Anda di halaman 1dari 3

KEPIMPINAN copy Kepimpinan ialah perkataan terbitan dari pimpin. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.

Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaan memimpin, dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai seorang pemimpin, daya seseorang pemimpin. Kepimpinan dalam istilah masyarakat hari ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ianya juga merupakan salah satu aspek dalam kehidupan manusia yang tidak dapat dipisahkan dalam aktiviti seharian. Kepimpinan mula berlaku dalam keluarga, dalam kumpulan ini setiap kali kita sudah perlu memimpin dan membuat keputusan dan tindakan sebagai pemimpin. Kepimpinan merupakan satu konsep yang mengandungi banyak makna yang berbeza-beza. Misalnya, Bernard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk mencapai objektif organisasi. George Lippit () mendefinisikan kepimpinan sebagai daya penggerak sumber dan alat yang terdapat dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat. Mohd Khalid Yusof () pula mengatakan bahawa kepimpinan adalah sebagai daya penggerak yang membuat orang lain mengikut atau membuat sesuatu dengan sukarela. Dengan perkataan lain, kepimpinan adalah satu corak hubungan yang melalui seseorang itu mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi perlakuan orang lain melalui pemikiran, perlakuan dan tindakan. Kempimpinan juga boleh didefinisikan sebagai pengaruh, cara atau tanggapan proses mempengaruhi orang ramai supaya mereka boleh berusaha secara sukarela kea rah pencapaian matlamat (). Daripada definisi-definisi yang di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kepimpinan merupakan suatu bentuk hubungan apabila seseorang mempunyai kesempatan dan kemampuan untuk mempengaruhi perlakuan orang lain, melalui gerak laku, pemikiran, tutur kata dan tindakannya. Proses kepimpinan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada aktiviti kumpulan dan proses ini melibatkan peribadi serta ketokohan pemimpinan, harapan orang yang dipimpin, suasana dan persekitaran serta matlamat yang hendak dicapai. Sebenarnya kepimpinan adalah satu proses interaksi sosial yang kita alami setiap hari. Kepimpinan melahirkan pemimpin dalam konteks yang luas. Pemimpin muncul apabila adanya kelompok manusia yang memerlukan pemimpin untuk menjalankan rancangan dan tindakan setiap anggota atau ahli dengan baik. Malah dalam perkembangan kehidupan masyarakat hari ini kita tidak boleh memilih hidup tanpa pemimpin. Ini kerana pemimpin adalah penanda atau pelengkap pada reka bentuk organisasi. Tanpa pemimpin, carta organisasi tidak akan sempurna dan organisasi tidak akan kekal lama. Philip Selznike ()mengatakan bahawa orang yang layak dinamakan pemimpin adalah yang dapat membuat keputusan yang kritis dan dapat bertindak dengan jayanya membawa perubahan yang besar dan tertentu dalam sesuatu organisasi. Pemimpin dipilih berdasarkan banyak faktor. Antaranya faktor tingkah laku dan peribadi pemimpin yang mempunyai sifat-sifat pemimpin yang unik. Dengan sifat-sifat kepimpinan yang menonjol, dirinya dengan mudah dapat dibezakan daripada khalayak ramai, khususnya dalam aspek kebolehan pencapaian, tanggungjawab, penglibatan dan status. Ada pula pemimpin yang dipilih kerana dia dapat menjadi bapa atau sumber ilham dalam kumpulan. Biasanya, pemimpin jenis ini muncul pada masa-masa tertentu bagi

menyelamatkan maruah pengikutnya. Hamphill dan Alvin E. Coonc yang telah membuat penyelidikan di Ohio State University telah menggariskan Sembilan perkara sebagai cirri kepimpinan yang berkesan, iaitu: Inisiatif Pemimpin dapat mengeluarkan idea-idea baru yang boleh diterima oleh orang yang dipimpinnya. Representatif Pemimpin bertindak sebagai wakil kumpulannya dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahli dalam kumpulannya. Keanggotaan Pemimpin bergaul dan mewujudkan hubungan informal dengan kumpulannya. Dia merasakan dirinya adalah salah seorang anggota kumpulannya. Komunikasi Pemimpin dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh orang yang di bawahnya. Dia juga dapat menimbulkan isu-isu semasa tentang tugas ahli-ahlinya. Integrasi Pemimpin dapat mengurangkan konflik di kalangan mempertingkatkan penyesuaian individu di dalam kumpulan. Pencapaian Pemimpin sentiasa merancang untuk meningkatkan pencapaian ahli-ahlinya. Kuasa Pemimpin dapat menggunakan kuasa membuat keputusan terutama dalam membuat keputusan, bertindak dan memberi pendapat. Pengagihan tugas Pemimpin dapat bertindak menentukan tugas ahli-ahlinya dengan cara yang betul. Penghargaan Pemimpin dapat memberi penghargaan dan teguran usaha yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam kumpulan. Selain Sembilan ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk menjadi pemimpin yang berkesan, terdapat keperluan terhadap pembinaan sikap tertentu sebagai unsur yang mempercepat pembinaan ciri kepimpinan yang berkesan. Pengetahuan tambahan dan kemahiran juga perlu ada pada pemimpin untuk membolehkan dia memimpin dengan berkesan. Tidak ada seorang manusia biasa yang serta-merta atau secara tiba-tiba memiliki anggotanya dan dapat

ciri kepimpinan yang telah dinyatakan itu tanpa menjalani kursus, latihan, seminar dan pendedahan tambahan selain kelulusan akademik yang dimiliki. Seseorang pemimpin yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai