Anda di halaman 1dari 3

NUR FARHANA BINTI OMAR PISMP TESL (D) TUGASAN MORAL: 24 JUN 2013 (ISNIN) Ceritakan tentang tokoh

moral keluarga anda (sumbangan pembentukkan moral oleh tokoh moral keluarga) dan model tokoh keluarga. Dalam kehidupan yang penuh dengan kemodenan ini, pasti terdapat pelbagai pihak yang tidak puas hati dengan apa yang diperolehnya yang boleh membawa kepada perlakuan perkara-perkara yang tidak baik. Institusi kekeluargaan yang merupakan ejen sosialisasi yang penting dalam kehidupan seseorang individu perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan isu-isu moral dapat dibendung dengan segera. Hal ini kerana keluarga bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan yang diperlukan oleh anak-anak, malahan mereka juga bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak melalui keteladanan keluarga. Dalam esei ini, saya akan bercerita mengenai tokoh moral keluarga saya dari segi sumbangan beliau dalam membentuk moral dan juga model tokoh keluarga. Moral membawa erti akhlak, budi pekerti, kelakuan, tabiat watak dan perangai. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral ialah ajaran atau pegangan bukan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, akhlak, kewajipan dan lain-lain); yang berkaitan dengan apa yang betul atau adil. Oleh itu, tokoh moral dan juga model tokoh keluarga merupakan individu yang mempunyai ketokohan dalam membentuk keluarganya supaya mempunyai akhlak, budi pekerti, kelakuan dan perangai yang baik. Dalam keluarga saya yang boleh menjadi tokoh moral ialah ayah saya. Hal ini kerana beliaulah yang membentuk keluarga kami untuk menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang negatif. Beliau jugalah yang menjadi role-model dalam keluarga kami. Beliau bertanggungjawab dalam memberikan didikan kepada saya dan juga adikberadik yang lain serta memberikan asuhan moral yang baik. Walaupun beliau juga sibuk dalam urusan kerjanya, namun didikan dan asuhan moral terhadap keluarga tidak pernah diabaikan. Beliau sentiasa mempunyai masa untuk mendidik kami adik beradik

dan sentiasa mempunyai lapangan dalam mengawal serta memberikan pendidikan moral kepada setiap ahli keluarga dalam usaha pembentukan moral. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai faktor yang boleh memincangkan akahlak seseorang individu. Faktor-faktor ini boleh dibahagikan kepada faktor persekitaran dan mungkin juga faktor dari dalam individu itu sendiri. Sebagai tokoh moral dan juga ketua keluarga dalam keluarga saya, ayah saya sentiasa mengawasi supaya kami tidak terlalu terpengaruh dalam unsur-unsur negatif dan tidak baik yang terdapat dalam faktor-faktor tersebut. Sebagai contoh, perkembangan dalam tekonologi merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan moral ahli keluarga. Hal ini disebabkan kerana terdapat banyak bahan-bahan sama ada melalui media elektronik dan juga media cetak yang dapat memuatkan yang boleh merosakkna akhlak. Oleh sebab itu, ayah saya sentiasa memantau bahan-bahan bacaan yang kami dan juga rancangan-rancangan televisyen yang sering kami tontoni. Hal ini bagi memastikan kami tidak terlalu terpengaruh dengan dengan bahan-bahan hiburan yang merosakkan akhlak. Tambahan pula, kami juga diberikan penjelasan mengapa ada sesetengah perkara tidak dapat kami ikuti dan dijadikan amalan dalam kehidupan harian. Kami juga diberikan penjelasan akan akibat yang bakal kami perolehi jika menjadikan perkara-perkara negatif itu sebagai amalan hidup kami. Tambahan pula, beliau sentiasa menggunakan kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dalam menasihati kami adik beradik. Komunikasi yang kurang lancar dapat menimbulkan ketegangan dalam keluarga kami. Oleh itu, ayah saya telah

menggunakan kemahiran komunikasi yang baik bagi mengelakkan kegagalan berkomunikasi yang mungkin akan menyekat pembentukan moral dalam sesebuah keluarga. Ayah saya juga telah menyediakan suasana yang harmonis dalam keluarga kami. Sebagi contoh beliau telah menegur kami jika kami melakukan perbuatan yang kurang baik dengan nada yang sopan dan tudak menggunakan kekerasan. Hal ini dapat merubah diri anak kepada yang lebih baik. Kekerasan hanya akan menyebabkan suasana di rumah tidak aman dan akan menjejaskan ketenteramn jiwa anak-anak. Bukan itu sahaja, ayah saya juga memastikan setiap anaknya mendapat didikan agama yang cukup sejak dari kecil lagi. Beliaulah yang bertanggungjawab menghantar
2

kami untuk pergi mengaji pada setiap hari untuk berguru dengan guru yang lebih pakar. Kami juga dihantar ke sekolah agama dan mendapat didikan secara formal sehingga ke darjah khas. Hal ini bagi memastikan kami mendapat didikan agama yang cukup dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian kami. Secara kesimpulannya, tokoh moral keluarga saya ialah ayah saya yang juga turut dibantu oleh ibu saya. Hal ini bagi memastikan pembentukan moral dapat dilaksanakan dengan jayanya dan keruntuhan moral dapat dielakkan. Gejala keruntuhan moral bukan sahaja meninggalkan kesan negatif kepada diri sendiri malahan juga kepada keluarga. Oleh itu, pembentukan moral dalam sesebuah keluarga adalah sangat penting da setiap ahli keluarga haruslah berganding bahu dan berusah dalam pembentukan moral.

Anda mungkin juga menyukai