Anda di halaman 1dari 34

PENULISAN GAYA UKM

TUJUAN: Membentuk satu amalan yg. berterusan, mudah dan seragam dlm sistem rujukan (referencing) PRINSIP: Memperakukan hasil kerja org.lain yg. disebut dlm penulisan; kelangsungan; kejelasan; nyah kesulitan (memudahkan) dan sbg.sumber rujukan kpd.pembaca

SISTEM NOTA KAKI/CATATAN BAWAH


Definisi:

Nota kaki / sistem catatan bawah adalah nota yang ditaip di bahagian bawah sesuatu halaman atau muka surat yang menerangkan atau memberikan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara yang diungkapkan dalam kandungan teks di halaman yang berkenaan, atau ia merupakan suatu ulasan tambahan terhadap apa-apa yang telah dinyatakan dalam teks utama. Ia juga merupakan sebagai salah satu sumber maklumat dan rujukan kepada pembaca.[1]
[1] Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM, Edisi Semak, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan, 2006, hlm 43 .

PENOMBORAN NOTA KAKICATATAN BAWAH


Penomboran superskrip digunakan pada tempat yang berkenaan dalam sesuatu halaman teks (ini boleh dilakukan secara mudah menggunakan kemudahan komputer sistem catatan bawah.)

Penomboran nota kaki / catatan bawah hendaklah bersambungan atau berturutan di sepanjang bab yang sama dan bermula dengan nombor yang baru bagi bab seterusnya.

KONVENSYEN AMALAN NOTA KAKI/CATATAN BAWAH Gunakan selang sebaris dalam setiap penulisan nota kaki / catatan bawah. Baris pertama bagi setiap nota kaki / catatan bawah hendaklah indent (diensot) satu ruang. Saiz font hendaklah tidak kurang daripada 10 poin. Setiap nota kaki / catatan bawah mesti berakhir dengan tanda noktah. Mesti ada ruang / selang antara nota kaki / catatan bawah dengan nota kaki / catatan bawah berikutnya. Sebutan kali pertama untuk sebarang rujukan dalam nota kaki hendaklah ditaip dengan lengkap setiap kali memulakan bab baru. Nombor nota kaki hendaklah ditaip selepas tanda bacaan.
4

BUKU
Untuk rujukan kali pertama dlm.teks penulisan:
Nama pengarang Judul buku (italicised, title case), koma Nama editor (jika ada), koma Siri tajuk buku (jika ada), koma Nombor edisi (jika ada), koma Nombor jilid (jika ada), koma Nama penerbit, koma Tempat terbitan, koma Tahun terbitan, koma Muka surat / halaman, noktah.

1.1. Pengarang Melayu Nama pengarang Melayu, hendaklah ditaip dengan lengkap. Contoh Norchaya Talib, Euthanasia A Malaysian Perspective, Sweet & Maxwell Asia, Selangor, Malaysia, 2002, hlm 5. 1.2. Pengarang Barat Bagi pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga hendaklah diringkaskan dahulu kepada nama keluarga sahaja. Nama selainnya hendaklah menggunakan para (initials). Parap hendaklah ditaip sebelum nama keluarga dan diikuti dengan tanda noktah. Contoh J. Devereux, Australian Medical Law, 2nd Edn, Cavendish Publishing, London, 2002, hlm 29.
6

BUKU YG. DITULIS OLEH 2 ATAU LEBIH PENGARANG Bagi buku-buku yang ditulis oleh dua atau lebih penulis, penggunaan et al adalah dibenarkan dan sebutan sedemikian hendaklah digunakan berlarutan di sepanjang penulisan tesis Contoh: Tunku Sofiah Jewa, Salleh Buang & Yaacob Hussain Merican, An Introduction to the Constitution of Malaysia, Edisi ke 3, Pacifica Publications, Malaysia, 2007, hlm 43. Ditaip sebagai: Tunku Sofiah Jewa et al, An Introduction to the Constitution of Malaysia, Edisi ke 3, Pacifica Publications, Malaysia, 2007, hlm 43.

SEBUTAN RUJUKAN SETERUSNYA BAGI PENGARANGYG.SAMA DLM.KANDUNGANTEKS Sebutan rujukan seterusnya bagi pengarang sama dalam kandungan teks: Nama pengarang, koma Tajuk buku / makalah, koma Nombor halaman, noktah.

Contoh: J. Devereux, Australian Medical Law, hlm 40.

JIKA BUKU MEMPUNYAI TAJUK & SUB TAJUK YG. TIDAK DIPISAHKAN MELALUI TANDA BACAAN
Rujukan hendaklah ditaip seperti contoh di bawah:

Shad Saleem Faruqi, Document of Destiny: The Constitution of the Federation of Malaysia, Star Publications (Malaysia) Berhad, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, 2008, hlm 159.

BUKU SUNTINGAN DAN TERJEMAHAN


Peraturan yang sama juga digunakan bagi buku-buku suntingan dan terjemahan, kecuali dengan memasukkan (pnyt.) atau (terj.). Contoh: A.W Bradley (pnyt.), E.C.S. Wade and G.Geofrey Phillipss Constitutional and Administrative Law, Edisi ke 9, Longman Group Limited, London, 1977, hlm 143. T. Weir (terj.), K. Zweigert and H.Kotzs An Introduction to Comparative Law, Edisi ke 3, Clarendon Press, Oxford, 1998, hlm. 39.

10

BAB DALAM BUKU & ARTIKEL DLM. JURNAL Sebutan bagi bab dalam buku adalah seperti berikut:
S. Brown, Understanding youth and crime: listening to youth?, dalam Maguire, M (pnyt.), Crime and Justice, Open University Press, Buckingham, England, 1998, hlm 45. SEBUTAN BAGI ARTIKEL DALAM JURNAL Sekiranya sebutan telah ditetapkan oleh penerbit jurnal tersebut, maka sebutan itu hendaklah digunapakai. Contoh: Rohaida Nordin, Malaysian Perspective on Human Rights (2010) 14 JUU hlm 19.

11

Sekiranya sebutan tidak dinyatakan oleh penerbit, maka format berikut hendaklah digunapakai.
Nama pengarang, koma Judul artikel dalam pengikat kata (sentence case). Tahun terbitan dalam kurungan bulat atau empat segi (yang mana berkenaan) Nombor jilid Nombor keluaran (jika ada terbitan bersiri, gunakan tanda kurungan) Nama jurnal (italicised) Halaman pertama artikel, koma diikuti dengan halaman yang dirujuk. Contoh W. Clive, Pamphleteers, libel awards and free speech (2006) 1 (1) Help Law Review 41, hlm 50.
12

Format yang sama hendaklah digunakan untuk penulisan artikel dalam jurnal di bahagian Rujukan.

Maksudnya dalam Senarai Rujukan (di bahagian belakang selepas bab terakhir) penulisan tersebut, cara rujukan nya adalah seperti yang digunakan dalam nota kaki atau catatan bawah tadi.

13

Bagi rujukan berikutnya kepada artikel yang sama dalam jurnal yang dirujuk dalam teks, taipkan:

Nama pengarang, diikuti koma Judul artikel dalam pengikat kata, diikuti koma Halaman, diikuti noktah. Contoh: W. Clive, Pampheleteers, libel awards and free speech, hlm 44.
14

Jurnal Dicetak Bermusim / Berperingkat/Berpenggal*


Penggal ia diterbitkan (contoh Spring/Summer/Autumn/Winter) hendaklah diletak dalam kurungan. Peraturan yang sama terpakai bagi jurnal-jurnal tambahan/sisipan hendaklah dieja sebagai Supp.

Contoh:
A.O. Sykes, The law, economics and politics of preferential trading arrangements: An introduction (2010) 46 (2) (Summer) Stanford Journal of International Law 171, hlm 173.

15

Artikel Dalam Prosiding

Nama penulis, koma Tajuk artikel i.e kertas seminar,koma Tajuk prosiding(italicized), colon Tema prosiding, koma Tempat prosiding, koma Tahun prosiding, noktah

16

Contoh:
Abdul Halim Sidek, Victimology: an overview of its origin and development, The 4th Asian Law Institute Conference Proceedings: Voices from Asia for a just and equitale world, Depok, Indonesia, 2007, hlm121.

17

RUJUKAN KES
Nama kes yang disebut dalam teks hendaklah diitalikskan termasuk juga v tanpa menggunakan noktah. Contoh: Dalam teks: Mohd. Ezam bin Mohd. Noor v Ketua Polis Negara & Other Appeals Dalam nota kaki:

[2002] 4 MLJ 449, hlm 452.

18

MERINGKASKAN NAMA KES

BAGI RUJUKAN YG. BERULANG DLM. TEKS, RINGKASKAN NAMA KES SPT. BERIKUT: Contoh rujukan kes pertama kali dibuat dalam teks: Woolwich Equitable Building Society v Comrs of Inland Revenue Rujukan kali kedua dan selanjutnya: seperti yang diterangkan oleh Lord Goff dalam kes Woolwich (Berikan sebutan (citation) lengkap kes dalam nota kaki/catatan bawah)
19

KES-KES YANG TIDAK DILAPORKAN


Bagi kes yang tidak dilaporkan dalam mana-mana Laporan Kes (Law Reports), ia bolehlah dirujuk dalam nota kaki samada dengan menyebut sebagai: a) Tidak dilaporkan (Unreported) atau b) Dengan menggunakan neutral citation (iaitu sebutan atau citation yang diberikan oleh mahkamah berkenaan. Maksudnya sebutan tersebut tidak mempunyai siri rujukan kpd.mana-mana Laporan Kes, spt. ALL ER, MLJ, CLJ ) Contoh: Thannhauser v Westpac Banking Corporation (Federal Court, Australia, 9 December 1991).
20

KES-KES YANG DITERBITKAN SECARA ELEKTRONIK

Contoh rujukan dalam nota kaki: Cox v Robinson [2000] QCA 454 (Supreme Court of Queensland, Court of Appeal, 7 November 2000) http://austlii.edu.au/au/cases/qld/QCA/44.html (7 Januari 2001).
PERINGATAN:
Rujukan kepada kes-kes yang dilaporkan secara ini hanyalah digunakan sekiranya ia masih belum diterbitkan dalam bentuk bercetak.

21

PERUNDANGAN
Terdapat 2 jenis perundangan: a) Statut induk/utama (Primary legislation) b) Statut sekunder (Subsidiary legislation/ by laws/delegated legislation) Sebutan bagi statut induk: Seksyen Sub seksyen Perenggan Judul Akta Nombor Akta (bagi rujukan kali pertama sahaja) Contoh: Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 344) Seksyen 12 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang No.8/82 (Pindaan) 1987.
22

PERUNDANGAN SEKUNDER
1) Nama instrumen 2) Tahun 3) Nombor (jika ada, bagi rujukan kali pertama sahaja) Contoh: Community Charge Support Grant (Abolition) Order 1987, SI 1987/466. Ke arah Memelihara Keselamatan Negara Kertas Perintah 14, 1988.

Police Association Rules 1973, P.U (A) 265/1973.

23

Sebutan bagi Perlembagaan


1) 2) 3) 4) 5) Perkara Fasal/Klausa Perenggan Nama Perlembagaan Tahun

Contoh: Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957.

24

PERBAHASAAN PARLIMEN
Rujukan ialah seperti berikut: 1) Nama negara 2) Judul (Samada Dewan Rakyat atau Dewan Negara atau House of Lords) 3) Peringkat perbahasaan 4) Tarikh lengkap 5) Halaman 6) Nama pembahas
Contoh: Malaysia, Perbahasaan Dewan Rakyat, Bacaan Kedua, 9 Mac 1993, 26 (Karpal Singh)

25

Sebutan untuk Parliamentary Papers

Utk.Kertas Laporan Parlimen & dan lainlain dokumen Parlimen Contoh: Dewan Rakyat Malaysia, 1986, Peristiwa Memali, Kertas Perintah 21, 1986.

26

Sebutan artikel di dalam akhbar


Tajuk artikel, koma Nama akhbar, koma Nama penulis artikel, koma Tarikh, koma Halaman, noktah

27

Contoh:

Shad Faruqi, Much to relish and cherish, Sunday Star, 23 Jun 2002, hlm 31.

28

Sebutan bagi penulisan diambil daripada tesis


Nama penulis, koma Tajuk tesis, koma Peringkat ijazah tesis ditulis, koma Nama universiti, koma Tahun tesis disempurnakan, koma Halaman, noktah

29

Contoh:

Che Norlia Mustafa, The 1993 royal immunity crisis: the kerajaan, the constitution and the dilemma of a new bangsa, thesis Ph.D, University of Kent at Canterbury, United Kingdom, 2000, hlm 227.

30

Sebutan utk data drp hasil temubual

Nama orang yg. ditemubual, koma Jawatan/designation beliau, koma Institusi/organisasi di mana ia bertugas (affiliated), koma Tempat temubual, koma Tarikh temubual, noktah

31

Sebutan bagi data komunikasi peribadi (termasuk e mel)


Contoh komunikasi peribadi: Kenyataan oleh Sakina Shaik Ahmad Yusoff (Komunikasi peribadi, 13 Mei 2011). Contoh komunikasi secara e mel: Kenyataan oleh Rahmah Ismail (komunikasi e - Mel, 2 Disember 2011).

32

Sebutan utk triti/perjanjian dan lain-lain instrumen antarabangsa

Contoh:
International Covenant on Civil and Political Rights (diterima pakai 16 Disember 1966, berkuatkuasa 23 Mac 1976) 999 UNTS 171(ICCPR).

33

TERIMA KASIH

34

Anda mungkin juga menyukai