Anda di halaman 1dari 5

SK JERANTUT JAYA

27000 JERANTUT,PAHANG

KERTAS KERJA
PROJEK KECEMERLANGAN
KELAB PUSAT
KERTASSUMBER
KERJA &
ASTRO UNTUK MELABEL
PROJEK
NAMA-NAMA
TAMANPOKOK
HERBA
DI TAMAN HERBA
(KHAS)DAN
KAWASAN
PROGRAMSEKOLAH
3K – KEBERSIHAN,
2007
KESIHATAN, KESELAMATAN

2009

Disediakan oleh :
JAWATANKUASA TAMAN HERBA (KHAS)
SK JERANTUT JAYA
27000 JERANTUT,PAHANG
SK JERANTUT JAYA
27000 JERANTUT,PAHANG

PROJEK TAMAN HERBA (KHAS)


PROGRAM 3K

1. PENGENALAN

Projek menanam dan melabel nama nama pokok – pokok di Taman Herba dan
taman-taman di persekitaran sekolah merupakan salah satu projek khas Program 3K
untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Projek ini akan
dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk


menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada
semua.

3. MISI

Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka


mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang
cemerlang.

4. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :


1. Agar suasana sekolah kami kelihatan ceria dan bersih.
2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.
3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.
4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.
5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.


- Mendapatkan dana dan sumbangan daripada pihak penganjur, sekolah, PIBG
dan sebagainya.
- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk
melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman dan proses penanaman .


- Menyediaan tiga petak penanaman padi jenis MR219 dan MR220.

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman mini botanikal kemilau ini tempat idaman setiap murid.
- Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini.
- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan
dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.
- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan
taman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru SK Jerantut Jaya serta
masyarakat sekitar.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:


- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.
- Pembentangan struktur projek
- Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah.
- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.
- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek
- Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di taman herba.
- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di
taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam
Bahasa Malaysia.

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Rodziah bt Mohd Razali, AMP., GURU BESAR

Naib Pengerusi 1 : Rozilah bt Abu Bakar GPK HAL EHWAL MURID

Naib Pengerusi 2 : Mazlan bin Ismail GPK PENTADBIRAN

Naib Pengerusi 3 : Che Aubaidi bin Abdullah GPK KO-KURIKULUM

Setiausaha : Azmi bin Said

AJK : 1. Zahid bin Mohd Halim


2. Rosmawati bt Abd Majid
3. Roslan bin Abd Hamid

8. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk


ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab
dan sasaran projek.
iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .
iv Keberkesanan akan dinilai.

9. SENARAI PROJEK

a) Memperlengkapkan kawasan taman herba


10. KEWANGAN

i. SUMBER KEWANGAN :

BIL. SUMBER NILAI ( RM )


1. Sumbangan / Derma RM 500.00
2. SUWA Sekolah RM 200.00
3. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) RM 500.00
JUMLAH RM1000.00

ii ANGGARAN PERBELANJAAN :

BIL. BAHAN KUANTITI ANGGARAN


1 Bahan-bahan pembinaan
(simen,blok bata, kayu dan RM300.00
sebagainya)
2 Pasu 12 unit x RM 8.00 RM 96.00
3 Batu-bata
4 Baja 5 unit x RM 20.00 RM100.00
5 Mesin pancutan air 1 unit RM400.00
6 Alat pengawal 1 unit RM 104.00
semburan pokok
JUMLAH RM1000.00

9. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di
samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk
memastikan Taman Herba sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan
mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:

…………….......………. ……………................……… …………...........................……

(AZMI BIN SAID) (ROZILAH BT ABU BAKAR) (RODZIAH BT MOHD RAZALI, AMP.)
SETIAUSAHA GPK HAL EHWAL MURID GURU BESAR
Projek 3K SK Jerantut Jaya SK Jerantut Jaya
SK Jerantut Jaya 27000 Jerantut 27000 Jerantut
27000 Jerantut Pahang Pahang
Pahang

s.k. :
Fail Sekolah
Fail Program 3K