Anda di halaman 1dari 10

BLOK KIRA SAYA (BoKiYa) MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH LINGKUNGAN 10 DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi


farahtarmizi28@yahoo.com

Zainal Abidin Bin Nasir


jenalabidinnasir@ipda.edu.my

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran operasi tambah lingkungan 10 dalam kalangan murid pemulihan menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa). Kajian ini dilaksanakan selama empat minggu dan intervensi dijalankan sebanyak tiga kali. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun 2 di sebuah sekolah daerah Kubang Pasu. Responden dikenal pasti mengalami masalah dalam operasi tambah lingkungan 10 berdasarkan pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, keputusan ujian diagnostik dan lembaran kerja serta hasil temu bual bersama guru pemulihan dan guru Matematik Tahun 2. BoKiYa diadaptasi dari Cuisenaire rods dan jalur nombor yang menitikberatkan konsep penyatuan, pengalaman konkrit, bahan konkrit, kaedah hands-on, kaedah multisensori dan belajar sambil bermain. Terdapat tiga aktiviti dijalankan ketika langkah-langkah pelaksanaan intervensi iaitu Mari Menyusun Blok Kira, Putaran Roda Pelangi dan Persatuan Blok Pelangi. Dapatan kajian dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Hasil analisis data menunjukkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 meningkat dengan kadar yang signifikan bagi kedua-dua responden. Ini menunjukkan BoKiYa berkesan bagi meningkatkan kemahiran responden menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penambahan merupakan operasi nombor asas yang menjadi permasalahan bagi kalangan murid pemulihan. Menurut Zainal dan Suhaila (2010), murid-murid pemulihan sukar mengenal nombor dan simbol-simbol dalam Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Penemuan kepada masalah ini bermula apabila saya menjalankan ujian diagnostik Matematik kepada murid-murid pemulihan. Saya menyedari bahawa ada dalam kalangan murid-murid pemulihan yang masih belum menguasai kemahiran tambah lingkungan 10. Saya telah memberikan lembaran kerja melibatkan operasi tambah lingkungan 10 kepada responden. Setelah diajar mengira menggunakan jari, responden masih tidak memahami konsep penambahan dengan jelas dan responden tidak mahu melengkapkan lembaran kerja yang diberi. Sehubungan itu, saya telah menerapkan penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk bahan konkrit semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang melibatkan kemahiran operasi tambah lingkungan 10. Piaget (1953) menyatakan bahawa kanak-kanak di sekolah rendah memerlukan pengalaman konkrit semasa peringkat permulaan untuk membantu mereka mempelajari dan memahami konsep operasi asas Matematik dengan lebih mudah. Saya memperkenalkan konsep operasi tambah menggunakan batang ais krim, guli dan straw sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Responden saya tetap memberikan tindak balas yang sama walaupun menggunakan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Saya tersedar bahawa saya telah mengabaikan proses penyatuan dua kumpulan yang merupakan konsep penting dalam operasi tambah dan ini menyebabkan responden saya tidak memahami apa yang saya sampaikan. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah (2009), pembelajaran bermakna tidak boleh berlaku sekiranya murid-murid tidak memahami konsep. Akibat daripada masalah di atas, saya menghadapi kesukaran untuk meneruskan pengajaran ke kemahiran yang lain. Masalah ini membuatkan saya memikirkan intervensi yang sesuai untuk dilaksanakan ke atas responden agar responden dapat menambah dalam lingkungan 10 dengan baik. 1

2.0

FOKUS KAJIAN

Konsep operasi tambah perlu diberi perhatian kerana operasi ini merupkan asas kepada operasi asas nombor yang lain. Pendedahan konsep operasi tambah perlu dititikberatkan pada permulaan pengajaran Matematik yang abstrak (Henry, 2004). Saya dapati responden tidak memahami konsep tambah walaupun saya telah mendemonstrasikan cara untuk melakukan penambahan dalam lingkungan 10 dengan menggunakan bahan konkrit. Kesilapan murid berlaku disebabkan oleh kesalahan saya yang tidak menunjukkan proses penyatuan dua kumpulan semasa menerangkan konsep operasi tambah. Menurut Dienes (1960), murid boleh belajar konsep Matematik dengan mudah jika menggunakan bahan konkrit dalam P&P. Justeru itu, pemilihan fokus kajian ini berdasarkan penilaian dari segi kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaboratif dan kerelevenan kepada pihak sekolah. Saya juga telah mengubahsuai amalan P&P menggunakan bahan konkrit yang diubahsuai dari Cuisenaire rods dan jalur nombor yang dinamankan BoKiYa untuk meningkatkan penguasaan responden dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Menurut Cuisenaire (1952, seperti yang dinyatakan oleh Irons, 1980), Beliau membuktikan bahawa penggunaan Cuisenaire rods telah berjaya membina konsep operasi tambah dalam kalangan murid di sekolah rendah. Manakala menurut Bahagian Pendidikan Guru (2000), jalur nombor merupakan salah satu bahan bantu mengajar berbentuk konkrit yang dicipta dalam Projek Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik yang dijalankan selama lima tahun iaitu dari tahun 1992 hingga 1996. Unsur belajar sambil bermain atau pun didik hibur turut diterapkan dalam intervensi ini. Morrison (1998) pula menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. BoKiYa terdiri daripada Blok Kira, Blok Pelangi, rak pengiraan dan Roda Pelangi. Blok Kira terdiri daripada blok yang sama saiz dan dilabelkan dengan nombor 1 hingga 10. Blok Kira tidak dibalut dengan bahan lain dan tekstur kayu Blok Kira dibiarkan begitu sahaja. Blok Pelangi pula terdiri daripada 9 blok warna yang dipilih sendiri oleh saya dan dibalut dengan kain felt. Saya telah menyediakan 3 set blok bagi setiap warna Blok Pelangi dan setiap Blok Pelangi dilabelkan dengan nombor 1 hingga 10 mengikut warna Blok Pelangi yang ditetapkan. Selain itu, rak BoKiYa disediakan untuk melakukan pengiraan di atasnya. Roda Pelangi merupakan adaptasi dari permainan Roda Impian. Roda Pelangi terdiri daripada 4 warna iaitu warna jingga, hijau, merah jambu dan merah hati. Sampul soalan berwarna berisi kad soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dilekatkan di Roda Pelangi.

Rajah 1: Blok Kira, Blok Pelangi, rak BoKiYa dan Roda Pelangi 3.0 3.1 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan, untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan menyelesaikan operasi tambah lingkungan 10 dengan menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa). 3.2 Soalan Kajian

Adakah Blok Kira Saya (BoKiYa) dapat meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam menyelesaikan operasi tambah lingkungan 10?

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini melibatkan dua orang responden murid pemulihan Tahun 2. Responden ini dipilih untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Responden A lahir di dalam keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana ibunya mengalamai masalah pekak dan bisu. Ini menyebabkan responden A sukar untuk memulakan percakapan dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik kerana kurang keyakinan diri serta tidak dilatih di rumah. Selain itu, responden A juga tidak dapat memproses arahan dengan baik kerana dia seringkali membuat kesalahan dan tidak menepati kehendak arahan saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tambahan pula, responden A juga lebih suka dibimbing secara individu dan dia boleh melakukan lembaran kerja dengan baik jika dibimbing secara individu. Responden B merupakan murid yang aktif dan suka bertanya. Tetapi sikapnya yang suka bertanya menyukarkan saya menerapkan sikap berdikari di dalam dirinya. Tambahan pula, responden B cepat merasa jemu dan bosan jika guru menyuruhnya membuat lembaran kerja Matematik atau mata pelajaran yang lain. Pada setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, responden B tidak pernah meyempurnakan lembaran kerja yang diberikan oleh saya malahan responden B tidak mahu melakukan lembaran kerja jika tidak dibantu oleh saya. Ini jelas menunjukkan responden B inginkan perhatian daripada orang sekeliling. Di samping itu, responden B tidak dapat memberikan tumpuan dalam jangka masa yang lama. Hal ini menyebabkan responden B suka termenung dan tidak dapat memproses arahan dengan cekap. 5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Saya telah menjalankan tiga aktiviti iaitu Mari Menyusun Blok Kira, Putarkan Roda Pelangi dan Persatuan Blok Pelangi menggunakan BoKiYa dalam membantu kedua-dua respondan saya meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran Matematik iaitu dari mudah ke sukar. 5.1 Mari Menyusun Blok Kira

Melalui aktiviti ini, setiap responden telah diminta menyatakan nilai-nilai nombor yang terdapat pada Blok Kira terlebih dahulu. Terdapat 10 Blok Kira yang sudah dilabelkan dengan nilai nombor 1 hingga 10. Kemudian, saya telah meminta responden menyusun Blok Kira mengikut turutan menaik iaitu dari nombor kecil diikuti nombor besar dan seterusnya. Blok Kira hendaklah disusun pada rak Blok Kira Saya yang telah disediakan.

10

Rajah 2: Aktiviti 1 Mari Menyusun Blok Kira 5.2 Putaran Roda Pelangi

Responden diminta untuk memutarkan Roda Pelangi mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh saya. Untuk menentukan giliran, saya telah meminta setiap responden melambung dadu. Responden yang telah mendapat nilai dadu yang lebih besar akan memutarkan Roda Pelangi terlebih dahulu. Ini untuk memastikan responden tidak berebut menggunakan Roda Pelangi. Setelah Roda Pelangi diputarkan, responden telah diminta mengambil Kad Pelangi berdasarkan warna Roda Pelangi yang ditunjukkan anak panah. Responden diminta membacakan kad soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 yang telah dipilih dalam bentuk ayat Matematik kepada saya. Contohnya 4 + 2 =. Responden diminta menyalin soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 tersebut pada buku latihan yang telah disediakan. Kemudian, responden diminta menyelesaikan soalan tersebut menggunakan BoKiYa. Blok Pelangi berwarna ungu mewakili nilai nombor 4 manakala Blok Pelangi berwarna merah mewakili nombor 2. Kedua-dua Blok Pelangi hendaklah disatukan dan diletakkan di 3

atas susunan Blok Kira pada rak BoKiYa. Responden telah diminta menyatakan jawapan dengan melihat persamaan panjang antara Blok Kira dan kedua-dua Blok Pelangi yang telah disatukan. Jawapan bagi soalan 4 + 2 = 6. Responden telah diminta menulis jawapan pada buku latihan yang telah disediakan tadi. Responden diminta mengulangi langkah-langkah aktiviti dua sekurangkurangnya lima kali secara bergilir-gilir.

4+2=

4 1 2 3 4 5

2 6 7 8 9 10

Rajah 3: Aktiviti 2 Putaran Roda Pelangi

5.3

Persatuan Blok Pelangi

Responden diminta menyatukan dua Blok Pelangi untuk menghasilkan jawapan yang sama bagi setiap soalan yang diselesaikan pada aktiviti dua. Responden telah diminta menyatukan dua Blok Pelangi pada tempat yang disediakan untuk menyemak persamaan panjang antara Blok Kira, penyatuan blok pelangi semasa aktiviti kedua dan penyatuan blok pelangi semasa aktiviti ketiga. Responden hendaklah menyatukan dua Blok Pelangi dan letakkan di atas hasil penyatuan Blok Pelangi pada aktiviti 2 tadi. Jika tidak sama panjang, Responden hendaklah mengeluarkan semula Blok Pelangi tersebut dan cuba menyatukan dengan Blok Pelangi yang lain sehingga sama panjang dengan Blok Kira dan Blok Pelangi aktiviti 2.

3 4 1 2 3 4

3 2 5 6 7 8 9 10

Rajah 4: Aktiviti 3 Persatuan Blok Pelangi Kemudian, responden telah diminta menulis ayat Matematik operasi tambah dalam lingkungan 10 beserta jawapan di buku latihan berdasarkan Blok Pelangi yang disatukan tadi. Soalan dan jawapan bagi penyatuan Blok Pelangi aktiviti 3 ini hendaklah ditulis bersebelahan soalan dan jawapan bagi penyatuan Blok Pelangi aktiviti 2 seperti. Melalui cara ini, responden dapat melihat persamaan jawapan bagi dua soalan yang berbeza-beza. Responden juga turut diminta melengkapkan lembaran kerja yang diberi menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa). Lembaran kerja yang diberi mengandungi 10 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10.

6.0 6.1

DAPATAN KAJIAN Dapatan Analisis Pemerhatian

Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan pemerhatian berstruktur dan menggunakan Skala Guttman terhadap tingkah laku responden semasa menggunakan Blok Kira Saya yang saya sediakan. Terdapat 11 item yang diperhatikan berdasarkan kefahaman responden menggunakan BoKiYa. Saya telah menjalankan tiga sesi pemerhatian sewaktu pelaksanaan kajian dijalankan. Jadual 1 menunjukkan tingkah laku responden ketika menggunakan BoKiYa. Jadual 1 : Instrumen Senarai Semak Pemerhatian Responden A dan B Aktiviti 1: Mari Menyusun Blok Kira Blok Kira Responden A Responden B Interaksi Bil. Item Responden dapat: 1. Menyatakan nilai nombor bagi setiap Blok Kira dengan betul. 2. Menyusun Blok Kira secara menaik dengan betul. Skor Aktiviti 2: Putaran Roda Pelangi Bil. Item Responden dapat: 1. Menyatakan warna bagi setiap Blok Pelangi dengan betul. 2. Menyatakan nilai nombor bagi setiap Blok Pelangi dengan betul. 3. Menyatakan warna Kad Pelangi yang dipilih dengan betul. 4. Membacakan sekurang-kurangnya 5 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dalam bentuk ayat pada Kad Pelangi yang dipilih dengan betul. 5. Menyalin kembali sekurang-kurangnya 5 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 pada Kad Pelangi yang dipilih di dalam buku latihan dengan betul. 6. Menyelesaikan sekurang-kurangnya 5 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 pada Kad Pelangi yang dipilih dengan betul. Skor Aktiviti 3: Persatuan Blok Pelangi Bil. Item Responden dapat: 1. Menyatukan sekurang-kurangnya 5 set Blok Pelangi untuk menghasilkan jawapan yang sama bagi setiap Kad Pelangi yang dipilih pada aktiviti 2 dengan betul. 2. Menyalin kembali sekurang-kurangnya 5 ayat Matematik operasi tambah dalam lingkungan 10 beserta jawapan di dalam buku latihan berdasarkan Blok Pelangi yang disusun dengan betul. 3. Menyelesaikan sekurang-kurangnya 5 soalan lembaran kerja bagi kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 dengan betul. Skor Jumlah Skor 1 0 1 2 2 2 3 2 3 1 2 1 2 2 2 3 2 3

0 1

4 2

6 3

3 1

5 2

6 3

0 0

2 8

3 11

0 5

3 10

11 11

Hasil catatan Instrumen Senarai Semak Pemerhatian bagi kedua-dua responden dirangkumkan dan dijadikan dalam bentuk graf. Rajah 12 di bawah menunjukkan Graf Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden A dan Responden B. Skor responden A dan responden B dijumlahkan dari setiap aktiviti 1, 2 dan 3 dan dijadikan rujukan peningkatan skor pemerhatian.
11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Responden A Responden B

Jumlah Skor

Sesi 1 0 5

Sesi 2 8 10

Sesi 3 11 11

Rajah 5: Graf Peningkatan Jumlah Skor Pemerhatian Responden A dan Responden B Pada sesi 1, responden A menunjukkan jumlah skor yang amat lemah di mana responden A tidak dapat melaksanakan mana-mana item yang diperhatikan. Peningkatan jumlah skor bagi sesi 2 iaitu dari 0 ke 8 menunjukkan responden A dapat memahami pelaksanaan penggunaan intervensi Blok Kira Saya (BoKiYa). Seterusnya, responden A dapat melaksanakan kesemua item-item yang diperhatikan bagi sesi 3 di mana responden A mendapat jumlah skor sebanyak 11. Bagi responden B pula, peningkatan jumlah skor turut berlaku pada setiap sesi pemerhatian dijalankan. Pada sesi 1, responden B berupaya mendapat 5 bagi jumlah skor dan seterusnya meningkat pada 8 pada sesi 2. Pada sesi 3 pula, responden B mendapat jumlah skor sebanyak 11. Kedua-dua responden menunjukkan peningkatan yang ketara bagi jumlah skor untuk Instrumen Senarai Semak Pemerhatian. Apabila kedua-dua responden semakin memahami langkah pelaksanaan intervensi Blok Kira Saya (BoKiYa), Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Pemerhatian dapat memperlihatkan pencapaian objektif kajian iaitu meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dan soalan kajian juga dapat dijawab iaitu Blok Kira Saya (BoKiYa) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. 6.2 Dapatan Analisis Dokumen

Analisis dokumen digunakan untuk menilai prestasi responden dalam penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 selepas melaksanakan intervensi Blok Kira Saya (BoKiYa). Dapatan analisis dokumen dianalisa berdasarkan Instrumen Lembaran Kerja (LK). Sebelum melaksanakan intervensi pada kedua-dua responden, saya telah memberikan Lembaran Kerja 1 (LK 1) pada responden Lembaran Kerja 1 (LK 1) yang diberikan mengandungi 10 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Setelah melaksanakan ketiga-tiga aktiviti dalam kajian saya, saya telah mentadbir lembaran kerja terhadap responden saya sebanyak dua kali. Soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) digubal seperti soalan yang disediakan dalam Lembaran Kerja 1 (LK 1). Responden menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dengan menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa). Untuk menguji ketekalan responden saya dalam melaksanakan lembaran kerja, saya telah melaksanakan Lembaran Kerja 3 (LK 3) pada minggu berikutnya tanpa bantuan Blok Kira Saya (BoKiYa) (Lampiran F). Soalan-soalan Lembaran Kerja 3 (LK 3) adalah sama seperti soalan dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) tetapi saya telah menukar urutan nombor soalan. 6

10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Responden A Responden B

Skor

LK 1 1 3

LK 2 8 10

LK 3 9 9

Rajah 6: Graf Peningkatan Skor Lembaran Kerja (LK) Responden A dan B Rajah 6 menunjukkan peningkatan skor lembaran kerja kedua-dua responden telah meningkat selepas menggunakan BoKiYa. Sekurang-kurangnya 8 daripada 10 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dijawab dengan betul oleh responden A dan B dalam Lembaran Kerja 2 (LK 2) dan Lembaran Kerja 3 (LK 3). Hal ini membuktikan bahawa mereka telah memahami konsep penambahan setelah melaksanakan intervensi ini. Walaupun tanpa penggunaan BoKiYa, responden saya berupaya menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 dengan betul di mana responden A dan responden B berjaya menjawab 9 soalan dengan betul dalam Lembaran Kerja 3 (LK 3). Perkara ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi responden A dan B walaupun tidak menggunakan bahan konkrit semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan analisis dokumen yang diperolehi dapat mencapai objektif kajian iaitu meningkatkan kemahiran operasi dalam lingkungan 10 menggunakan BoKiYa dan dapat menjawab soalan kajian iaitu BoKiYa dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi kalangan murid pemulihan. 6.3 Dapatan Temu Bual

Penggunaan temu bual secara berstruktur direkod menggunakan Instrumen Senarai Semak Temu Bual yang telah disediakan terlebih dahulu item-itemnya. Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini adalah berdasarkan Instrumen Senarai Semak Skala Guttman. Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan temu bual yang dicatat dalam Instrumen Senarai Semak Temu Bual. Berdasarkan hasil dapatan Instrumen Senarai Semak Temu Bual ini menunjukkan responden A dan responden B masing-masing memberikan tindak balas yang positif bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan BoKiYa. Mereka lebih memahami konsep penambahan atau penyatuan yang cuba diketengahkan melalui intervensi yang dijalankan. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa penggunaan BoKiYa dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Di samping itu, saya juga menjalankan temu bual dengan menguji kefahaman responden menggunakan BoKiYa. Responden A dan responden B dapat menyatakan kesemua nilai nombor yang terdapat pada Blok Kira dengan betul malahan kedua-dua mereka dapat menyusun Blok Kira secara menaik dengan betul. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan kesemua warna Blok Pelangi dengan betul. Ini menunjukkan responden A dan responden B memahami dan mengingati setiap fungsi-fungsi yang terdapat pada BoKiYa. Tambahan pula, saya turut menjalankan temu bual yang berkisarkan bagaimana menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 dengan menggunakan BoKiYa. Terdapat lima soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 yang diuji dan responden dikehendaki menunjukkan cara mendapatkan jawapan bagi kesemua soalan menggunakan BoKiYa. Hasil dapatan analisis Instrumen Senarai Semak Temu Bual menunjukkan responden A dapat 7

menjawab 4 daripada 5 soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 menggunakan BoKiYa dengan betul manakala responden B dapat menjawab kesemua soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 menggunakan BoKiYa dengan betul. Jadual 2 dapat menunjukkan peningkatan prestasi responden bagi kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Justeru itu, objektif kajian ini iaitu meningkatkan kemahiran operasi dalam lingkungan 10 menggunakan BoKiYa dapat dicapai dan soalan kajian ini dapat dijawab iaitu BoKiYa dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi kalangan murid pemulihan. Jadual 2 : Instrumen Senarai Semak Temu Bual Pendapat Responden Bil. Adakah: 1. 2. 3. Item Anda faham cara cikgu mengajar operasi tambah dalam lingkungan 10 menggunakan Blok Kira Saya? Blok Kira Saya (BoKiYa) membantu anda belajar operasi tambah dalam lingkungan 10? Blok Kira Saya (BoKiYa) dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. Pencapaian Responden Item Nyatakan nilai nombor kesemua Blok Kira dengan betul. Susunkan Blok Kira mengikut turutan secara menaik dengan betul. Nyatakan warna Blok Pelangi dengan betul. Selesaikan soalan 1+2= menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan betul. Selesaikan soalan 3+4= menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan betul. Selesaikan soalan 5+5= menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan betul. Selesaikan soalan 7+2= menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan betul. Selesaikan soalan 8+1= menggunakan Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan betul. Responden A B

Bil. Bolehkah anda: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Responden A B

7.0

PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Penggunaan BoKiYa ternyata berkesan dan bertepatan dengan saranan Zainal dan Suhaila (2010) yang menyatakan bahan konkrit hendaklah digunakan pada peringkat permulaan dalam pengajaran konsep asas Matematik kerana murid pemulihan akan berpendapat Matematik adalah subjek yang sukar. Aktiviti permainan Roda Pelangi turut menyumbang kepada keberkesanan intervensi yang dijalankan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa murid yang belajar melalui pengalaman konkrit dalam situasi-situasi bermain seolah-olah mempunyai asas yang lebih kukuh dalam konsep nombor dan seterusnya membantu mereka dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 seperti yang dinyatakan oleh Marshall dan Swan (2007). BoKiYa merupakan inovasi saya yang diubahsuai dari alat Cuisenaire rods dan jalur nombor. Berdasarkan kajian Hattfield (1994) menyatakan Cuisenaire rods dapat meningkatkan tahap kebolehan dan kecekapan murid sekolah rendah. Responden menunjukkan peningkatan bukan sahaja dari segi kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10 malahan turut 8

meningkatkan kecekapan responden saya dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh responden adalah di luar jangkaan saya. Saya tidak menyangka responden saya berupaya menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 walaupun tanpa bantuan dari BoKiYa terutamanya responden A yang menunjukkan sifat kurang yakin sebelum intervensi ini dijalankan. Ini menunjukkan mereka sudah mahir dan berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. Tambahan pula, saya turut menjalankan pelaksanaan langkah-langkah intervensi menggunakan prinsip pengajaran Matematik iaitu dari mudah ke sukar. Saya mendapati apabila responden didedahkan dengan kemahiran asas mengenal dan mengira nombor terlebih dahulu, responden lebih faham dan secara tidak langsung mengukuhkan kefahaman serta ingatan responden bagi kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10. mereka telah berjaya membina empat teorem pembelajaran Matematik (Mok Soon Sang, 1996). Menerusi kajian tersebut, teorem tatanda merupakan salah satu teorem pembelajaran Matematik iaitu tatatanda Matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan, responden saya menunjukkan minat yang mendalam untuk menggunakan BoKiYa yang diperkenalkan pada mereka. Responden saya kelihatan teruja dan ingin tahu kegunaan BoKiYa apabila saya menunjukkan BoKiYa kepada mereka. Intervensi BoKiYa menyediakan responden saya dengan pengalaman menggunakan bahan konkrit dan aktiviti hands-on serta belajar sambil bermain sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Responden diberi peluang menyusun Blok Kira dari nombor 1 hingga 10 mengikut turutan. Responden juga berpeluang bermain dengan memusingkan Roda Pelangi dan memilih Kad Pelangi berdasarkan warna roda berhenti. Responden diminta menyusun blok warna berdasarkan kad soalan. Penggabungan pelbagai unsur pengajaran dan pembelajaran dalam intervensi telah menjadikan BoKiYa sebagai satu intervensi untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. Namun begitu, semasa intervensi dijalankan, saya mendapati responden mudah jemu dan letih apabila mereka perlu menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10 sebanyak 10 item. Penerapan peneguhan positif seperti pujian dan kata-kata galakan membantu saya meyakinkan responden untuk menyempurnakan lembaran kerja. Selain itu, saya turut menjalankan sistem token di mana responden mendapat token bagi setiap jawapan atau perlakuan positif yang dilakukan oleh responden. Responden boleh menukar token yang dikumpulkan dengan ganjaran yang ditetapkan oleh saya. Menurut B.F. Skinner (1953) menyatakan bahawa peneguhan positif ialah pembentukan tingkah laku di mana ia lebih efektif untuk perubahan dan pengekalan tingkah laku. Melalui cara ini, saya dapati responden lebih fokus dan cuba menyempurnakan lembaran kerja sebaik mungkin. Di samping itu, saya perlu memperbaiki ukuran bagi setiap Blok Kira dan Blok Pelangi supaya responden mudah mendapatkan jawapan yang tepat. Saya mendapati Blok Kira dan Blok Pelangi tidak mempunyai ukuran yang sama saiz yang telah ditetapkan oleh saya. Ini disebabkan kekangan masa dan juga peralatan yang diperlukan untuk memotong kayu. Tambahan pula, pembinaan BoKiYa yang diperbuat dari kayu agak merumitkan dan memakan masa yang lama. Walaupun begitu, pengalaman menghasilkan sendiri BoKiYa merupakan perkara yang paling berharga dan saya amat berbangga dengan hasil usaha saya sendiri. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan penghasilan BoKiYa yang dapat meningkatkan pencapaian responden dalam kemahiran menyelesaikan operasi tambah dalam lingkungan 10. Tambahan pula, responden turut menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku yang positif di mana responden lebih yakin dan cekap menyelesaikan soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Hasil kajian saya jelas menunjukkan perubahan kepada kedua-dua orang responden saya tinggi nilainya selepas menggunakan BoKiYa.

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian yang seterusnya, saya mengharapkan intervensi ini dapat diaplikasikan dan digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah lain dalam meningkatkan operasi tambah dalam lingkungan 10 khususnya bagi kalangan murid pemulihan. Selain itu, saya juga ingin menambahbaik dari segi kualiti intervensi Blok Kira Saya (BoKiYa) dengan menggunakan bahan yang lebih ringan dan mudah didapati serta ukuran yang lebih tepat seperti permainan lego. Selain itu, saya juga ingin memperbanyakkan aktiviti-aktiviti permainan serta memasukkan unsur penceritaan bagi langkah-langkah pelaksanaan intervensi yang dijalankan. Unsur penceritaan akan menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid-murid pemulihan dan secara tidak langsung mereka akan cuba menyelesaikan soalan-soalan yang diberi untuk mengetahui sambungan cerita yang selanjutnya. Kajian tindakan seterusnya boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran operasi-operasi asas yang lain seperti tolak, darab dan bahagi. BoKiYa turut boleh digunakan untuk mengajar muridmurid tajuk Pecahan dan sebagainya kerana BoKiYa berdasarkan konsep jalur nombor. Penggunaan Blok Pelangi yang pelbagai warna boleh membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan. Saya juga ingin mengubahsuai intervensi BoKiYa dan jadikan dalam bentuk interaktif selaras dengan kehendak globalisasi yang mementingkan pengunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, saya berharap agar kajian tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja malahan akan diperkenalkan di peringkat antarabangsa. 9.0 SENARAI RUJUKAN

B. F Skinner (1938). The behavior of organisms: an experimental analysis. England: Appleton Century Bahagian Pendidikan Guru (2000). Buku panduan pembinaan sumber pengajaran pembelajaran Matematik sekolah rendah: Nombor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Booker, Irons & Jones (1980). Fostering arithmetic in the primaly school. Canberra: Curriculum Development Centre. Hatfield, M.J. (1994). Use of manipulative devices: Elementary school cooperating teachers selfreporting. School science and Mathematics, 94(6), 303 309. Jean Piaget (1997). The origin of intelligence in the child. New York. Routledge Keith Morrison (1998). Management theories for educational change. California: Sage Publications Inc. Mok Soon Sang (1996). Siri pendidikan perguruan: Pengajian Matematik untuk diploma perguruan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Montessori, M. (1963). Education for new world. Aydar, Madras, India: Kalakshetra. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Swan, P., Marshall, L., de Jong, T., Mildenhall, P., & White, G. (2007). Are manipulatives being used in schools? If so, how? If not, why not? Proceedings of the Australian Association for Research in Education. Fremantle: AARE. Z. P. Dienes (1964). Building up Mathematics. London: Hutchinson Educational Ltd. Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010). Pendidikan disleksia. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 10