Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN Tarikh Hari Masa Tempat : 7, 8, 9 Oktober 2013 : Isnin, selasa, rabu : 8.00 pagi 7.

.00 petang : PDK Semenyih, Kajang

PENGENALAN Aktiviti keceriaan ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk menambahbaik persekitaran dan membantu dalam memberikan keselesaan kepada pelatih PDK dan pekerja PDK. Persekitaran yang bersih dan kondusif akan memberikan keselesaan semua anggota PDK dalam menjalankan rutin harian. Oleh yang demikian kami merasakan bahawa aktiviti keceriaan yang akan dijalankan dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada pelatih dan pekerja PDK Semenyih. OBJEKTIF 1. Merupakan sesuatu aktiviti yang sihat dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat bekerjasama dan tolong menolong serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dan pihak yang terlibat. 2. Memberikan keselesaan dan kecerian kepada warga PDK agar selesa menjalani aktiviti seharian. 3. Memupuk motivasi kanak-kanak OKU untuk hadir ke PDK apabila membina suasana yang bersih, selamat dan ceria. 4. Dapat memupuk nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama, tolong menolong, hormat menghormati di dalam setiap diri peserta yang terlibat dalam aktiviti keceriaan. 5. Dapat membantu golongan OKU menjalani kehidupan seharian mereka seperti anggota masyarakat yang lain dengan menggunakan sepenuhnya potensi pencapaian yang terdapat pada mereka AKTIVITI 7 Oktober 2013

Aktiviti keceriaan telah dimulakan pada 7 Oktober 2013 dengan melibatkan semua ahli kumpulan. Pada hari ini, ahli dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mengemaskn bilik stor dan juga memulakan aktiviti melukis mural. Aktiviti mengemas stor dimulakan dengan mengeluarkan semua barang yang berada di stor tersebut. Setelah bilik stor di kosongkan, kami membersihkan habuk dan sawang di stor tersebut. Setelah dibersihkan, kami menyusun semua peralatan mengikut kumpulan dan disusun mengikut saiz agar kelihatan kemas dan mudah untuk diambil apabila diperlukan. Kerja-kerja menyusun dan mengemas bilik stor tidak dapat disiapkan pada hari ini dan disambung pada keesokan harinya, Aktiviti melukis mural pula bermula di bahagian kanan PDK. Guru pelatih yang terlibat telah membuat lukisan draft dan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan PDK bagi meminta cadangan dan membuat pembetulan sebelum lukisan itu dilukis. Semua aktiviti yang dijalankan hari ini berjalan lancar dan kami berhenti pada jam 6.30 petang. Semua aktiviti yang tidak dapat disiapkan akan disambung pada keesokan harinya,

8 Oktober 2013 Pada hari kedua, kami menyambung semula tugasan yang belum selesai. Kami menyiapkan tugsan seperti melukis mural dan mengemas stor. Pada hari ini mengikut perancangan adalah aktiviti mencuci kolam renang. Oleh itu, ahli yang bertugas untuk mencuci kolam telah membuat persiapan peralatan untuk mencuci kolam. Mencuci kolam ini memerlukan peralatan khas seperti vakum air dan beberapa peralatan lain. Aktiviti mencuci kolam dilakukan pada waktu pagi kerana kolam akan digunakan pada jam 10 pagi untuk aktiviti terapi air yang akan dijalankan oleh pihak PDK. Ahli kumpulan yang lain meneruskan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Kami berhenti rehat pada jam 1.00 tengah hari untuk makan dan solat. Pada sebelah petangnya semua ahli terlibat dengan aktiviti mengecat mural setelah aktiviti mengemas stor selesai. Semua ahli bekerjasama dalam melakukan tugasan mengecat mengikut lakaran yang telah dibuat. Kami menyambung semula tugasan selepas berhenti rehat untuk menunaikan solat dan makan tengah hari. Kami pulang pada jam 6.00 petang setelah semua kerja selesai dilaksanakan. Tetapi lukisan

mural memerlukan sedikit masa lagi untuk disiapkan perlu disambung pada keesokan harinya.

9 Oktober 2013 Pada 9 oktober 2013 kami telah membuat lawatan pada sebelah pagi. Maka kami menyambung aktiviti keceriaan pada sebelah petang. Kami memulakan kerja pada jam 3 petang setelah selesai makan dan menunaikan solat zohor. Pada petang ini kami membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kerja. Pada petang ini, kebanyakkan aktiviti yang dilakukan adalah untuk persiapan majlis penutup yang akan diadakan pada hari khamis 10 oktober 2013. Kami telah bergotong royong untuk mendirikan khemah dan menyusun kerusi untuk majlis penutup. Manakala, Kumpulan yang lain melakukan aktiviti menceriakan bilik snoozelan. Setelah selesai mengemas dan menceriakan bilik tersebut mereka membuat persiapan yang lain untuk majlis penutup. Bagi ahli kumpulan yang lain pula, mereka menyiapkan lukisan mural untuk membuat kemasan terakhir bagi membetulkan kesilapan yang berlaku dan mencuci segala peralatan yang telah digunakan sepanjang aktiviti keceriaan dijalankan. Aktiviti keceriaan siap diselesaikan dengan baik dan mendapat pujian daripada pihak pengurusan PDK. PEMBAHAGIAN TUGASAN

Kumpulan 1: Mural

Kumpulan 2 : Kolam

Kumpulan 3 : Stor

1. Muhammad Faqih Bin 1. Amir Syaiful Azuan Bin 1. Soo Toh Wan Lin Baharudin 2. Siti Nur Atiqah Binti Abu Bakar 3. Nurul Imani Binti Abd Halim 4. Nurul Hidayah Binti Ibrahim Amir Hamzah 2. Hafizuddin Bin Jaafar 2. Qamarul Azizi Bin Abas 3. Nurul Husna Binti Abd Rahman 4. Muhammad Khairul

Amzar Bin Ghazali

KEWANGAN Semasa program dijalankan, perbelanjaan telah dikeluarkan untuk membeli peralatan yang diperlukan seperti berus lukisan, cat plaka dan keperluan lain yang berkaitan. KELEBIHAN Terdapat banyak kelebihan dalam melakukan aktiviti keceriaan ini. Antara kelebihan ini adalah kerjasama yang diberikan oleh semua guru pelatih dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan. Sesuatu aktiviti dapat berjalan lancar apabila mendapat kerjasama daripada semua pihak. Aktiviti keceriaan yang telah dirancang telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, dengan adanya aktiviti keceriaan ini, kami dapat mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih. Dengan adanya aktiviti seperti ini, kami dapat mengurangkan jurang antara guru pelatih dari kumpulan G 6.1 dan kumpulan G 6.2 yang selama ini jarang berhubung. Hubungan yang sudah sedia terjalin akan lebih kukuh. Malahan dengan adanya aktiviti seperti ini, kami dapat membina

perhubungan dengan pihak lain. Kemahiran berhubung ini memerlukan pengalaman dan perlukan latihan. Oleh itu, melalui aktiviti seperti ini kami telah membina hubungan dengan pihak luar bagi menjayakan program ini kerana kami banyak bertanyakan pendapat dan bimbingan daripada pihak yang lebih arif dan berpengetahuan dalam bidang ini. Melalui aktiviti keceriaan dapat mencantikan kawasan PDK Semenyih. Kawasan yang baik dan ceria dapat memberikan tarikan untuk pelatih PDK datang ke PDK Semenyih belajar dan berada di dalam keadaan yang bersih dan kondusif. Kawasan PDk yang bersih dan baik akan memberikan stigma kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa PDK bukanlah sesuatu tempat yang terpinggir dan buruk. KELEMAHAN Aktiviti keceriaan yang telah dijalankan ini turut mempunyai kelemahan yang berlaku sepanjang tempoh menjalankan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Beberapa perkara yang dapat dikenalpasti ialah masa yang agak terhad. Kami menjalankan

aktiviti ini dalam masa yang agak terhad. Semua aktiviti kecerian perlu diselesaikan dalam tempoh 3 hari sahaja. Ini berlaku disebabkan oleh peruntukan masa untuk program lain adalah 2 hari. Akan tetapi semua ini dapat diatasi dengan baik dan berjaya disiapkan walaupun menghadapi beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Seterusnya kelemahan yang berlaku ialah kurangnya kakitangan yang diperlukan dalam melakukan aktiviti keceriaan ini. Perkara seperti ini berlaku kerana bilangan guru pelatih di PDK Semenyih ialah seramai 10 orang sahaja. Namun bilangan ini pula dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Oleh itu, keperluan untuk melakukan sesuatu aktiviti mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Kelemahan yang seterusnya ialah banyak kerja dilakukan di dalam satu masa. Ini menyebabkan guru pelatih kurang memberikan focus terhadap sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh guru pelatih yang mengecat mural perlu membuat aktitivi lain seperti menolong mengangkat barang yang berat di dalam stor. Perkara ini membantutkan proses untuk mengecat mural. Walaubagaimanapun semua ini dapat diatasi dengan baik dan semua ahli memberikan kerjasama dengan baik dalam menjayakan aktiviti keceriaan ini. RUMUSAN Selepas aktiviti keceriaan dijalankan, saya dapati bahawa persekitaran PDK Semenyih bertambah baik. Keadaan ini akan menghasilkan persekitaran yang kondusif dan baik bagi pelatih dan pekerja PDK. Semua guru pelatih memberikan kerjasama dengan begitu baik bagi menyiapkan aktiviti keceriaan yang telah dirancang. Aktiviti keceriaan yang telah dijalankan mendapat pujian daripada pihak PDK Semenyih. Pihak PDK berpuas hati tentang aktiviti yang telah dilakukan bagi menambahbaik persekitaran PDK Semenyih.