Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN

Pendidikan adalah satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi sumber daya manusia secara menyeluruh aspek-aspeknya rohani,aqli, dan jasmani melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran. Dua konsep ini saling berkaitan dengan yang lainnya, iaitu pengajaran dan pembelajaran. Konsep pengajaran menjurus kepada pendidik manakala konsep pembelajaran

menjurus kepada murid-murid.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa komponen, iaitu murid, guru, objektif pembelajaran, isi pelajaran, strategi atau kaedah pengajaran, bahan bantu dan penilaian.

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam dunia pendidikan perlu dimiliki oleh guruguru, kerana keberhasilan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada cara atau pendekatan guru. Jika cara guru sesuai dengan muridnya maka murid akan tekun serta

menunjukkan minat dalam menerima pelajaran.

Strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ragamnya dan seseorang guru itu harus arif dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah mengajar yang beraneka ragam, agar objektif proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

2. DEFINISI, KONSEP DAN CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID

2.1 DEFINISI DAN KONSEP

Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang murid untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran. Seseorang murid dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, manakala guru hanya memainkan peranan sebagai penggalak atau pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).

Selain daripada itu, strategi pembelajaran berpusatkan murid memberi tumpuan terhadap perkembangan pembelajaran murid sebagai individu, memberi pilihan kepada murid memilih jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Strategi berpusatkan murid merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mana murid memainkan penting dan penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Guru menjadi pemimpin atau pemudahcara yang membimbing murid-muridnya yang diperuntukkan lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran samaada secara berkumpulan atau individu.

Definisi strategi pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, murid bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan murid. Selain itu, guru melibatkan murid secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan hanya bertindak sebagai fasilitator manakala murid yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan-bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru dengan mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

Selain itu, strategi pembelajaran berpusatkan murid dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta dapat menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada murid untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka.

Menurut Syidam Abdullah (2008) terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu : i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, di mana guru hanya sebagai fasilitator. iii. iv. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

2.2 CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN MURID

Berikut merupakan ciri-ciri Strategi berpusatkan murid : i. Murid memainkan peranan penting, sedangkan guru bertindak sebagai pemudah cara atau pembimbing murid dalam menjalankan aktiviti. ii. Komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindakbalas dengan jawapan mereka. iii. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif

pembelajaran murid. iv. v. Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat. Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid.

vi.

Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.

vii.

Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong) Kaedah & Teknik projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil, dan sebagainya .

viii.

ix.

Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong)

3. DEFINISI, KONSEP DAN CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

3.1 DEFINISI DAN KONSEP

Bahan bantu pembelajaran adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu pembelajaran yang turut dikenali sebagai Bahan bantu mengajar adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. Bahan bantu pembelajaran ini tidak terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, dan gambar-gambar sahaja tetapi ia juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Ia merupakan apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981), menganggap bahan bantu pembelajaran sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut dan bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale (1964) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermuladengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu pembelajaran juga sebahagian daripada

kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun bahan bantu pembelajaran pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.

David Berlo (1996) mengatakan dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu pembelajaran dan tulisan.Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa bahan bantu pembelajaran yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.
5

Ngui Kuen Seng (1981) pula mengatakan alat bantu mengajar tidak dapat ditakrifkan dengan tetap walaupun pada keseluruhan ramai pendidik mempersetujui bahawa penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglibatan/ pandangan seseorang.

Atan Long (1981) membahagi bahan bantu pembelajaran ini kepada 3 kumpulan iaitu alatalat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat-alat pandang dengar. Noraziah Abdul Hamid (1981) menggolongkan bahan bantu pembelajaran kepada 2 kumpulan iaitu media elektronik dan media bukan elektronik manakala Hanapiah Sudin (1979) dan Khairiah Ahmad (1980) mengkelaskannya kepada dua iaitu bahan-bahan software dan bahan-bahan hardware.

Kesimpulannya, bahan bantu pembelajaran boleh diertikan sebagai apa jua bentuk bahan yang digunakan dalam pembelajaran. Bahan ini merupakan aspek penting dalam pembelajaran, dan membantu proses pembelajaran murid menjadi lebih berhasil dan bermakna yang secara amnya terbahagi kepada 3 kategori : i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, projektor overhead, projektor opaque, pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain. ii. Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar, carta, model, suratkhabar, papan hitam, dan lain-lain. iii. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.

3.2 CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU PEMBELAJARAN

Bahan bantu pembelajaran yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai estetika dikalangan murid-murid dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka.

Selain daripada itu juga, bahan bantu pembelajaran yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada para guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama bahan bantu pembelajaran adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun fungsi ini hanya dapat memainkan peranannya, jika sesuatu bahan bantu pembelajaran itu mempunyai ciri-ciri berikut :

i.

Mudah, jelas dan difahami oleh murid semasa proses penyampaian isi pelajaran disamping memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

ii.

Mesej yang dapat ditafsir oleh murid tanpa perlu bersusah payah memahami sesuatu kehendak soalan atau kefahaman. Jika terlalu senang pula, murid mungkin tidak akan meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga akan mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, murid akan rasa kecewa dan bosan.

iii.

Menolong interaksi yang aktif antara murid, guru dan maksud yang tersirat terdapat dalam bahan bantu pembelajaran yang digunakan.

iv.

Membantu memokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam bahan bantu pembelajaran.

v.

Menunjukkan kesinambungan idea dan keharmonian dalam menyusun idea supaya penegasan dapat ditonjolkan. Ini akan membantu pergerakan mata dan fikiran murid mengikuti perkembangan keseluruhan bahan bantu pembelajaran.

Manakala menurut A.J. Romiszowsk (1964) bahan bantu pembelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian, kewibawaan, dan kemaskini, aspek-aspek teknikal berkaitan dan dari segi fizikal atau format. Kesesuaian bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh muridmurid. Tajuk dan keterangan berkaitan dengan mata pelajaran. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh murid-murid. Keterangan isi kandungan tepat dan tidak membosankan dapat menarik imaginasi, minat, dan perasaan.

4. FAKTOR-FAKTOR DAN CARA-CARA SESUATU BAHAN BANTU PEMBELAJARAN DAPAT DISESUAIKAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID

i.

Bahan berkaitan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan bantu pembelajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran muridmurid. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

ii.

Bahan mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

bahan bantu pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu muridmurid untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

iii.

Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan murid untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang murid, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Murid-murid perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktivitiaktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat
8

merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal di bangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.

Dalam Pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara penglibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranan di satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Murid yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.

Pada akhir pembelajaran nanti, murid-murid akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, murid-murid harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya muridmurid mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, murid-murid digalakkan mengeluarkan pendapat mereka sendiri.

iv.

Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar murid-murid. Keperluan belajar murid-murid di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya murid-murid dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin muridmurid mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru.

Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Murid-murid boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
9

Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi murid-murid memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Murid-murid memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahanbahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual.

Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, murid-murid juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

v.

Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan murid-murid. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketigatiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan murid-murid. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya murid-murid menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa.

Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu murid melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh murid-murid kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.
10

vi.

Guru hendaklah menggunakan penggerak murid-murid untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi

keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

11

5. KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk dan ia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap yang diharapkan.

Sementara itu, dengan adanya kepelbagaian bahan bantu pembelajaran dipercayai dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan bahan bantu pembelajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis bahan bantu pembelajaran wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda kanak-kanak selain membantu guru memudahkan proses penyampaian.

12

6. RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Mat Nor Hussin (1988), Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa, Petaling jaya : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd Noor (1990), Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashudi Bahari dan Munsyi Zainal Abidin Kasim (2004), Pengenalan Bahasa Melayu, Selangor : Open University Malaysia.

internet http://www.docstoc.com/docs/39323220/strategi-pengajaran-dan-pembelajaran http://www.scribd.com/doc/40034294/13/Definisi-Bahan-Bantu-Mengajar http://www.scribd.com/doc/49104121/alat-bantu-mengajar http://pjhyperx.blogspot.com/2010/10/strategi-pengajaran.html http://umpir.ump.edu.my/943/1/27_Dr_AbdullahSCL.pdf http://www.teachersrock.net/pdkt.htm http://zaifbio.wordpress.com/2010/01/14/konsep-dasar-strategi-pembelajaran-3/

13

Anda mungkin juga menyukai