Anda di halaman 1dari 4

A. KATA KERJA: .1. MAKSUD: Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan. .2.

BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA: i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kira ii. imbuhan meN : menari, mendapat, menggaru, menyapu iii. imbuhan meN..kan : menjalankan, meratakan, menggalakkan, iv. imbuhan meN..i :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertai v. imbuhan memper.kan : mempertahankan, memperjuangkan vi. imbuhan memper..i : mempercayai, memperhayati, memperingati vii. imbuhan memper.. : memperbesar, mempercantik, memperluas viii. imbuhan di : dibaca, diletak, dimakan ix. imbuhan dikan : dijalankan, dibacakan, ditamatkan x. imbuhan diper.kan : diperkhabarkan, dipermainkan xi. imbuhan diperi : dipercayai, diperhayati xii. imbuhan diper : diperbesar, diperluas, diperpanjang xiii. imbuhan ber.kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukan xv. imbuhan ber. : berjalan, berkata, bermain ixv. imbuhan ter. : terbawa, termakan, terangkat .3. JENIS KATA KERJA: .A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT) .a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan objek di hadapannya sebagai pelengkap. Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (tugas ialah pelengkap) .b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit? -perkataan yang berimbuhan meN.kan : menjalankan, menceritakan -perkataan yang berimbuhan meN.i : menjalani, mengubati -perkataan yang berimbuhan memper.kan : memperjuangkan, memperkayakan -perkataan yang berimbuhan memper.i : memperingati, memperbaiki -perkataan yang berimbuhan ber.kan : bertemankan, bersuamikan -imbuhan meN yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah .c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif. .i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap) .Salah: -Bapa saya sedang menjalankan. -Dia tidur dengan berbantalkan. Betul: -Bapa saya sedang menjalankan tugas. -Dia tidur dengan berbantalkan lengan.

.ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak kata sendi atau kata hubung. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain) .Salah: -Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara. -Ibu sedang merindui akan anaknya. -Dia bersuamikan dengan seorang doktor. Betul: -Dia menceritakan pengalamannya di luar negara. -Ibu sedang merindui anaknya. -Dia bersuamikan seorang doktor. .iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan objek dan bukan perkataan lain.. Salah: -Dia menghadapi banyak masalah. -Kakak menarik dengan kuat tangan adik. -Kami menendang dengan deras bola itu. Betul: -Dia banyak menghadapi masalah. (menghadapi apa?) -Kakak menarik tangan adik dengan kuat. (menarik apa?) -Kami menendang bola itu dengan deras. (menendang apa?) . .B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT) .a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang. .b. Contoh : i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas berjalan) ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas berlari) .c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif? -perkataan yang berimbuhan ber.. : berjalan, bercerita, bekerja -perkataan yang berimbuhan ter. : terangkat, terbawa, tercapai -perkataan yang berimbuhan di : diangkat, ditembak, diambil -perkataan yang berimbuhan di .kan/i' : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi -perkataan yang berimbuhan diperkan/i' : diperdayakan, dipersalahi -imbuhan meN. yang diikuti tempat : menyanyi di pentas (tempat) . d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT) .i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak kata sendi atau kata hubung jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain). Salah: -Dia bertemu rakannya di bandar. -Dia bercerita pengalamannya di luar negara.

-Perompak itu berlari tepi jalan raya. -Saya tidak terangkat kotak itu. -Buku itu dibaca kakaknya. Betul: -Dia bertemu dengan rakannya di bandar. -Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara. -Perompak itu berlari di tepi jalan raya. -Saya tidak terangkat akan kotak itu. -Buku itu dibaca oleh kakaknya. . D. LATIHAN 1: Nyatakan sama ada ayat di bawah betul atau salah. . 1. Samy memperdengarkan akan suaranya yang merdu itu. (...............) 2. Fatihah memerhatikan dengan jelas objek tersebut. (...............) 3. Majikan itu memerintahkan akan anak buahnya supaya berusaha. (...............) 4. Dia memperingati tentang tarikh kejadian tersebut. (...............) 5. Samad menaiki ke kereta api itu dengan pantas. (................) 6. Pengetua sedang berjumpa bapa pelajar nakal tersebut. (...............) 7. Hussin sedang dihakimi mahkamah kerana mencuri. (...............) 8. Kakak ke pekan bertemankan dengan rakan lamanya. (................) 9. Saya tidak terbawa kotak besar yang berat ini. (...............) 10. Chun Lim menceritakan mengenai tentang kejadian itu. (...............) . F. LATIHAN 2 Betulkan semula kesalahan ayat yang diberi di bawah. . 1. Rencana itu menerangkan banyak kejadian tanah runtuh di Indonesia. ..............................................................................................................................

. 2. Pesakit tersebut sedang menjalani akan pembedahan di bilik itu. .............................................................................................................................. . 3. Dia bercerita mengenai tentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. .............................................................................................................................. . 4. Pengemis itu tidur berselimutkan dengan surat khabar lama. .............................................................................................................................. . 5. Dia bertemu rakan lamanya di sebuah pusat membeli belah. .............................................................................................................................. . 6. Drama itu bertemakan tentang keindahan di kawasan tanah tinggi. ..............................................................................................................................