Anda di halaman 1dari 14

Model-Model Prasekolah Luar Negara

1.0 Pengenalan Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama The Infant School.Manakala Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an didorong oleh sistem pendidikan British dan hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Walaubagaimanapun, di malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan. Contohnya Tadika Premier Montessori Bruang Heights di Melaka yang mengunakan sepenuhnya pendekatan model montessori dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

2.0 Perkaitan Model-Model Prasekolah Luar Negara Dengan Perbezaan Kanak-Kanak Lelaki Dan Kanak-Kanak Perempuan 2.1 Model Montessori Model Montessori telah dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870 dan pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan seterusnya beliau menjadi seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Disamping itu juga, beliau dicalonkan untuk anugerah Nobel Peace Prize sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Minatnya terhadap pendidikan timbul apabila beliau bertugas mengendalikan kanak-kanak yang mengalami kecacatan. Akhirnya beliau mendapati kaedah pengajaran yang digunakan dapat di aplikasikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan.Walaubagimanapun beliau telah meninggal dunia di Belanda pada tahun 1952 namun perjuangannya masih diteruskan lagi melalui Association Montessori Internationale (AMI) di Amsterdam, Netherlands sehingga kini. Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang menekankan intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu juga, pengurusan bahan dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara prinsip-prinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu. Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti amali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial untuk membantu perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan akedemik untuk memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, guru-guru dilatih supaya menjadi seorang pemerhati yang teliti kepada keperluan kanak-kanak serta menyediakan persekitaran yang membimbing kanak-kanak untuk mudah menguasai kemahiran yang dibina daripada pengalaman sebelumnya sekaligus membentuk asas tahap kemahiran berikutnya. Disamping itu juga kanak-kanak digalakkan untuk memilih aktiviti yang diminati, mengikuti urutan tertentu dalam penggunaan bahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta mempraktikkan aktiviti supaya dapat mengekalkan pembelajaran.Di samping itu juga, Beliau percaya bahawa pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak serta kanak-kanak perlulah terlibat dalam aktiviti yang dapat memberi peluang untuk mengendalikan bahan-bahan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Konsep ini berkenaan dengan pengalaman membantu pembelajaran berdasarkan pada idea bahawa kanak-kanak meniru realiti dengan cara memerhati

serta mengikut demonstrasi. Menurut Albert Bandura, kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Melalui keadah ini pembelajaran kanak-kanak itu lebih bermakna dan mengembirakan. Dengan peninggalan Montessori iaitu kepercayaan pada kepentingan setiap individu, penegasannya pada kepentingan penglibatan kanakkanak dengan bahan-bahan ciptaanya. Oleh itu, kanak-kanak boleh memilih ataupun melibatkan diri dalam aktiviti sendiri tanpa belajar pada penglibatan kumpulan atau proses demokratik. Menurut penulis, pendekatan yang digunakan oleh model montessori lebih berpihak kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Hal ini kerana pendekatan ini lebih kepada bermain sambil belajar serta mengunakan alatan bantu mengajar yang mengunakkan deria serta bersesuaian dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Seterusnya, hasil daripada pendekatan ini membantu kanak-kanak untuk membentuk personaliti kanak-kanak dimana personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang termasuk gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja kanakkanak. Selain itu, dengan adanya kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka pengalaman baru serta guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Dengan ini,kanak-kanak dapat mengukuhkan lagi kemahiran sedia ada serta mengalakkan kebolehan kanak-kanak berfikir secara kritis. 2.2 Model Reggio Emilia Seterusnya model pendekatan Reggio Emilia. Pendekatan ini diasaskan di Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali dibawah bimbingan Loris Malaguzzi dengan bantuan guru-guru lain dan ibubapa. Kerjasama ini telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 tahun di bandar tersebut.(Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah, 2007) Loris Malaguzzi mengatakan bahawa kanak-kanak keperluan khas diberi keutamaan bagi menghadiri sekolah ini.Sekolah ini berasaskan prinsip Sosial Konstructivis seperti Dewwy, Montessori, Piaget dan Vygotsky. Pendekatan ini mengunakan tumpuan pendidikan yang berbeza kerana ia memberi tumpuan terhadap potensi setiap kanak-kanak bukan secara umum serta melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakt luar. Seterusnya guru sedar akan potensi setiap kanak-kanak dibawa seliaan serta berperanan untuk membina pengajaran dan persekitaran bagi mengalakkan pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak. Melalui program ini, ibubapa

dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program serta pengurusan prasekolah. Disamping itu juga, ia menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanakkanak prasekolah serta mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri. Dalam pembelajaran setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. Malah program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh hal yang demikian persekitaran fizikal diwujudkan untuk menimbulkan daya tarikan dan keseronokan yang boleh diwujudkan hubungan kemanusiaan dan mengalakkan pembelajaran. Model ini juga berasaskan kepada beberapa prinsip iaitu kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi pembelajarannya, kanak-kanak perolehi ilmu dan meneroka perkara yang baru melalui pengalaman menyentuh, bergerak, melihat, dan mendengar. Kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan dikalangan mereka dan mendapat kebebasan untuk mengekspresikan diri setiap kanak-kanak. Seterusnya ruang-ruang yang digunakan untuk mengalakkan komunikasi penyusunan ruang dapat mengalakkan kanak-kanak berkerja dalam kumpulan. Ini kerana ia dapat mengalakkan kanak-kanak untuk peneroka sendiri, membuat penemuan, menyelesaikan masalah dan kanak-kanak boleh membuat pemililhan tersendiri. Standard pembelajaran lebih kepada berasaskan projek dan berdasarkan minat kanak-kanak itu sendiri. Kurikulum berasaskan projek akan membawa kanak-kanak berkerja dalam kumpulan kecil untuk meneroka sesuatu konsep dan dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Oleh itu, terdapat bengkel atau studio khas untuk mendokumentasikan hasil kerja mereka dan setiap projek yang dijalankan merupakan hasil daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, menurut penulis pendekatan dan pembelajaran ini lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak lelaki berbanding daripada kanakkanak perempuan. Hal ini disebabkan tahap kecerdasan kanak-kanak lelaki lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengunakan ruang dan persekitaran. Galton (1865), Alfred Binet dan Saimon serta Teman (1961) menyatakan individu berbeza dari segi kecerdasan. Dalam masa yang sama dapat di kategorikan untuk kanak-kanak lelaki dan kanakkanak perempuan. (Razali, 2004)Witkin 1940 telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar dan latar bebas. Kanak-kanak perempuan hanya memerlukan persekitaran yang sederhana bersesuaian dengan tahap kecerdasan kanak-kanak yang lemah lembut. Hal ini kerana naluri lelaki lebih kepada aktiviti lasak, suka bermain, lebih kepada bertukang dan memerlukan aktiviti yang mencabar untuk membina jati diri

kanak-kanak lelaki. Di Malaysia tidak dinafikan lagi dalam sesebuah prasekolah, kanak-kanak lelaki tidaklah menonjol dari segi keputusan penilaian kognitif sepanjang tahun disebabkan sistem pendekatan dan teknik pengajaran yang lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan serta kurang memberi perhatian kepada kanak-kanak lelaki. 2.3 Model Bank Street Pendekatan Bank Street development intercaction diasaskan untuk Head Start dan program Follow Through oleh Elizabeth Gilkeson& associates di New York. Program ini berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street, di New York. Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat perkembangan individu. Program ini lebih kepada pembelajaran secara berinteraksi. Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk untuk menyediakan pelbagai kegiatan. Seterusnya, program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memupuk perkembangan intelek dan sosio emosi kanak-kanak prasekolah. Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti, kecekapan kendiri, desakan hati, keyakinan diri, reka cipta, produktiviti, autonomi dan hubungan dengan orang lain. Disamping itu juga guru membuat penilaian yang berterusan terhadap kemajuan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang selari dengan penilaian. Disamping itu juga model ini mengunakan pendekatan pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak yang di inovasikan oleh guru itu sendiri. Dalam masa yang sama guru haruslah peka terhadap alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan dalam bilik darjah. Pendekatan ini juga menyediakan buku-buku bergambar dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan berlaksanakan aktiviti secara individu dan berkumpulan bersama dengan orang dewasa.Bukan itu sahaja, model ini juga mengunakan pendekatan tematik serta pembelajaran berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum. Seterusnya pemilihan tema adalah berasaskan perkara-perkara yang diminati oleh kanak- kanak, pembelajaran berdasarkan sumber yang ada serta membawa kepada aktiviti dan perbincangan. Selain itu ia berkaitan dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh kanak-kanak . Ini akan membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas serta bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak. Disamping itu, melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Menurut penulis, model ini lebih kepada interaksi pembelajaran dan pembelajaran yang bertema. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Namun kenyataanya, di

sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan jantina. Hal ini disebabkan tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh dan selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan kanak-kanak perempuan lebih baik daripada kanak-kanak lelaki, manakala kanak-kanak lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Oleh itu, kanak-kanak perempuan lebih mudah untuk berinteraksi degan orang lain. Lebih-lebih lagi perempuan akronim dengan suka membebel, suka bergosip dan sebagainya. Model ini lebih berpihak kepada kanakkanak perempuan berbanding daripada kanak-kanak lelaki. Namun demikian, model ini akan berpihak kepada kanak-kanak lelaki sekiranya guru memilih tema yang bersesuaian dengan naluri kanak-kanak lelaki. Contohya, tema kenderaan, robot dan sebagainya.

2.4 Model Cognitively Oriented Program Model Cognitively Oriented Program telah diasaskan oleh David Weikart dan Associates di Institute High Scope di Ypsilanti, Michigan. Model ini mengunakan pendekatan yang memberi penekanan kepada perkembangan kognitif kanakkanak. Pendekatanya menjurus kepada tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang bersesuaian. Selain itu, melatih kanak-kanak bagaimana untuk mengurus masa dengan baik dan menginteprestasikan hubungan diantara objek dengan peristiwa persekitaran. Seterusnya pendekatan yang digunakan adalah dengan berorentasikan bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut dengan setiap sudut. Oleh itu setiap sudut dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak dan setiap peralatan tidak membahayakan kanak-kanak. Sudut bilik darjah terdiri daripada sudut rumah tangga, sudut blok, sudut lukisan, sudut senyap, kawasan lapang ataupun luas, sudut binaan, sudut muzik dan gerakan, sudut permainan pasir dan air serta sudut binatang dan tanaman. Selain itu, terdapat beberapa bidang utama yang digunakan oleh pendekatan model ini. Antaranya adalah melalui pembelajaran aktif dan bercerita dengan pengalaman kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang belajar secara aktif dengan cara pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Disamping itu juga, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dengan kaedah bercerita pengalamanpengalaman yang sudah berlalu. Contohnya pembelajaran ataupun pengalaman lepas. Seterusnya dengan mengambarkan pengalaman-pengalaman dan idea, membuat klasfikasi, membuat seriasi, konsep nombor, hubungkait yang berkaitan

dengan ruang dan memahami unit-unit masa dan menyusun urutan-urutan peristiwa. Kanak-kanak dibiarkan melakukan aktiviti dengan sendiri. Contohnya mereka akan diberikan plastisin untuk diterokai dan dimanipulasikan. Guru hanya sebagai pemerhati dan hanya memperkenalkan sesuatu bahan tersebut kepada kanakkanak. Model ini berlandaskan lapan bidang dalam pendekatan iaitu pembelajaran akitif dimana kanak-kanak belajar sendiri termasuklah melalui deria, memanipulasikan, mencantum dan sebagainya. Meningkatkan bahasa kanakkanak dengan mengalakkan kanak-kanak bercakap dengan orang lain tentang pengalaman bermakna serta mengambarkan pengalaman dan idea dengan mengecam pergerakkan dan suara, main peranan dan melukis. Disamping itu, membuat klasifikasi dari perkara yang mudah sehingga perkara yang susah serta membuat seriasi iaitu menyusun objek, membuat perbandingan mengikut urutan. Selain itu, pendekatan melalui konsep nombor yang merupakan asas kepada matematik berasaskan pengalaman konkrit serta hubung kait dengan ruang iaitu kanak-kanak digalakkan memasang benda, mengasingkan benda, menyusun semula dan membentuk semula objek. Seterusnya kanak-kanak mampu memahami unit-unit masa dan menyurun urutan-urutan masa. Menurut penulis, model ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan kerana pendekatan ini mengaplikasikan peringkat perkembangan Jean Piaget dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal. Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Walaubagaimanapun semua kanak-kanak akan melalui tahap peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi setiap individu dapat mencapai tahap tersebut dalam masa yang berbeza. Kebanyakkannya kanak-kanak perempuan lebih cepat bertumbuh dari pelbagai aspek berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Oleh itu, guru haruslah memilih aktiviti supaya dengan kebolehan berfikir dan keupayaan kanak-kanak. Seterusnya menilai sejauh mana tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Gardner (1983) dan Strenberg (1985) mengatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses menyelesaikan masalah atau konteks dimana tingkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ke tahap keselesaannya. 3.0 Cadangan Model Helping Boys Nurturing Girls Abad ini, realitinya sistem pendidikan khususnya di negara penulis iaitu negara malaysia mengunakan pendekatan dalam pembelajaran yang lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan. Oleh itu model Helping Boys Nurturing Girls diwujudkan untuk membantu kanak-kanak lelaki dan membelai kanak-kanak

perempuan dari segi pendekatan kurikulum di prasekolah. Penulis mencadangkan model montessori diaplikasikan dalam model ini. Menurut Maria Mentessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciriciri yang universal dalam kehidupan mereka. Pengalaman awal kanak-kanak sangat penting sebagai persediaan ke arah persekolahan formal. Oleh itu mempelbagaikan pendekatan dalam pembelajaran diperlukan untuk membantu kanak-kanak belajar. Oleh itu model ini menekankan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak iaitu membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan cara mereka untuk belajar. Selain itu, bahan mengajar yang digunakan mempunyai keperluan khas dengan mengunakan deria. Hal ini kerana merangsang perkembangan motor halus kanakkanak. Disamping itu juga, mengutamakan latihan daya peglihatan, pendengaran dan sentuhan dalam pembelajaran memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru kerana ia berkaitan dengan pengalaman hidup sebenar. Matlamat model ini penting untuk perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Selain itu, program ini juga memperkembangkan dari aspek penumpuan kanak-kanak semasa belajar. Contohnya, kerap bertanya dengan kanak-kanak lelaki untuk menghindarkan mereka berasa bosan serta tidak mengambil masa yang banyak untuk bercakap dan menyelitkan aktiviti bermain yang dapat menarik perhatian untuk menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti bermain, ia dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak lelaki untuk belajar. Seterusnya dari konsep membuat pemerhatian. Pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna dan mengembirakan dari pembelajaran melalui pemerhatian. Kanakkanak mampu meneroka sendiri dan merangsang kanak-kanak untuk berfikir. Contohnya guru menjalankan aktiviti demonstrasi terhadap kanak-kanak. Selain itu, memperkembangkan kesedaran dari segi susunan dan aktiviti, koordinasi badan, kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali untuk kanak-kanak lelaki. Selain itu memperkembangkannya dari segi konsep matematik, kemahiran bahasa, menulis, membaca bagi kanak-kanak perempuan. Seterusnya, kebiasaan dari segi seni kreatif, kefahaman mengenai alam semula jadi dalam persekitaran serta memahami sains sosial dan membekalkan pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah. Seterusnnya suasana persekitaran program juga mempunyai kawasan yang mengembirakan, ceria, luas supaya kanak-kanak boleh bergerak dengan bebas derta dilengkapi dengan taman permainan dan tempat untuk berkebun. Persekitaran prasekolaah sangat penting untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak. Walaupun demikan, hiasan bilik darjah tidak berpihak kepada kanakkanak perempuan sahaja. Namun membantu kanak-kanak lelaki dari segi mencampur adukkan hiasan berunsurkan minat kanak-kanak lelaki. Peralatan

seperti meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan sebagainya bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak untuk memudahkan mereka mencapai sesuatu peralatan serta mengelakkan sebarang kemalangan berlaku semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Disamping itu juga, membentuk aktiviti yang boleh membentuk kanak-kanak samada melibatkan diri secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kanak-kanak juga bebas untuk memilih aktiviti-aktiviti yang disukai sekaligus kanak-kanak yang muda mempelajari aktiviti tertentu melalui pemerhatian dan peniruan rakan-rakan yang lebih tua. Melalui model ini, peranan guru sangat penting untuk mengawal keadaan kanak-kanak serta memerhati kanak-kanak dari jauh dan melibatkan semasa membuat demontrasi terhadap kanak-kanak. Walaubagaimanapun guru tidak akan memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti adalah untuk mendapatkan motivasi intristrik. Seterusnya, bahan-bahan yang digunakan juga mempunyai ciri-ciri khusus tidak membahayakan dan berfungsi untuk menjadi alat bantu mengajar. Apabila kanak-kanak melakukan sesuatu perkara, mereka akan mendapat maklumat setelah berjaya melalukan sesuatu aktiviti. Pengunaan bahan-bahan semua jadi ditekankan dalam model ini. Seterusnya dari segi kurikulum terbahagi kepada beberapa set aktiviti iaitu pembelajaran yang berkaitan dengan hidup sebenar, pembelajaran yang berkaitan dengan deria dan pembelajaran yang bercorak akedemik. Aktiviti kehidupan harian adalah berbentuk pratikal. Bagi aktiviti kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan ialah membutang baju, memasang tali kasut, memgilap kasut dan menyikat rambut. Selain itu aktiviti khususnya untuk kanak-kanak lelaki adalah memcuci tingkap, menyusun meja dan kerusi, mengelap meja dan mengangkat barang mainan. Manakala untuk kanak-kanak perempuan iaitu menyapu sampah dan mengemas meja. Selain itu, kurikulum dari segi bahan deria adalah untuk memperkembangkan deria kanak-kanak melalui alat bantu mengajar seperti Pink Interlocking, cubes tower dan Nester untuk kanak-kanak perempuan. Namun kanak-kanak lelaki boleh membantu kanak-kanak perempuan untuk mengangkat mainan tersebut dan simpan pada rak yang disediakan. Bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan boleh mengunakan alat bantu mengajar dengan mengunakan Wooden Shapes dan Numbers untuk mata pelajaran matematik. Bagi kanak-kanak lelaki, tambahkan aktiviti dengan membawa kanak-kaak keluar dari bilik darjah untuk mengutip batu, daun dan sebagainya mengikut jumlah yang ditetapkan oleh guru tersebut. Hal ini dapat membantu kanak-kanak lelaki dan meningkatkan tahap perkembangan motor kanak-kanak. Seterusnya, bagi alat bantu mengajar seperti butterfly wave, tray puzzle dan fruits 3.D felt motif set, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki boleh melaksanakan aktivti tersebut di dalam bilik darjah dengan situasi yang berbeza. Dengan mengunakan model membantu kanak-kanak lelaki membelai kanak-kanak perempuan, aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri

sekurang-kurangnya satu kanak-kanak lelaki sebagai ketua kumpulan. Sebagai ketua kumpulan haruslah mempunyai daya kecerdasan dan kekuatan dari segi fizikal. Contohnya, guru mengarahkan setiap kumpulan untuk menyelesaikan puzzle secara bertanding, apabila selesai menyusun, ketua kumpulan akan berlari ke hadapan kelas dan menunjukkan hasil kerja mereka. Bagi kumpulan yang pantas akan memenangi pertandingan tersebut. Bagi first storytime book dan cd set juga haruslah mengandungi unsur-unsur naluri kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Dalam pembelajaran, selagi tidak melibatkan aktiviti luar kelas dan tidak lasak dengan hanya fokus dengan naluri kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan masih boleh mengikut rentak ataupun gaya belajar kanak-kanak lelaki, berbanding daripada kanak-kanak lelaki tidak mampu mengikut gaya belajar kanak-kanak perempuan. Seterusnya, alat bantu mengajar 3-D dapat meningkatkan lagi tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak. Contohnya, Ten ring Puzzle Stacker, Wood Sequence Patterns dan Bead dapat membantu kanak-kanak lelaki untuk meneroka dan membina kemahiran sedia ada. Hal ini kerana tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan mengunakan tangan mereka. 4.0 Contoh Rutin Harian

Masa 8.30am-9.00am (Ketibaan tidak termasuk dalam rutin harian)

Rutin 1.Ketibaan -Ketibaan kanak-kanak -Tukis nama -kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki memilih aktiviti yang diminati yang sudah disediakan atas meja -Kanak-kanak perempuan:minum susu -Kanak-kanak lelaki:minum milo 2.Persediaan awal/Rutin -Kemaskan minuman -Cuci tangan -Perhimpunan. Menyanyi lagu negaraku dan lagu prasekolah -Kanak-kanak lelaki: Menaikkan bendera semasa menyanyi lagu -Doa dan kalender 3.Perbualan Pagi - Perbualan awal mengenai tema ataupun isu semasa -Bersoal jawab dengan pengalaman lalu -Peraturan -Penerangan aktiviti sepanjang hari tersebut

9.00am-9.10am (10 minit)

9.10am-9.30am (20 minit)

9.30am-10.00am (30 minit)

10.00am-10.30am (30 minit)

10.30am-11.00am (30minit)

11.00am-11.30am (30 minit)

11.30am-11.50am (20 minit)

11.50am-12.00am (10 minit)

-Mengucapkan selamat Hari jadi kepada yang menyambut hari lahir pada hari tersebut 4.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Melayu) -Mengenal jenis buah-buahan dengan mengunakan Fruits 3-D Felt Motif set -Guru membentuk kumpulan -Kanak-kanak perempuan: berkumpul dalam kumpulan -Kanak-kanak lelaki: mengambil dan mengangkat bahan maujud ditempat masing-masing -Bermain 5.Makan - Doa makan sebelum dan selepas -Gosok gigi 6.Rehat -Kanak-kanak perempuan: sudut literasi, bahan bacaan -Kanak-kanak lelaki: Bermain kereta mainan 7.Aktiviti dalam kelas (Matematik) -Mengenal bentuk dan nombor dengan mengunakan Wooden Shapes dan nombor -Kanak-kanak perempuan: Mengunakan alat bantu mengajar dalam kelas dengan perhatian pembantu prasekolah -Kanak-kanak lelaki: Mengambil daun ataupun batu di luar kelas mengikut jumlah yang ditetapkan oleh guru dengan perhatian guru 8.Aktiviti luar kelas (Aktiviti Fizikal) -Kanak-kanak menyiram bunga di kawasan prasekolah -Kanak-kanak perempuan: Mengembur bunga -Kanak-kanak lelaki: Mengangkat dan menyembur bunga 9.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Inggeris) -Kanak-kanak mendengar cerita -Kanak-kanak perempuan: Mendengar dan meneroka sendiri -Kanak-kanak lelaki: Melakonkan semula cerita tersebut 10.Refleksi -Imbas kembali aktiviti -Pesanan untuk keesokan hari -Berkemas -Doa -Kanak-kanak perempuan: Mengemas meja -Kanak-kanak lelaki: Menyimpan barang-barang yang

12.00am

digunakan ke dalam rak tertentu 11.Selamat tinggal Home sweet home -Penglibatan ibubapa

Implikasi daripada rutin harian ini membawa kepada membantu kanakkanak lelaki dan membelai kanak-kanak perempuan dari segi kurikulum untuk menekankan peranan kanak-kanak mengikut jantina. Menerapkan nilai untuk menonjolkan setiap perbezaan individu mempunyai peranan watak tertentu. Disamping itu juga, membantu kanak-kanak untuk meneroka kemahiran dan pengalaman baru melalui kurikulum yang berasakan kepada naluri kanak-kanak sekaligus membelai kanak-kanak perempuan dengan memberikan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan fizikal kanak-kanak perempuan. Disamping itu juga, memudahkan kanak-kanak lelaki supaya belajar sesuatu pengalaman baru tanpa paksaan untuk mengikut gaya pembelajaran kanak-kanak perempuan. Gaya pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gaya pembelajaran kanak-kanak lelaki adalah berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza kepada kanak-kanak. Kaedah mengajar dengan mengunakan deria sangat menyeronokan. Apabila kaedah mengajar ini di variasikan kepada kurikulum yang tidak menyebelai pihak iaitu bersesuaian dengan kedua-dua pihak samada kanak-kanak perempuan ataupun kanak-kanak lelaki . Selain itu, melalui sensori deria juga kanak-kanak dapat menyentuh, mendengar, melihat ,menghidu, merasa dan keseimbangan. Ransangan pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang dan penjagaan rapi kepada kanak-kanak perempuan terhadap keperluan kanak-kanak bagi membantu perkembangan otaknya. Persekitaran dan ruang yang luas terhadap kanak-kanak lelaki membantu memperkembangkan tahap emosi kanakkanak serta tabah menghadapi cabaran. 5.0 Kepentingan Model Helping Boys Nurturing Girls Model ini merupakan usaha berterusan untuk membantu kanak-kanak lelaki supaya tidak dipinggirkan dalam pendidikan. Hal ini terbukti, kebanyakkanya pelajar-pelajar yang memasuki ke menara gading adalah dalam kalangan perempuan. Ada pun dalam bilangan yang sedikit, hal ini kerana berpunca dari prasekolah yang tidak menjurus kepada kurikulum kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang minat untuk teruskan pembelajaran ke sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi disebabkan kurikulum pengajaran dan teknik yang digunakan tidak menarik perhatian dan bersesuaian dengan naluri kanak-kanak lelaki. Model ini penting bagi menekankan pembelajaran penerokaan kepada persekitaran bagi membolehkan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan belajar menurut naluri dan minat masing-masing. Beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan menghadapi masalah penyesuaian

kepada kehidupan sekolah berbanding perempuan di peringkat awal persekolahan. Ini disebabkan persekitaran bilik darjah memerlukan disiplin yang kurang digalakkan dalam proses sosialisasi awal kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki menerima lebih perhatian daripada guru, sama ada berbentuk positif atau negatif. Mereka juga menjadi orang utama dalam bilik darjah, dengan guru cenderung lebih berinteraksi dengan kanak-kanak lelaki (Frazier and Sadker, 1973; Sadker et al., 1986). Seterusnya, Model ini dapat membentuk jati diri kanak-kanak lelaki untuk bertindak mengikut peranan mereka dan tidak terikut-ikut kepada perwatakan berlainan jantina. Menurut penulis, kebanyakkannya lelaki yang memasuki ke Institusi Tinggi lebih kepada perwatakan keperempuanan. Oleh itu, hasil daripada model helping boys nurturing girls kanak-kanak lelaki dapat membentuk satu ciri yang universel, bekalan untuk masa yang akan datang. Selain itu, model ini memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu, melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara iaitu mendapat pendidikan terus sehingga ke universiti. 6.0 Kesimpulan Tuntasnya, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca dan megira. Hal ini sebagai satu persediaan ke peringkat persekolahan seterusnya iaitu persekolahan formal di sekolah rendah. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh sesebuah model prasekolah yang dilaksanakan oleh guru haruslah menarik minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak. Jangan mengajar aras yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Selain itu, pendidikan prasekolah ini menghasilkan suasana persekitaran yang menyeronokan dan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang bermakna. Disamping itu kurikulum yang digunakan dalam sesebuah prasekolah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, sosial, rohani dan intelek kanak-kanak. Pada tahap ini merupakan masa kritikal bagi kanak-kanak untuk meneroka pengalaman baru. Sebanyak mana skema yang diperolehi oleh kanak-kanak pada tahap prasekolah akan disimpan untuk persediaan ke persekolahan formal. Ia memudahkan kanak-kanak untuk mengintepresi kemahiran asas agar mampu menyelesaikan masalah bergantung bagaimana kanak-kanak mengasimilasi dan mengadaptasi skema yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri untuk menghasilkan keseimbangan terhadap tingkah laku kanak-kanak.

7.0 Bibliografi Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah, Nani Menon & Mohd.Sharani Ahmad. (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS PROFESSIONAL Publishing Shd.Bhd. Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari. Perak: McGraw-Hill(Malaysia) Sdn.Bhd. Zakri Bin Mohd Zain. (2011). Perancangan, Penubuhan Dan Pengurusan Prasekolah I.Port Dickson:Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI Fatimah Abdullah, Sarnon,M.,Hoesni, S.M & Wan Azreena W.J.(Jidil 3, Bilang 1, 2008) Dari halaman rumah ke hadapan layar:Pola bermain dan fungsinya kepada perkembangan kanak. Sumber journal pendidikan: http://pkukmweb.ukm.my/ebangi/papers/2008/fatimah08.pdf

Anda mungkin juga menyukai