Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LENGKAP KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK)

TARIKH LAPORAN NAMA AHLI AHLI,OPSYEN &

: 4 MAC 2013 : BIRO PERSIAPAN TEMPAT : MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID NUR HIDAYAH BINTI ZAKARIA NUR AFIFAH BINTI AHMAD

SEBELUM Pada perjumpaan yang pertama saya dan dua orang lagi rakan telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai biro persiapan tempat. Pada mulanya kami mempunyai masalah untuk diselesaikan kerana faktor kekurangan peralatan congkak serta jumlah perserta yang kurang. Namun alhamdulilah,setelah berbincang dengan Puan Liza Binti Saad,kami telah memutuskan untuk membuka tempat permainan hanya lima sahaja dan tempat yang kami pilih ialah Dewan Indera Kayangan. Hal ini kerana dewan ini mempunyai kelengkapan yang kami inginkan seperti meja,kerusi, serta sistem pengudaran yang baik. Pengerusi bagi projek ini juga telah bersetuju dengan cadangan tempat yang diberikan. SEMASA Biro persiapan tempat berada di tempat karnival seawal jam 7 pagi bagi menyusun dan menyiapkan tempat dengan lebih kemas dan teratur sebelum karnival diajalankan. Kami memastikan setiap tempat dilabelkan bagi memudahkan para urusetia dan peserta mengetahui segala maklumat yang dapat dirujuk. Tempat tempat yang dilabelkan ialah tempat ketua hakim bersama penjaga masa, papan markah, kecemasan bersama urusetia, kawasan pertandingan congkak, stesen 1 hingga 5 dilabelkan untuk para pemain dan untuk penilai serta ruang peserta congkak. Oleh sebab, karnival ini digabungkan sekali dengan permainan batu seremban dan permainan kabadi, biro persiapan tempat perlulah melabelkan tempat bagi memudahkan para peserta dan urusetia tidak keliru dan bercampur aduk. Setelah selesai karnival dijalankan, biro persiapan tempat haruslah mengemas dan membersihkan kawasan karnival pertandingan tersebut

SELEPAS Selepas permainan congkak tamat, kami telah mengemas tempat permainan dengan bantuan rakan-rakan yang lain. Sebelum peralatan seperti meja dan kerusi disimpan, kami telah memastikan kuantiti peralatan yang digunakan adalah mencukupi serta telah disusun dan diletakkan di tempat yang sepatutnya dalam keadaan yang teratur dan kemas. Peralatan seperti congkak dan guli telah kami serahkan kepada biro peralatan. Di samping itu juga, kami telah melakukan pembersihan di kawasan tempat permainan dengan mengutip sampah di sekitarnya.

DISEDIAKAN OLEH

(MUHAMMAD FATHIN BIN HAMID) BIRO PERSIAPAN TEMPAT