Anda di halaman 1dari 2

KETUA JABATAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK, KM 22 JALAN MATANG 93050 KUCHING SARAWAK LABUAH YASSAH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK,

JABATAN KEJUTERAAN MEKANIKAL, DAD 3 SECTIOAN A, 05DAD11F2070. TUAN, RAYUAN KEBENARAN MEMASUKI PEPERIKSAAN AKHIR Merujuk perkara di atas , saya LABUAH YASSAH (05DAD11F2070) merayu pada tuan untuk mendapatkan kebenaran memasuki peperiksaan akhir bagi modul Auto Tech (JA 201) Dan Tamadun Islam (AA301). 2. Berdasarkan pada rekod kehadiran saya dalam kedua-dua modul diatas, didapati kehadiran saya tidak menepati keperluan minimum 80% seperti yang ditetapkan didalam arahan-arahan peperiksaan dan kaedah penilaian. Hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa masalah yang saya hadapi. 3. Antara masalah yang saya hadapi ialah masalah dari segi kewangan dan masalah kenderaan. Saya tidak dapat menghadirkan diri kekuliah kerana menghadapi masalah kewangan dimana saya tidak dapat menghadirkan diri kerana tiada duit untuk tambang bas. 4. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dari segi kenderaan dimana pada hari kuliah saya selalu menumpang dan meminjam motor kawan untuk ke kuliah. Pada hari kuliah bagi modul berkenaan saya tidak dapat menghadirkan diri kerana motor kawan rosak dan kebetulan pada waktu itu juga saya menghadapi masalah kewangan. Oleh yang demikian, saya sangat mengharafkan jasa baik pihak tuan agar permohonan saya ini dapat di luluskan dan saya juga berjanji tidak akan mengulangi perkara ini pada semester akan datang. 10 APRIL 2013

Anda mungkin juga menyukai