datngnaya daripada Amri, ketua pembuli di sekolah itu. 4. Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannnya hingga terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur. 5. Sapura baik hati kerana membantu Amri dan ibunya yang sedang dalam kesusahan. 6. Sapura bersedia memaafkan Amri hingga mereka dapat menjadi sabahat baik. EMAK AMRI 1. Emak amri penyayang. 2. Emak Amri tabah dan cekal meskipun tertekan sikap suami yang kejam. 11 3. Emak Amri bersedia memenuhi keperluan sekolah Amri meskipun serba kekurangan.

4. Emak Amri tidak pernah memburukkan bapa Amri kerana tidak mahu anaknya hilang hormat terhadap bapanya. 5. Emak amri bersedia memaafkan bapa Amri dan menerima lelaki itudalam hidupnya semula. BAPA AMRI 1. Bapa Amri terlibat dengan perjudian dan dadah. 2. Bpa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam. 3. BAPA Amri sering meminta wang daripada isterinya 4. Bapa Amri sanggup mencerderakan isterinya. 5. Bapa Amri sedqar dan insaf setelah menerima hukuman daripada pihak berkuasa. Dia dipenjarakan selama beberapa tahun. CIKGU SALMAN 1. CIKGU Salman ialah guru disiplin di sekolah Amri. 2. Cikgu Salman tegas dalam melaksanakan disiplin sekolah. 3. Cikgu Salman tidak berkompromi dengan murid yang melanggar disiplin sekolah. Beliau mengenakan hukuman rotan terhadap Amri yang disyaki memeras ugut pelajar.

12

LATAR
LATAR TEMPAT 1. Kelas Amri- tempat amri berbual-bual dengan Siva mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Amri oleh Cikgu Salman. Amri dengan bangga mengatakan bahawa dia tidak langsung berasa sakit apabila di rotan oleh gurudisiplin itu. Hal ini demikian kerana dia sudah mengalas punggungnya dengan buku yang nipis. 2. Bilik guru disiplin- tempat Amri disoal oleh Cikgu Salman tentang dakwaan bahawa dia memeras ugut Saleh. Di itu jugalah Amri telah dikenakan hukuman rotan. 3. Rumah Amri- tempat bapa Amri meminta wang daripada emak amri pada suatu malam. Apabila tidak diberi wang, bapa Amri menyelongkar gerobok pakaian hingga menemukan wang. Kerana wang itu terlalu sedikit, bapa Amri merentap pula gelang emas puasaka yang dipakai emak Amri. Apabila Amri menhalang bapanya dari keluar rumah dan memulangkan gelang pusaka emak, Amri ditampar oleh bapanya.

13 4. Lorong di sebelah bendang- tempat Amri sengaja membrekkan basikalnya secara mengejut hingga menyebabkan Sapura yang berada dibelakanyan gagal mengelak lalu terbabas k e dlam bendang. Itulah rancangan Amri untuk mengenakan Sapura. 5. Farmasi di pekan- tempat Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk emaknya. 6. Lorong di pekan- temapat Am ri disamun oleh dua ornag lelaki. Oleh sebab wang Amri habis digunakan untuk membeli ubat, dua orang penyamun itu tidak memperoleh wang daripada Amri. Kerana marah, merka membelasah Amri. Sapura datang dan menyelamat Amri daripada terus dibelasah. 7. Hospital-tempat Amri dan emaknya menerima rawatan. Mereka berdua telah dibawa ke hospital oleh bapa Sapura. Mulanya emak Sapura dibawa ke hospital kerana demam, kemudian Amri pula dibawa ke hospital setelah dia tercedera akibat dibelasah penyamun.

14 LATAR MASA 1. Pada waktu pagi-Amri membuli dan memeras ugut Saleh di sekolah. Kejadian itu dilihat oleh Sapura yang ketika itu dalam perjalanan ke kantin untuk bersarapan. 2. Pada waktu petang- Amri mengayuh basikalnya sejauh sepuluh kilometer untuk ke pekan kerana hendak membelikan ubat demam dan ubat luka buat emaknya. 3. Pada waktu malam- peristiwa bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila emak Amri tidak memberinya wang, dia menyelongar gerobok pakaian hingga menemukan wang. Kerana wang itu sedikit, bapa Amri sanggup merentap gelang emas yang dipakai emak Amri. LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat pelajar di sekolah. Contohnya, Amri, Sapura, Siva, dan Rozita mewakili golongan pelajar di sekolah dalam novel ini. 2. Masyarakat guru yang tegas, Contohnya, Cigu Salman tidak berkepromi dalm soal disiplin. Dia telah mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.

15 3. Masyarakat pelajar yang membuli dan memeras ugut pelajar yang lebih muda. Contonnya, amri dan konco-konconya meminta wang perlindungan daripada pelajar yang lebih muda. 4. Masyarakat pelajar yang takut terhadap pembuli. Contohnya, pelajarpelajar di sekolah itu tidak berani mengadukan tindak-tanduk amri sebagi pembuli di sekolah kepada guru disiplin. Mereka bimbnag akan dibuli dengan lebih teruk lagi jika membuat aduan. 5. Masyarakat yang amanah dan berani dalam menjalankan

tugas.Contohnya,Sapura sebagai pengawas berani mengadukan salak

laku Amri kepada guru disiplin walaupun dia sedar akan risiko yang bakal menimpanya. 6. Masyarakat yang terlibat dangan kegiatan yang tidak bermoral. Contonya bapa Amri yang terlibat dengan judi dan dadah. Hal ini menjadikannya suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, malah banyak menyusahkan isterinya kerana selalu meminta wang daripada isterinya.

16 7. Masyarakat yang prihatin terhadap kesussahan orang lain dan sanggup membantu. Contohnya, Sapura yang telah mengetahui tentang kesusahan hidup Amri berusaha sedaya upaya untuk membantu Amri dan emaknya. Malahnya, bapa dan ibu Sapura pun sudi membantu Amri dan emaknya.

17

NILAI
1. Kasih sayang Contohnya: Amri sangat sayang akan ibunya. Dia sanggup mengayuh basikalnya sejauh sepuluh kilometer untuk pergi ke farmasi di pekan semata-mata mahu membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya yang sakit.

2. Simpati/belas kasiha/priharin- Contohnya : Sapura bersimpati dengan apa-apa yang berlaku terhadap Amri dan ibunya. Dia dan ayahnya membawa ibu Amri yang sakit dan Amri yang cedera menerima rawatan di hospital. Pak Dollah juga bersimpati dengan Amri dan ibunya. Dia sanggup memberikan ibu Amri berhutang barang dapur dikedainya. 3. Amanah Contohnya: Sapura seorang pengawas sekolah yang amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya. 4. Berani-Contohnya: Sapura tidak takut dengan sebarang ancaman daripada Amri. Dia sanggup menerima risiko diapa-apakan oleh Amri dan konco-konconya. 5. Tegas-Contohnya: Cikgu Salman ialah guru disiplin yang tegas. Dia tidak berkompromi dlam melaksanakan hukuman terhadap murid yang melanggar undang-undang sekolah. Dia telah merotan memeras ugut Saleh. amri yang

18 6. Cekal/tabah- Contohnya: ibu Amri cekal dan tabaha menghadapi dugaan hidup. Dia bertahan dengan sikap suaminya yang tidak

bertanggungjawab dan kejam. Meskipun dia cedera dipukul suami, namun dia tetap mempertahankan suaminya di depan Amri kerana tidak mahu Amri memusuhi bapanya. 7. Besyukur/berterima kasih Contohnya : Amri berterima kasih kepada Sapura dan bapanya yang telah membantunya dan ibunya yang sedang dalam kesusahan. 8. Baik hati-Contohnya: Sapura melupakan apa-apa yang telah dilakukan oleh Amri kepada. Malah, dia sanggup membantu Amri dan ibunya yang sakit. 9. Insaf-Contohnya: peristiwa Amri dibelasah oleh dua orang penyamun telah menginsafkan Amri hingga dia berubah menjadi insane yang lebih baik. Begitu juga dengan bapa Amri yang sudah menjalankan hukuman penjara telah insaf dan mahu kembali kepada keluarga semula.

19

PENGAJARAN

1. Kita haruslah tabah atau cekal dalam menjalankan dugaan hidup. Contohnya : ibu Amri begitu cekal menerima dugaan apabila suaminya berubah sikap dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia diperlakukan dengan kejam, namun wanita ini tetap cekal dan tetap menghormati suaminya. Dia juga tetap mempertahankan suami agar Amri tidak memusuhi bapanya. 2. Kita hendaklah bersimpati atau belas kasihan terhadap insane yang sedang dalam kesusahan. Contohnya : Sapura dan bapanya bersimapati terhadap Amri dan ibunya yang ditimpa musibah. Sapura sanggup melupakan perbuatan Amri terhadapnya dan ikhlas membantu Amri sekeluarga. 3. Sebagai ibubapa, kita haruslah menyayangi anak-anak dan menjaga kebajikan mereka. Contohnya : ibu Amri sangat sayang akan Amri dan snaggup berkorban demi kesejahteraan anaknya itu. Sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab pula menyebabkan keluarganya porakperanda dan menderita.

20

4. Kita harus sedar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kejahatan juga. Contohnya: Amri sedar akan ketakutan dan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa peras ugutnya selepas kejahatan di disamun oleh dua orang lelaki. Dia tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah kerana sedar akan akibatnya. 5. Kita haruslah melaksanakan amanah dengan sebaik-baik mungkin. Contohnya: Sapura melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengawas sekolah dengan amanah dan penuh dedikasi. Dia tidak takut dengan sebarang ancaman. 6. Kita haruslah bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Contohnya: Sapuran bersedia memaafkan kesilapan Amri walaupun Amri pernah mengenakannya.Ibu Amri juga sudah memaafkan kesalahan bapa Amri dan bersedia menerimanya semula. 7. Berusahalah untuk mencari rezeki yang halal dan janganlah mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Contohnya: sikap memeras ugut bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah hasilnya haram di sisi agama.

21

Gaya Bahasa
1. Bahasa Inggeris Contohnya,junior,senior,hero. 2. Bahasa Arab Cont gohnya ,Masya-Allah. 3. Pribahasa Contohnya,campur tangan,khabar angin,asam garam ,pasang telinga,ada udang di sebalik batu,ada ubi ada batas. 4. Sinkope-Contohnya,nak,dah,tgk,dik. 5. Simile-Contohnya-seperti kerang busuk,seperti haiwan. 6. Personitakasi-Contohnya,mengukir senyuman,jeritan hati,membakar hati. 7. Metafora-Contohnya,loceng rehat,tangkai jiwa,roti panjang.

21

Anda mungkin juga menyukai