Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

KERTAS KERJA

KEM MOTIVASI ATLET OLAHRAGA SSBJ

TARIKH : 27 HINGGA 30 November 2012

TEMPAT : KEM ASAHAN, MELAKA

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT HEM UNIT SUKAN UNIT KO KURIKULUM SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

1.0

PENGENALAN

Motivasi, teknik belajar dan komunikasi adalah elemen yang penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu perubahan dalam diri dengan lebih sempurna lagi terutamanya di dalam pelajaran. Bagi seseorang pelajar, motivasi adalah amat penting untuk mereka mengenali, menganalisis kekuatan dan potensi diri mereka sekali gus membolehkan mereka untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik dan sukan.

Kursus ini adalah satu pendekatan yang difikirkan berkesan dalam menyampaikan input-input yang bermakna kepada atlet-atlet pelajar bolasepak supaya mereka dapat mengimbangi pencapaian dalam bidang akademik dengan lebih baik. Dengan pendedahan dalam kursus yang diberikan, diharap pelajar akan dapat mengetengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri. Dalam kursus ini juga pelajar berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran, idea dan berkongsi pengalaman bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang ditanggung.

Selain dari itu mereka juga dapat menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dan dalam hal-hal yang berkaitan peranan dan tanggungjawab masing-masing terhadap diri, keluarga, agama, dan bangsa. Ini akan dapat menjamin terbentuknya suasana sekolah yang harmoni, dan akhirnya akan menghasilkan kecemerlangan sekolah dalam semua bidang yang pelajar-pelajar ceburi. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, agama, bangsa, negara dan keluarga. 2.2 Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama,

bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik. 2.3 Membantu atlet pelajar meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan dalam menentukan matlamat hidup dan proses pembelajaran. 2.4 Membina keyakinan diri kepada atlet pelajar bolasepak bahawa mereka boleh melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan atau capai setakat ini.

3.0

JUSTIFIKASI

Program ini dijalankan bertujuan memberi motivasi dan teknik belajar yang betul kepada atlet pelajar Olahraga SSBJ yang bakal menghadapi pertandingan dalam dan luar negara pada tahun hadapan. Oleh yang demikian persediaan yang rapi adalah kepeluan utama dalam memantapkan jati diri individu tersebut.

4.0

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh Tempat Program

: 27 Hingga 30 November 2012 : Kem Asahan, Melaka

5.0

KUMPULAN SASARAN/ PESERTA Semua atlet pelajar olahraga SSBJ.

6.0

PROGRAM TENTATIF (Rujuk Lampiran)

7.0

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS PENASIHAT : Chin Leng Sim @ Marina Chin (Pengetua SSBJ) PENGERUSI : En. Suhaimi Sun Abdullah (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SSBJ) TIM. PENGERUSI : En. Kon Chen Choong (Penolong Kanan Sukan SSBJ) NAIB PENGERUSI I : En. Huszaidi B Hussin (Penolong Kanan Kokurikulum SSBJ) PENYELARAS : En. Ahmad Fikri bin Mohd Zainuddin (Guru Bimbingan Dan Kaunseling SSBJ) AJK KEM : JURULATIH OLAHRAGA SSBJ

8.0

ANGGARAN KEWANGAN : OS 42000 RM 12,000.00 RM 1,200.00 RM 2,500.00

Sumber Kewangan

Pakej Makan dan penginapan(chalet) RM40.00 x 100 orang x 3 hari Sewaan Dewan dan PA Sistem Lori dan Kayak RM 400.00 x 3 hari

Keselamatan (Bomba) JUMLAH

RM 2,000.00 RM 17,700.00

BAHAGIAN B Sewaan Pengangkutan, Peralatan, Bahan, Aktiviti, Jurulatih dan Penceramah Aktiviti Outdoor a. Leadership, Survival dan Team Spirit i. Jungle trekking RM30.00 x 100 orang ii. Map Reading RM20.00 x 100 orang iii. Water Confidence RM20.00 x 100 orang iv. Canoeing (XPDC) RM50.00 x 100 orang v. Treasure Hunt RM30.00 x 100 orang Mental development a. Decision Making (Individu) i. Kawad kaki RM10.00 x 100 orang ii. Belacan vs Belacak RM10.00 x 100 orang b. Decision Making (kumpulan) i. Night Walk Gerilla Attack c. Public Speaking i. Huruf dan Angka ii. Court Marshall d. Patrotism i. Fire Football e. Santapan Minda i. Mind Border JUMLAH B JUMLAH KESELURUHAN A + B

RM 3,000.00 RM 2,000.00 RM 2,000.00 RM 5,000.00 RM 3,000.00

RM 1,000.00 RM 1,000.00

RM30.00 x 100 orang

RM 3,000.00

RM10.00 x 100 orang RM10.00 x 100 orang

RM 1,000.00 RM 1,000.00

RM30.00 x 100 orang

RM 3,000.00

RM30.00 x 100 orang

RM 3,000.00 RM28,000.00 RM45,700.00

PENUTUP Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan jutaan terima kasih diucapkan kerana telah membantu melancarkan lagi perjalanan program ini.

Disediakan oleh :

............................................. (AHMAD FIKRI BIN MOHD ZANINUDDIN) Penyelaras Kem Motivasi Atlet Olahraga SSBJ Sekolah Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur

Disahkan oleh :

............................................. (SUHAIMI SUN ABDULLAH) Penolong Kanan HEM Sekolah Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur

Diperakukan oleh : ............................................ (DATUK CHIN LENG SIM @ MARINA CHIN) Pengetua, Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kuala Lumpur