Anda di halaman 1dari 16

Kuliah 2: PROSES AWAL PENYELIDIKAN (Persoalan Kajian, Objektif & Hipotesis)

1. PROF. MADYA DR. ZAINAB ISMAIL (PENYELARAS) 2. DR. SALASIAH HANIN HAMJAH (JPDK) 3. PROF. MADYA DR. ZAMRI ARIFFIN (JPATI) 4. PROF. MADYA DR. JAFFARY AWANG (JUF) 5. DR. MUHAMMAD ADIB SAMSUDIN (JS)* 6. DR. AHMAD BIN MUHAMMAD HUSNI (JS) 7. DR. LATIFAH ABDUL MAJID(JPQS) 8. PROF. MADYA DR. MUHD. NAJIB ABDUL KADIR (JPQS) 9. DR. MOHD ARIF NAZRI (JPQS) 10. PUAN TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI (JPQS)
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

APAKAH YANG PERLU DITULIS DALAM PERKARA BERIKUT?


1.Pernyataan masalah 2. Persoalan kajian 3. Objektif kajian 4.Hipotesis (hanya perlu ditulis jika data kuantitatif dan dianalisis menggunakan statistik inferential

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

PERNYATAAN MASALAH
SETIAP PERNYATAAN MASALAH MESTI MEMPUNYAI SALAH SATU CIRI BERIKUT:

1. Address gaps in knowledge: Tunjukkan sesuatu yang menjadi jurang / kelompangan / vacuum / gap dalam bidang kajian anda dan gapstersebut perlu dikaji. Gaps in knowledge ini mestilah sesuatu yang boleh dikaji (researchable).
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

PERNYATAAN MASALAH
SETIAP PERNYATAAN MASALAH MESTI MEMPUNYAI SALAH SATU CIRI BERIKUT: 2. Replicate knowledge:

Tunjukkan dapatan kajian lalu berkaitan dengan bidang yang anda hendak kaji, dan hendak melakukan ujian (testing) ke atas dapatan kajian lalu tersebut dengan memilih peserta kajian baru (new participants) atau lokasi kajian baru. 3. Expand knowledge: - Tunjukkan apa yang anda hendak terokai / teliti adalah suatu idea baru atau amalan baru.
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

PERNYATAAN MASALAH
SETIAP PERNYATAAN MASALAH MESTI MEMPUNYAI SALAH SATU CIRI BERIKUT: 4. Broaden our perspective: - Tunjukkan sesuatu pandangan yang telah dipinggirkan dalam masyarakat, tetapi pandangan tersebut amat penting untuk dikaji.

5. Inform practice: - Tunjukkan sesuatu yang perlu dikembangkan sebagai idea baru.
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

BAHAN SUMBER PERBINCANGAN DALAM PERNYATAAN MASALAH


1. Isu nasional atau antarabangsa 2. Isu yang belum dikaji oleh penyelidik lain 3. Isu yang telah dikaji, tetapi dalam konteks yang berbeza 4. Isu yang memberi implikasi sama ada kepada individu, masyarakat, institusi, agama, negara dll.

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS PERNYATAAN MASALAH


1. Bincangkan maklumat berkaitan tajuk yang umum kepada maklumat yang khusus 2. Bincangkan statistik ATAU pandangan sarjana 3. yang menunjukkan isu tersebut adalah suatu isu yang perlu dikaji 4. Tunjukkan dalam perbincangan aspek yang menjadi jurang dalam isu yang dikaji 5. Kemukakan sumber data/maklumat yang boleh menyokong atau menunjukkan bahawa isu tersebut adalah signifikan dan perlu dikaji.
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS PERSOALAN KAJIAN


Setelah penyelidik membincangkan isu yang menjadi masalah dalam kajian tersebut (pernyataan masalah), penyelidik perlu mengemukakan pula Persoalan Kajian (Research Question). Contoh : Bagaimanakah latar belakang status sosioekonomi remaja yang terlibat dalam tabiat merokok? Adakah terdapat hubungan antara status sosioekonomi dengan tabiat merokok dalam kalangan remaja?
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian yang hendak ditulis mesti menjawab kepada persoalan kajian. Contoh Persoalan Kajian: Bagaimanakah latar belakang status sosioekonomi remaja yang terlibat dalam tabiat merokok? Objektif kajian: Untuk mengenal pasti latar belakang status sosio-ekonomi remaja yang terlibat dalam tabiat merokok.
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian mesti boleh diukur. Oleh itu, penyelidik perlu menggunakan terminologi yang boleh diukur seperti;
Untuk mengkaji Untuk mengenal pasti. Untuk menganalisis.. Untuk menilai.

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS HIPOTESIS


1. Hipotesis hanya diperlukan untuk penyelidikan kuantitatif yang menganalisis data menggunakan statistik inferential. 2. Hipotesis yang ditulis mesti selari dengan persoalan kajian dan objektif kajian. 3. Hipotesis perlu diuji dengan ujian signifikan 4. (biasanya p< atau p= ; nilai (alfa) biasanya ditetapkan pada 0.05 atau 0.01) 5. Hipotesis ada 2; Hipotesis Nul dan Hipotesis Alternatif
Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS HIPOTESIS


Contoh Persoalan Kajian: Adakah terdapat hubungan antara status sosio-ekonomi dengan tabiat merokok remaja? Hipotesis Nul: Tidak terdapat hubungan antara status sosioekonomi dengan tabiat merokok remaja.

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS HIPOTESIS


Hipotesis Alternatif/Penyelidikan: Terdapat hubungan antara status sosioekonomi dengan tabiat merokok remaja (Hipotesis Alternatif Tidak Berarah) atau Semakin tinggi status sosio-ekonomi, semakin tinggi tabiat merokok remaja (Hipotesis Berarah)

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

CARA MENULIS HIPOTESIS


Hipotesis Nul = item tidak bermutu Hipotesis Alternatif = item bermutu Jika hasil analisis tolak Hipotesis Nul dan terima Hipotesis Alternatif, maka dapatan ini menunjukkan item yang diuji adalah signifikan dan bermutu.

Sebaliknya:
Jika hasil analisis terima Hipotesis Nul dan tolak Hipotesis Alternatif, maka dapatan ini menunjukkan item yang diuji adalah tidak signifikan dan tidak bermutu.

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

Tugasan
Nyatakan Pernyataan Masalah Kajian anda. Nyatakan Persoalan Kajian. Nyatakan Objektif Kajian. Nyatakan Hipotesis Kajian (jika kajian anda menganalisis data menggunakan statistik inferential)

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213

TERIMA KASIH

Kuliah 2_Prof. Madya Dr Zainab Ismail_201213