Anda di halaman 1dari 4

1 LAPORAN PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA BILANGAN 3/ 2012 Tarikh : 17/7/2012, Khamis Masa : 2.

30 petang Kehadiran: 1) Puan Siti Ruhilah binti Asngat Agenda 1.0- Ucapan Pengerusi 1.1 Berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun, Pengetua meminta semua guru melihat kekuatan mata pelajaran masing-masing dan membincangkannya dalam mesyuarat panitia. Seterusnya ketua panitia perlu meneliti segala kelemahan yang masih wujud dan menyebabkan kemerosotan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Tindakan: Ketua Panitia 1.2 Dalam mesyuarat JKKS Bilangan 3, Pengerusi meminta semua ketua panitia membuat penambahbaikan terhadap program panitia masing-masing dalam usaha meningkatkan pencapaian mata pelajaran mereka. Penambahbaikan juga perlu dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Agenda 2.0- Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 2/2012 Tidak berkenaan. Agenda 3.0 - Perkara berbangkit 3.1 Berkenaan dengan contoh soalan objektif dan esei yang tiada di pasaran. Alhamdulillah dan syukur, masalah tersebut telah dapat di atasi. Terima kasih kepada Puan Noreha Masri, guru ERT SMK Convent yang sudi memberi beberapa contoh bank soalan baik dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Beliau telah memberi contoh soalan objektif dan esei, malah soalan percubaan peringkat JPN juga disertakan. 3.2 Masalah kerja sekolah yang tidak disiapkan oleh murid masih berlaku. Walaubagaimanapun, guru tetap akan menghukum pelajar yang tidak membuat kerja sekolah sebagai pengajaran. Agenda 4.0 Analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun.

4.1 Carta bar menunjukkan analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun mata pelajaran ERT tingkatan 4C. Secara keseluruhan, seramai 69% pelajar yang lulus (11 orang) manakala 31% pelajar telah gagal (5 orang). GPS ERT ialah 6.69. 4.2 Pujian harus diberikan kepada 2 orang pelajar yang telah berjaya memperoleh markah A-. Memandangkan ini merupakan kali pertama pelajar-pelajar menghadapi soalan berbentuk esei, maka masih banyak yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. 4.3 Pencapaian pelajar mengikut kelas adalah seperti berikut: BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 NAMA TAN SIUE CHIN CHAN SHEOK HIAN CHAN LIH NGOH CHAN HUI CHIAN ONG PEI LENG NURUN NUHA ZAINAL ABIDIN TAN CHUI YAN NURUL ATIKA KAMARUDIN MAHMUDAH MOHD PAZRI NOR AZLINDA SYAFIKAH SITI AISYAH HASHIM NURUL MARLIYANA SYAZIATI SITI FATIMAH RAHIM SITI NAJIHAH ROSLAN CHE NOR SULINA MAIZATULAHMAM KELAS MARKAH 0-10 11-20 11-20 11-20 11-20 31-40 41-50 41-50 51-60 51-60 51-60 61-70 61-70 61-70 71-80 71-80 LONJAK AN 40 50 50 50 50 70 80 80 80 90 90 90 90 90 100 100

Agenda 5.0 Kekuatan dan kelemahan 5.1 Kekuatan: 5.1.1 Guru telah menyediakan semua nota tambahan dan contoh soalan peperiksaan yang didapati

daripada guru SMK Convent. 5.1.2 Guru ada menyediakan bahan p&P yang menarik misalnya power point dan aktiviti bagi menarik minat pelajar. 5.1.3 Pelajar berminat dengan subjek yang dipelajari. 5.2 Kelemahan: 5.2.1 Guru mata pelajaran merupakan kali pertama mengajar subjek ERT. Perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru berpengalaman. 5.2.2 Guru tidak dapat menyediakan bahan power point yang menarik untuk semua sub topik kerana kekangan masa. Agenda 6.0- Tindakan Penambahbaikan 6.1 Walaupun guru mempunyai kekangan masa untuk menyediakan power point bagi p&p, guru boleh mendapatkannya daripada laman web tertentu dan downloadnya dengan mudah. 6.2 Mempelbagaikan cara penyampaian p&p supaya murid tertarik dan banyakkan aktiviti berkumpulan. Agenda 7.0- Laporan Pelaksanaan Program Panitia 7.1 Program Panitia 1 minggu 1 esei masih dilaksanakan sehingga ke hari ini. Walaupun terdapat pelajar yang tidak menyiapkannya, jumlahnya telah berkurangan kerana guru mengenakan hukuman kepada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Agenda 8.0- Perancangan dan Persediaan Untuk Ujian Selaras 2 8.1 Guru telah membuat ulangkaji bersama pelajar di dalam kelas dengan menyuruh mereka menghafal beberapa pengertian dan carta bagi membantu mereka menjawab sewaktu ujian. Agenda 9.0- Penyediaan Head Count Tingkatan 4 9.1 Setiausaha Head Count telah meminta guru-guru mata pelajaran Tingkatan 4 untuk mengisi markah TOV dan Head Count Tingkatan 4 di bilik peperiksaan. 9.2 Guru akan mengisinya sebelum 17 Ogos 2012.

Disediakan oleh:

SITI RUHILAH BINTI ASNGAT Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga SMK Rungkup, Selekoh, Perak.

Anda mungkin juga menyukai