Anda di halaman 1dari 16

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 185

UNIT 10 KESALAHAN BAHASA DAN PENGEDITAN TEKS


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda diharapkan dapat: 1. mengetahui konsep kesalahan bahasa 2. mengesan dan membetulkan kesalahan morfologi dalam petikan 3. mengedit petikan untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa 10.0 Pengenalan Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan. Dalam menggunakan bahasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan atau kesilapan. Namun begitu, kita perlu belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Untuk tujuan tersebut, pelajar harus tahu dan perlu diberitahu tentang kesalahan bahasa yang dilakukan. Hal ini demikian kerana pembetulan kesalahan merupakan satu bentuk maklum balas kepada pelajar tentang penguasaan bahasa mereka. 10.1 Konsep Kesalahan Bahasa Kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan yang telah dipersetuji bersama. Ini bermakna bahawa kesalahan berlaku kerana ketidakfahaman atau kejahilan seseorang terhadap tatabahasa yang dipelajarinya. Di sekolah, kesalahan bahasa berlaku dalam kalangan pelajar yang sedang menguasai bahasa pertama dan bahasa kedua. Seorang penutur asli itu pada dasarnya sudah pun menguasai sistem bahasanya sewaktu kecil. Apabila penutur asli ini menggunakan sesuatu bentuk yang lain secara tekal, maka mereka juga melakukan kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar yang hendak menguasai bahasa kedua pula berlaku kerana individu berkenaan masih belum mampu menguasai seluruh sistem bahasa kedua yang dipelajarinya. Ini bermkana bahawa pelajar tersebut tidak mempelajari bentuk bahasa yang betul. Sehubungan dengan itu, analisis kesalahan merupakan satu proses menganalisis yang didasarkan kepada kesalahan pelajar dalam proses penguasaan selok-belok bahasa.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 186

Apakah perbezaan antara kesalahan bahasa dan kesilapan bahasa? Berikan dua contoh bagai keduaduanya.

10.2 Tujuan Analisis Kesalahan 1. Analisis kesalahan merupakan sumber maklumat yang amat bernilai kepada guru. Analisis kesalahan memberikan maklumat tentang kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, mengenal pasti jenisjenis kesalahan serta mencari punca kesalahan tersebut. Maklumat-maklumat tersebut dapat membantu guru membetulkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. 2. Analisis kesalahan juga membantu guru bahasa untuk mengetahui keberkesanan teknik pengajaran mereka. Guru juga dapat mengenal pasti bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang belun berjaya diajarkannya secara berkesan dan sempurna. Analisis ini akan membantu seseorang guru membuat keputusan sama ada meneruskan pengajaran tajuk baharu ataupun mengajar semula aspek yang telah diajarnya dengan membuat pengubahsuain teknik dan pendekatan pengajarannya. 3. Analisis tentang kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dapat memberikan maklumat yang berguna kepada guru-guru tentang aspek kesalahan yang memerlukan aktiviti-aktiviti pemulihan. Maklumat-maklumat seperti ini boleh dijadikan titik permulaan bagi guru-guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek yang memerlukan peneguhan yang lebih. Dengan itu, masa dan tenaga tidak akan terbuang begitu sahaja untuk mengajar aspek-aspek yang kurang menimbulkan masalah dalam kalangan pelajar. 4. Dari aspek teori pula, analisis kesalahan dapat membantu ahli bahasa menentukan kesahihan teori-teori yang diterapkan untuk pengajaran bahasa.

10.3 Jenis Kesalahan Bahasa Kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana peringkat pengajaran bahasa, tetapi biasanya seseorang guru lebih mudah mengukur atau mengetahui kesalahan bahasa pelajarnya daripada hasil karangan atau tulisan mereka. Kesalahan bahasa dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dilihat dari beberapa aspek, seperti ejaan, tanda baca, fonologi, intonasi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Dalam modul ini, aspek kesalahan morfologi akan diberikan huraian dan penjelasan.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 187

10.4 Kesalahan Ejaan (i) Kata berakhiran i Kesalahan penggunaan akhiran ki bagi menggantikan akhiran i pada kata dasar yang berakhir dengan huruf k. Contohnya: memasukki menaikki mendudukki sepatutnya sepatutnya sepatutnya memasuki menaiki menduduki

(ii) Kata berakhiran an Kesalahan ejaan terjadi apabila akhiran kan digunakan pada kata nama terbitan yang kata dasarnya berakhir dengan huruf k. Contohnya: K banyakkan ( X ) galakkan ( X ) ny penyemakkan ( X ) kebanyakan ( ) galakan ( ) penyemakan ( )

(iii) Awalan pinjaman Kesalahan ejaan berlaku apabila awalan pinjaman seperti pra-, dwi, pro-, dan anti- dieja terpisah daripada kata dasar, atau dengan sempang. Contohnya: pra kata atau pra-kata ( X ) dwi tahunan atau dwi-tahunan ( X ) pro pembangkang atau pro-pembangkang ( X ) anti sosial atau anti-sosial ( X ) prakata ( ) dwitahunan ( ) propembangkang ( ) antisosial ( )

(iv) Kesalahan tidak merangkaikan awalan pinjaman dengan kata dasar yang bermula dengan huruf besar bagi kata nama khas dengan tanda sempang. Contohnya:

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 188

Pro Amerika ( X ) pro-Amerika ( )

anti Israel ( X ) anti-Israel ( )

(v) Menjarakkan penulisan kata ganti diri singkat (kau, mu dan ku). Contohnya:

(1) *Jawapan yang kau berikan itu tepat. Jawapan yang kauberikan itu tepat. (2) *Kerja itu sudah ku siapkan. Kerja itu sudah kusiapkan. (3) *Ambillah pemberian ku ini. Ambillah pemberianku ini. (4) *Aku bertemu dengan sahabat mu tadi. Aku bertemu dengan sahabatmu tadi.

(vi) Kata mu dan nya yang digunakan bagi mengganti nama Tuhan tidak ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu serta tidak diberi tanda sempang. a. (5) *Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali. D Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. b. (6) *Berikanlah hidayatmu kepadaku, ya Allah. Berikanlah hidayat-Mu kepadaku, ya Allah.

10.5 Kesalahan Pengimbuhan Tidak mengetahui bentuk sesuatu kata yang betul dan tepat oleh pengimbuhan a. Kesalahan penggunaan awalan meN-. Contohnya: mempastikan ( X ) memerhatikan ( X ) mengenepikan ( X ) mengkagumkan( X ) memastikan ( ) memperhatikan ( ) mengetepikan ( ) mengagumkan ( )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 189

b. tidak mengetahui perubahan makna sesuatu kata oleh pengimbuhan. Contohnya: (7) *Kakak mengambil bapa segelas air. Kakak mengambilkan bapa segelas air.

(8) *Lim menaikkan bendera sambil menyanyi lagu Negaraku. Lim menaikkan bendera sambil menyanyikan lagu Negaraku.

(9) *Sampah-sarap mengotorkan kawasan di belakang rumah. Sampah-sarap mengotori kawasan di belakang rumah.

c. kata adjektif sebagai kata dasar bagi kata terbitan yang berawalan rangkap memper- disertai akhiran kan. Contohnya: memperlebarkan jalan ( X) memperbesarkan bilik ( X ) memperlebar jalan ( ) memperbesar bilik ( )

10.6 Kesalahan Penggandaan (i) menjamakkan kata ganda yang membawa makna jamak. Contohnya: (10) *Pepohon-pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan. Pepohon yang rendang terdapang di sepanjang jalan.

(11) *Beberapa banyak dedaun kering bertaburan di jalan itu. Dedaun kering bertaburan di jalan itu.

(ii) menggunakan kata sangat/amat dan saling bagi kata ganda yang sudah membawa makna sangat atau makna saling. Contohnya: (12) *Rambut lelaki itu amat kusut-masai kerana baru bangun tidur. Rambut lelaki itu kusut-masai kerana baru bangun tidur.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 190

(13) *Pelumba-pelumba motosikal itu saling potong-memotong di lebuh raya. Pelumba-pelumba motosikal itu saling memotong di lebuh raya. Pelumba-pelumba motosikal itu potong-memotong di lebuh raya. (iii) terdapat dua kata ganda berimbuhan (14) *Adik menggaru-garu kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh bapa. Adik menggaru-garu kepalanya apabila disoal oleh bapa. Adik menggaru kepalanya berkali-kali apabila disoal oleh bapa. (iv) tidak meletakkan tanda sempang bagi kata ganda kerana keliru antara kata ganda dengan kata majmuk. Contohnya: serta merta ( X ) saudara mara ( X ) serta-merta ( ) saudara-mara ( )

10.7 Kesalahan Pemajmukan Ejaan kata majmuk yang salah. Contohnya: kaki tangan ( X ) tanggung jawab ( X ) urusetia ( X ) aturcara ( X ) kakitangan ( ) tanggungjawab ( ) urus setia ( ) atur cara( )

10.8 Kesalahan Kata Ganti Nama (i) penggunaan beliau untuk orang yang tidak dihormati dan untuk binatang. Contohnya: (15) *Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. Dia/Ia ditangkap kerana mengedarkan dadah.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 191

(ii) penggunaan dia dan mereka untuk binatang dan benda. Contohnya: (16) *Kucing itu sakit. Ia/dia asyik tidur. Kucing itu sakit. Kucing itu asyik tidur. (17) *Barang-barang ini berat. Mereka tidak terangkat oleh saya. Barang-barang ini berat, tidak terangkat oleh saya.

(iii) Mengulang kata ganti diri ketiga yang membawa maksud jamak. Contohnya: (18) *Mereka-mereka itu jiran saya. Mereka itu jiran saya.

(iv) Menggandingkan kata ia dengan nya untuk membentuk ianya. Contohnya: (19) *Udara penting kepada manusia kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. Udara penting kepada manusia kerana diperlukan untuk pernafasan.

(v) Menyamakan kata ganti tak tentu dengan kata ganti tanya. Contohnya: (20) *Apa yang diberitahukannya itu tidak benar. Apa-apa yang diberitahukannya itu tidak benar. (21) *Pilihlah yang mana kamu suka. Pilihlah yang mana-mana kamu suka. (22) *Siapa yang menceroboh akan didakwa. Siapa-siapa yang menceroboh akan didakwa.

10.9 Kesalahan Kata Bilangan (i) Kata bilangan tentu didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Contohnya: dua suku jam ( X ) dua jam suku ( ) satu setengah tahun ( X) satu tahun setengah ( )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 192

(ii) Kata bilangan tak tentu yang sudah membawa makna jamak diulang. Contohnya: para-para pelajar ( X ) para pelajar ( )

(iii) Mengulang kata nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak. Contohnya: dua orang pelajar-pelajar ( X ) semua pekerja-pekerja ( X ) setiap peserta-peserta ( X ) ribuan peminat-peminat ( X ) dua orang pelajar ( ) semua pekerja ( ) semua peserta ( ) ribuan peminat ( )

(iv) Kata bilangan tak tentu, kata bilangan himpunan dan kata bilangan pisahan disingkatkan. Contohnya: setengah ( X ) kedua ( X ) berbagai ( X ) sesetengah/setengah-setengah ( ) kedua-dua ( ) berbagai-bagai ( )

(v)Tidak menggandakan kata bilangan himpunan yang berawalan ke-. Contohnya: (22) *Kedua orang itu guru. Kedua-dua orang itu guru.

(vi) Kata bilangan himpunan tidak diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya: (23) *Ketiga-tiga anak Pak Mat berkelulusan universiti. Ketiga-tiga orang anak Pak Mat berkelulusan universiti.

10.10 Kesalahan Penjodoh Bilangan (i) Penjodoh bilangan digunakan untuk kata nama abstrak. Contohnya: sebuah kehidupan ( X ) satu kehidupan ( ) beberapa buah pendapat ( X ) beberapa pendapat ( )

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 193

(ii) Penjodoh bilangan digunakan dengan beberapa kata bilangan tertentu, yang sepatutnya tidak perlu disertai dengan penjodoh bilangan. Contohnya: setiap orang pelajar ( X ) seluruh buah negeri ( X ) setiap pelajar ( ) seluruh negeri ( )

10.11 Kesalahan Kata Kerja (i) Menggugurkan awalan pada kata kerja tak transitif. Contohnya: (24) *Dia senyum kepada saya. Dia tersenyum kepada saya. (25) *Jangan lompat di situ. Jangan melompat di situ. (26) *Dia tanya kepada saya. Dia bertanya kepada saya.

(ii) Menggugurkan awalan pada kata kerja transitif. Contohnya: (27) *Dia sedang baca buku. Dia sedang membaca buku. (28) *Kamal tendang bola itu. Kamal menendang bola itu.

10.12 Kesalahan Kata Adjektif Kata penguat yang menunjukkan darjah kepalingan digunakan serentak pada kata adjektif. Contohnya: (29) *Ravi paling tinggi sekali di kelas nya. Ravi paling tinggi di kelas nya. Ravi tinggi sekali di kelas nya. (30) *Baju-baju di butik itu amat cantik sekali. Baju-baju di butik itu amat cantik. Baju-baju di butik itu cantik sekali.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 194

10.13 Kesalahan Kata Tugas 10.13.1 Kata hubung (i) Menggunakan kata yang bukan jenis kata hubung sebagai kata hubung. Contohnya: (31) *Novel itu adalah karangan A. Samad Said yang mana dikarang ketika beliau di luar negeri. Novel itu adalah karangan A.Samad Said yang dikarang ketika beliau di luar negeri. (32) *Seperti mana yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma. Seperti yang kita ketahui, majlis ini diadakan untuk mengutip derma.

(ii) Perkataan daripada golongan kata yang lain digunakan sebagai kata hubung. Contohnya: (33) *Dia pulang bila hari sudah senja. Dia pulang apabila hari sudah senja. (34) *Ali datang lambat sebab ketinggalan bas. Ali datang lambat kerana ketinggalan bas.

(iii) Menggunakan dua kata hubung serentak. Contohnya: (35) *Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh. Jika sekiranya tidak dirawat, penyakitnya tidak akan sembuh. (36) *Laporan itu perlu dihebahkan agar supaya masyarakat akan tahu. Laporan itu perlu dihebahkan agar masyarakat akan tahu. Laporan itu perlu dihebahkan supaya masyarakat akan tahu.

10.13.2 Kata Sendi (i) Kata sendi di atau kepada digunakan pada tempat ke. Contohnya: (37) *Gelas itu dihempaskannya di/kepada tanah. Gelas dihempaskannya ke tanah. (38) *Ali sudah berpindah di Ipoh. Ali sudah berpindah ke Ipoh.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 195

(ii) Kata sendi ke atau frasa sendi ke atas digunakan pada tempat kepada. Contohnya: (39) *Buku itu dipulangkan ke pustakawan. Buku itu dipulangkan kepada pustakawan. (40) *Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk kepada adiknya. Sikapnya yang buruk itu meninggalkan kesan yang buruk ke atas adiknya. (iii) Kata sendi daripada digunakan pada tempat dari. Contohnya: (41) *Saya datang daripada Johor. Saya datang dari Johor. (42) *Kami menunggu Ali daripada pukul dua. Kami menunggu Ali dari pukul dua.

(iv) Kata sendi dari digunakan pada tempat daripada. Contohnya: (43) *Hadiah ini dari abang. Hadiah ini daripada abang. (44) *Kasut ini dibuat dari kulit. Kasut ini dibuat daripada kuli

(v) Kata sendi dengan digunakan pada tempat oleh. Contohnya: (45) *Kami tertarik dengan keindahan pantai itu. Kami tertarik oleh keindahan pantai itu.

(vi) Kata sendi di dan dengan digunakan pada tempat pada. Contohnya: (46) *Para nelayan tidak ke laut di musim tengkujuh. Para nelayan tidak ke laut pada musim tengkujuh. (47) *Nota itu ada dengan Ali. Nota itu ada pada Ali.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 196

(vii) Kata nama atas digunakan pada tempat pada. Contohnya: (48) *Hidupnya masih bergantung atas orang tuanya. Hidupnya masih bergantung pada orang tuanya.

(viii) Pengunaan di dalam di hadapan kata nama abstrak. Contohnya: (49) *Perkara itu perlu dihebahkan di kalangan masyarakat. Perkara itu perlu dihebahkan dalam kalangan masyarakat.

(ix) Penggunaan dua kata sendi berurutan dalam ayat. Contohnya: demi untuk negara ( X ) mengenai dengan hal itu ( X ) demi negara ( ) mengenai hal itu ( ) untuk negara ( )

(x) Kata pemeri a. Kata pemeri hadir bersama-sama kata nafi. Contohnya: (50) *Arahan itu adalah bukan untuk semua pelajar. Arahan itu bukan untuk semua pelajar. b. Kata pemeri hadir di hadapan ayat. Contohnya: *Adalah dimaklumkan bahawa Dimaklumkan bahawa

c. Penggunaan kata pemeri di depan frasa kerja. Contohnya: (51) *Novel itu adalah ditulis oleh A. Samad Said. Novel itu ditulis oleh A. Samad Said.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 197

10.14 Bentuk Lewah dalam Bahasa Dalam Kamus Dewan (1989), maksud lewah ialah berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu (misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat). Oleh itu, lewah dapat dianggap sebagai unsur bahasa yang memperlihatkan keadaan yang berlebih-lebih, yang selalunya melibatkan penambahan atau pengulangan unsur yang sudah pun ada, dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi. Sama ada disedari atau tidak, amalan tersebut ternyata tidak seiring dengan tatabahasa bahasa Melayu dan wajar dibetulkan. Yang berikut merupakan antara contoh lewah dalam bahasa. (52) *Syarikat itu memperolehi keuntungan yang besar pada tahun ini. Syarikat itu memperoleh keuntungan yang besar pada tahun ini. (53) *Razak sedang memperbaiki kerosakan motokarnya. Razak sedang membaiki kerosakan motokarnya. (54) *Ibu bapa sanggup bekerja keras demi untuk masa depan anak-anak. Ibu bapa sanggup bekerja keras demi masa depan anak-anak. (55) *Pasangan itu saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.. Pasangan itu saling mempercayai/percaya mempercayai antara satu sama lain. (56) *Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak ramai dengan baik. Pelajar itu dapat berucap di hadapan khalayak dengan baik. (57) *Kos perbelanjaan untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan. Kos untuk membina bangunan itu dibiayai kerajaan. (58) *Kebanyakan para pelajar mahir menggunakan komputer. Kebanyakan pelajar mahir menggunakan komputer. (59) *Pada waktu dan ketika ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan. Pada waktu ini, sokongan ibu bapa amat diperlukan. (60) *Para-para guru berkhidmat dengan dedikasi. Para guru berkhidmat dengan dedikasi.

Berikan beberapa contoh kelewahan dalam morfologi, dan buatkan pembetulannya.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 198

10.15 Pengeditan Teks Sebagai guru, anda seharusnya sudah dapat mengesan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan bercetak. Anda boleh memanfaatkan pelbagai teks bertulis untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun, anda perlu terlebih dahulu mengedit teks itu supaya bebas daripada kesalahan bahasa. Yang berikut merupakan contoh perenggan yang diedit dari aspek morfologi.

Walaupun usaha untuk menggalakan pelajar agar menyertai aktiviti ko kurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli belah. Selain dari itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan yang aktiviti ko kurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari yang aktiviti ko kurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjauhkan diri dari bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah anti-sosial di dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan perkataan lain, aktiviti ko kurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri pelajar.

Pembetulan

Walaupun usaha untuk menggalakkan pelajar agar menyertai aktiviti kokurikulum telah dijalankan, namun terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat untuk menyertainya. Mereka lebih berminat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, terutama lepak di pusat beli-belah. Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum membuang masa. Mereka tidak menyedari hawa aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang serba boleh. Dengan berbuat demikian juga, pelajar tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti yang boleh merosakkan masa depan mereka. Secara tidak langsung, pelajar dapat menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Dari aspek yang lain pula, masalah antisosial dalam kalangan pelajar dapat dielakkan. Dengan lain perkataan, aktiviti kokurikulum banyak mendatangkan faedah dalam pembentukan jati diri pelajar.

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 199

KATA KUNCI 1. kesalahan bahasa 2. kesilapan bahasa

PENILAIAN KENDIRI 1. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam petikan yang berikut. Kemudian berikan sebab kesalahan dan pembetulannya. Dewasa ini, kes cetak rompak yang melibat rakyat negara ini berlaku secara berleluasa. Selain daripada cakera padat, bahan-bahan bertulis, khususnya buku turut juga di cetak rompak. Walau pun usaha membanteras kegiatan ini telah dijalankan, namun masalah tersebut tidak juga berkurang. Kegiatan yang dilakukan oleh mereka ini tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang demikian, kita perlu mengenalpasti faktor-faktor ini berlaku di negara kita agar supaya masaalah tersebut tidak menghantui kepada rakyat negara ini.

2. Kenal pasti kesalahan morfologi dalam ayat yang berikut, dan buat pembetulannya. i. Perokok tegar akan berusaha untuk memberhentikan tabiat yang merugikan ini apabila menyedari yang kos untuk membeli rokok terlalu tinggi sekali. ii. Langkah kerajaan menaikkan cukai rokok dilihat sebagai pendekatan yang baik ke arah mengwujudkan masyarakat yang sihat sekaligus membendung gejala ini di kalangan remaja.

3. Cari satu perenggan dalam apa-apa petikan. Kemudian, kenal pasti kesalahan morfologi, nyatakan sebab kesalahan dan buatkan pembetulannya. (Sebaik-baiknya dalam perenggan itu mengandungi antara 5 hingga 6 kesalahan.)

Kesalahan Bahasa dan Pengeditan Teks| 200

RUJUKAN Ahmad Khair Mohd Nor (2011). Persoalan Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor. (2008). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd.