Anda di halaman 1dari 11

KAEDAH PANDANG SEBUT

Pendekatan ini dikenali juga


sebagai

Pendekatan Seluruh Perkataan

whole language word to sound: Look-and-say (Pandang dan sebut)

Fasa 1 Memperkenalkan Perkataan


Lima alternatif untuk memilih perkataan: 1. Guru menyuruh murid menamakan bendabenda yang terdapat dalam bilik darjah, seperti meja kerusi papan tulis pintu. 2. Memulakan dengan gambar . Murid melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya kucing lembu,pokok,

3. Mula dengan membaca cerita kepada kanak-kanak, kemudian pilih perkataan untuk diajar; (Big Book) Marie Clay, New Zealand method) 4. Murid bercerita. Guru menulis cerita yang diceritakan secara lisan oleh seseorang murid. Kemudian guru mengguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid mengeja dan membacanya. 5. Mengguna tema: contoh - buah-buahan. Guru bincang dan mengajar murid membaca dan mengeja perkataan seperti betik durian.

Fasa 2 Mencerakinkan Perkataan


Guru menulis perkataan yang dipilih di papan
tulis. Contohnya perkataan meja. Murid membaca bersama guru. Guru mencerakin perkataan meja, menjadi suku kata me + ja. Murid baca suku kata itu. Guru mencerakin lagi menjadi huruf yang terpisah-pisah: m + e + j + a. Murid mengeja. Murid menyalin perkataan dan huruf.

Fasa 3 Proses Mengulang


1. Perkataan baharu diperkenalkan, contohnya cawan . Murid ikut guru menyebutcawan

2. Guru mencerakin perkataan cawan


menjadi suku kata ca + wan

3. Guru mencerakin lagi menjadi huruf


c+ a+ w+ a+ n. 4.Murid sebut huruf dan salin.

Rumusan

Murid diajar menyebut seluruh

perkataan selepas guru menyebutnya dan menulisnya di papan tulis. Perkataan dicerkinkan menjadi suku kata. Murid membaca suku kata. Perkataan dicerkin menjadi huruf. Murid mengeja dan menulis huruf serta perkataan

Kebaikan
Perkataan yang diperkenalkan bermakna. Mereka memahami apa yang dibaca dan ini akan
dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

Kajian menunjukkan beberapa kelemahan dalam kaedah ini Kanak-kanak cuba mengecam dan membaca perkataan dengan cara meneka dari bentuknya. Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan yang lalu untuk attack membaca perkataan baru, Jadi murid perlu mengecam dan menghafal banyak perkataan sebelum ia boleh membaca sesuatu cerita.

Kelemahan

Penggunaan gambar di atas paling sesuai untuk pengajaran asas membaca dengan menggunakan kaedah (A) abjad (B) fonik (C) sukukata (D) pandang dan sebut

Anda mungkin juga menyukai