Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK KANGKAR PULAI 2 BANDAR BARU KANGKAR PULAI 81110 JOHOR BAHRU JOHOR

DARUL TAKZIM JBA 8030 No. Tel: 07-5583661 http://www.skkp2.com Ruj. Kami: JBA 8030/07/01/003 Tarikh : 10 JUN 2013

Kepada , Ibu bapa/ Penjaga JUALAN AMAL HARI JALINAN MESRA SK KANGKAR PULAI 2, 2013 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. 2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Kangkar Pulai 2 akan mengadakan Jualan Amal Hari Jalinan Mesra pada hari Sabtu, 6 Julai 2013. Sehubungan dengan itu setiap pelajar dikehendaki membawa barangan seperti berikut: KELAS TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6 BARANGAN YANG PERLU DIBAWA MEE HOON TEPUNG GULA PASIR SUSU TIN PEKAT ATAU SARDIN SABUN ATAU PEWANGI KICAP ATAU SOS

3. Oleh yang demikian pihak sekolah memohon dan amat berharap ibu bapa/penjaga dapat memberikan apa jua bentuk sumbangan barangan terpakai seperti pakaian, buku dan majalah ilmiah untuk Jualan Amal Hari Jalinan Mesra SK Kangkar Pulai 2. Sumbangan hendaklah diserahkan kepada guru kelas dan dikumpulkan di dalam Bilik Kesihatan SK Kangkar Pulai 2. 4. Kesemua hasil jualan akan disalurkan ke dalam akaun PIBG SK Kangkar Pulai 2 untuk aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. 5. Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa/penjaga kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat, sebaliknya bagi yang bakhil didoakan agar ditimpa kerugian yang besar Saya yang menurut perintah,

.. (ZULKIFLI BIN BAKAR) Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Kangkar Pulai 2